Friday, December 27, 2013

finally aku break down...

After a while aku tak update blog ni...mehlah kita panaskan balik blog yang dah duk beku kat sini ni...sian kat blog ni tuan dia busy sangat...

pass ja balik dari korea, aku memang dah tak ada masa nak tulis blog...malah nak tampal gambo aku posing kat jeju pun tak berkesempatan...ada bermacam ja kerja yang aku kena buat kat opis tu...

aku mulakan dulu dengan kisah ayang aku... setelah bertukar ke kompeni baru..ayang aku berharap dapat merubah masa depan ke lebih cerah dan gemilang gitu...hahahha ala lala iklan gomen plop... tapi apakan daya, tak ada rezeki dia untuk dapat post yang dia nakkan tu...

biasalahkan, kalu dah memang bukan hak kita, takkan jadi kita punya...tapi yang menjadi kekecewaan ayang aku bilamana, jawatan yang disebut sebut bakal jadi dia punya, jadi milik orang lain...isu jawatan tu dia tak dapat tak da hal..cuma dia rasa terbeban dengan kata kata orang luar yang hmmm kira kutuklah ngapa dia tak dapat post tu...

semuanya bermula sebab ayang aku masuk kerja tu secara tiba tiba..so semua tertanya Tanya apa posisi dia..ketuakah kulikah...setelah seberapa lama berteka tekuk..akhirnya jelas dan nyata dia adalah kuli... so sedikit sebanyak, rasa kecewa dan malu tu tetap ada...kesian aku pada ayang aku... mungkin sebab dia Nampak pasif, jadi his bos look at him not capable..maybe what define a good leader is a person who can 'communicate' well with others...

takperlah yang... insyaAllah adalah tu rezeki ayang...kat mana dan bila kita tak tahu...

kembali ke cerita aku...hari ni aku akhirnya tewas dengan keadaan. setelah lama aku pendam rasa akhirnya aku menangis juga. Aku ada projek yang perlu aku selesaikan...projek ni yang sepatutnya makan masa 9 minggu tuk siapkan telah di potong kepada 4 minggu sahaja... setelah hasil negosiasi..aku dapatlah sampai 6 minggu...

bagi aku 6 minggu tu terlalu sedikit. Forms dan modul yang aku kena siapkan agak besar, dan durasi tu tak mungkin aku boleh capai. Bahagian kerja bukan satu isu bagi aku. Aku boleh O.T setiap hari if its the only way. Tapi aku tak suka bekerja dengan orang yang tak tahu apa apa...oppsss silap.. tahu basic of programming sahaja. kalau ko hanya takat tahu buat satu projek tuk dapat sijil..ko tak yah cakap banyaklah. seyesly aku tak leh kerja dengan orang cam bagus ni.

macam aku cakap sebelum ni, bos and leader aku bukan core in programming. they will never understand what my problem is. seyely bila dia suruh aku explain kenapa aku delay aku tak boleh jawab. Aku langsung tak ada masalah teknikal...sikit maybe... tapi aku ada masalah dengan masa.

bagi aku as a leader, ko patut tolong staff ko.. if it is impossible to meet the deadline, just ask requestor to either extend the duration, or we go by phases. but HELL NO. her face is more important than the staff... she only want us to work our ass out as long the work done. demn it!

aku mampu bertahan kalau setakat benda macam ni... hari ni aku break down bila HOD aku seolah mempertikaikan komitmen kami pada kerja. bench mark dia adalah O.T.. if ko tak O.T means ko tak buat kerja... what der...ko tahu tak maksud effisien?..aku secuba mungkin kerja seefisien yang boleh...

bila dia start ja cakap pasal tu..aku dah mengalir air mata. memang tak semena air mata aku mengallir deras...aku rasa sangat kecewa dengan cara HOD aku handle benda ni. sepanjang mesyuarat tadi..tak ada stu pun kata motivasi yang aku dengar...semuanya hanya kata hentaman dan mempertikaikan semua kerja kami.

kitorang kerja tanpa ketua yang boleh arrangekan apa yang kena buat dan apa yang tak perlu buat. tak ada guideline hanya ada kata hinaan dan cacian kenapa kami bodoh dan boleh salah dengan apa yang dibincangkan dengan user sebelum ni.

sebab tu kalau ko tahu pasal programming, at least kerja kami dah separuh siap... ko dah boleh bantu kami buat draftline database dan struktur system yang user nak. tapi apa yang ko bg kat kami? hanya rejection, dan mempertikaikan kerja kami tanpa tunjuk arah sebenar yang ko nak....sekarang kami seperti orang buta mengajar orang buta lain berjalan.

aku asyik jumpa leader yang ada masalh camni...time mood baik..cakap bagus ja semua...time sayang semua boleh..pastu berubah hati..pastu start hentam camkan takder cara nak guide ke arah yang sepatutnya....

DEM IT!


Friday, October 18, 2013

autumn in my heart -the arrival

syukur aku dah selamat sampai ke bumi winter sonata....dengan suhu 5 darjah celcius...harap aku mampu bertahan ngan cuaca ala ala cameron highland ni...

seriusly aku cadangkan korang jangan amik flight malam unless korang mmg jenis kebal mampu tido atas awan tanpa gangguan...

susah nak tido atas flight sebab ngan makannya ngan nak airnya ngan makan laginya pastu layan movienya kekonon kasi lalok last last hampeh...ni aku tengah layan cafe mocha...dengan harapan mata ni mampu bertahan sampai malam...

aku takder nak update apa pun...saja ja sebab ada internet free so updayelah apa yang patut huhuhuhu....

oklah..nanti ada material aku update lagi...


Thursday, October 17, 2013

autumn in korea - journey begin

aku sekarang ni kat epot tgh tunggu nak depart...so aku taklehlah nak update bebanyak sangat...

sedih rasanya hati nak tinggalkan yang tersayang...dan ayang aku siap pesan selamat bergembira berbupan madu ngan kawan aku...sebabnya ayang aku tak tahu yang aku pi berdua ja ngan kawan aku bard..dia mematilah ingat aku pi beramai ramai...

hari ni seharian aku kat luar...dengan sakit kepalanya..berapa biji panadol dah aku makan hari ni...pastu last minit beli barang and tukar duit..nasib dapat good rate huhuhu


sekarang orang tgh que nak masuk pesawat...huhuhu...ramai tul org korea nak naik flight ni...hahahah..mereka mahu pulang ke kampung halaman rasanya...

tadi aku beli vacuum bag...taklah best sangat tapi yg jenis aku beli ni takyah bawak vacuum so senanglah sket.. yolah pergi ko bolehlah vacuum guna vakuum umah...kat hostel camne?

nilah upanya plastik beg tu...


korang rasa korang nak guna korang cari kat daiso ek...kompom ada huhuhu...

wish aku have a safe journey...huhuhu...akutnya saya...

autumn in korea - the pre story 2

waktu aku tulis ni...aku baru ja sudah  kemas beg pakaian nak bawak gi korea...seriusly aku x tahu nak bawak apa...so aku bantai angkut ja semua yang aku nampak...

hari ni aku keje...tapi gila penat nak pikir pasal appraisal opis aku...sehari aku buat paperwork tu aje...dah tak tahu nak goreng apa...dahlah terkejar kejar memang kompom time interview nnt aku kena teruk...

tapi hari ni memang dalam sejarah...tak pernah lagi aku balik kerja dengan sangat gembira...aku rasa cam burung yang bebas terbang....rasa sungguh merdekanya diri ini..walaupun hanya tuk seminggu...

disebabkan secara rasminya aku dah mula bercuti...aku teruslah panaskan enjin dan kemas beg seadanya...hahaha...padahal flight aku lg 22 jam ja dari sekarang...tapi sema benda baru nak mula buat...huhuhuhu

disebabkan katanya cuaca agak sejuk...so aku terpaksalah beli long john tik panaskan badan...tu pun semalam baru beli...begitu juga ngan sweater tambahan huhuhuhu...

aku bawak jugak hotpad...nasib baik yang trip kinabalu haritu ada lagi...kalau tak dah nak nerjah daiso plak mencari....

kebanyakan barang cam sweater dan long john aku cari kat kamdar...sweater satu lagi siap ngan hood aku beli kat mines...dapat harga rm 19.90...wee seronoknya saya...

masalahnya sekarang..aku tak cukup stokin..aku pakai stokin kerja sahaja....huhuhuhu beli kat sana jerlah jawabnya....mafla pun aku pi cari kat sana sebab yang aku punya tak jumpa cari huhuhuhu

pi autumn yang katanya cam cuaca kundasang ja pun dah banyak rm habis...kalu pergi time winter aku tak taulah...mesti lagi banyak wit habis...

harapan aku agar dapat tengok dedaun yang tengah kemerahan....huhuhu apalah agaknya keadaan sekarang kat korea sana...

oklah nanti aku sambung...



Wednesday, October 16, 2013

Autumn in Korea... the pre-story

as you all know...aku akan ke korea khamis ni...like just tomorrow if you count today as wednesday...hahahah dem so near already.

honestly aku tak der prepare apa pun lagi...basic tu adalah can beli barang sesikit tapi not all out sbb aku kurang ada masa dan tumpuan nak buat semua ni persediaan...

waktu aku tulis entry ni..aku baru ja park kan barang berharga aku kat umah mama aku...seriusly nilah first time aku rasa sangat rindukan barang berharga aku...iaitu anak anak aku...

bukanlah selama ni x rindu...tapi selalunya dekat..kira klu ada pe pehal aku boleh trrus terbang balik kuantan...tapi ni terlalu jauh dan tak mungkin aku boleh sampai secepat biasa....tapi mintak semuanya akan ok.

pada pukul 2:30  pagi...aku mengharapkan yang aku akan masuk kerja jam 7:30 pagi....hahahaha i wish sungguh ni....

nanti aku akan cerita persiapan yang aku dah buat tuk pergi korea ni...walaupun hati aku tertinggal...tapi aku tetap kena dapatkan balik semangat aku...sebab aku tak tahu bila lagi baru aku akan ada peluang camni...

kepada anakanda mama...sorry sayang...maaf harus pentingkan diri mama saat ini.... i love both of you....



Wednesday, October 9, 2013

akukah yang bersalah...

hmmmm... korang sema dah tahukan yang aku akan pi korea lepas raya haji ni?..apa?! korang tak tahu?..camner korang boleh tak tahu ni?..takkan aku belum buat hebahan lagi...rasa cam dah gila mencapap promote kat orang awam aku nak kesana.....huhuhuhu..oklah sekarang dah tahu huhuhu....

sebelum kita pergi meninggalkan opis utk selama 2 minggu...maka kita kenalah pastikan yang semua kerja kita tak tertangguh dan tak ada apa yang akan membuatkan bila kita balik bertugas nanti kita rasa macam tak pergi bercuti pun...

aku rasa semua kerja aku dah arrange cantik cantik....semua yang libatkan aku....dan dengan gembiranya aku tak sabar nak bercuti...tapi itu semua hancur bila aku dapat tahu semua hot items akan berlaku pada masa aku tengah bercuti...

maksudnya disini..semua tugas aku akan diambil alih oleh kawan aku. dia memang tahu buat...tapi selalunya kami buat bersama...tapi untuk tugasan kali ni dia kena buat sengsorang dan itu membuatkan aku rasa sangat bersalah.

secara automatik minggu ni aku duk dalam cold list...aku takder tugasan berimpak besar...sebab semua dah diberi ke kawan aku. seyes aku rasa kesian dan bersalah kat dia sebab aku tak boleh nak tolong dia dan dia kena o.t sedangkan aku dampai sakit kepala tak tahu nak buat kerja apa.

aku tak suka perasaan ni....aku rasa aku tak berfungsi kat sini..rasa macam aku ni makan gaji buta ja..ditambah ngan rasa bersalah...

seyes aku rasa cam takder mood nak pergi bercuti...rasa cam nak cancel dan duk opis buat kerja...tapi tak logiklah plak rasanya...

kepada kawan aku Nina....sorry dear...you kena buat sema hot items alam task list...huhuhu...hopefully you akan OK nnt..nak plak bila kena jaga my baby...nanti i beli you banana milk yea...hihihihi

oklah jom layan lagu ni...



Thursday, September 26, 2013

dengki....

Aku tak paham bila ada orang sibuk nak mempertikaikan kenapa ada orang dapat lebih dari dia.

contohnyalah...kawaan ko dapat elaun dari syarikat...ko x dapat..so?  biarlah dia dpt..adalah lebih dia sebab tu dia dapat..mungkin ko dah x perform sebab tu tak dapat.

ni soal rezeki..lagipun bukan dia buat keputusan sendiri...semua management dah agree budak ni layak dapat so tak yahlah nak pikir lelebih.

yang aku bengang bila leader sendrik tak dapat nak mempertahankan anak buah bila orang mempersoalkan kenapa anak buah dia layak... ko sebagai leader patut tahu kenapa anak buah ko layak dapat. kalau susah pun ko pilih ja untuk tak nak jawab soalan diorang.

bagi akulah..orang yang dengki ngat ngan lebih orang tu takder life... dia ingat bila orang tu dapat lebih dari dia takde apa apa pun yg orang tu sumbangkan...dia tak tahu yang hidup lagi terseksa.. kerja lagi banyak.

semua nak tengok orang yg dapat lebih tu jadi high performer.. jadi terbaik...pendek kata benda yang dia bagi ni cam tuk buat tutup mulut ko dari mengeluh bila dapat kerja banyak. ko tahu tak orang yang dapat lebih adalah tidak layak untuk mengeluh.

ala apa orang len tahu..orang hanya Nampak orang len lebih dari dia...pastu bila orang tu huha huha bergembira kata makan gaji..dem youlah... dalam hati ko tak tahu...

orang len aku tak tahu..tapi kalu kena kat aku camtulah aku rasa...bagi aku kelebihan yang diberi hanyalah satu bebanan...aku hanya nak gi kerja cari duit dan dalam masa yang sama aku nak kerja dengan aman damai dan tenang...aku paling tak suka kalau aku ada target yang kena capai.

kalu di beri peluang aku nak balik hidup lama aku...hidup tanpa beban...

kalu korang nak lebih aku..mehlah amik...amik sekali ngan beban kerja aku yea..kalu rasa diri tu dah layak sangat.

 
ni semua sandiwara dunia...its all about face reaction..where most of people are just some fake liar..give you one big innocent smile but inside full of plans on how to doom you...


Tuesday, September 24, 2013

Kecewa...devastating

Semalam aku dapat emel yang paling best dalam hidup aku....aku menang hadiah saguhati dalam pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh opis aku....yealah..memanglah hadiah saguhati ja...tapi nilah benda paling best bila masuk bertanding....

apa? korang kata bukan juara pun? hey! (in high pitch) aku memanglah nak jadi juara..tapi bila tengok peserta yang lain ....tak mungkinlah aku menang kot..aku dahlah takder skill..nilai seni tu lagilah tak ada. So aku hanya harap dapat hadiah ja..saguhati pun tak pe.

So...disebabkan aku dapat hadiah...so diadakan majlis penyampaian hadiah...ko gila..last sekali aku dapat hadiah waktu sekolah rendah kot...sekolah menegah tak pasti masa bila aku naik pentas menang hadiah huhuhuhuh.

korang leh imaginelah betapa exitednya aku nak amik gambo ngan mock cek..oh lupa cakap hadiah dia wang ringgit ya...walaupun tak banyak tapi tetap duit huhuhu.seyes aku sangat excited..seharian aku berbunga di hati nak pi majlis tu...sekalinya...dem betul...ada announcement to be made by top managementlah plak.

bak pe aku gi jugak announcement tu? ehem ehem..sebagai warga kerja dari department paling berdisplin dan berdedikasi yang ada kat kilang ni..aku telah diberi kata berbaur amaran yang aku kena gi jugak ...ayat dia taklah direct kata amaran...tapi kalu dah ayat dia..kalu tak gi nanti tak paham dan tak ada sapa akan terangkan takkan ko nak buta hati tak pergi jugakan?

so aku telah tak jadilah pergi majlis penyampaian hadiah tu...yang aku rasa terkilan tu..announcement tu aku leh dapat rumusan dari geng geng aku ja..tak yah sesusah pun...tapi yealah..aku jugak yang bodoh..aku patut gi naik keta ja...memang sempat sangat kalu aku drive..haih..memang tak ada rezeki aku..





ni mock cek dak opis aku...kalu korang google nama dia kompom jumpa sapa tuan dia hahahahha....

aku tahap nak kan jugak mock ni..aku sanggup pi cari PIC majlis ni..duk mintak ngan dia bg mock cek tu...dia kata ok ja..tapi masalahnya aku kat Utara dia kat Selatan...tadi pun OCS ngan dia tak dapat konklusi pasal masa bila nak amik benda ni. Gila senti mental value kertas ni bagi aku huhuhu.... anyway TQlah pada PIC tu... anda memang mesra pengguna...memang layak duk corporate communication dept. (Aku tak tahu pun upa PIC ni camne..tapi orgnya sangat baiklah)

so..korang nak tengok gambo yang aku submit? gambo yang tahap memang layak saguhati ja...tu pun aku rasa sebab tak ramai pesaing..kalu tak memang tak dapat langsung hahahhaha

hahahaha...nilah model aku...kucing paling gedik pernah aku jumpa huhuhuhuhu.....aku anto pun 3 ja..aku patut anto 20 keping...barulah peluang tinggi sket hahahhahah....deng..

meh layan lagu ni plop...kalu juara syoklah..memang kalau aku kaya sungguhlah...tapi sekarang aku koya ja yang lebih....





oklah...aku perlu belajobanyak lagi tuk amik gambo yang baik....sekarang lum layak nak panggil diri photographer....




Saturday, September 21, 2013

mungkin bukan jodoh

jom layan lagu dulu.....


hmmmm...lagu ni memang best...tapi kenapa aku pilih lagu ni?...hmmmm...aku hanya nak cerita pasal jodoh ja....

semua pun tahu jodoh tu dah ditulis awal lagi untuk kita...tapi kita lupa yang jodoh tu kekadang perlu dicari....so bila part nak cari nilah yang paling masalhnya....

kalau ko orang yang sangat cun memang ni ko tak yah risaulah...sebab dah kekompom orang kejo ko...tapi kalau ko memilih pun memang tak dapatlah jodohnya.

kekadang ada orang tak dapat jodoh sebab dia duk dalam lingkungan average...lepastu dia berkawan ngan orang yang cun atau org yang lebih popular...so selalunya orang camni susah nak dapat pakwe.

sama cam aku zaman sekolah dulu...kengkawan aku semua cun dan cute...dah tu pakaian cantik dan berstyle plak...so dalam geng aku bertiga hanya aku ja yang takder pakwe kat sekolah..sebabnya semua duk pandang kawan aku yang sorang ni....

aku bukanlah tak laku terus...tapi aku hanya laku bila aku keluar dari kelompok geng aku...tapiiii berapa tahun gak lah aku hidup ngan ayang aku duk usik pasal dia suka kawan aku tu...haih....

aku rasa problem kenapa pompuan average susah nak dapat pakwe sebab adanya lelaki yang kalau dia nampak sekelompok pompuan..dia hanya pandang yang paling cantik saja...sebab tulah tak laku.

pompuan average ni maslaahnya lelaki hanya akan suka bila dah kenal hati budi...kira bukan suka on the spot lah...tapi masalahnya lelaki tu kena berkawan dulu ngan pompuan tu...dah bila berkawan...lagilah masalah sebab bukan senang nak bercinta ngan kawan sendrik.....

mungkin sebab ni kot ramai orang kawen ngan posmen mereka huhuhuhu....

tapi...bagi aku lebih baik orang tu cintakan kita sebab hati budi kita....bukan sekadar rupa atau cinta pandang pertama....sebab...sekadar fizikal..takkan mungkin boleh bawa bahagia...semua yang bahagia sebab cinta pandang pertama kerana mereka boleh terima hati budi orang tu...so key word dia tetap hati budi.

konklusinya...biarlah kita ni tahap biasa ja...yang penting hati kita kena baik...insyaAllah nnt adalah yang pandang nilai kita yang tak terhingga tu....

ok dah habis bebel

Vikingdom...best sangat ke?

korang tahu ke apa kejadahnya Vikingdom ni?...bunyi cam pelik ja...tapi nilah filem KRU yang baru...ahhhhhh KRU...Norman..I lap u lah....hahahha fan boying mode...

aku baru ja lepas tengok cerita ni haritu..takderlah baru sangat...dalam seminggu gitu. tapi nak memboleh ke tengok cerita tu ..terpaksalah aku membuat hujah hujah dan dalil dulu kenapa mesti tonton Vikingdom dan bukan filem riddic.


dengan keadaan tepon aku yang bateri hujung nyawa...terpaksalah aku bukak trailer filem filem tersebut dan ternyata keduanya adalah filem mengarut hahahhah so point terbaik adalah...marilah kita menyokong industri tempatan...


Tajuk filem: Vikingdom
Terbitan: KRU
Pelakon: Dominic apa ntah...yg penting takder melayu dan Jon Foo tu hensem.
Genre: Fantasi mitos

Sinopsis: kisah seorang raja yg berketurunan dewa mati di medan petang tetapi dihidupkan kembali oleh kekasih dewinya. Dia diminta untuk mengalahkan Thor dewa kilat oleh abg kepada kekasih dewinya.Kisah perjalanan raja ini dalam menjalankan misi yang diberi.

Komen aku:

ehem ehem..betulkan tekak dulu...eh..hauslah plak...minum dululah...huhuhuhu....

ok ok...bagi aku cerita dia ok. aku bagi markah 3.8 out of 5....walaupun aku minat gila KRU...tapi penilaian aku bukan berdasarkan bias yea...aku bagi pendapat sebagai seorang penonton yang telah membayar wit hanya tuk tengok wayang...

jalan cerita yang cuba diutarakan agak menarik...tetapi memang rasa peliklah..selama ni aku duk layan avengers ngan thor tetiba dalam filem ni thor jadi jahat....memang cam pelik ja...merosakkan imej thor dalam minda aku...terpaksa gi tengok thor 2 plak...

jalan penceritaan dia jenis tak banyak flash back...so kebanyakannya pasal present time..so ko taklah termanggu dan taklah rasa cam lambatnya nak habis...tapi aku pelik..kenapa kejap salji kejap panas pastu salji lagi...sat lagi hujan....dia ni duk kat mana sebenarnya?..konpius aku...

aku suka gila kat pelakon pompuan dia...cun bangat...cam muka Angelina Jolie gitu...walaupun tak paham tujuan dia nak gi berperang tetapi aku layankan ajerlah...

lupa cakap..cerita ni banyak perang...seyes banyak gila...kena sulalah..kena pancunglah..asyik berbunuh jerlah senang cakap...agak ngeri gaklah kalu ko jenis tak suka darah darah ni...

satu yang paling aku tak tahan....tang rambut palsu...adeh..kenapakah filem  berharga jutaan ringgit tak mampu nak provide a better quality of rambut pelesu?..y? y?...aku hilang fokus sebab duk tengok rambut palsu tu...huhuhuhu...

ayang aku plak komplen kenapakah muka  watak utama tu bersih sangat...tak comit langsung...cam dia mandi setiap hari..walhal kita tahu klu dah asyik merantau mesti muka dia akan gelap dan comot sket...hmmmmm

 apa lagi aku nak komen ek?...eh cam panjang plop komplen aku ni...oooo mungkin pasal teknik cgi kot...sebab cerita dia banyak dalam studio...tapi aku tengok banyak gaklah prop dia pakai huhuhuhu...

pada yang komplen filem ni...aku rasa korang perlu ingat satu...ni cerita rekaan..so dah kompom ngarut... sedangkan cerita omputih yang mengarut leh plak korang layan tapi sebabkan ni keluaran tempatan sedap ja korang kutuk...nampak sangat waktu pilih nak tengok wayang tu..korang dah bajet..oh ni karya tempatan...kompom kualiti ntah pepeja...tapi klu cerita omputih...tak masuk akal pun korang leh kata best gila....

bukan tak bagi komen...tapi komenlah yang sesuai...setakat cakap keluaran KRU cam cicakman ngan merong tu crap....habis batman tu baguslah ek?...dari sudut teknikal memang banyak boleh improve..so just give them some space to do so...

tak pun suh ja KRU hire aku keje sana...keje aku komplen ja nnt...bagi pihak korang...nak?..hahhahahaah

oklah majulah sukan untuk negara...tetiba.....gila panjang karangan aku...dem

Saturday, September 7, 2013

korean style spicy chikcen feet... kaki ayam tu huhuhuhu

ref link: http://www.maangchi.com/talk/topic/hot-sweet-spicy-chicken-feet-dak-bal-1

OK..hari ni aku nak cerita pasal kaki ayam...kais pagi makan pagi kais petang makan petang..yealah ayam mana ada peti sejuk nak simpan makanan yang dia jumpa...

korang nampak tu?..tu gambo kaki ayam tu... ni gambo time aku wat makan makan ajak 5 org ja...hahahah pastu kena komplen sebab tak ajak ramai..sorry uolls.. malulah nak ajak ramai sebab tak sedap pun aku ni masak...next time yea kalu ada rezeki...


tuk majlis tu aku takmolah hidangkan kaki ayam semata..so aku turut hidangkan leher ayam sebagai replacement pada yg tak makan kaki ayam...kaki ayam yg ada ni pun sebab orang depan umah aku kenduri..dia bagi kaki ayam kat aku...habis tu aku nak buat apa kaki ayam? ayang aku pun tak suka kaki ayam..

aku pun sebenarnya tak makan kaki ayam..tapi disebabkan aku tengok racangan Invicble Youth kat KBS, nampak cam best bangat ja kaki ayam tu..so apa lg...belajarlah makan kaki ayam ni.

berbalik kepada resipi ni... nilah resipi yang paling mudah sekali...masalhnya..aku google resipi ni kat internet..malangnya tak jumpa..yang ada semua resipi ala negara china..mungkin ni original dari sana kot. Pada yang tak tahu..kaki ayam ni orang korea makan time diorang lepak lepak minum soju kat gerai gerai...kira bukan makanan asasilah.

korang nampak kat atas tu aku tulis link? aku takleh guna resipi tu sebab dia siap letak soju dan benda lain yang cam susah ja nak cari... so aku terpaksa guna otak aku tuk berfikir secara kreatif dan kritis tuk dapatkan mock model kaki ayam ala korea ni. hasilnya? heh heh heh...bolehlah...(sebab tak tahu rasa yang ori guana...kat korea bukan senang nak jumpa restoren halal..kawan aku pun takder crita jumpa kedainya)

hahahahah..balik lagi ke resipi ni...gila panjang korang kena baca sebab nak dapatkan resipi ja...

bahan bahan:

1. kaki ayam dan leher ayam (optionallah...dah tak makan kaki letaklah leher.. tokeng a.k.a bontot ayam aku tak pernah cuba lagi).
2. Ghojucang atau paste lada korea...leh dapat kat korean store
3. Madu/ corn syrup (cari kat kedai bahan wat kuih raya)
4. Garam
5.Gula
6. Chili flakes
7. Halia

 Chili flakes
Ghochujang

Madu

Gambo kaki ayam takdop..takkan tak kenal rupa kaki ayam kot..huhuhuh...teruk ngat gitu...

So cara memasaknya...

1. bersihkan kaki ayam tu...potonglah kuku dia..geli dowh
2. racik halus halia
3. masukkan kaki ayam, garam sikit dan halia dalam periuk..rebus. letaklah air tu sampai cover semua kaki ayam.
4. rebus kaki ayam tu sampai lembut...leher pun rebus gaklah.. tapi tak selama kaki ayam..
5. tambahkan air kalau dah kering.
6. bila kaki dah lembut, masukkan bahan bahan lain, Ghojuchang, chili flakes, madu dan gula ke dalam periuk tadi (letak air sikit kalau terlalu kering)
7. gaul gaul sikit semua bahan dalam periuk tadi.
8. rebus semua tadi sampai kering (like really kering, likat likat gitu)
9. siap dah

rupa dia patut cam gambo aku kat atas tu... rasa dia? hmmm rasa dia manis manis pedas... garam kalu nak letak lagi leh ja letak..tapi tadikan kita dah rebus ayam ngan garam..so berpada padalah yea...

okie.. patutnya dah siap jadi satu hidangan... korang trylah sendiri yea..huhuhuhu

huhuhuhuhu...ok jom kita layan OST The Master Sun plop... bye




hmmm... susah tul



Aku cukup tak suka kalau aku chat tapi orang belah sana tak nak layan..sapa yang suka yea dop?..haih nak wat guana semua tu hak individu.

Aku ada sorang ni,..ala X kawan aku tu yang aku tak patut peduli hal diorang tapi last last aku amik tahu gak...dan X dia ni dah jadi kawan aku. kitorang sokmo ja chat, tapi dulu dia chat ngan aku sebab nak korek pasal kawan aku ni.

so dia dah isytiharkan yang kitorang ni kawan..so kawan oklah, kita takkan nak cari musuh plak, yea dop?tapi yang aku tak tahan, tajuk yang interest dia hanyalah pasal kawan aku, selain dari tu dia tak mau atau kata lain dia kurang minat nak cerita.

bila pikir balik yea juga...itu saja kot based frenship kitorang selain dari dia adalah ketua ayang aku. Apa saja lah yang dia boleh cerita ngan aku...so jadi masalhnya aku jerlah kot...aku suka berborak..tapi aku takder orang nak bercerita... yang ada dak opis aku.

cukuplah 12 jam aku bercerita ngan dia tiap hari, takkan sampai sabtu ahad ngan malam pun aku nak cari diorang lagi. So aku cukup suka kalau ada orang nak chat ngan aku...tapi malangnya takder. Si X ni ada ja chat ngan aku tapi tajuk dia tu jerlah...kalu ada tajuk lain pun chat tu hanya tuk 3 baris..yang lain dia akan end dengan hmmm ja

Kenapa aku cakap pasal dia ni? sebab dia sorang ja yang aku rajin chat despite dia hanya balas ngan hmmm ja... org lain semua super busy... ayang aku pun bukan boleh chat sangat...nak tepon pun susah.

Ayang aku jugak bukan jenis suka bercerita, hanya aku sorang ja yang bercerita...tu pun susah nak dapat feedback...so kat sini jerlah lagi tempat aku nak bercerita.

Aku takleh nk bebas kata ngan X ni, tiap kata aku mungkin akan influence judgement dia pasal ayang aku. batasan camni lagilah menyebabkan banyak topic takleh cerita...tapi apa nak kisah...jelas dan nyata topic yang dia minat hanyalah pasal kawan aku. Aku ja yang bodoh kat sini...sebab takder orang nak borak punya pasal tak kisah apa pun...

oklah cukuplah aku buat sampah kat sini... pasni aku nak cerita pasal kaki ayam pedas ala korea...hihihih...

sekarang korang ;layan OST The Master Sun...aku tengah gila pasal ni sekarang..semua post aku aku akan end ngan OST dia hahahahhaahahah

Friday, August 30, 2013

aku memang pelik....

aku takder nak tulis apa pun hari ni...hanya nak tulis yang ada dak opis aku resign hari ni...dan aku rasa cam x bestnya dia resign...

padahal camkan kat grup aku ni takde org resign...ada sokmo ja...tapi feeling lost of someine tu sangat kuat...

ni semua mainan syaitan...hahhahhaha...aku sedih sebab aku dah takder org nak wat cuci mata...tu ja...hahahah..aku memang teruk...

oklah aku nak tulis sampah ni ja... aku hanya wish yang adik tu akan berjaya dalam hidup dia...semoga dia berjaya mencapai master dalam bidang yang dia pilih...despite it is totally different field....

fighting!


Friday, August 2, 2013

yeay yeay raya...

hahahah...bunyi tajuk cam dah tak sabar nak raya....benornya bukan x sabo nak raya tapi x sabo nak bercuti. gila stress keje aku sekarang sampai aku hilang arah tuju dan fokus nyata kenapa aku gi keje. aku sunguh weng sekarang bagai orang tak cukup gula.

dalam pada aku duk stress tu, aku sempatlah menyelinap keluar ikut kawan kawan aku pi shopping raya...almaklumlah jumaat ni diorang sema dah balik kampung..aku ja yang tinggal kat opis tu. dalam pada aku x minat pi shopping sorang sempat gak beratus wit aku melayang beli baju dan langsir tuk aku dan umah.

tapi korang tak tahu betapa seksanya nak cari baju saiz aku. siap ada satu kedai ni dia siap leh cakap..akak pi jahitlah baju...nak beli siap takder saiz. wah sungguh bedebah kata katamu itu adik...terasa menusuk di jiwa kakak ni dem betul.

dalam puas berpusing kat masjid india tu, hanya ada satu ja kedai yang menjual baju kurung dengan banyak huruf X...huhuhu tp huruf X yang terbanyak pun x mampu aku sarungkan di tubuh ni...oh sungguh kecewa.

habis satu bangi dan nilai aku jelajah (tipu lebih) mencari baju tapi x jumpa..last last aku jumpa baju bersaiz 50..huhuhuhu....besarnyalah no itu.tapi janji ada baju...nak cari kat lain belum tentu ada... almaklumlah dahlah tahu size takder..demand kaler plak..nak bertema segala...memang gedik tul.

tetiba otak aku running...patut ke aku pi jogging kuruskan sket badan aku ni?...tapi aku jenis mudah putus semangat...haih...acu cerita gimana mahu dibuat ni?

layan lagu raya dulu..
..

Friday, July 26, 2013

undilah saya jadi ketua anda

tadi aku cerita pasal opis aku yang tengah entah pe pe tu....sekarang aku nak fokus kepada ketua aku.

ketua aku ni orgnya:
1. tegas
2.mikro managament.(sampai lubang cacing dia nak tahu...klu boleh lagi dalam dari lubang tu)
3. business and economic background
4. bagus dalam pengurusan.
5. no i.t background
6. suka bertanya
7. suka membebel kalu dia tak suka dengan benda tu
8. suka ngadu@complain pada orang lain
9. once she hate you...she will always try to make you suffer
10. kekadang baik tapi selalu berbaur sindiran huhuhuhu
11. entahlah..

aku kalau boleh tak nak jadi ketua camni...aku berdoa dan berharap aku akan jadi ketua yang disayangi dan disenangi oleh ahli aku. bagi aku seorang ketua patut:

1. paham dan arif apa tugasan anak buah
2. kalau takleh bantu buat, tolong googlekan link pun dah ok ( better dari bebelkan)
3. if you want to scold them for doing wrong, you should lead them back to the right path
4. never condemn your members initiative in solving the issue, it is better than the members ignore the issues.
5. everything is about team...not about saving your own self
6. be with them all the time, support them...
7. always pertahankan anak buah...jangan sampai org perlekehkan...
8. be their friend...earn the respect

hahahhaha...aku memang weng....

saya rasa saya nak resign...

aku rasa cam nak resign ja.....geram geram rasa nak resign...haih..sabo sabo...ingat sikit opis tu takder orang boleh take over lagi....ni apasal tetiba takder angin rakder ribut aku nak resign ni?...haaa.. meh aku ceritain...

sapa baca blog aku kan mesti pernah baca pasal bos dan ketua aku bukan dari field I.T sama macam aku...so tak perlah aku maafkanlah diorang kena uruskan benda out of diorang punya field...tahniah dan syabas kerana berani mencuba..tetapi masalahnya bila ayam dan itik cuba berbicara ni banyak benda ke laut dari sepatutnya jadi lebih terang.

aku dan kawan aku diberi tugasan untuk search dan cuba boleh tak sharepoint content database dari environment lain masuk environment kitorang. so ..hasil search maka aku jumpalah cara...jadi kita perlulah cuba hasil google kita...

selepas cuba..server kitorang pun cakaplah yang database tu tak sama jenis...yang deatination guna version lebih rendah dari source. Dia juga cakap suh update. so aku pun updatelah...namun fail di hujung cerita...

sehari suntuk kitorang cari cara nak selesaikan isu ni...waktu ni x ngaku lagi ngan bos dan leader...baru nak serah leher sekali leader aku balik awal...so direct ngaku ngan bosapa yang jadi...bos aku tenang ja jawab suh selesaikan...ok tak kena marah...

hari ni plak aku cuti...so kawan aku lah kena ngadap leader aku...sekali kena bambu kenapa buat update tu...dan marah marah siap dia kata rasa nak bunuh orang hari ni...yang tu ok lagi..pastu dia bolehlah pulak suruh kawan aku yang tak tahu apa apa ni buat image production dan siapkan hyperV. apa gile ke..ingat boleh siap satu hari ke nak buat hyper V dari asas...baiklah pi cari jalan selesaikan error update tu.

time nilah aku rasa cam nak resign...walaupun yang mengadap kawan aku tapi aku sebagai senior dia sangat terasa bahangnya. ni aku tengah cuti ni pun tak tenteram hidup.

yang aku bengang sebab dia tak tahu apa apa. zero..kosong langsung. cadangan dia bagi tu dia main petik ja tapi dia tak tahu sampah apa dia cakap dan apa capability team dia. setakat kata kata saya percaya kepada kemampuan team saya tu semua hanyalah bullshit. dia tak berdiri di atas realiti.

dia kena tahu yang kitorang hanyalah hidup berpandukan pakcik google. kalu pakcik tu cakap buat cam gini...cam ginilah yang kitorang buat. aku bukan mintak banyak..ko tak tahu nak tolong so ko buat cara tak tahu..jangan nak memandai ja. kalu idea ko tu memang boleh dilaksanakan lain...ni takder sapa pun yang noleh buat.

baiklah ko pi cari sesapa tuk settlekan isu update tu atau tolong google apa apa link yang boleh tolong kitorang...ni ko pi tambahkan lagi kerja kitorang. tak perlulah nak jaga kredibiliti sangat time camni..ngaku je kat jepun yang kita tengah ada isu so tak dapat bagi result pada masa dijanjikan. kan senang. susah kalu orang yang duk jaga ass sendiri.

ok..aku tak puasa hari ni so aku leh merempan.

sekian

Tuesday, July 23, 2013

sedapnyalah bufet....

haih..tekak aku ngalahkan org puasa...padahal tgh bercuti umum...tapi korang jgn pikir akusedap ja melantak ek...lagi dua jam nak berbuka aku setitik air atau sebutir nasi pun lum masuk lagi tai dalam perut...dah serupa puasa dah aku ni...huhuhuhu

aku benornya jeles tengok rezeki orang dapat gi bufet ramadan...selalu waktu opis dulu memang aku dapat merasa bufet sebab bos aku akan belanja staff dia makan berbuka...despite bajet rm50 seorang tapi tetap belanjakan?...

so disebabkan takder sapa nak belanja aku makan..jadi aku pun naklah belanja diri aku sendiri makan...tapi adalah sangat tak best ko spent rm50 tapi ko pergi  makan sorang diri..maka haruslah kita ajak kengkawan kita pergi sekali....

malangnya kengkawan aku ada yang nak ikut..tapi bila ajak yang lain semua reluctant dan tak mahu pergi sebab mahal...nak mengharap department bayar?..hampeh..walaupun tiap kali meeting duk crita macam mana nak habiskan duit..tapi bila buat majlis semua kena bayar sendiri...tajuk alasan yang bagi adalah fair.

serius aku tak paham kenapakah perlu camtu sekali tahap fair diorang...antara contoh yang diberi...tak fairlah orang yang bayar tak pergi tapi duit dia kena guna untuk bayar makanan...watdehek....dah ko tak pi...kitorang nak buat camner...pastu kalu pi pun kena bayar sendiri...baik takyah pi...

nak mengharap kedatangan 100% peratus...pernah ke ada majlis yg org datang 100%??....ok ok..dah aku tak suka kenapa tak cakap je?...ni masalahnya bila orang yang pegang duit..time suruh decide dia punya tune cam kalu ko cakap ngarut kat sini matilah ko kejap lagi...dan sudah terang lagi bersuluh orang tu hanya nak pastikan dia tak rugi sesen pun duit yang dia laburkan..dah guana?

aku rindu zaman leh pi makan makan....hahahha...nampak sangat betul apa ayang aku cakap...aku hilang keseronokan kerja kat sini...duit ada tapi tak boleh buat apa apa...dalam otak running pasal kerja ja....aku patut cari kerja yang bebas sedikit...errr ada sesapa nak hire aku tak?...

ok layan lagu raya plak..merempan takkan habisnya...


Friday, July 12, 2013

salam ramadhan semua

salam ramadhan buat semua...syukur sebab masih ada umur dan rezeki tuk menyambut bulan puasa lagi..oh sungguh skema ayat ku itu..


tahun ni aku tak tahulah kenapa sejak dari rejab lagi aku dah terasa rasa rindunya aku kat ramadhan...rasa cam tak sabonyalah nak masuk bulan posa...oh..sebab nak raya cepat kot..hihiji nehi nehi babuji...

aku memang seikhlasnya rindu puasa tahun ni...rasa cam cepatlah cepatlah sampai ramadhan dan akhirnya sampai jua bulan yang aku tunggu.

aku rasa faktor ada anak kecik juga menjadi punca aku rindu..sebab anak aku dah beso dah pandai dah...senang cakap dah boleh ajar puasa dah...kejap ja beso anak aku tu...ingat lagi aku menangis dukung dia balik umah nak berbuka dengan dah azan kat luar...aku sangat sensitif waktu tu. siap nangis segala.

sekarang pun aku masih nangis bila tiap kali aku kena bergegas amik anak tapi aku kena stay siapkan kerja dan orang yang aku harapkan pulak setiap kali tu juga bila call langsung tak membantu keadaan. hahahhaah aku tengah sakit hati sekarang ni.

bulan puasa camnilah aku rasa aku tak patut kerja..aku patut duk kat umah uruskan umah.kerja cam nak mati pun takde gunanya takde sapa hargai pun. its always a fight of your own jangan harap orang lain bantu.

kan bagus kalau aku dapat tenangkan fikiran..layan cerita syurgamu ramadhan ke..eh bukan patut beramal ibadah ke? oh sungguh tak insaf disitu.

oklah..selamat puasa senua.




Sunday, June 30, 2013

aku rasa aku femes

tajuk memang tak bleh blah...tapi seriesly aku rasa syok sebab tgk hit pada blog aku selalunya reach lebih dari seorang...kekadang sampai 34 orang...hahahahha jakunnya saya..

aku pun tak pasti siapakah mereka itu yang sangat rajin membaca entry blog aku yang hmmm mengarut ja lebih...tapi kebanyakan readers adalah sebab nak cari resipi kimchi dan tteokboki...glad that i can help them...

satu lagi yang buat aku rasa femes adalah tetiba ada mamat mat saleh suka like instagram aku...hahhahaah perasannya aku...tapi nasib baik mamat ni minat photography..so aku pun followlah dia huhuhu...

ok..aku hanya nak cerita pasal ni ja...hahahha another sampah entry from me.  sorry..





Tuesday, June 18, 2013

aboh yang sakit....

huhuhuu...aku tak taulah nak crita camner...tapi crita jerlah...ok..begini ceritanya... aboh aku tu memang pemegang title pesakit kencing manis yang tegar dengan moto..selagi hidup dan boleh makan nilah kita makan tanpa sedar diri yang beliau tak boleh dah nak menikmati syoknya makan seperti orang lain...

bila nasihat tak dengar lepastu siap makan kat luar baru balik umah...so kitorang dah tak tau nak cakap apa...takperlah part tu...

so semua tahukan yang aku skarang tengah dalam proses membina rumah tuk mama ngan aboh serta aku duduk...kitorang upah orang buat dan dalam masa yang sama aboh jadi tukang urus...

nak senang keje aboh aku mintak tolong kawan dia buatkan umah tu...last sekali aku pi tengok umah tu kawan aboh aku sorang ja buat..memang kesianlah...tup tup out of no where aku dapat info aboh aku masuk spital sebab demam urat...rerupanya aboh aku pi gatal buat jugak rumah tu..sempatlah dia naikkan 500 biji batu...mungkin dia rasa kesian kat kawan dia kot...

so bermulalah episode aboh aku masuk wad...asalnya masuk sebab demam dan dia ngadu lmah kaki...lepas dapat blood test rupanya ada bakteria plak kat kaki...bagilah doktor antibiotik...pass bagi antibiotik makin teruk kaki aboh aku...dalam otak aku dah terbayang adegan aku dan keluarga cuci kaki aboh dan aku leh bayangkan camner aboh aku akan mecok sebab takleh gerak

lepas bertahan dekat seminggu ... nampaklah perubahan positif kat kaki aboh...pastu dapatlak news tekanan darah rendah..hb pun rendah..siap kena masuk darah...haih terima kasih kepada penderma darah penderma dara semua...jasamu dikenang....nnt pass takder darah tinggi aku pi menderma plak...







hari ni aboh buat endoskopik...dan ternyata pengurangan darah disebabkan oleh ulcer dalam perut aboh....aku harap semua akan baik baik saja nanti...InsyaAllah...



btw...kenapa tak cukup staff kat htaa...nurse dan doktor cam tak terkejo nak layan pesakit...part doktor tu memang paham doh kita x cukup doktor...yg part nurse tu...mana lambakan dak dak nursing yg br grade pergi?...haih sabo jerlah


Saturday, June 8, 2013

saya bosan

hari ni aku nak cerita pasal kerja aku....hahhaha kalu nak merempan pasal kerja memang panjanglah ceritanya tapi yang aku nak fokus pasal isu yang baru ni...

ok..kat sini kitorang pakai open space office...so hod and ketua ketua semua duk dekatvngan kita dan kita sepatutnya..sepatutnya ok kenalah jaga tingkah laku dan apa yang kita nak komen secara logiknya sebab tak mo diorang dengar...

tapi group aku gila selamba badak duk komplen pasal leader and bos especially time rehat...dan aku yakin ketua lain dan hod lain kompom dengar cuma nyampai ker tak yang kita tak tahu...

so baru ni ada lagi isu baru..err rasanya taklah baru sangat...isu nya pasal sharepoint...bila mana workflow sharepoint tak triggered dan menyebabkan kekecohan...yang jadi masalahnya...dari 100 workflow yang jalan mgkn 1 akan tak jalan dan selalunya jadi time puncak...

cam biasalah...aku dan kengkawan aku salahkan network....dah sema tgh pakat send data serentak...pastu nak point ke server yang sama...mestilah ada isu..pastu lum masuk isu timeout lagi...

tapi user tak boleh accept alasan ni.....mana boleh salahkan network..kena salahkan sistem...99 yg berjaya tadi adalah false info...hanya 1 yg tak jalan tu ja yang diambil kira...remember..user always right...and they will never see things that you help them...they only remember what you did wrong....

satu yang aku tak tahan kat sini adalah budaya mengugut...ayat biasa....tak siap takder bonus....tak siap takder kenaikan gaji....ada aku kisah?.aku peduli hapa....dah tak boleh siap aku nak buat camner....ingat senang ker nak kejo sema sengsorang...memanglah bunyi cam berlagak..tapi aku pun ada life....takkan asyik nak keje ja...

huhuhuhu.... sorilah entry ni bosan....aku memang seoarang yang membosankan....hahahahah....


langkawi yang menyakitkan hati....

ak nak merempan jap.... nilah pengalaman aku kat langkawi yang paling teruk pernah aku rasa...korang tahulah kalu pi langkawi memang kena sewa kereta dan tiap kali pun aku selalu dapat kereta yang ada masalah...tapi kali ni teruk sangat...

cam biasalah..aku takut tak cukup kereta kat pulau..so kitorang sewalah kereta dari kuala perlis...dan seperti dijangka kitorang dapat kereta yang dah uzur...takperlah takat wira umur 10 tahun nohallah...tapinya kita dah complaint keta ada masalah tapi tetap cakap kereta ok takder masalah...

sampai enjin bunyi menderu masih lagi kata ok? ntah apa apa ja...sekalinya esoknya di tengah hari bole..ekon tak berfungsi..dah matilah ..dahlah langkawi ni panas..ekon takder plop..memang sakit hati...

so calllah diorang inform keta takder ekon...kita tgh panas..anak siap muntah muntah..berpeluh sakan..kalau kena sawan panas tak taulah camner...pastu diorang suruhpi tmpt amik keta...

sampai ja..bila cakap keta tu ada problem terus pakat point finger..duk jugak kata keta diorang ok..aku memang hanginlah..terus aku high pitch...tapi tetap..keta diorang takder masalah..yang ada masalah kita...amboi..

aku sakit hati sebab camni ker orang kita meniaga?.dah memang terang lagi bersuluh kereta tu ada masalah pilah servis...selain dari keta tu boleh gerak..ekon kena ada...paling koman pun tingkap kena berfungsi...so takder ekon lehlah bukak tingkap..ini..hampeh gila..

kan bagus kalau dia ngaku silap..as a customer aku berhak untuk mintak khidmat sdan servis terbaik dari sesebuah kompeni tapi orang kita meniaga yang penting dia betul..kita sentiasa salah...salah kita sebab pi bercuti hujung minggu..salah kita pi waktu puncak..

lepas gaduh..diorang tukar keta lain sambil marah marah...cam dia ja tahu marah aku pun tahu gak...pastu nak dijadikan cerita tertumpahlah air dalam kecoh tu...tertumpah kat dalam keta...so diorang halau keluar dari keta...

akhir cerita kitorang tukar kompeni lain dan buat report polis...memang ni percutian terbaiklah...


Saturday, May 18, 2013

jiwa lara...

hahahhaha...tajuk tak bleh blah...sebenornya bukan apa...aku tengah sakit hati ngan opis aku. Seriesly nilah kompeni yang asyik buat aku nangis ja...baru keje setahun aku dah nangis berapa kali dah kat opis nun...

Akukan tengah siapkan satu projek ni. Projek tu asalanya dari jepun. Orang sana dah tak mahu guna system tu..tapi orang kat sini nak guna jugak..so department aku ngan bangga dan yakinnya take over projek tu.

Projek yang kalau owner dia pun rasa sampah,pastu ko teruskan kompomlah ada sesuatu pasal projek tukan? sesuatu yang sampai user pun reluctant nak guna even though diorang yang request. dan sekarang akulah yang tengah layan sampah tu.

OK, aku pasal projek tu aku tak kisah sangat...setakat nak suh aku buat amendment pada system based on user request ...tu memang kerja aku dah...tapi yang jadi problemnya, aku nak Tanya sapa pasal logic system tu?

Memang diorang ada provide dokumen, tapi takat dokumen on cara nak guna, apa nak setup..kenapa nak setup tak cerita. Apa logic column column data tu dipilih takder. Kenapa sampai kena ada dua data import pun tak cerita..dah tu camner aku nak buat kerja?

ko baca jerlah coding tu..bukan susah pun...AMBOI...senangnya cakap...memanglah boleh baca coding, tapi bila result takder apa apa aku nak jawab apa? bila user tanya kenapa data display camni. kenapa sheet ni camni aku nak cakap apa? benda tu semua takderlah dalam user manual.

Ala tanyalah owner projek...haihhh ni lagi susah.. dahlah owner dia kat jepun...walaupun dia owner, tapi dia hanyalah end user, yang tahu pass klik data keluar, tapi kenapa system tu design sekian cara, kenapa ada banyak query dalam system, apa connection antara database manalah dia tahu. Soklan sema hantar by email..nak tunggu jawapan makan tahun..haih pening aku.

dalam bebanyak isu ni, satu isu yang lagi aku sakit hati. Aku buat benda ni sengsorang. Ala, sengsorang pun nak kecoh ker? tu yang masalahnya..sengsorang ni maksudnya aku sorang ja yang tahu apa coding dalam system tu. Apa query yang ada, camner benda ni nak run...takat tahu tapi tak paham apa barang.

Nak tanya leader?  hmmmm diorang mana tahu pasal programming. HOD aku bukan programming literate. Leader aku tahu basic ja, aku nak tanya apa coding tu cakap pun dia tak paham gak..so camner aku nak discuss? opis mate aku pun masih baru dalam coding ni dan skop kerja dia kat sini tak buat coding langsung..lagilah harunya.

ni semua isu sampingan...tapi yang aku sakit hati bila org mempertikaikan kerja aku. memang benda dah siap..tapi banya benda yang aku tak tahu kenapa system tu keluar result camtu...banyak benda yang aku kena teka apa yang jadi. Aku nak balik rumah pun ketua aku tak bagi..tak cukup ker aku tunjuk yang aku dah berusaha nak siapkan benda ni?

yang aku perasan department aku ni kurang empati...semua simpati yang ditunjuk oleh bos aku banyak fake dari ikhlas. aku malas nak amik pusing sebab kalu aku dah mula menilai aku tahu nanti akan ada masalah lain plak.

seriesly aku nak cari kerja yang leader aku lelaki dan tahu apa staff dia buat dan boleh bantu staff dia kalau tak paham codings... arghhh I hate my job!


I want to stop trying....

Saturday, May 4, 2013

ko apahal?

hahahahaha...tajuk cam bengang ja....taklah mana ada bengang..rasa kelako ja ngan perangai sesetengah orang ni...

dulu aku pernah cerita pasal dak opis aku yang minat pada satu mamat kat div lain kat sini. so aku ni kan kaki nyibuk..so aku telah menfrenkan diri aku ngan mamat tu. aku tak minat ek dia...aku hanya cuba untuk jadi bridge antara mereka.

tak dinafikan mamat tu hensem..ada aura bad boy gitu...so lagilah seronok nak berkawan ngan dia...hohohoho bunyi cam ada niat lain di situ...so bila dia accept friend request mestilah best...disebabkan aku ni jenis mesra alam tak bertempat so aku rajinlah chatting ngan dia tengah malam sambil cek line dia ni available ker tak.....bukan untuk akulah..untuk kawan aku..

hasil stalk kitorang...aku mendapati yang mamat ni selalu di tag oleh sorang minah ni...bergambo bersamalah..makan bersamalah...balik kampung pun bersama...so dari hasil risikan kitorang dapati yang minah ni isteri orang ngan 1 anak...despite she still look young cam anak dara.

aku memang perasan yang mamat ni rapat giler ngan minah ni siap makan sekali segala...so aku tak pedulilah. .bukan pakwe aku atau lelaki yang aku suka....tapi rupa rupanya..dalam aku tak peduli tu ada orang yang peduli rupanya...

baru ni aku kluar makan ngan dak satu div budak tu..dalam duk bercerita tu pastu terkeluarlah crita yang ada orang menyatakan keconcernnan diorang pasal aku duk usha mamat tu. aku hanya tengok ja kot..takder niat tersembunyi pun..beside bukan mamat tu yang aku nak tengok sangat. .orang lain huhuhu

yang jadi klako tu..minah tu dah kawen kot..yang diaa gabra sangat aku pandang mamat tu apahal? bukan mamat tu suami dia pun..opis mate ja....oh aku tau..kalu dalam drama tv mamat tu mesti pernah selamatkan dia dari bahaya...aku rasa mesti mamat tu pernah derma buah pinggang or hati kat dia...tapi tu cam extreme sangat.. hmmm pernah derma darah kot.

doktor:kami kekurangan darah jenis ni
mamat tu: doktor amiklah darah saya...saya rela bagi..yang penting doktor selamatkan dia..

ptuiii giler drama dowh...aku sebenarnya rasa teruja sebab ni first time aku dengar pasal orang amik tahu pasal aku...adakah beliau cemburu dengan aku? hahahahah memang peliklah kalu nak cemburu. ..dahlah aku tak cun..isteri orang pastu mamat tu plak bukan pakwe aku atau dia...memang ngarut tul...

kalaulah minah tu terbaca post ni dan dia perasan aku kutuk dia..sorrylah beb..gua tak brapa paham ja apa motifnya ko nak perhatikan aku oandang jer tak mamat tu..aku pandang semua lelaki yang bagi aku menarik perhatian aku kot..nothing more than that...hahahahah


Wednesday, May 1, 2013

hari mengabihkan wit bonus...

Isnin hari tu wit bonus aku dah kluar...so aku benornya nak pilah bawak adik aku shopping ...nak pi alamanda dah biasa...mines pun sama..so aku pun cadangkanlah pi paradigm mall sebab orang kata best.

nak pi paradigm mall tak susah sebab bangunan tu betul betul sebelah kelana jaya medical centre dan juga kelana square lokasi opis lama aku dulu sebelum pindah UPM. yang jadi problemnya jem...tahu jerlah kalu dah hujan lebat time habis waktu keje mmg maksudnya jalan akan sesak teruklah... so journey yg patutnya less than 1 hour jd lebih dari dua jam huhuhu.

masuk paradigm betul betul kul 8..so sesampai terus nak pi bank amik duit..sekalinya atm tu tak kluarkan duit...aku dah cuak dah ni. call maybank tak berangkat... sejam tau aku call customer serviice dia tapi tak tahu apa yg busy sangat tak berangkat. dah kul 9 barulah dapat org bank. lepas dah kompom wit ok barulah senang hati..tapi sejam waste camtu sbb tak dapat call diorang.

so end up kitorang hanya pi makan kat old town cafe ja...haih sabojerlah. sian adik aku dahlah susah nak dapat keluar jenjalan ni.

esoknya patut aku tak gi memana..pastu kawan aku pi pancing aku ajak pi alamanda...patutnya aku pi kelas tapi disebabkan kerja sekolah tak siap so aku tak mo gi kelas huhuhuhu...hasilnya aku shopping kat etude house barangan muka huhuhu dan dinner kat sushi king.




hari ni plak aku patutnya pi kluar ngan opis mate aku..pastu kansel sbb dia ada janji. so aku bantai tido lajak sampai tengah hari. kawan aku ajak makan plak. so aku pun kluarlah makan...ingatkan lepas tu nak pi shopping.

sekalinya pass makan rupanya dia dah ada janji ngan pakwe dia...so aku yang dah masuk warta terus keluar balik hantar dia balik..pakwe dia dah ngajuk haih susah tul.. so lepas hantar dia balik aku ingat nak terus balik...sekalinya lupa lotion aku dah habis...so pilah warta balik...

jemlah kat warta hari ni...nasib aku baik ja dapat parking...kalu tak aku memang dah cancel dah...dahlah sorang diri. duk jalan sengsorang tu aku lehlah termasuk dalam kedai kain ni...dah tak pepasal aku sambar 4 helai kain gaun..2 helai seluar beso dan 3 helai blouse... aku mmg dah gilerlah...

sebab tu aku tak suka jalan sengsorang..aku memang akan shopping ikut sedap aku ja...huhuhuhu...balik ni kompom ayang aku ngamuk....

keluar dari warta aku terus nak balik...tapi gilerlah ramai orang kat bangi ni...nak kluar warta ja amik masa dekat sejam...perghh memang tak paham tul aku....

tapi hari ni aku sangat bosan...aku patutnya duk umah dendiam makan megi dari aku kluar umah pi makan nasi...klu aku tak kluar mesti aku dah tido berapa round hari ni....

Tuesday, April 30, 2013

I make a shit

sekarang aku tak tahu aku nak merempan ataupun tidak.....tapi walau macam manapun tu mmg kesalahan aku....

aku ada tugasan dimana aku kena buat keje yang bolehlah dianggap bodoh dan remeh...keje yang tahap kerani punya keje iaitu mengupload dokumen secara rutin...

aku dan grup aku memasing dah ada tugas yang sedia tak tertanggung..tetiba kami dihadiahkan tugasan yang memerlukan komitmen seperti ini...dan sebenarnya kami semua merempan memikirkan tentang tugasan tu...

hari semalam isnin adalah hari tugasan aku...dan hari semalam adalah satu satunya hari aku balik awal sebab aku nak pi berjalan ngan adik aku ateh and that day juga aku leh lupa nak wat tugasan aku..

pagi ni baru aku perasan yang aku tak buat tugasan aku..I felt so dem stupid..after siap buat keje dengan pic dari jepun sekalinya leader aku notis yang ada sesuatu terjadi kat benda tu..

double dem and shit..and she asked me what happen and I tell her what happen...so apa lagi kenalah aku amukan naga... dan minggu depan aku kena buat laporan dan countermeasures to avoid this kind of shit happen again...

seriesly aku memang nak nangis tadi...silap..memang aku dah nangis pun...aku paling tak suka kalu aku buat salah dan kena sound secara camtu...sebab tu aku patut tolak ha kontrak tu sebab benda shit camnilah aku rasa kontrak tu menyebabkan aku rasa lagi dem.

tanpa kontrak tu aku tak rasa aku patut nangis atau rasa bersalah sangat..tapi sebab aku ada kontrak..aku memang perlu takut. rasa cam nak pi pulangkan duit tu dan batalkan kontrak ...

aku benci rasa ni...DEM

Sunday, April 28, 2013

Hari minggu yang panjang...

Tajuk ja yg lelebih..takderlah panjang pun hari minggu aku..semuanya banyak dihabiskan di jalan raya...oh janganlah ada sebarang tiket dan surat cinta huhuhu...

Sabtu baru ni aku kena keje sebab server aku masih ada problem lagi..nasib baiklah vendor tu sangat terer..so diorang siapkan dalam masa beberapa jam sahaja...kan bagus kalu aku pun ada skill cam diorang....

Hari tu jugak opis mate aku kena sakit perut, so dia taklah larat sangat nak keje benornya..sian dia..entah apalah yang dia makan malam sebelum tu...Pass vendor balik aku ingat nak siapkan keje aku, tapi disebabkan ake sengsorang so aku takder mood, lagipun aku dah plan nak balik kuantan.

Aku balik kuantan sebab aku nak anto anak anak aku balik umah nenek diorang...minggu ni aku agak sibuk ngan projek dan juga kelas tambahan...kesian nak anto diorang tapi lagi kesian tengok diorang kat taska sampai tengah malam...cam takder life ja lagaknya...kalu kat kampong at least diorang leh main ngan maksu dan nenek diorang. Lehlah bermanja..nak harapkan mama dan ayah diorang tak habis ngan busy...

Aku setiap kali hanya kenangkan kontrak tiga tahun aku ja...aku kena bertahan demi kontrak tu huhuhu...

Balik dari keje aku terus amik bebudak dan fly ker kuantan.. aku bertolak kul 5.00PM tepat kat exit Sri Putra dan aku sampai umah 8.20 PM...disebabkan penat..aku benornya bapok ngantuk waktu bawak keta tu.

antara tujuan utama aku balik kampong sebab aku nak surprisekan mama aku. Aku dah niat, kalu dapat duit gaji ni aku nak hadiahkan mama aku gelang tangan...kesian mama aku takder barang kemas...semua dah sampai pajak gadai waktu zaman kitorang susah dulu.

Sekaranglah masanya aku nak bagi mama aku happy...dengan rezeki lebih yang Allah bagi. So tadi sebelum balik aku pujuk mama aku pi Kuantan Parade..aku sajalah bagi alasan nak beli baju ngan pampers..aku angkut anak anak aku sekali..so memang kecohlah tadi..nasiblah adik lelaki aku pun ada.

Aku tak pandai beli barang kemas, so aku ngan adik aku sepakat jumpa kat KP. Adik aku sampai ja kitorang terus pi kedai emas...tapikan ramailah orang pi shopping barang kemas..camkan murah sangat harga dia...tapi memang tengah murah..rm143-145 pergram compare pada harga sebelum ni.

Sampai ja kedai emas Wah Chan tu aku terus pi singgah jenguk...mama aku rilek ja dari jauh sebab adik aku angah memang biasa dah beli barang kemas ni... pastu aku pun panggillah mama aku tengok..bila suh pilih terus mama aku wat muka malu malu kucing...

mama aku nya ekspresi muka tadi waktu cakap nak belikan gelang tangan memang best..seronok sangatlah kot mama aku dapat hadiah...

so tadi hajat aku nak belikan mama aku hadiah dah tercapai... timing kena tepat, sebab aku nak tinggalkan anak ngan mama aku sampai jumaat gak so adalah juga ni boleh di kira rasuah hahahahah...

biarlah kecik ja pun..janji ada huhuhuhu...aku langsung tak amik tahu pasal memilih tadi..semua adik aku ngan mama aku ja yang buat..aku tahu bearap nak kena bayar ja...nasib baik aku tak reti pakai barang kemas ni..kalu tak masaklah ayang aku...

siap beli benda ni, kitorang terus balik..niat asal nak pi giant dulu tapi giler ramai orang pi giant..sampaikan kena q nak masuk..so aku pun kansellah nak pi shopping giant.

sampai ja umah, aku terus bersiap nak balik bangi semula..aku cakap siap siap kat kakak dan adik tinggal ngan nenek..aku ingatkan adik akan ngamuk tetapi upanya idak pun..rilek ja nyelit kat bapak dia...rindu kasih sayang lelaki rasanya anak aku tu..sian tul aku tengok...



so tadi kul 3 tepat aku gerak balik bangi..kul 6.20 aku sampai umah..masuk ja kl aku terus bawak slow sebab aku dah penat giler..dahlah lapoo..ajak orang temankan makan..orang tu plak pi dating..nak pi sorang tak suka..so aku teruslah balik umah...

tengah pikir nak tido ka nak kemas umah...tapi aku sangat penat huhuhuhu....

meh kita layan gambo perkembangan projek buat umah kat Tanah aku huhuhuhu...








harap semuanya oklah...huhuhuhu...

Wednesday, April 24, 2013

hari naik gaji...

hari ni kitorang diberitahu yang kitorang boleh cek banyak mana gaji naik dengan cara semak offer letter secara online.

asal cerita camner diorang leh terfikir nak cek tak tahu tapi aku tahu diorang kekecoh nak tengok surat memasing so aku pun tumpanglah sekaki...

semua ada.kenaikan gaji...hanya jumlah yang membezakan. aku dapat berapa? hahahah rahsia. :p nak tau jugak?... adalah dalam seratus ringgit. katanya jumlah tu prorate sebab aku belum cukup setahun so bersyukurlah dengan rezeki Allah.

dalam group kitorang ada sorang yang dapat tak sampai.seratus tetapi ironinya.dialah orang yang paling gembira ngan kenaikan tersebut. kitorang semua terkedu ngan gembiranya dia kerana kitorang ja yang cam rasa amount yang kitorang dapat not enough.despite that is actually reasonable amount.

aku plak xam biasalah... ada aku amik...takder nak wat camner. tapi aku tak terkilan ngan jumlah tu sebab aku tak rasa kilang aku ada too much profit to be used in single time increment. lagipun aku dah dapat amount lain yang membuatkan lagilah tak patut untuk aku komen.

gaji dah naik maknanya aku kena naikkan jumlah pemotongan zakat pendapatan aku.... ni ja cara paling cikai yang aku ada tuk bayar zakat secara konsisten sebab nafsu jahat aku akan sentiasa ada...

ingat..kaya tu dugaan dan sebahagian dari duit kita adalah untuk orang lain....

Tuesday, April 23, 2013

i'm a loser

perasaan aku sekarang ni adalah .. i'm a loser... aku rasa.cam nak give up.ja semua ni dan duk kat umah...

kenapalah aku rasa.cam ni... aku harus.berjuang tuk peluang yang di beri...tapi aku rasa cam aku akan kalah dalam this.fight....

haihh..harap rasa.ni akan terhapus.cecepat....

hari ni aku shopping tudung sebanyak 5 helai..sekarang tgh dlm usaha nak pow ayang aku punya wit weeee....

ok.

Friday, April 19, 2013

start the day with.shit

seriously aku rasa nak merempan sekarang....walaupun tu salah aku aku tetap nak lepaskan rasa geram aku...

hari ni aku memang semangatlah nak masuk keje awal dan balik awal sebab ayang aku nal balik keje hari ni...dengan gigihnya aku berusaha kejo masa nak clock in awal...

sampai guard house tengok jam ada masa 4 minit sebelum masa clock in habis tu sesi balik kul 6..i already tersenyum lebar..then pak guard baru tahan..."id mana?"

oh so shit shit.and shit.juga bahabi rasanya dihati...nak proceed pun x guna...takder kad takleh clock in....memang rasa kecewa tu sangat besar...

segala usaha aku hancur in split.seconds... marah giler rasanya di hati ini....grrrrrrrrrr

i start my day badly....i hate me now....

Thursday, April 18, 2013

saya tak mengundi...

tahun ni aku sebenarnya beria sangat nak gi mengundi...siap mintak cuti awal ngan leader aku sebab nak ngundi...korang tahulah kalu time ngundi ni jem dia kalah CNY tau...

PRU12 haritu aku dah duk kat kl..so aku merasalah balik Kuantan tuk mengundi punya pasal...ngan tengah ngandungnya aku balik ..memang best giler sebab tu first time aku jadi pengundi hihihi

tahun ni pun sama...tapiiii disebabkan SPR kita bijak sana...so aku akan mengundi tuk adunLangkawi hihihihi...hilanglah 7 undi dari keluarga pakcik Sabari....sapa suh pilih tarikh ngundi.sama ngan tarikh family day aku...dah aku takleh gi ngundi..

bakper tak kansel ja trip?...wah wah wah... sesuka ja nak.suh aku kansel..sapa nak bayar semua booking yang dah dibuat? event ni bukan tuk aku 4 beranak tapi tuk kerabat pakcik Sabari...dalam 17 orang termasuk baby tau...

trip ni dahlah nek kapal terbang...takkan aku nak sedekah wit kat Air Asia nun pulak....ingat aku kaya ker?..ehem hem..sori teremolah plop...

so pru 13 ni kalu parti aku pilih kalah..adalah sebab tak .cukup undi dari aku dan keluarga aku hihihihi....

antara calon adun Langkawi yang akan aku undi adalah

1. Dato Coklat (parti forrero)
2. Cik kain batik (parti kain)
3. cik Luminarc(parti pinggan)
4. en. Gamat (parti gamat -calon yang dijangka menang besar)

so..anda yang lain...jangan lupa pergi mengundi yea... hihihi

please ignore the date stated in the vodeo...