Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

korean style spicy chikcen feet... kaki ayam tu huhuhuhu

ref link: http://www.maangchi.com/talk/topic/hot-sweet-spicy-chicken-feet-dak-bal-1

OK..hari ni aku nak cerita pasal kaki ayam...kais pagi makan pagi kais petang makan petang..yealah ayam mana ada peti sejuk nak simpan makanan yang dia jumpa...

korang nampak tu?..tu gambo kaki ayam tu... ni gambo time aku wat makan makan ajak 5 org ja...hahahah pastu kena komplen sebab tak ajak ramai..sorry uolls.. malulah nak ajak ramai sebab tak sedap pun aku ni masak...next time yea kalu ada rezeki...


tuk majlis tu aku takmolah hidangkan kaki ayam semata..so aku turut hidangkan leher ayam sebagai replacement pada yg tak makan kaki ayam...kaki ayam yg ada ni pun sebab orang depan umah aku kenduri..dia bagi kaki ayam kat aku...habis tu aku nak buat apa kaki ayam? ayang aku pun tak suka kaki ayam..

aku pun sebenarnya tak makan kaki ayam..tapi disebabkan aku tengok racangan Invicble Youth kat KBS, nampak cam best bangat ja kaki ayam tu..so apa lg...belajarlah makan kaki ayam ni.

berbalik kepada resipi ni... nilah resipi yang paling mudah sekali...masalhnya..aku google resipi ni kat internet..malangnya tak jumpa..yang ada semua resipi ala negara china..mungkin ni original dari sana kot. Pada yang tak tahu..kaki ayam ni orang korea makan time diorang lepak lepak minum soju kat gerai gerai...kira bukan makanan asasilah.

korang nampak kat atas tu aku tulis link? aku takleh guna resipi tu sebab dia siap letak soju dan benda lain yang cam susah ja nak cari... so aku terpaksa guna otak aku tuk berfikir secara kreatif dan kritis tuk dapatkan mock model kaki ayam ala korea ni. hasilnya? heh heh heh...bolehlah...(sebab tak tahu rasa yang ori guana...kat korea bukan senang nak jumpa restoren halal..kawan aku pun takder crita jumpa kedainya)

hahahahah..balik lagi ke resipi ni...gila panjang korang kena baca sebab nak dapatkan resipi ja...

bahan bahan:

1. kaki ayam dan leher ayam (optionallah...dah tak makan kaki letaklah leher.. tokeng a.k.a bontot ayam aku tak pernah cuba lagi).
2. Ghojucang atau paste lada korea...leh dapat kat korean store
3. Madu/ corn syrup (cari kat kedai bahan wat kuih raya)
4. Garam
5.Gula
6. Chili flakes
7. Halia

 Chili flakes
Ghochujang

Madu

Gambo kaki ayam takdop..takkan tak kenal rupa kaki ayam kot..huhuhuh...teruk ngat gitu...

So cara memasaknya...

1. bersihkan kaki ayam tu...potonglah kuku dia..geli dowh
2. racik halus halia
3. masukkan kaki ayam, garam sikit dan halia dalam periuk..rebus. letaklah air tu sampai cover semua kaki ayam.
4. rebus kaki ayam tu sampai lembut...leher pun rebus gaklah.. tapi tak selama kaki ayam..
5. tambahkan air kalau dah kering.
6. bila kaki dah lembut, masukkan bahan bahan lain, Ghojuchang, chili flakes, madu dan gula ke dalam periuk tadi (letak air sikit kalau terlalu kering)
7. gaul gaul sikit semua bahan dalam periuk tadi.
8. rebus semua tadi sampai kering (like really kering, likat likat gitu)
9. siap dah

rupa dia patut cam gambo aku kat atas tu... rasa dia? hmmm rasa dia manis manis pedas... garam kalu nak letak lagi leh ja letak..tapi tadikan kita dah rebus ayam ngan garam..so berpada padalah yea...

okie.. patutnya dah siap jadi satu hidangan... korang trylah sendiri yea..huhuhuhu

huhuhuhuhu...ok jom kita layan OST The Master Sun plop... bye




Friday, July 15, 2011

Kenapa saya suka tgk cerita korea

Korang pernah tgk iklan ONE HD yg ada kat dalam astro Beyond tu? aku trylah cari kat youtube tapi tak jumpa huhuhuh...antara dialog iklan tu

" 3 Perkara yang menyebabkan anda menonton cerita dari korea, sebab PERTAMA, Pelakon lelakinya yang kacak dan bergaya, menyebabkan anda terpaku untuk terus menonton aksinya, KEDUA, Pelakon wanitanya yang comel dan manja, membuatkan anda rasa ingin menangis bersama mereka dan KETIGA, jalan ceritanya menyebabkan anda terus terpaut kepadanya "
Teks ni aku olah sketlah, sbb iklan tu dah tak keluar dah dan aku pun tak ingat sepenuhnyalah ayat dia, tapi tiga benda tu mmg dia sebutlah.

Aku ni antara mereka yang agak fanatik sikitlah ngan korea ni semua, tapi yealah, aku senang ja, kalu cerita tu tak best hensem camner pun aku tak tgk gak, tapi kalu jalan cerita dan olahan dia best, haruslah aku tunggu dan sembunyikan remote dari tangan anak aku (Anak aku kawal TV, dia suka tgk BBTV).

Kenapa aku suka sangat korea ni? aku bukan takat suka pelakon dia, malah culture dia jugak. Aku ni siap pi belajar bahasa korea lagi, tapi tak habislah, takat boleh mengeja ja. Kalau takat masak kimchi tu, nothinglah <--- sila baca dengan nada mengada. Malah, sebahagian menu kat umah aku adalah menu korea, dengan gigihnya aku google tau.

Aku paling suka tgk drama korea sbb pelakon dia pandai main perasaan, kalau dia marah atau benci mmg kita pun akan rasa sama. Kalau cerita teknik fotografi lagilah. Gambar yang dia amik, scene dan persekitaran semuanya cam logik ja (adalah yg tak logik kekadangnya) dan cantik ja. Make up lagilah, padahal nipis ja makeup dia buat dan yang paling penting haruslah jalan penceritaan.

Kat Malaysia ni ada ja cerita yang jalan cerita dia menarik tapi yealah cerita korporat dan dengki mendengki tu lagi banyaklah dan cara diorang bercerita tu cam ada benda kurang atau kekadang terlalu series.

Cerita favourite aku? Hohoho haruslah cerita cinta huhuuhh, nak plak yang ala ala fairy tale dan haruslah berakhir ngan happy ending. Aku mmg tak paham kenapa ada org suka tgk cerita or baca novel yg sad ending, wat penat jer aku rasa. tujuan kita untuk berhibur tenangkan hati bukan nak tambahkan  stress lagi.

Aku paling suka scene bila lelaki tu rasa kesian ker pompuan tu or dia rasa cam tak tau nak luahkan perasaan dia camner ker pompuan tu. Cara diorang pandang pompuan tu menyebabkan aku rasa cam huhuhuh caringnya mamat ni, tiap kali scene camtu aku mesti rasa cam tgh dengar lagu kristal nak plak part ni "rasa nak ku dakapkan kau dalam pelukanku..." aku mmg sukalah, tgk ekspresi muka camtu huuhuhuhu.

Aku pernah tgk sekali ja (yang jelas) ekspresi tu pada muka ayang aku, tu pun waktu aku masuk spital pastu kena bedah sikit. Aku 1st kes tapi aku last keluar, and patutnya benda tu 2 jam ja, tapi aku masuk kul 8 pagi habis jumaat baru aku keluar dari dewan, ada exsiden sikit. Aku boleh tgklah muka ayang aku, mama aku mmg tgh risau. Tapi yang paling penting adalah riak muka dan pandangan mata ayang aku pada aku, huhuhuhu waktu aku mmg dapat rasa yang dia sayang kat aku huk huk huk, terlebih sudah.

Aku akan terus menonton cerita korea huhuhuh walaupun ayang aku kata suruh kurangkan....err ada sesapa nak order kimchi?