Friday, December 30, 2011

Korang nih jakun sangat ker??!!!

Sabtu lepas majlis perkahwinan adik aku yg ketiga Ateh kat Kuantan. So kalu dah namanya kenduri haruslah pulang ker kampung dan bercuti lelama, kendian nangis di hujung bulan sebab gaji kena potong sebanyak separuh. HAHHAHHAH padan muka aku! DEM!.

Berbalik pada majlis kenduri tuh, majlis berjalan lancar, just imam ja lewat skeeett malam nikah tuh. Tapi Aku tak cadangkanlah korang tuk nikah malam sebelum kenduri sebab nanti korang akan sibuk walaupun korang pakai katering.

Yealah, malam nikah otak running nak siapkan makanan tuk keluarga pengantin lelaki makan, esoklak nak pikir pasal lauk pengantin nak masak. Belum lagi acara semua benda takder. Tapi kalu keluarga korang ramai orang lelaki yang boleh diharap, korang teruskanlah ngan perancangan korang tuh. Aku nih ada adik lelaki sorang ja yang boleh diharap, mama aku ada menantu lelaki pun 2 ja, memasing duk berkejar anak ngan tugasan memasing. Aku lak tukang sibuk ja huk huk huk.

Seingat akulah, aku tak pernah amik gambo ngan adik aku dan pasangan depa kot, sebab ngan ateh nih pun aku takder nak pi amik gambo kat pelamin ngan ayang aku walhal pelamin tuh berkampung berapa hari kat depan umah huhuhuh.

Dah habis kenduri kalu, kenalah ingat untuk balik ker umah sendiri. Dan aku sampai umah malam dalam kul 10 gitu. Ketibaan kitorang disambut dengan ketiadaan elektrik, dan hanya unit jenis umah aku ja yg takder letrik, umah jenis 2 tingkat depan umah aku adalah plop. Dan ini telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan di hati beta.

OK takper, staff TNB kena gak ada kerja sekali sekala yea dop? so call depa wat complain dulu pepehal pun huhuhuh, depa cakap bg masa 2 jam for response time huk huk huk. OK fine, aku leh terima. Pastu, tetiba entah camner aku leh terpandang pokok-pokok adik aku dalam pasu cam kering ja, teng! terfikirkan plop pokok bunga ros adik aku yg tengah asyik membunga waktu kitorang tinggalkan dulu.

Dem!, Jahanam! Bab*! semua tuh antara benda yg keluar dari mulut aku, time nih aku mmg dah tak kira dah. Korang tahu apa yg jadi? bebudak nih lehlah pi main pondok2 kat umah aku, pastu depa pi gunting pokok bunga ros tuh tinggal pangkal batang ja. Memang hulu tembling tul bebudak nih. Aku memang hangin ah. Walaupun pokok tuh bukan pokok aku, tapi aku tetap terasa geramnya.

Setiap kali tengok pokok tuh aku rasa geram, dan kegeraman aku bertambah bila aku nak pi basuh baju tengok Dynamo aku yang baru beli hilang, satu lagi sabun pencuci aku yang tinggal separuh kering, aku nya Vanish, akunya pelembut Fabrik Daia, semua kering kontang. Tambah Lagi bila Mak sedara aku tegur kenapa mesin basuh aku on sendiri dan ada plastik ja kat dalam. Konpom takder lain ah nih bebudak jahanam nilah yang punya kerja.





Aku tak kiralah orang cakap tak baik ker apa ker, tapi bebudak nih memang jahanam bagi aku. Korang nih bodoh ker apa? Bahalul? Jakun? miskin sangat? rasanya tak kot. aku tengok umah mak bapak korang siap renovate kot takkan tak mampu beli Dynamo ngan mesin basuh?. Geram giler aku rasa.

Bukan aku tak kenal budak mana yang main, budak depan umah aku gak, tu yang ketar lutut nak pandang muka aku tuh, yang geng sekomplot dia pun sama malu sangat siap tutup muka segala takut nak pandang aku. Tahu pun wat salah, mintak maaf tak tahu.

Kalu anak akulah dah lama dah kena cubit. 3 hari 3 malam lah kena leter ngan aku. Yang aku pelik tuh, korang tak reti ker harta orang ngan harta mak bapak korang? Ko nak main kat kawasan umah aku? Fine! tapi pahamlah sket tu umah orang, bukan umah tinggal Bodoh!

Tu satu, korang pandai ek, korang sepahkan umah aku boleh, umah korang cantik ja bersih suci. Yang dapat nama buruk sapa? AKU jugak. Haprak ah korang. Aku pun pelik ngan diorang nih, renovate umah cecantik, tapi akai kat lutut. sampah korang sedap ja timbun kat umah aku ek! apa?! korang ingat umah aku nih pusat pelupusan sampah ker?

Korang ajar anak korang camner nih? mesti korang cakap " Korang jangan buang sampah dalam umah ni, korang nak buang pi buang kat luar umah nun kat umah jiran kita tuh!" Bahabi lah lu. Umah aku nih penuh ngan sampah yg bukan hasil kerja aku ataupun anak aku, tapi hasil kerja orang lain. hishhhh geram giler ah aku, rasa cam nak jejerit ja.

Kenapa tak pi cakap ja kat org yg buat sampah tuh? Nilah yang membezakan orang yang jenis pikir panjang ngan orang yg terus wat tindakan. Aku nih bukanlah jenis yang nak pi terkam umah orang terus sembur. Kita nih duk berjiran, so ko terpaksalah menjaga kejiranan jangan sampai huru hara. Mungkin aku jer kot yang berfikiran baik org lain aku tak tahulah.

Aku malas nak make a scene, sini bukan kampung halaman aku, takder sapa nak back up aku. sedangkan memasing nampak ja bebudak nih wat kucar lana kat umah aku, semua diam ja, tegur pun cam gitu ja. Kalu kat kampung aku, memang dah lama dah kena kejar tuh. Senang cakap, ko wat salah ko kena.

Hish!

Saturday, December 17, 2011

Ofis event- all day fun....or not?

Semalam aku telah menjahankam satu opis aku ngan mengarrangekan event pada hari bekerja. Disebabkan company aku nih kecik dan wit pun tak banyak, tapi staff semua nak bergumbira di hujung tahun (tanpa perlu pergi meeting cam tahun lepas yang jahanam) bos suruh aku arrangekan permainan bowling. Tapi apa gunanya kalu takat main bowling, so aku pun suggestkan pi karaoke beramai ramai.

Apa motif aku pilih karaoke? satu, mestilah sebab aku gian nak karok, dua, sebab ni antara benda yang ko leh berinteraksi beramai ramai, sambil gelakkan orang lain nyanyi sumbang.

The plan went on okay pagi tu, bila kitorang duk main bowling dari yang asalnya patut main 1 frame ja sorang end up dekat jadi 3 frames. Aku cam biasalah, mula game memang strike, tapi pastu terus cuci longkang, dan markah aku pun hanya around 70-80 ja, so hadiah Pemain terbaik memang konpom tak dapatlah.

Tapi kitorang ada satu lagi hadiah iaitu pencuci longkang terbaik, tapi sayangnya markah aku takleh lawan untuk dapat hadiah tu bila markah pencuci longkang dalam range 40-50 markah, tapi adik aku adalah calon 2 terakhir untuk hadiah tu, so aku leh merasa gaklah hadiah tu nanti kalu dia menang heh heh heh.

Waktu adik aku baling bola, akulah paling kuat sorak "Longkang, longkang" walaupun sepatutnya aku suruh dia strike huhuuhuh, adik aku berjaya menjaga reputasi dia dengan terus mencuci longkang, tapi pesaing dia tak mau kalah, waktu tu markah diorang seri, so kalu dia pun cuci longkang gak, hadiah diorang leh share, tapi sayangnya, waktu bola tu patutnya masuk longkang, sekali bolehlah plop bola tu melencong kena pin, so kitarang bersoraklah sebab hamper tu kitorang punya heh heh heh.

Habis main bowling, yang lelaki pergi sembahyang Jumaat, yang pompuan lak pi makan kat Nando's, ni first time aku makan kat Nando's, best gak upanya makanan dia, tapi katanya harga dia mahal, sayangnya aku makan sikit ja sebab susah nak kejar diorang nih yang makan agak laju gak  memasing.(Except PM akulah sebab dia nih duk diet)

Pass makan patutnya terus ke sesi yang aku  tunggu tunggu, KAROK, disebabkan patutnya kitorang ada 8 orang, berkarok selama 3 jam adalah jumlah yang wajar, tapi gila hampeh bila akhirnya yang tinggal aku, adik aku, dan 2 orang lagi opis mate aku, yang lain semua blah pi tengok wayang. Aku memang tak puas hati pasal ni.

Memasing ada alasan diorang, yang sorang nih pi angkut suami dia, so suami tak karok takkan dia nak karok, yang sorang angkut anak isteri tapi dia karok gaklah walaupun agak kesian aku tengok isteri dan anak dia huhuhuhuh yang sorang ni lagi aku geram sebab dialah mastermindnya mengajak pi tengok wayang.

Aku tahu, tak semua orang ada citarasa yang sama, aku suka karok, diorang mungkin tak suka, tapi kalu diorang konpomkan waktu main bowling diorang nak pi tengok wayang kan senang. Lehlah aku amik sejam jer karok pastu aku chow balik umah ja tido nih tak, dah bayar dah tuk 3 jam, pastu amik bilik tuk 8 orang sekalinya semua pakat blah, aku sebagai organizer agak merasa kecewa dengan tindakan diorang nih.

Lenkali jangan suruh aku organize event kalu memasing dah memang ada plan sendiri. Kan senang waktu aku blast emel tuh atau paling tak waktu main bowling memasing cakap ja niat korang, senang sket aku nak wat kontingensi plan dan menjawab ngan bos kenapa tak mau masuk opis petang tuh.

Anyhow, lenkali kalu aku kena arrange lagi event, maka event yang aku pilih hanyalah main bowling sahaja...tak payah dah aktiviti lain
.
menci

Saturday, December 10, 2011

Lee Jang Woo


korang nampak couple tuh? huhuhuhu depa nih pasangan rancangan kawen olok olok kat korea iaitu We Got Married. Rancangan ni akan pilih sepasang artis kemudia depa nih akan berlakon yang depa nih dah berkahwin...ala ala cam realiti TV gitulah, dan pasangan yang aku tengah layan sekarang ialah Woojung couple kombinasi Lee jang Woo(lelaki) dan Eunjung T-ara (pompuan)....

Aku pun tak ingat camner aku leh tertengok video pasal depa nih, tapi bila aku dapat tahu depa nih pi honeymoon kat Club med Cherating, lagilah aku gila nak tahu huhuhuhuhu dan akhirnya nilah ni antara rancangan yang aku duk gigih mendonlod kat opis dan opis mate aku jugak, tapi dia tgk couple lainlah, mestilah artis kesayangan dia Hyun Joong SS501 tuh.



Nilah Hyun joong.


Couple paling lama bertahan dalam rancangan nih Khuntoria (Nickhun 2PM & Victoria) giler lama depa berlakon kawen 1 tahun 3 bulan tuh. Duk umah bersama (sekali ngan krew ya) wat adegan suami isteri (bukan yg part tuuuttttt ek) kalu takder perasaan gak aku tak tahulah nak cakap apa. Tapi aku tengok video setiap couple yang dah habis kontrak dia, sema pakat nangislah dan sema cakap walaupun hari2 ingatkan diri ni hanyalah lakonan tapi, depa tetap menangis gak huhuhuu adehlah.


Video nih Lee jang woo berlakon tuk sepupu dia Hwanhee penyanyi tuh, and part dak lelaki muda peluk pompuan tuh adik pada hwanhee Seyong...memang bagus tuh wat video, jimat budget semua angkut sedara mara ja, tapi yealah, ada rupa, orang kenal, bakper nak panggil orang lain yea dop?

Lee jang woo nih aku kenal dia waktu cerita Smile Donghae main kat tv hari tuh, memula aku suka kat dia tapi lepas tuh dia start jadi watak jahat so aku kenalah pilih hero yea dop? so aku pun dah nyampah ngan dia dan news pasal dia masuk WGM nih aku dah tahu lama dah, tapi dia aku tak minat dan isteri dia pun aku tak minat sebab cerita Dream High dia jadi jahat huhuhuhu so aku wat tak peduli walaupun adik aku duklah inform kat aku pasal nih.

Dah tengok rancangan WGM nih barulah aku minat kat dia, dan yang part kelakonya waktu aku tak suka dia dulu, aku selalu cakap anak lelaki aku tuh muka dia cam ji jang wook tapi adik aku duk berkeras kata anak aku cam Lee jang woo nih nak plop tang mata juling dia huk huk huk adehlah.

To tell or not to tell

Dalam hidup berumah tangga nih, dulu bagi aku semua benda aku nak beritahu ker ayang aku. Like every tiny details that i do in every single day of me, but lelaki bukanlah pendengar yang baik. Even though it seem like they listen to you, but the poker face they made make you realize that it is not worth to tell all about it and at the end you need to surpass this congested things out of your
head ASAP.

So in the end you choose to just keep everything inside you, not really everything but things you think just won't give you a smile after you tell him as the thing itself will just make him give your a look that you just added a new problem to what he already have.

One of many things that i kept away from my hubby is my financial difficulties as if you have had read my writings, you know that i just put my self in hell for the last year and year coming. I can't even dare to say that i don't have money to him as i know thing will just get more complicated afterwards. All i can do is pretend that i have enough money but the truth is to pay my car gas at every end of month is just a misery for me to handle.

But i'm gratefull enough, syukur Alhamdullillah, that even though sometimes there were just less than rm100 in my bank account, i still can provide my kids and i with food, my car with gas and myTnG with credit...that is all the essential things that i need to move on with my life.

Not everyday is the worst day, i do have extra income like my house that i rent out and my claims when i go for outdoor tasks and i won't complain much as long my mom get her fixed allowance every month, all the bills are paid that is more than enough for me, the only thing that lack out is my financial stability and ability to buy things i need and also to help out my hubby on his own financial difficulties. So due to that, by telling him this is like adding more problems to his head.

How i get away from this situation? is just by lived out in a fantasy world, keep my self away from thinking of it, just go through everyday in day to day basis. and the best things to do is just to keep my focus to work, my babies, and watch a lot of korean dramas hahahhaah, coz each time i watch new drama, my head will fully focus on what is happening in it and of course this is not something my hubby like, but i think that is the only activity i do that dedicated just for me and me alone. Ahhh some will never understand why, and to explain it is just a waste of time.

Think of this, i think i do need to find a better pay job huhuhuhuh.

Thursday, December 8, 2011

Speaker on Dinner event? hang dah hilang akal apa?

Malam nih patutnya ada dinner event kat Crystal Crown Hotel PJ. Tang mana duduknya hotel tuh aku pun tak tahu lagi nak suruh aku pergi. akai ada ka? huhuhuhuhu

OK teremo plop, aku benornya tak kisah pun nak pergi bagi penerangan pasal produk CIBS kitorang nih. Aku dah tahu yang aku patutnya bagi speech tuh sebab hanya aku sorang ja yang tahu pasal benda nih, nak harapkan PM aku? alasan dia haruslah dia dah lama tak sentuh pasal benda nih dan dah lupa kekononya, tapi aku rasa bila dia bukak mulut ja automatik cam dia paham benor dah pasal sistem.

Bos aku patutnya present pasal benda nih, tapi dia ada hal lah plop malam nih so dia takleh pergi, automatik second person inline haruslah PM aku. Kokan dah dibayar gaji yang mahal tuk jadi PM so memang tugas kolah tuk hafal dan paham produk yang ko manage tul dop? So kalu dia tak mau pergi maknanya tinggal aku jerlah untuk meneruskan benda nih...ok tak kisah pun.

Aku memang suka ja nak bagi speech kat public nih huhuhuh almaklumlah, akukan giler glamer, nak plop malam tuh mesti ada ramai player yang pergi, so lagilah seronok nak bagi speech huhuhuhuh tapi yang buatkan aku sakit hati dan membantutkan niat murni aku tuh ialah bila aku dengar kata2 PM aku.

Disebabkan bos aku takleh pergi, so dia kena call organizer inform kitorang takleh bagi speech, just sponsor RM ja. So aku dengarlah dia bagi alasan dan alasan lagi ker organizer kenapa dia takleh buat speech, dan antaranya sebab kitorang bercakap dengan term yang berbeza (memang tul pun, depa cerita pasal engineering kitorang pasal IT). Pass habis dia cakap ngan tepon, aku tanyalah baguslah alasan akak bagi, pastu DANG dia balas.

Korang tahu dia cakap apa? dia cakap yang dia tak mahu pergi sana cerita ngan semua player tuh dan kemudian memalukan diri DEM, gila hampeh bila aku dengar dia cakap camtuh. habis tuh yang ko sesedap ja suruh aku bagi speech jugak tuh apa hal? so akulah yang gantikan tempat ko memalukan diri depan player sana? Aku mmg hanginlah dengar ayat camtuh, dahlah aku tgh PMS nih, lagi mahu tambah ker?

Akhirnya sales kitorang kena present benda nih. Yang nih lagi sorang, langsung tak amik tahu pasal benda nih, nak kena present esok nya barulah terkejar2 cari aku suruh terangkan adehlah. memang sakit hati tul rasa.

Malam nih kena ada sorang wakil pergi, dan alasan PM aku sebab dia dah kawen takleh pi, adeh alasan mmg tak bleh blah, kalu dia tak mau buat tuh memang dia bagi bebanyaklah alasan, dan bagi plop time aku takleh terima semua nih sebab aku tengah mood nak period nih...semua benda adalah hanya akan menimbulkan kemarahan kepada aku.

Aku rasa adik aku yang kena pergi malam nih, ganti tempat aku. Seriesly aku memang nak bagi speech tuh, tapi ego aku menghalang aku dari buat semua nih, biarlah aku bagi ego aku menang kali nih, aku nak tengok camner rasanya bila ego kita menang.

Kalu ada yang baca nih kenal PM aku, korang simpan sendiri jerlah apa yang korang baca nih, aku hanya tulis benda yang aku sakit hati kat sini ja. yealah kitakan seopis, mesti jumpa selalu, dan aku jugak manusia, aku pun tahu nak ngamuk gak huhuhuhuhu

hari ini yang DEM

Wednesday, December 7, 2011

X-Factor Aura Membara

hahahhaha rasa cam dah lama tak wat keje giler review video clip nih...hari nih aku nak review video clip X-Factor aura membara. Kumpulan nih wujud waktu aku sekolah menengah lagi, teori KRU cam biasa, jual rupa dan heh heh heh depa nih memang hensem dan comel tapi aku taklah sampai giler kat depa cam aku sukakan TOP, Lee jang wok (Donghae, warrier Baek dong soo) dan sekarang Lee Jang Woo a.k.a dumbjin, tapi kalu depa wat show kat Kuantan Parade aku pi jugak

Antara lagu depa yg paling aku ingat 7251364  hahhaha rasanya tul doh nih..." ku cuba 725 1364 gagal dihubungi, sila tinggalkan pesanan suara selepas nada...." memang klakolah lirik dia part tuh...tapi aku ingat sampai sekarang. Dedulu kumpulan nih ada 5 orang sekarang nih ada 3 ja, tapi oklahkan.

Lagu baru depa nih aku tertengok kat astro, cam besalah tv kat umah aku tuh hanya ada tayangan kartun ngan korea ja kalu bukan seba TERRRR takder nya nak perasan.







Komen aku:


Ahli Grup:
Dulu kumpulan nih asal dia 5 orang, dan pastinya semua good looks lah, tapi sekarang depa hanya tinggal 3 ja, lagipun semua dah bukan umur remaja lagi huhuhuhuhu.


Suara:
Bagi aku diorang nih boleh nyanyi, sedap ja hahaah( biaskah?)

Outfit:
simple

Konsep:
Pop

Video:

Bagi aku video nih nice. 1st time aku tengok aku boleh tak cam Zach...dia just pakai kemeja ngan sun glasses pastu duk lah cakap ngan henpon dia, dari mula lagu sampai habis.....tapi nampak sangatlah smart sampaikan aku tertanya tanya siapakah beliau.

Yang buat aku konpius pasal video nih adalah budak kecik tuh. Siapakah dia? adakah dia anak diorang? kenapa dia duk ngorat dak pompuan tuh and berada di mana saja ahli X-factor berada. Aku rasa tujuan budak tuh hanyalah tuk memastikan kredibiliti dan kekacakan ahli X-factor yang lain tidak tercabar. Yealah, kalu model lebih encem dari kumpulan tuh camno penonton nak perasankan depa yea dop?

Start video nih, si danny cakap dia tunggu kawan dia datang tolong dia sebab kereta dia rosak, tapi aku tengok sampai habis video tak datang pun kengkawan dia last sekali dia yang pi cari kengkawan dia. Yang si zach pulak, dari tadi bergayut ngan tepon, dia bergayut ngan siapa sebenarnya? ngan Danny kah? atau ngan Mak diakah? tetapi dia kelihatan sangat stress ngan tepon dia tuh.


Yang sorang lagi tuh plak cam keje kat gym tuh duk latih dak pompuan ngan budak kecik, tapi ada jugak banyak scene dia duk depan cermin, adakah dia rasa dia comel? tapi dia memang comel pun hahahah.

Overall teknik pengambaran bagi aku cantik sebab lain sket dari biasa, tapi jalan cerita dia aku konpius sket, mungkin ada maksud lain kot huhuhuhu.

Saturday, December 3, 2011

Me as an S.A

Aku hari tuh kan ada apply keje lain...tapi tak dapat huhuhu mungkin sebab bukan rezeki aku kot...tapi at least aku dah cuba, yea dop?...

So sekarang aku teruskan jugak ngan keje aku sekarang, aku memang takder masalah ngan keje aku, tapi aku dah hilang fokus dan aku dah tak tahu mana hala tuju yang aku kena bawak diri aku nih.... dan akhirnya sekarang keje aku adalah sebagai SA cum programmer cum receptionist cum telefonis huhuhu nasib akulah.

Sebagai SA, keje aku adalah gi client dan tanya aku depa nak pastu terang balik ker SE yg lain...a.k.a adik aku dan abg beso. Aku akan pi jumpa client, dengar, absorb dan terang balik kat depa kalu requirement tuh achievable ker tak. Balik ker opis, aku terang plop ker adik aku apa yg dapat dari client. Tapi yang peningnya adalah team yg lanlah, sebab nih projek depa, so aku tak yah wat programming tuk depa, aku hanya inform apa yg client nak.

Tuk project aku sendri, cam dah nak jadi gajah putih ja aku tengok. Aku patutnya pi ker Sarawak tapi entahlah jadi ker tak. Initiatif aku sekarang adalah siapkan jugak system yg aku tgh buat sambil wat tuk system satu lagi

part plg best jadi SA adalah bila dapat claim mileage....huhuhu memang syok ah dapat wit tambahan nih walaupun sebenarnya tuh guna wit ko dulu patutnya huhuhu....

sekarang nih kita tengok dulu camner prestasi aku sebaga SA tuk bebulan akan datang...silap hari bulan aku akan terus jadi sales entahnya huhuhuhuh

Mr CCQ after plastic surgery

Hari tu aku kan ada cerita yang mr CCQ aku tuh cermin dia retak...disebabkan aku takut kalu aku drive lelaju cermin dia burst, maka aku telah terpaksa membawa Mr CCQ pergi ke spitalnya dan buat pembedahan plastik dengan menukar cermin depan kepada yang baru dan yang ORI.

Bos aku tegur kenapa tukar ngan cermin ori, huhuhuhu bagi akulah kan, baik aku pakai yg ori sebab dia double layer dan tak burst out terus bila kena batu. Aku dulu pernah ada kancil...waktu tuh kancil tuh baru ja keluar dari kedai dalam 2 minggu. Ayang aku pun ajak aku dan kawan aku pi pantai sepat jenjalan, sekalinya baru sampai ker kempadang perdana, cermin tu terus meletup. Aku duk depan waktu tuh, nasiblah tak masuk mata serpihan kaca tuh...kalu tak butolah den.

Disebabkan kejadian tuh, aku agak takut bila tgk cermin CCQ retak, takut dia meletup, tapi bila aku rasa cermin dia, tak terasa keretakan tuh kat luar, so should be ok. TAPI....mana best bawak keta cermin retak, nnt orang pandang....cit...padahal dalam keta dah rupa lori alam flora dah.

Lepas tukar cermin keta, aku asyiklah duk jumpa orang ngan cermin crack....depa cam rilek ja ngan kondisi cermin depa huhuhuhuhuh.....aku ajer ker yang mengada ngada kat sini?....tapikan, nasib baik aku ada insurans cermin, kalu tak mmg konpomlah aku tak tukar cermin tuh, sebab harga dia rm614 yang ori.....dem!

Lepas nih dah tak bleh dah nk bawak lelaju belakang keta org lain huhuhuh...