Monday, January 31, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit

                Hmmm, aku baru jer baca blog manja kucen pasal isu politik dia ngan miss Y. Aku suka cara dia tangani isu ni, iaitu dengan tidak melayan kerenah miss Y. Sekarang ni kalu diperhatikan ramai jer org yg suka bercerai berai paling tidak pun suka bergaduh pakwe makwe. kalu takat pakwe makwe takperlah  kalu nak berpisah 100 kali pun tapi bila dah kawen 3 kali attempt jer yang ada dan aku tak mahu berada pada mana mana attempt tu sekalipun.
                Bila kita kahwen ni, mmglah seronok tapi bak kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kalu setakat berselisih pendapat tu mmg lumrahlah tu belum masuk saja cari pasal nak gaduh. contoh mudah saja cari pasal nak gaduh:

isteri: Bang, cantiklah baju tu, nak boleh?
suami: baju awak kan banyak lagi, tak bolehlah takder budget.
isteri: awak mmg kedekut, baru mintak baju sehelai pun tak boleh, bencilah (pastu tarik muka)
suami: (buat bodo)
ni kalu suami jenis tak tahan konpom akan mula berdebat. waktu macam ni baiklah jangan dilayan kerenah isteri nak gaduh tu, tukar jelah topik lain.
                Aku pun selalu jer buat adegan cari pasal ni, huhuhuhu, tapi cam biasalah mmg aku akan ngajuk gaklah. Dalam keta konpom masam, cakap konpom high pitch punyer. Tapi tak selalulah aku buat camtu. Ayang aku tu dahlah keje jauh, jaranglak jumpa takkan nak abihkan masa 2 minggu tu ngan gaduh jer.
                Aku pun selalu gak sakit hati ngan ayang aku tu. Yealah asyik nak ikut cakap dia jer bosan gak. Semua tak boleh.  Yang paling tak tahan dia ni cam jeles jer  bila aku asyik bercerita pasal lelaki lain. Huhuhu masalhnyer mmglah dia patut jeles tapi isteri dia ni bukannya Miss Universe, badan slim cam zaman anak dara nun. Badan ku ini sangatlah besar hingga setiap kali naik lif aku takut lift tu berbunyi :sedey:  huhuhu, tulah senang hati sangat. (ni ayanglah punya pasal asyik bagi makan jer :p gurau jer ).
                Satu yang aku respect ayang aku, dia takkan bawak sesuatu isu sampai melarat. Kalu dia rasa aku taknak ngalah dia mesti akan cakap “ayang pikirlah sendiri, ayang dah beso”  huhuhu, sedih sebab maksudnya lu buat lu tanggunglah sendiri. Kalau bab shopping, ni part dia bayar lah, dia mesti  tanya “perlu ker ?” kalu aku nak beli apa apa. Huhuhuhu.
                Bila dah kawen ni kita sebagai pompuan (akulah tu) kena banyak mengalah, pendek kata kita kena banyak memberi dari merasa. Ingat syurga tu bawah tapak kaki suami. Kalau rasa tak puas hati janganlah terus terkam nak ngamuk.

Satu cara aku tangani masalah bila aku tak puas hati ialah bila aku tengah marah atau waktu kitorg tgh bertekak salah sorang jer yang boleh meluahkan perasaan tak puas hati. Janganlah dua dua nak bertekak serentak tu mengundang bahaya sebab keduanya tengah tak stabil. Aku jenis kalu tak puas hati kena cakap gak kat org tu yang aku tak puas hati. Tetapi selalunya kalu ngan ayang aku bila aku dah sejuk barulah aku cakap yang aku bengang ngan dia.

Tapi bab pukul or cubit tangan dia mmg aku akan buatlah sebab aku dah lama simpan geram tu, tapi yealah dah coolkan jadi taklah teruk sangat aku pukul ayang aku. Hohoho.
                Kalu takat hal kecik tu takyahlah nak melarat nak gaduh, esok pagi lupakan jelah semua tu, walau camner sakit pun hati lupakan jer kalu rasa nak idup bahagia. Kalu nak discuss biarlah pi tempat yang tenang. Contohnya dalam keta ker. Luahkan jer apa yang tak puas hati tu tapi salah sorang  jer yg boleh high pitch time ni sorang lagi kena dengar jer. Lepas dua dua dah lega baru bincang balik. Selalunya kalu akulah konpom aku akan rasa cam tah apa apa jer  sebab aku ngamuk huhuhu.
                Motif aku: komunikasi, demokrasi, toleransi antara keys item yang kena ada dalam hubungan 2 hala. huhuhuhu

Wednesday, January 19, 2011

aku dan airport (versi explorace)

     Pengembaraan bermula...huhuh dah macam crita upin ipin jer bunyinya...tapi nilah cerita yang aku alami nak sampai ke malaysia timur ni (ke barat?). Ni 2nd time aku naik kapal terbang, dulu pernah nak merasa naik kapal terbang aku sanggup fly ke langkawi. naik flight paling pagi balik naik flight paling lambat. tapi waktu tu aku pukul 4 pagi dah terpacak kat airport huhhuhu.
      Nak dijadikan cerita, aku dan adik aku ada tugasan di sarawak dan sabah selama seminggu. Flight kami ker Sarawak pada pukul 8.30 pagi. kami sampai kat airport dalam 7.30. siap check in bagasi segala, sorang lagi team member kitorang belum sampai. jadi kitorang  lepak makan nasi dahulu huhuhu last last kul 8 lebih barulah member ni sampai huhuhu..ngam ngam member tu jejak kaki kat pintu airport announcement pun dibuat...huhuh apa lagilarian pecutlah kitorang, luggage pun dia tak sempat check in huhuhuhu nasib baik berat max luggage 7 kg dan berat beg dia pun berat 7 kg huhuhu sabojelah.
       Kitorg teruskan lagi larian kitorg ke destinasi, huhuhuh, rupanya semua org dah naik flight kitorg org terakhir huhuhuh, tapi nasib baik penjaga gate tu baik, lembut jer dia cakap, cepat semua dah tunggu. pintu gate ke kapal terbang pun dah tutup tapi kitorg banta langkah jer (ala tali ngan kon ja) aku pun pandang atas leh nampak pilot tu pandang kitorg tak puas hati huhuhuhuhu :p( tak kisah pun yang penting dapat naik) so selamatlah kitorg mendarat di sarawak huhuhuhuhu....
     Perjalanan kitorg ke Sabah diteruskan pada hari selasanya kali ni naik MAS lak..wah so excited rasanya huhuhuhu. walaupun flight kitorg kul 8.50 kitorang kul 5 dah terpacak kat airport dan siap check in diri dan luggage sekali huhuuhu.... sementara menunggu flight kitorg pun turunlah ke kawasan ketibaan sebab sana ada mcD yang ada tenet  ( ni kes kena wat assignment ah). melepak punya pasal tak sedar dah kul 8.20 dan tetiba perut ku memulas..huhuhuhu....aku terus ke tandas kemudia terasa nak solat dahulu, dalam hati rasa sempat kot. siap jer solat ada masa 15 min sebelum boarding so kitorang pergilah ke imegresen daftar keluar diri. sekali announcement pun keluar "panggilan terakhir kepada penumpang mas060 ke kota kinabalu.." huhuhuh adakah....
                       Apa lagi teruslah kitorg berlari laju ke pintu gate yang berjarak 4 minit dari pejabat imegresen tu huhuhuh...disebabkan kandungan lemakku yang terlampau huhuhuh aku tak mampu meneruskan larian dengan laju lalu aku pun menjerit " kau pergi dulu, pergi dulu...." kepada adik aku yang meneruskan lariannya huhuhuhu.
               Dek kerana dia tiba dahulu ke pintu gate flight, so apa lagi kena bambulah dia dengan staff MAS tu ,dahlah penat berlari kena marah lagi.. tapi dia bagi gak kitorang naik flight tu .siap staff dia cakap " luggage dah keluar tau dari kapal terbang" huhuhuh..kemudian adalah seorg tu bertanya kenapa aku lambat, aku pun memberi alasan yang paling kukuh "ini 1st time naik benda alah ni.." dia pun cakap yang MAS 30 minit dah leh naik kapal...huhuhuh ye ker..so sekarang aku dah tahulah.....
                Sepanjang larian tu aku dapat panggilan dari PM kitorg, aku mana sempat nak angkat sbb tgh berlari, siap sampai hotel dia call pastu apa lagi kenalah aku dgr leteran dia, huhuhuh dahlah penat berlari kena leter lak, bosan tul, rasa cam aku ni kanak kanak jer lagi huhuhuhu....

Tuesday, January 18, 2011

Cara Buat Kimchi

      Hari ni aku nak tulis resipi kimchi yang selalu aku guna bila aku buat kimchi. Resipi ni aku belajar dari isteri cikgu Korea aku Steven. Aku mmg cukup suka makanan korea, kalu pergi korean town kat ampang nun rasa cam aku sorang jer org melayu kat sana. Bayangkanlah orang kat Korean town tak reti cakap melayu so terpaksalah aku google dulu apa aku nak cari barulah aku beli huhuhuh....
      Memanglah aku belajar korea tapi jangan fikir aku tahu cakap korea. Aku ni kalu takat membaca tahulah maksudnya hampehlah aku tak tahu, tapi kalu takat ayat2 mudah atau perkataan mudah aku tahulah huhuhuh...(terpaksalah teruskan usaha aku melayan astro 391 :evil: ).
      Oklah baik aku teruskan usaha aku untuk menulis resipi ni..so heh heh heh....

bahan-bahan:
1 biji kobis china (ala kobis yang panjang tu - potong kecil2 dlm 2cm x 2cm)
1 biji lobak putih(dihiris halus)
1 ikat sawi (di potong ikut panjang jari telunjuk :p )
1 ikat daun bawang (potong sama saiz ngan sawi)
1 biji halia (kasi sagat itu halia )
1 lawang bawang putih (tul ker lawang? senang cakap 1 biji penuh tu, pun kasi sagat itu barang)
2 biji bawang holland (ala bawang besar yang kaler kuning tu)
sedikit sos ikan (ala yang jenama dari thailand tu, yang ada gambo sotong tu huhuhu)
garam kasar 2 kg (bergantung berapa biji kobis yang anda guna)
sedikit garam halus
serbuk lada (lada kering yg di blender kering - kalu dapat yg dr kedai korea lg baik sbb lada dia beri hasil merah yg cantik dan rasa dia kurang pedas dan pijar)

cara caranya:
  1. sediakan satu bekas besar yang boleh memuatkan semua kobis yang telah anda potong tadi.
  2.  penuhkan separuh bekas tadi dengan air
  3. campurkan kesemua garam kasar tadi ke dalam air (bahagikan secara adil jika anda guna banyak bekas)
  4. rendamkan semua kobis yang telah anda potong tadi kedalam air garam tadi (pastikan kobis tersebut terendam sepenuhnya)
  5. biarkan selama 2 jam atau sehingga kobis tersebut layu. (anda boleh rasa kobis tersebut dan pilih rasa yang anda suka)
  6. sementara menunggu kobis tadi siap direndam...kita bolehlah menyagat bawang putih. holland dan halia tadi
  7. setelah kobis tersebut cukup layu (anda boleh perasan yg sayur kobis td kelihatan seperti di celur) anda boleh bilas ia menggunakan air bersih bagi membuang sisa garam tadi
  8. sediakan satu bekas kosong.
  9. campurkan bahan bahan yang disagat tadi kedalam bekas tersebut (bolehlah ditinggalkan baki sedikit kerana mungkin ada bahan yang tidak tercampur dengan baik- senang cakap kalu ada baki, rasa tak cukup halia lehlah tambah lagi, kalu tak kenalah sagat lagi)
  10. masukkan kobis kedalam bekas gaulan tadi, campurkan serbuk lada (mengikut kesukaan- suka pedas lebih tak suka jangan- nanti leh rasa)
  11. campurkan sedikit sos ikan tadi dan sedikit garam
  12. gunakan jejari anda untuk mengaulkan kesemua bahan tadi.
  13. cubalah rasa untuk tahu rasa yang paling sesuai
  14. setelah berpuas hati dengan rasa campuran tadi bolehlah disimpan kedalam bekas yang tertutup.
  15. simpan kimchi kita tadi di luar peti sejuk selama 2 malam ( kiranya 3 hari 2 malamlah)
  16. selepas tempoh bercuti tersebut, bolehlah anda simpan kimchi anda kedalam peti sejuk....
  17. dah boleh makan kimchi..ummmm cedapnyer....

Kimchi ni kalu akulah, paling sedap makan dengan megi kari. kalu nak makan dengan nasi, paling sedap makan ngan sup soya hancur( cam taucu ja) dari korea nanti aku letaklak resipi sup tu huhuhuh.....

Thursday, January 6, 2011

aku dan badminton

              Semalam dengan semangatnya aku datang opis pakai tshirt dan kasut croc pasar malamku..bukan apa tetiba ada yang mengajak aku 'tournament' badminton...kali terakhir aku main badminton adalah dalam 5 tahun yang lalu..hahaha mmg dah tak reti mainlah tu maknanya.

             Petang tu hujanlak plak, aku ingat kitorg dah tak jadi main ataupun main jer dalam opis tapi PM aku terus buka blazer dia bawak raket pergi court. Kitorg ni pun follow ajelah dia. Nah, di bawah hujan gerimis kitorang lawan badminton. yang tak tahannya 'thequestion1604' main ngan baju kurung tu, pakai kasut tinggi pun ada opis mate aku ptg tu main . terimbau balik zaman kanak-kanak dulu, takat main badminton tu tak kisahlah pakai apa pun janji main. Bola nya konpomlah asyik sangkut atas atap umah jiran huhuhuhu operasi memanjatlah plok.

              Macam aku cakap tadilah, bendanya dah lama tak main badminton, memang bagi menang freelah ke lawan (camlah aku terer dulu :p) huhuhuh..aku main lama gaklah semalam,(banyak bola jatuh dari lawan) dah lama tak main, pening gak kepala aku, paru paru lagilah, ( dah main sambil gelak berdekah dekah huhuh ) habis main tu tambah plak opis aku dah takder stok air huhuhu hausnya sabo jelah.

              Hari ni aku bawak bekal baju tshirt ngan seluar panjang (bukan seluar trek), terasa nak sambung main cam semalam (dengan harapan leh kurus sket pass ni <harap jelah >). huhuhu, balik lambat lagilah jawabnya aku hari ni....

Tuesday, January 4, 2011

SQL Server Configuration Manager – Cannot connect to WMI provider – Invalid class [0x80041010]

SQL Server Configuration Manager – Cannot connect to WMI provider – Invalid class [0x80041010]
When I am trying to connect to my SQL Server 2008 box using SQL Server Configuration Manager today, the following error dialog pops up…
Cannot connect to WMI provider. You do not have permission or the server is unreachable. Note that you can only manage SQL Server 2005 and later servers with SQL Server Configuration Manager. Invalid class [0x80041010]

I have never seen this before!… while the following line saves me.
>> Open an elevated Command Prompt (run as administrator), and type the following…
mofcomp.exe "C:\Program Files (x86)\Microsoft SQL Server\100\Shared\sqlmgmproviderxpsp2up.mof"
 


Adakah aku seorang telefonis?

adakah aku seorg telefonis?
atau aku seorg receptionist?
tapi
aku yakin aku bukan
paling tidak ia tak tertulis pada kad namaku
jika begitu
kenapa aku menjadi mangsa?
mangsa mendengar segala yang aku tak perlu dengar
mangsa keadaan, memberi segala alasan
aku bosan
patutkah aku mencabut sahaja talian telefon ini?
patutkah aku membiar sahaja deringan ini?
haiiiiih .... aku terus mengeluh
mengeluh tiap kali adanya bunyi deringan itu
mungkin aku perlu melihatnya dari sisi lain
mungkin aku perlu melihatnya sebagai membantu rakan
mungkin aku ... mungkin aku....
dan bunyi itu datang lagi
dan aku mengeluh lagi.....

Monday, January 3, 2011

aku yang ....

geram ada sedih ada kesian pun ada bila tgk anak aku yg kecik tu nangis tanpa henti..dah dipujuk tapi tetap tak jalan gak..tak taulah apa yang dia nak benornya....nilah part paling pening bila jadi ibu bila tak berjaya nak pujuk anak yang menangis. Seriously time nilah aku harap sangat ayang aku ada kat umah sbb time ni dia blh tlg pujuk anak tu....ni belum masuk kesian ke kakaknya..dia nak bermanja ngan aku tapi adik dia tgh ngamuk camner aku nak layan dia..kesian dia ngajuk ngan aku. mesti dia ingat aku tak sayang dia sampaikan bila aku tanya boleh tak kalu dia duduk ngan nenek dia boleh jawab ya sedangkan selama ni dia mmg tak nak. (Sori sayang, mama bukan sengaja) yang part plg kelako bila waktu tu aku dah tensen sgt dgr adiknya nangis jd aku pesan ke kakaknya carilah org yg senang yg blh tanggung dia. nanti dah kawen jgn lupa cari org gaji tlg jaga anak. kalu rasa nak keje gak bukak jer kedai sbb leh cuti bebila jer..dah ada anak ni mmg tensen kalu terfikir esok nak kena gi keje lagi sedangkan malam tu budak tu nangis....esok nak ngadap muka2 yg kurang digemari huhuhu memang tensen....
part paling sedih dalam crita aku ni aialah bila anto anak ke pengasuh badannya dah mula panas, dia dah mula batuk tu semua hasil dari nangis semalaman ah...tak sakit dah jadi sakit .. sedih tgk muka dia yang sayu ngan mata dia yang bengkak tu...(mama sayang shai...) apakah lagi teknik yang aku boleh gunakan untuk pujuk anak aku yang menangis? huhuhuhu

Aku dalam situasi

Aku berada di sini,
di satu destinasi yang ku pasti,
ku pasti kerna disinilah segalanya teruji,
betapa aku bosan di sini,
mendengar, menguap,
mendengar lagi,
dan menguap lagi,
kelopak mataku tak mampu terbuka lagi,
segalanya kelihatan kelabu disini,
aku terbayangkan,
alangkah indahnya ketika ini,
andai ada sesuatu...
yang empuk di belakang kepalaku,
sudah pasti tika ini mataku tidak akan melayu lagi,
bahkan mungkin ianya akan segar,
segar di alam realiti atau
segar di alam mimpi...
DUNIA!....

AKU MENGANTUK....