Thursday, May 19, 2011

Diari kembara diri ke arah kekurusan.....siri 3

Hari ni aku meneruskan misi aku untuk ganti puasa ( sambil tangan menggatal mengoogle resipi korean food camno?!) Harap dapatlah aku habiskan baki hutang puasa aku.

Disebabkan aku masih lagi merasa sakit hati dengan apa yg london buat ker aku (Jahanam tul diorg ni) maka aku rasa adalah patut kiranya aku menyenyapkan diri dari diorg buat seketika. Ya bunyinya cam rugi sebab ko dah bayar bebanyak dah kat diorg tapi tiap kali aku tgk akaun math aku, tiapkali tu gak aku akan rasa sakit hati so biarlah aku tenangkan fikiran aku dulu.

Sekarang ni aku kena aim pi balik ke gym, susah tullah nak gi gym ni, bukan sebab jauh tapi sebab susah nak tinggalkan umah. Tapi aku yakin yang kalu aku blh berjalan( yea, berjalan ajer sbb aku mmg tak mampu berlari huhuhu) atas treadmill tu utk setengah jam ke 1 jam, setiap hari adalah lebih baik buat aku sekarang ni (teori: ko aktif maka ko akan bakar kalori lebih....)

Harap harap aku akan berjayalah ngan misi aku ni....

Starting weight: 105KG

Untuk pertama kalinya aku mengofficialkan berat aku...harap pass ni aku dapat tulis angka yg lebih baik dalam episod diari kekurusan aku ni.


Saiz aku waktu bujang, sama cam saiz adik aku kat tepi nun (mamat ni mmg ensem and dia pandai memasak huhuhuhuh yealah kalu dah namanya pun chef yea dok? )

Ni gambo aku paling latest and seriesly aku sangat demuk huhuhuhu dem!

Mode Korea

Disebabkan hari ni aku puasa so mood aku adalah melayan tenet sambil google resipi korea. huhuhuhu aku mmg ah kalu tgk ja makanan dari korea mesti terliur ( yg takder 'itu benda' kat dalamlah). Sebab tu aku suka mengaku aku ni keturunan korea, ciri mata dah ada dah huhuhuhu (teruskan memperasankan diri anda yea)

dalam duk melayan tu aku pun pilah ker page fav aku http://aeriskitchen.com/2008/08/kimchi-dumplings/ pastu tgklak gambo dumpling ni..seriesly aku rasa cam nak masak benda ni utk berbuka nnt huhuhuh

Tapi masalhnya, kimchi aku dah abih, aku tak buat stok baru lagi....huhuhuhu cedey. Yg beli kat Giant pun dah abih tak sampai 2 hari huhuhuhu.

Bilalah agaknya aku nak ke korean town beli serbuk cili ni..serbuk cili aku dah rosak sbb tak simpan dalam peti ais huhuhu dahlah banyak lagi cilinya kat dalam.

Nak buat kimchi ah minggu ni huhuhuhuh.....

Bestnyalah....leh makan ngan megi kari, huhuhuhu......takpun ngan bean paste soup, woooo best tau

Thursday, May 12, 2011

Saya rasa sangat kecewa......

Pernah tak korang nak sangat ke sesuatu, bila mintak yg tersayang belikan dia tak belikan, nak beli sendiri tak boleh or tak sempat. Rasa kecewa yang amatkan...rasa cam org tak sayang jer.....

Kisahnya...semalam aku ganti posa, tengah hari tu ikut opis mates ke mydin Putrajaya, then follow diorg lunch. Aku tak kisah sangat org makan depan aku, ingat bebudak ker nak terliur liur ni segala? Lepas siap bayar, waktu nak melangkah keluar kedai makan tu, lalu aku terpandangkanlah buah melaka or Onde-Onde....dahlah kaler dia ijau cantik ja...saizlak besar, series aku nampak kuih tu sangat sedap and lagipun selalunya bulan puasa tulah kuih yg selalu aku cari selain dari asam gumpal.

Aku dengan semangatnya teringin nak makan kuih tu, so aku call mama aku tanya camner nak buat (bukan bulan puasa susah nak cari kuih cenggini...), aku pun mintakkanlah ayang aku tolong belikan bahan bahannya sekali dengan bahan masak makan malam.

Aku pun teruslah menunggu ayang aku balik dengan bahan yang aku mintak, tapi hari dah nak maghrib, bayang pun tak nampak. Bila aku call dia kata dia kat Kajang, aku geram gaklah time tu, aku cakaplah aku nak bukak puasa camner takder bahan nak masak, tapi takperlah, bila ayang aku balik nanti leh jer aku masak walaupun dah masuk waktu berbuka.

Sekalinyer..dia balik bawak air kelapa ngan makanan bergoreng yg dah sejuk kenyam (tahu dia prihatin..tapi tak kena tempatlah wei...) bahan masak lain sema takder pun. Aku pun apa lagi tarik mukalah, sedih  tau. Pastu bunyi cam ayang aku suruh masak sardin tapi aku tak mau masak sardin tu, aku nak sardin lain huhuhuhu, ayang aku lehlah plak pi tido. Bila suruh ke kedai dia just senyap ja. Aku memang rasa tak leh cakap dahlah..geram gila rasa, dahlah aku tgh teringin sangat ker kuih buah melaka tu, karang kalu aku cakap kempunan kang mesti dia marah sebab dia kata takder kempunan yg ada hanyalah takder rezeki (aku dah berusaha nak buat kuih tu yea) EEEEEEEEEEE geram tau...

Akhirnya, disebabkan aku geram, memula tu ingat nak mogok lapar, sebab esoknya(hari ni) aku puasa lagi, tapi entah camner, last last aku suruh adik aku masak nasi then aku buat telur ketam ja...puas hati aku...memula ada gak rasa jahat kat hati tak mau tinggal ker ayang aku, last last aku tinggal gaklah apa yg aku masak tu...

Sekali ayang aku bangun, leh tanya lagi aku masak apa. Aku mmg geram ah ni, suruh beli barang masak tak mau pastu tanyalak aku masak apa. Aku marah ni nampak tak!

Takperlah yang, org tahu sbb apa ayang jadi camtu, cuma org tak suka sbb nampak sangat ayang tak prihatin, dahlah tak romantik hish memang geram ni...tapi org tetap sayang ayang....

Wednesday, May 11, 2011

Diari kembara diri ke arah kekurusan.....

Isnin baru ni aku pergilah ker london sana...hmmmm setelah hampir 3 bulan tak pergi hasilnya....ya aku telah bertambah 10KG...apa lagi mengamuklah budak London yang jaga aku tu...nama dia Sylvia....dan dan gak waktu tu dia promote aku guna detox pulak, kekonon tak bounce balik. Aku yang naif nipun (padahal bodoh) ikut jelah cakap dia huhuhuu....

Lepas abih sesi menstimkan badan, aku pun masuklah bilik yg disediakan, dia suruh bertiarap, aku pun ikut jelah, kali ni dia guna bahan yang cam ada bau minyak urut campur gamat sket, sekali dia start mengurut kaki aku, ha, terjerit jerit aku, mmg aku tak tahan ah.

Dia urut kaki pastu cari point tekan, tapi mmg ah, orgnya kecik ja, tapi kuatnya sabo jelah, aku mmg dah gelupur dah time tu, rasa nak beranak taklah sesakit ni huhuhuhu. Hasilnya, betis aku kiri kanan lebam, lengan lebam, perut kat kawasan rahim lebam. Memang series ah aku serik nak buat lagi huhuhuhuh. lepas sesi kena bakar, aku mmg berpeluh gilerlah, turun dari katil tu aku mmg dah nak pitam dah.

Perasaan dia sama cam ko gi exercise tak makan, or ko overdo the exercise....nak muntah, nak  baring, nak pitam sema ada. Aku nak mandi pun asyik tertangguh, berapa kali aku duk duduk dalam bilik  mandi dia taklarat nak berdiri dah...tapi aku berjaya gaklah mengharungi rasa nak pitam tu. After mandi kena masuk bilik lain, patutnya guna mesin pulak, tapi masa tak cukup so dia terus wat treatment lain iaitu...tutup balik point yg dia bukak tadi. Aku cam WhatTheHek?!....mampus ah aku..dan aku teruskanlah aktiviti menjerit aku untuk kali kedua plak.

Nak balik plak dan dan dia promote ntah apa ntah...tapi serieslah, kalu ko bukan jenis yg tahan baik ko gi sana bawak duit utk parking or naik lrt ja, kalu tak ko akan end up beli ntah apa apa ngan dia, kalu dia tak berjaya pengaruh ko, dia bawaklak bos dia, ntah apa apa ja.....

Opsss lupa nak cakap that day of treatment aku turun 2.7KG ha ko 2.7KG camtuja.....huhuhuhuu sanggupkah anda semua mengharungi semua itu? huhuhuhu aku pun kekadang rasa tak sanggup.....

Jumaat ni aku ada lagi treatment tapi kali ni aku nak pi yg kat Mineslak sbb dekat ngan umah and aku leh curi masa lunch pi sana jap...bilalah agaknya diorg ni nak bukak cawangan kata Alamanda, lagi dekat ngan umah aku huhuhuhuhu......

Aku terpaksa habiskan sema treatment ni before gi Kinabalu(bukan kota kinabalu ek tapi gunung kinabalu...dem), so aku dah takleh escape dah huhuhuh, tapi satu jer yg aku pelik, diorg tak kasi aku ke gym sbb nnt ada muscle..ni ideologi apa plak ni...bukan ker kalu ko bersenam lagi cepat ker berat ko turun? Dem!

Monday, May 9, 2011

Diari kembara diri ke arah kekurusan.....

OKlah.....aku benornya tgh dalam uasaha utk menurunkan keberatan badan ini.....tapi yealah..easy said than done.....seriesly, setiap kali semangat aku membuak buak nak diet or pi gym tiap kali itu jugalah pasti ada suara suara sumbang yg melemahkan semangat aku....

Aku ni jenis mudah terpedaya benornya...untuk pengetahuan, aku patutnya pi London wat treatment, memula tu aku just amik sikit ja but then lepas kena pujuk ngan bebudak london, lalu aku terperangkaplah ngan treatment yg tak berkesudahan.....(sebab aku malas nak gi) yealah sapa tak geram, ko gi mmg ah turun pastu bila lama tak gi berat camtu jugak huhuhuh malu dowh....(ok my fault!)

Aku bukan apa, aku tak kisah pun nak pi london tu, tapi takder MASAlah. dulu yealah, aku duk kat gombak dekat sikit, la ni duk bangi nun, nak pi ja dah amik masa 2 jam (ALASAN!)huhhuu....

Disebabkam aku akan panjat Kinabalu july ni (ngan berat yg melampau..ingat leh naik ker?) aku perlulah meningkatkan tahap stamina aku so dalam usaha aku tu aku perlulah ke gym (umah aku takder taman taman ni sema)....tapi cam besa kalu dah jenis pemaleh tu, gym tepi umah pun tetap tak pi gak huhuhuhuh....

Hari ni aku akan ker London, mg lepas aku duk posa ganti so harap harap turunlah sket KGnya. Perut aku pun senak dah ni duk pakai bengkung huhuhuhuh.

Harap esok aku dapatlah ke gym, giler dowh, nak panjat kinabalu lagi 2 bulan jer kot tahap stamina masih zero...

Peringatan pada diri: "WEI! pi gym tu, london tu and pakai bengkung tu..jangan lupa ko tu sebulan tau nak ganti posa...Ramadhan dah dekat ni...ADA PAHAM?! "