Thursday, April 28, 2011

Bangi-skudai-Bangi versi Fast and Furious

Selasa lepas aku bertolak ke Johor untuk pertama kalinya. Aku mmg pernah ke Johor tapi tak pernahlah pi drive sendiri ke sana. Aku kesana sbb ada seminar kat UTM.

Perjalanan ke johor lebih kurang 300 KM dari umah aku, dan jalan dia mmg lurus betul huhuhuhu mmg takkan sedarlah berapa speed kita drive.

Aku bertolak dalam kul 9.30 dari exit Putra Mahkota dan sampai exit Skudai dalam kul 12.00 huhuhuhu tapi perjalanan dia mmg agak bosanlah sbb tiada apa di kiri kanan jalan just a few constructions repair jalan yg mengganggu kestabilan pecutan kereta aku.

Sepanjang perjalanan aku drive 140km/j lah and aku tak tahu berapa banyak tiket yang akan aku dapat (harap tak adalah) sesekali cecah gaklah 150km/j bila nak potong lori..gilerlah, lori pun bawak lebih dari 120km/j tau (gear ketiga empat lima sepantas kilat impak maksima-lagu kru impak maksima) tapi serieslylah, korang mmg takkan sedar yg korang dah laju gila kecualilah kalu korang ni mmg jenis sangat berhati hati takut kena saman.

Ada gaklah terasa cam Fast and Furious nak plak time balik sbb lagi mencabar, dengan lori, penat, hujan, nak tido sema ada. Yang part fast tu oklah tapi yg tak tahan takut nnt furious sbb dapat saman huhuhuhu dem! melayang duit gue.

Yang aku tak tahannya, aku kena pi Johor selasa tu, pastu prepare lab utk training esoknya, pastu abih jer training terus kena balik opis sbb esoknya adik aku ngan opis mate aku ada meeting (last last kencel sbb opis mate aku tu MC) huhuhuh dahlah waktu training mana boleh duduk, mmg kena berdiri jer sbb nak assist participants, semalamnya dah drive, isnin tu plak baru sampai dari kuantan, so ptg rabu tu aku mmg dah jadi bateri lemah dah, mmg penat giler rasa badan ni. drive pun mata kabur ja...dalam ujan lagilah kaburnya nak buta rasa.

Tapi disebabkan aku ni jenis yang tak makan saman (dengan moto: baik kena saman sbb mmg betul betul pecut dari kena saman sebab terlebih sikit ja laju..rugi dowh!) aku teruskan jua memandu dan akhirnya aku sampai ke Alamanda Putrajaya layan karok 2 jam (anak dah campak ke nenek diaorang dah :p ) tgh malam baru sampai umah. huhuhuhuu

Tapi serieslylah, mmg aku kepenatan minggu ni, ni pun dah bercadang nak cuti esok (walaupun esok cek release) sbb mata aku mmg dah tak boleh bukak....ngantuk tau huhuhuhu.

Wednesday, April 20, 2011

Aku jadi nangka busuk

Aduyai....dah lama giler tak menjatuhkan diri di khalayak ramai huhuhuhu.....hari ni leh plak terjatuh terduduk kat depan tandas lelaki sbb on the way ker tandas pompuan.Dahlah ada sorang mamat ni tgh sedap merokok depan pintu tandas tu, nasib sorang, kalu group aku tak taulah camner.

Aku pi tandas sana sbb nak claim eskrem dari member aku yg aku tolong dia ngan form dlm fb dia huhuhuh pastu tak ingat nak gi tandas sana ada bendul, selalu nampak, tadi sebab ralik nak sms ker member tu dah lupa nak tgk jalan....

tahu tahu ja dah terduduk huhuhuhu gila malu....mamat tu mmg terus tanya ok tak, takkan nak kata tak...boleh jer berdiri sendiri walaupun terhenjut kira oklah tukan?

huhuhuhu mmg hari ni dalam sejarah ah, dahlah ayang nak balik dah malam ni, dah takleh ngadu dah huhuhuhu

Malunya akuuuuuu

Camner nak add form ker fb anda

Pagi ni ada member aku bertanya camner nak add form dalam fb dia..aku cam..ha?!  nak add form? boleh ker?..pastu member aku bglah cth fb yg ada form.

Oleh disebabkan aku ni mmg mood tgh nak ngulorkan so aku pun layanlah permintaan kawan aku ni...so pakcik google cam biasa telah memainkan peranan yg besar dalam hidup aku.....

Google punya google aku pun jumpalah satu page ni

ni hyperlink dia: http://www.aweber.com/faq/questions/551/How+Do+I+Add+an+Opt-in+Form+to+My+Facebook+Page%3F pastu korang akan di suruh cari fb satu@2 mamat omputih ni : http://www.facebook.com/apps/application.php?id=190322544333196&sk=app_190322544333196

hasilnya korang akan ada new application dalam fb korang yg membolehkan korang letak form kat dalam. Khusus utk mereka yg berbisnes lah ni (member aku ni niaga perfume ya)

cth screen shot yg aku ada:

ha korang tengoklah sendiri dan cubalah sendiri ya huhuhuhuh

Thursday, April 14, 2011

Kalau abg ke luar negara...

Lokasi: dalam keta

Destinasi: Pi menjolikan diri

Suami : Camner kalu abg kena transfer ker luar negara, sekarang tgh banyak projek kat arab sana.

Isteri: (gelak : sbb suaminya baru jer pi briefing lum pi temuduga lagi) cam konpom dapat ja.

Suami: (buat muka)

Isteri: Ok ok, kalu ayang kena pi luar negara, ayang kena stay sanakan?

Suami: ya, balik setahun 2 kali

Isteri: Ikut suka ayanglah, kalu rasa nak bawak org sekali org berenti keje jer, kalu tak kita jumpa setahun 2 kalilah.

Suami: hmmmm terpaksa bawak pembantu ke sana

Isteri: hmmm(dah tau niat dia apa fungsi pembantu tu sebenarnya)

Suami: (senyum jahat)

Isteri: kalu ayang gi sana, balik 2 kali setahun, maknanya kalu org ngandung, beranak sengsorang ah kat sini?

Suami: camnerlak ayang leh ngandung?

dah awakkan balik setahun 2 kali, abih takkan balik nak tgk ja, mestilah lakukan sesuatu nak tanya lagi camner leh ngandung hampeh tullah. huhuhuhuh

Alipab dan Alibab

Kat umah aku ada 2 ekor anak kucing. satu nama Karipap sebab bulu dia ada corak cam karipap pusing, satu lagi takder nama huhuhuhu(kenapa takder nama silalah tanya tuan dia).

Anak aku kalila tu baru pandai bercakap so agak pelatlah. Dialah yang panggil kucing tu alipab dan utk memudahkan lala panggil so sekor lagi nama dia pun jadilah Alibab sempena kimbab kot.

Aku dah lama tak bela kucing so hidung ku ini agak takleh tahanlah ngan bauan semerbak hasil produktiviti diorg ni huhuhu tapi janji tuan dia bersihkan aku anggaplah idung aku tersumbat.

Yang tak tahannya nilah kucing paling bising pernah aku jumpa, semua nak nangis ngan bebel, nak makan, berak tido. aduh mmg bisinglah umah aku yg dah sedia kecoh ngan anak aku tu

Lagi satu kucing ni jenis penggeli ngan najis sendiri..hampeh tul.

Anak anak aku mmg tak biasa ngan kucing so depa ni mmg jadi mangsa ngan Lala and Shai ah. kena cekik dan kena dilayan kasar tu mmg nasib ah huhuhuhu

Kepada TheQuestion1604 silalah jaga anak anak anda dengan baik ya huhuhuhuhu

Aku yang EL

Semalam aku EL...huhuhu bukan sengaja yea tapi aku terpaksa huhuhu....dalam pada tu sempat gaklah bgulor kejap....heh heh heh

Kenapa aku EL? kesnya semalamnya aku tetiba takleh bernafas, asal bernafas jer aku rasa sakit, aduh mmg penatlah aku rasa sbb terpaksa bernafas dengan berhati hati. Ayang akulak baru balik dari Kuantan, so dia sangat penat, jadi aku takleh mintak tolong dia urutkan belakang aku huhuhuhuh sian kat aku. Boleh jer aku mintak jugak dia urutkan tapi yealah sian kat dia penat drive jejauh lagipun aku malas nak dengar respond dia (ayang aku ni bukan jenis tunjuk caring orgnya).

Anak anak akulak boleh tak pakat tak mau tido, dahlah tak mau tido pakat memanjat atas aku, tangan memasing pakat menekan aku, bertambahlah semput aku dibuatnya huhuhuhu ayang aku waktu ni dah selamat dah dialam mimpi.

Pertama kali dalam hidup aku aku tetiba teringat mati (nampak sangat tak pernah insaf) tetiba aku terfikir kalu aku takder nanti sapa akan jaga bebudak ni. Dalam otak aku aku dah bayangkan ayang aku kawen ngan mak tiri diorg (Bukan bini org ker?) pastu anak aku dah tak rapat ngan keluarga aku (err ni lebih teringatkan pak ngah akulah, sejak mak ngah aku dah takder dia ni dah cam org luar aku rasa) Tetiba aku rasa nak pesan ker ayang aku nak anak anak aku mama aku jaga takpun mak sedara dia belah aku jaga. huhuhu tetiba jer rasa sahyu huhuhuh(Emo lebih).

Esoknya aku pergilah ke klinik cek. Tapi tahulah klinik kerajaan ni, ramai org so menunggu pun lama, dahlah pon aku tak leh call out( malas bayar bil) adik akulak ada meeting. Sebab tu aku tak suka ajak org pi klinik, malas jugak nak inform (Ayang aku pun tak tau aku pi klinik). dari kul 8 pagi sampai kul 10 baru turn aku, pastu kena Xray dulu, jadi aku budget adik aku nnt lambat. Disebabkan dia tunggu dlm keta, so aku mengharapkan dia call aku, tapi boleh ak timenilah pon dia nak abih bateri hampeh tul. Aku gilah kat keta suruh dia balik umah kabo ker ayang aku amik aku kat klinik pastu suruh dia terus pi keje ah. Lepas siap sema kat klinik aku menunggulah kedatangan ayang aku.

Disebabkan hari dah dekat kul 11 jadi aku amik keputusan utk EL ajer. Bukan apa aku pun dah penat nak bernafas secara normal so baik aku amik cuti ja. huhuhuhu

Tapi dlm pada EL tu aku sempatlah aku ker bank siapkan urusan tertangguh selama ni huhuhuhuh. (ngulor ah tu maknanya)

Hari ni aku kena siapkan keje yg deadline dia esok huhuhuhu. DEM

Monday, April 11, 2011

Meeting? meeting!

Meeting, aduhlah, aku paling bosan ngan meeting. Koranglak camner? suka ker meeting? Aku mmg tak suka lah meeting ni rasa cam bosan jer huhuhuhu.

Opis aku ni mmg tiap awal bulan ada meeting, takperlah aku pahamlah kalu tiap bulan kan tapi aku baru dapat tahu yang kitorang akan ada meeting every monday morning. WHAT?! aku dah rasa cuak dah.

mmglah biasa meeting setiap pagi isnin tu, tapi yealah kitorg ni kecik ja, staff teknikal ada 4 org ja kot, tak perlu meeting pun dah leh tahu apa yg berlaku. tanya direct ja. Kalu staff ada sampai 20 org mmglah susah nak jaga apa yg diorg tgh buat tapi ni 4 ja. Apa PM kitorg ni makan gaji buta ker? takkan tak nampak apa yg kitorg buat?.

Aku tanyalah sapa punya idea keji ni. KEJI ok KEJI sbb menganggu konsentrasi aku main FB ngan Youtube (Eh cam akulak yg lebih keji kat sini). Katanya bos aku punya idea, tapi aku rasa cam org lain yg bg idea ja, sorilah aku bukan apa aku kurang rasa percaya ngan PM aku ni, dia ni jenis tikam sikit huhuhuhu(jahanam tak aku?) huhuhuhu.....

OKlah aku nak kena pi meeting ni. nanti kalu ada hal yang aku sakit hati aku sambung huhuhuhu

Tuesday, April 5, 2011

Shaini yang manja

Aku pelik tul ngan anak jantan aku yang sorang ni....nama jer lelaki tapi manjanya ngalahkan kakak dia. Tak boleh ilang dari mata dia langsung, bukan takat aku mama dia ni, nenek dia ngan pengasuh dia semua takleh ilang dari pandangan mata dia.

Aku ke pintu bilik, baru pintu lum keluar lagi dia dah start enjin. kalu aku keluar tu konpom dia akan kejar terjun tilam. nasib tilam bukan katil huhuhuh.

Semalam dia wat rekod menyusur (dia tak reti merangkak) dari ruang tamu sampai ke dapur sbb aku kat dapur nak wat susu dia. Dia leh nangis dari ruang tamu sampailah ke dapur. Aku biar jer dia nangis sebab aku malas nak layan dia huhuhuh. Dia nangis samapilah dia dapat pegang kaki aku, abih kotor satu badan. huhuhu kesian anak jantan aku yang sorang ni.



Kepada kalila, mama sayang kalila jugak, tapi adik tu manja sangat so mama tak sempat nak manjakan lala huhuhuhuh

Monday, April 4, 2011

Reject! Reject! Reject!

Apa perasaan anda bila kerja anda kena reject? Cam SIAL ok!. Oklah aku yang emo agaknya. Tapi kalu semua dah reject baik tak yah buat. benci tul.

Paling aku tensen bila wat slide show. Tak pernah nyer nak kena approve asyik kena reject ja. Dem!

Aku tgh wat brosur utk product kompeni aku, tapi aduyai, memula aku wat putih background, sepesen ngan satu lagi produk kompeni ni tapi kata teruk, hambar dan ntah apa apa lg, tapi brosur yg produk satu lg rilek ja distribute ke klien HAMPEh tul.

Aku pun menggunakan kekreatifan aku yg sangat hebat ni. Lalu terciptalah satu brosur yg berkaler dan lebih ceria. Oklah draft kena reject. Tapi bila dah aku ready nak print yg confirm errr dah print pun page depan dia, tetiba kena komplen ngapa amik kaler buat brosur? ngapa tak wat kaler putih ja..membazirlah apalah...Watdehel! aku dah print ok. lain kali cakap waktu aku tgh print draft yg berhelai helai tu.

Hish ni yg buat aku marah ni....pasni malas dah nak buat!

Friday, April 1, 2011

Takziah buat manja kucen

Salam.

Hari ni aku dapat perkhabaran sedih yang ibunda tercinta Manja Kucen @ ckerel Rizal meninggal dunia. Aku sebagai Opismate ni pun terasa kesedihannya, tuan badannya aku tak tahulah camner. Agak bernasib baik sebab ayahnya ckerel ni baru jer balik dari umrah dalam 2 hari lepas, so dia dapatlah balik kg sbb ngantokan ayah dia and dapatlah jumpa mak dia. At least takderlah ralat sangat (kot?) and kat kg pun ayah dia ada leh uruskan. Waktu aku tulis ni, ckerel ni masih kat rawang sbb ada meeting kat sana, and dia tahu news ni pun waktu tgh meeting and adik aku yg inform aku sbb dia sama grup ngan ckerel.

Tapi seriesly, aku mmg takleh bayangkan apa perasaannya. Waktu mak mertua aku meninggal aku tak terasa sangat sbb aku kurang rapat ngan mak mertua aku, tapi aku mmg dapat tgklah camner menangisnya adik adik ipar aku (lelaki ya) mmg meraung bebetul waktu jenazah dikapankan. Aku ni tak rapat ngan keluarga selain dari mama, aboh ngan adik adik aku ja. Kiranya hidup kitorg mmg bebetul kitorang ja (merantaulah katakan).

Waktu Atuk aku meninggal, aku pernah jumpa dia (waktu dah pandai, bukan baby) sekali ja waktu mak su aku kawen tu pun after 10 years mama aku tak balik kg. Dan tu jugak saat akhir mama aku jumpa aboh dia. Mmg sedih aku rasa kalu ingat, sian ker mama aku, siap pagi hari atuk aku meninggal (waktu ni tak tahu lagi) mama aku kata dia cam rasa atuk aku ada and dia dgr cam atuk aku kejutkan dia suruh bangun subuh. Siap leh dgr tapak kaki atuk aku turun tangga lagi (umah kitorg dulu 2 tgkt. tapi umah buruk ek, bukan batu, cam pondok pun ada) and ptg tu, pak ngah aku mintak tolong kawan dia yg duk kuantan informkan aboh aku pasal news ni. Zaman tu kitorg takder pon segala so mmg org tu terpaksalah mencari mana kitorg duduk.(nasib kg kecik and aboh aku ni popular huhuh) mmg sedih kalu ingat.

Sekarang sejak aku kawen, mama aku mmg dapatlah jumpa mak dia selalu, sbb aku leh bawak mama aku balik kg or even amik nenek aku dtg kuantan.

Atuk, mak mertua, pak sedara and mak sedara (adik adik mama aku) adalah antara yg rapat yg dah meninggal. dalam senarai ni, mak ngah aku meninggal paling aku terasa (nampok sgt pernah wat salah ngan arwah). mmg aku siap rasa ada holes dalam hati aku macam ada yg tak kena. Nenek aku mmg tabah lah hadapi semua ni.

Aku mmg takleh bayangkan kalu org yg aku sayang takder, aku tak tahu nak pikir apa lagi huhu tapi life must go on right?

Teringat ayang aku cakap:
Di suatu masa...

Aku : Kalu org gi dulu ayang kawen lain tak?
Ayang: hmmmm kawen
Aku: hmmm
Ayang: ayang pun sama, kawen ja... hidup perlu diteruskan

huhuhuhuh......