Friday, December 30, 2011

Korang nih jakun sangat ker??!!!

Sabtu lepas majlis perkahwinan adik aku yg ketiga Ateh kat Kuantan. So kalu dah namanya kenduri haruslah pulang ker kampung dan bercuti lelama, kendian nangis di hujung bulan sebab gaji kena potong sebanyak separuh. HAHHAHHAH padan muka aku! DEM!.

Berbalik pada majlis kenduri tuh, majlis berjalan lancar, just imam ja lewat skeeett malam nikah tuh. Tapi Aku tak cadangkanlah korang tuk nikah malam sebelum kenduri sebab nanti korang akan sibuk walaupun korang pakai katering.

Yealah, malam nikah otak running nak siapkan makanan tuk keluarga pengantin lelaki makan, esoklak nak pikir pasal lauk pengantin nak masak. Belum lagi acara semua benda takder. Tapi kalu keluarga korang ramai orang lelaki yang boleh diharap, korang teruskanlah ngan perancangan korang tuh. Aku nih ada adik lelaki sorang ja yang boleh diharap, mama aku ada menantu lelaki pun 2 ja, memasing duk berkejar anak ngan tugasan memasing. Aku lak tukang sibuk ja huk huk huk.

Seingat akulah, aku tak pernah amik gambo ngan adik aku dan pasangan depa kot, sebab ngan ateh nih pun aku takder nak pi amik gambo kat pelamin ngan ayang aku walhal pelamin tuh berkampung berapa hari kat depan umah huhuhuh.

Dah habis kenduri kalu, kenalah ingat untuk balik ker umah sendiri. Dan aku sampai umah malam dalam kul 10 gitu. Ketibaan kitorang disambut dengan ketiadaan elektrik, dan hanya unit jenis umah aku ja yg takder letrik, umah jenis 2 tingkat depan umah aku adalah plop. Dan ini telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan di hati beta.

OK takper, staff TNB kena gak ada kerja sekali sekala yea dop? so call depa wat complain dulu pepehal pun huhuhuh, depa cakap bg masa 2 jam for response time huk huk huk. OK fine, aku leh terima. Pastu, tetiba entah camner aku leh terpandang pokok-pokok adik aku dalam pasu cam kering ja, teng! terfikirkan plop pokok bunga ros adik aku yg tengah asyik membunga waktu kitorang tinggalkan dulu.

Dem!, Jahanam! Bab*! semua tuh antara benda yg keluar dari mulut aku, time nih aku mmg dah tak kira dah. Korang tahu apa yg jadi? bebudak nih lehlah pi main pondok2 kat umah aku, pastu depa pi gunting pokok bunga ros tuh tinggal pangkal batang ja. Memang hulu tembling tul bebudak nih. Aku memang hangin ah. Walaupun pokok tuh bukan pokok aku, tapi aku tetap terasa geramnya.

Setiap kali tengok pokok tuh aku rasa geram, dan kegeraman aku bertambah bila aku nak pi basuh baju tengok Dynamo aku yang baru beli hilang, satu lagi sabun pencuci aku yang tinggal separuh kering, aku nya Vanish, akunya pelembut Fabrik Daia, semua kering kontang. Tambah Lagi bila Mak sedara aku tegur kenapa mesin basuh aku on sendiri dan ada plastik ja kat dalam. Konpom takder lain ah nih bebudak jahanam nilah yang punya kerja.





Aku tak kiralah orang cakap tak baik ker apa ker, tapi bebudak nih memang jahanam bagi aku. Korang nih bodoh ker apa? Bahalul? Jakun? miskin sangat? rasanya tak kot. aku tengok umah mak bapak korang siap renovate kot takkan tak mampu beli Dynamo ngan mesin basuh?. Geram giler aku rasa.

Bukan aku tak kenal budak mana yang main, budak depan umah aku gak, tu yang ketar lutut nak pandang muka aku tuh, yang geng sekomplot dia pun sama malu sangat siap tutup muka segala takut nak pandang aku. Tahu pun wat salah, mintak maaf tak tahu.

Kalu anak akulah dah lama dah kena cubit. 3 hari 3 malam lah kena leter ngan aku. Yang aku pelik tuh, korang tak reti ker harta orang ngan harta mak bapak korang? Ko nak main kat kawasan umah aku? Fine! tapi pahamlah sket tu umah orang, bukan umah tinggal Bodoh!

Tu satu, korang pandai ek, korang sepahkan umah aku boleh, umah korang cantik ja bersih suci. Yang dapat nama buruk sapa? AKU jugak. Haprak ah korang. Aku pun pelik ngan diorang nih, renovate umah cecantik, tapi akai kat lutut. sampah korang sedap ja timbun kat umah aku ek! apa?! korang ingat umah aku nih pusat pelupusan sampah ker?

Korang ajar anak korang camner nih? mesti korang cakap " Korang jangan buang sampah dalam umah ni, korang nak buang pi buang kat luar umah nun kat umah jiran kita tuh!" Bahabi lah lu. Umah aku nih penuh ngan sampah yg bukan hasil kerja aku ataupun anak aku, tapi hasil kerja orang lain. hishhhh geram giler ah aku, rasa cam nak jejerit ja.

Kenapa tak pi cakap ja kat org yg buat sampah tuh? Nilah yang membezakan orang yang jenis pikir panjang ngan orang yg terus wat tindakan. Aku nih bukanlah jenis yang nak pi terkam umah orang terus sembur. Kita nih duk berjiran, so ko terpaksalah menjaga kejiranan jangan sampai huru hara. Mungkin aku jer kot yang berfikiran baik org lain aku tak tahulah.

Aku malas nak make a scene, sini bukan kampung halaman aku, takder sapa nak back up aku. sedangkan memasing nampak ja bebudak nih wat kucar lana kat umah aku, semua diam ja, tegur pun cam gitu ja. Kalu kat kampung aku, memang dah lama dah kena kejar tuh. Senang cakap, ko wat salah ko kena.

Hish!

Saturday, December 17, 2011

Ofis event- all day fun....or not?

Semalam aku telah menjahankam satu opis aku ngan mengarrangekan event pada hari bekerja. Disebabkan company aku nih kecik dan wit pun tak banyak, tapi staff semua nak bergumbira di hujung tahun (tanpa perlu pergi meeting cam tahun lepas yang jahanam) bos suruh aku arrangekan permainan bowling. Tapi apa gunanya kalu takat main bowling, so aku pun suggestkan pi karaoke beramai ramai.

Apa motif aku pilih karaoke? satu, mestilah sebab aku gian nak karok, dua, sebab ni antara benda yang ko leh berinteraksi beramai ramai, sambil gelakkan orang lain nyanyi sumbang.

The plan went on okay pagi tu, bila kitorang duk main bowling dari yang asalnya patut main 1 frame ja sorang end up dekat jadi 3 frames. Aku cam biasalah, mula game memang strike, tapi pastu terus cuci longkang, dan markah aku pun hanya around 70-80 ja, so hadiah Pemain terbaik memang konpom tak dapatlah.

Tapi kitorang ada satu lagi hadiah iaitu pencuci longkang terbaik, tapi sayangnya markah aku takleh lawan untuk dapat hadiah tu bila markah pencuci longkang dalam range 40-50 markah, tapi adik aku adalah calon 2 terakhir untuk hadiah tu, so aku leh merasa gaklah hadiah tu nanti kalu dia menang heh heh heh.

Waktu adik aku baling bola, akulah paling kuat sorak "Longkang, longkang" walaupun sepatutnya aku suruh dia strike huhuuhuh, adik aku berjaya menjaga reputasi dia dengan terus mencuci longkang, tapi pesaing dia tak mau kalah, waktu tu markah diorang seri, so kalu dia pun cuci longkang gak, hadiah diorang leh share, tapi sayangnya, waktu bola tu patutnya masuk longkang, sekali bolehlah plop bola tu melencong kena pin, so kitarang bersoraklah sebab hamper tu kitorang punya heh heh heh.

Habis main bowling, yang lelaki pergi sembahyang Jumaat, yang pompuan lak pi makan kat Nando's, ni first time aku makan kat Nando's, best gak upanya makanan dia, tapi katanya harga dia mahal, sayangnya aku makan sikit ja sebab susah nak kejar diorang nih yang makan agak laju gak  memasing.(Except PM akulah sebab dia nih duk diet)

Pass makan patutnya terus ke sesi yang aku  tunggu tunggu, KAROK, disebabkan patutnya kitorang ada 8 orang, berkarok selama 3 jam adalah jumlah yang wajar, tapi gila hampeh bila akhirnya yang tinggal aku, adik aku, dan 2 orang lagi opis mate aku, yang lain semua blah pi tengok wayang. Aku memang tak puas hati pasal ni.

Memasing ada alasan diorang, yang sorang nih pi angkut suami dia, so suami tak karok takkan dia nak karok, yang sorang angkut anak isteri tapi dia karok gaklah walaupun agak kesian aku tengok isteri dan anak dia huhuhuhuh yang sorang ni lagi aku geram sebab dialah mastermindnya mengajak pi tengok wayang.

Aku tahu, tak semua orang ada citarasa yang sama, aku suka karok, diorang mungkin tak suka, tapi kalu diorang konpomkan waktu main bowling diorang nak pi tengok wayang kan senang. Lehlah aku amik sejam jer karok pastu aku chow balik umah ja tido nih tak, dah bayar dah tuk 3 jam, pastu amik bilik tuk 8 orang sekalinya semua pakat blah, aku sebagai organizer agak merasa kecewa dengan tindakan diorang nih.

Lenkali jangan suruh aku organize event kalu memasing dah memang ada plan sendiri. Kan senang waktu aku blast emel tuh atau paling tak waktu main bowling memasing cakap ja niat korang, senang sket aku nak wat kontingensi plan dan menjawab ngan bos kenapa tak mau masuk opis petang tuh.

Anyhow, lenkali kalu aku kena arrange lagi event, maka event yang aku pilih hanyalah main bowling sahaja...tak payah dah aktiviti lain
.
menci

Saturday, December 10, 2011

Lee Jang Woo


korang nampak couple tuh? huhuhuhu depa nih pasangan rancangan kawen olok olok kat korea iaitu We Got Married. Rancangan ni akan pilih sepasang artis kemudia depa nih akan berlakon yang depa nih dah berkahwin...ala ala cam realiti TV gitulah, dan pasangan yang aku tengah layan sekarang ialah Woojung couple kombinasi Lee jang Woo(lelaki) dan Eunjung T-ara (pompuan)....

Aku pun tak ingat camner aku leh tertengok video pasal depa nih, tapi bila aku dapat tahu depa nih pi honeymoon kat Club med Cherating, lagilah aku gila nak tahu huhuhuhuhu dan akhirnya nilah ni antara rancangan yang aku duk gigih mendonlod kat opis dan opis mate aku jugak, tapi dia tgk couple lainlah, mestilah artis kesayangan dia Hyun Joong SS501 tuh.



Nilah Hyun joong.


Couple paling lama bertahan dalam rancangan nih Khuntoria (Nickhun 2PM & Victoria) giler lama depa berlakon kawen 1 tahun 3 bulan tuh. Duk umah bersama (sekali ngan krew ya) wat adegan suami isteri (bukan yg part tuuuttttt ek) kalu takder perasaan gak aku tak tahulah nak cakap apa. Tapi aku tengok video setiap couple yang dah habis kontrak dia, sema pakat nangislah dan sema cakap walaupun hari2 ingatkan diri ni hanyalah lakonan tapi, depa tetap menangis gak huhuhuu adehlah.


Video nih Lee jang woo berlakon tuk sepupu dia Hwanhee penyanyi tuh, and part dak lelaki muda peluk pompuan tuh adik pada hwanhee Seyong...memang bagus tuh wat video, jimat budget semua angkut sedara mara ja, tapi yealah, ada rupa, orang kenal, bakper nak panggil orang lain yea dop?

Lee jang woo nih aku kenal dia waktu cerita Smile Donghae main kat tv hari tuh, memula aku suka kat dia tapi lepas tuh dia start jadi watak jahat so aku kenalah pilih hero yea dop? so aku pun dah nyampah ngan dia dan news pasal dia masuk WGM nih aku dah tahu lama dah, tapi dia aku tak minat dan isteri dia pun aku tak minat sebab cerita Dream High dia jadi jahat huhuhuhu so aku wat tak peduli walaupun adik aku duklah inform kat aku pasal nih.

Dah tengok rancangan WGM nih barulah aku minat kat dia, dan yang part kelakonya waktu aku tak suka dia dulu, aku selalu cakap anak lelaki aku tuh muka dia cam ji jang wook tapi adik aku duk berkeras kata anak aku cam Lee jang woo nih nak plop tang mata juling dia huk huk huk adehlah.

To tell or not to tell

Dalam hidup berumah tangga nih, dulu bagi aku semua benda aku nak beritahu ker ayang aku. Like every tiny details that i do in every single day of me, but lelaki bukanlah pendengar yang baik. Even though it seem like they listen to you, but the poker face they made make you realize that it is not worth to tell all about it and at the end you need to surpass this congested things out of your
head ASAP.

So in the end you choose to just keep everything inside you, not really everything but things you think just won't give you a smile after you tell him as the thing itself will just make him give your a look that you just added a new problem to what he already have.

One of many things that i kept away from my hubby is my financial difficulties as if you have had read my writings, you know that i just put my self in hell for the last year and year coming. I can't even dare to say that i don't have money to him as i know thing will just get more complicated afterwards. All i can do is pretend that i have enough money but the truth is to pay my car gas at every end of month is just a misery for me to handle.

But i'm gratefull enough, syukur Alhamdullillah, that even though sometimes there were just less than rm100 in my bank account, i still can provide my kids and i with food, my car with gas and myTnG with credit...that is all the essential things that i need to move on with my life.

Not everyday is the worst day, i do have extra income like my house that i rent out and my claims when i go for outdoor tasks and i won't complain much as long my mom get her fixed allowance every month, all the bills are paid that is more than enough for me, the only thing that lack out is my financial stability and ability to buy things i need and also to help out my hubby on his own financial difficulties. So due to that, by telling him this is like adding more problems to his head.

How i get away from this situation? is just by lived out in a fantasy world, keep my self away from thinking of it, just go through everyday in day to day basis. and the best things to do is just to keep my focus to work, my babies, and watch a lot of korean dramas hahahhaah, coz each time i watch new drama, my head will fully focus on what is happening in it and of course this is not something my hubby like, but i think that is the only activity i do that dedicated just for me and me alone. Ahhh some will never understand why, and to explain it is just a waste of time.

Think of this, i think i do need to find a better pay job huhuhuhuh.

Thursday, December 8, 2011

Speaker on Dinner event? hang dah hilang akal apa?

Malam nih patutnya ada dinner event kat Crystal Crown Hotel PJ. Tang mana duduknya hotel tuh aku pun tak tahu lagi nak suruh aku pergi. akai ada ka? huhuhuhuhu

OK teremo plop, aku benornya tak kisah pun nak pergi bagi penerangan pasal produk CIBS kitorang nih. Aku dah tahu yang aku patutnya bagi speech tuh sebab hanya aku sorang ja yang tahu pasal benda nih, nak harapkan PM aku? alasan dia haruslah dia dah lama tak sentuh pasal benda nih dan dah lupa kekononya, tapi aku rasa bila dia bukak mulut ja automatik cam dia paham benor dah pasal sistem.

Bos aku patutnya present pasal benda nih, tapi dia ada hal lah plop malam nih so dia takleh pergi, automatik second person inline haruslah PM aku. Kokan dah dibayar gaji yang mahal tuk jadi PM so memang tugas kolah tuk hafal dan paham produk yang ko manage tul dop? So kalu dia tak mau pergi maknanya tinggal aku jerlah untuk meneruskan benda nih...ok tak kisah pun.

Aku memang suka ja nak bagi speech kat public nih huhuhuh almaklumlah, akukan giler glamer, nak plop malam tuh mesti ada ramai player yang pergi, so lagilah seronok nak bagi speech huhuhuhuh tapi yang buatkan aku sakit hati dan membantutkan niat murni aku tuh ialah bila aku dengar kata2 PM aku.

Disebabkan bos aku takleh pergi, so dia kena call organizer inform kitorang takleh bagi speech, just sponsor RM ja. So aku dengarlah dia bagi alasan dan alasan lagi ker organizer kenapa dia takleh buat speech, dan antaranya sebab kitorang bercakap dengan term yang berbeza (memang tul pun, depa cerita pasal engineering kitorang pasal IT). Pass habis dia cakap ngan tepon, aku tanyalah baguslah alasan akak bagi, pastu DANG dia balas.

Korang tahu dia cakap apa? dia cakap yang dia tak mahu pergi sana cerita ngan semua player tuh dan kemudian memalukan diri DEM, gila hampeh bila aku dengar dia cakap camtuh. habis tuh yang ko sesedap ja suruh aku bagi speech jugak tuh apa hal? so akulah yang gantikan tempat ko memalukan diri depan player sana? Aku mmg hanginlah dengar ayat camtuh, dahlah aku tgh PMS nih, lagi mahu tambah ker?

Akhirnya sales kitorang kena present benda nih. Yang nih lagi sorang, langsung tak amik tahu pasal benda nih, nak kena present esok nya barulah terkejar2 cari aku suruh terangkan adehlah. memang sakit hati tul rasa.

Malam nih kena ada sorang wakil pergi, dan alasan PM aku sebab dia dah kawen takleh pi, adeh alasan mmg tak bleh blah, kalu dia tak mau buat tuh memang dia bagi bebanyaklah alasan, dan bagi plop time aku takleh terima semua nih sebab aku tengah mood nak period nih...semua benda adalah hanya akan menimbulkan kemarahan kepada aku.

Aku rasa adik aku yang kena pergi malam nih, ganti tempat aku. Seriesly aku memang nak bagi speech tuh, tapi ego aku menghalang aku dari buat semua nih, biarlah aku bagi ego aku menang kali nih, aku nak tengok camner rasanya bila ego kita menang.

Kalu ada yang baca nih kenal PM aku, korang simpan sendiri jerlah apa yang korang baca nih, aku hanya tulis benda yang aku sakit hati kat sini ja. yealah kitakan seopis, mesti jumpa selalu, dan aku jugak manusia, aku pun tahu nak ngamuk gak huhuhuhuhu

hari ini yang DEM

Wednesday, December 7, 2011

X-Factor Aura Membara

hahahhaha rasa cam dah lama tak wat keje giler review video clip nih...hari nih aku nak review video clip X-Factor aura membara. Kumpulan nih wujud waktu aku sekolah menengah lagi, teori KRU cam biasa, jual rupa dan heh heh heh depa nih memang hensem dan comel tapi aku taklah sampai giler kat depa cam aku sukakan TOP, Lee jang wok (Donghae, warrier Baek dong soo) dan sekarang Lee Jang Woo a.k.a dumbjin, tapi kalu depa wat show kat Kuantan Parade aku pi jugak

Antara lagu depa yg paling aku ingat 7251364  hahhaha rasanya tul doh nih..." ku cuba 725 1364 gagal dihubungi, sila tinggalkan pesanan suara selepas nada...." memang klakolah lirik dia part tuh...tapi aku ingat sampai sekarang. Dedulu kumpulan nih ada 5 orang sekarang nih ada 3 ja, tapi oklahkan.

Lagu baru depa nih aku tertengok kat astro, cam besalah tv kat umah aku tuh hanya ada tayangan kartun ngan korea ja kalu bukan seba TERRRR takder nya nak perasan.







Komen aku:


Ahli Grup:
Dulu kumpulan nih asal dia 5 orang, dan pastinya semua good looks lah, tapi sekarang depa hanya tinggal 3 ja, lagipun semua dah bukan umur remaja lagi huhuhuhuhu.


Suara:
Bagi aku diorang nih boleh nyanyi, sedap ja hahaah( biaskah?)

Outfit:
simple

Konsep:
Pop

Video:

Bagi aku video nih nice. 1st time aku tengok aku boleh tak cam Zach...dia just pakai kemeja ngan sun glasses pastu duk lah cakap ngan henpon dia, dari mula lagu sampai habis.....tapi nampak sangatlah smart sampaikan aku tertanya tanya siapakah beliau.

Yang buat aku konpius pasal video nih adalah budak kecik tuh. Siapakah dia? adakah dia anak diorang? kenapa dia duk ngorat dak pompuan tuh and berada di mana saja ahli X-factor berada. Aku rasa tujuan budak tuh hanyalah tuk memastikan kredibiliti dan kekacakan ahli X-factor yang lain tidak tercabar. Yealah, kalu model lebih encem dari kumpulan tuh camno penonton nak perasankan depa yea dop?

Start video nih, si danny cakap dia tunggu kawan dia datang tolong dia sebab kereta dia rosak, tapi aku tengok sampai habis video tak datang pun kengkawan dia last sekali dia yang pi cari kengkawan dia. Yang si zach pulak, dari tadi bergayut ngan tepon, dia bergayut ngan siapa sebenarnya? ngan Danny kah? atau ngan Mak diakah? tetapi dia kelihatan sangat stress ngan tepon dia tuh.


Yang sorang lagi tuh plak cam keje kat gym tuh duk latih dak pompuan ngan budak kecik, tapi ada jugak banyak scene dia duk depan cermin, adakah dia rasa dia comel? tapi dia memang comel pun hahahah.

Overall teknik pengambaran bagi aku cantik sebab lain sket dari biasa, tapi jalan cerita dia aku konpius sket, mungkin ada maksud lain kot huhuhuhu.

Saturday, December 3, 2011

Me as an S.A

Aku hari tuh kan ada apply keje lain...tapi tak dapat huhuhu mungkin sebab bukan rezeki aku kot...tapi at least aku dah cuba, yea dop?...

So sekarang aku teruskan jugak ngan keje aku sekarang, aku memang takder masalah ngan keje aku, tapi aku dah hilang fokus dan aku dah tak tahu mana hala tuju yang aku kena bawak diri aku nih.... dan akhirnya sekarang keje aku adalah sebagai SA cum programmer cum receptionist cum telefonis huhuhu nasib akulah.

Sebagai SA, keje aku adalah gi client dan tanya aku depa nak pastu terang balik ker SE yg lain...a.k.a adik aku dan abg beso. Aku akan pi jumpa client, dengar, absorb dan terang balik kat depa kalu requirement tuh achievable ker tak. Balik ker opis, aku terang plop ker adik aku apa yg dapat dari client. Tapi yang peningnya adalah team yg lanlah, sebab nih projek depa, so aku tak yah wat programming tuk depa, aku hanya inform apa yg client nak.

Tuk project aku sendri, cam dah nak jadi gajah putih ja aku tengok. Aku patutnya pi ker Sarawak tapi entahlah jadi ker tak. Initiatif aku sekarang adalah siapkan jugak system yg aku tgh buat sambil wat tuk system satu lagi

part plg best jadi SA adalah bila dapat claim mileage....huhuhu memang syok ah dapat wit tambahan nih walaupun sebenarnya tuh guna wit ko dulu patutnya huhuhu....

sekarang nih kita tengok dulu camner prestasi aku sebaga SA tuk bebulan akan datang...silap hari bulan aku akan terus jadi sales entahnya huhuhuhuh

Mr CCQ after plastic surgery

Hari tu aku kan ada cerita yang mr CCQ aku tuh cermin dia retak...disebabkan aku takut kalu aku drive lelaju cermin dia burst, maka aku telah terpaksa membawa Mr CCQ pergi ke spitalnya dan buat pembedahan plastik dengan menukar cermin depan kepada yang baru dan yang ORI.

Bos aku tegur kenapa tukar ngan cermin ori, huhuhuhu bagi akulah kan, baik aku pakai yg ori sebab dia double layer dan tak burst out terus bila kena batu. Aku dulu pernah ada kancil...waktu tuh kancil tuh baru ja keluar dari kedai dalam 2 minggu. Ayang aku pun ajak aku dan kawan aku pi pantai sepat jenjalan, sekalinya baru sampai ker kempadang perdana, cermin tu terus meletup. Aku duk depan waktu tuh, nasiblah tak masuk mata serpihan kaca tuh...kalu tak butolah den.

Disebabkan kejadian tuh, aku agak takut bila tgk cermin CCQ retak, takut dia meletup, tapi bila aku rasa cermin dia, tak terasa keretakan tuh kat luar, so should be ok. TAPI....mana best bawak keta cermin retak, nnt orang pandang....cit...padahal dalam keta dah rupa lori alam flora dah.

Lepas tukar cermin keta, aku asyiklah duk jumpa orang ngan cermin crack....depa cam rilek ja ngan kondisi cermin depa huhuhuhuhuh.....aku ajer ker yang mengada ngada kat sini?....tapikan, nasib baik aku ada insurans cermin, kalu tak mmg konpomlah aku tak tukar cermin tuh, sebab harga dia rm614 yang ori.....dem!

Lepas nih dah tak bleh dah nk bawak lelaju belakang keta org lain huhuhuh...

Saturday, November 19, 2011

Cermin Mr. CCQ retakk...crack crack crack...


Apa kaitannya video nih ngan cermin keta aku retak? hanyalah lirik dia part Crack crack Crack...yang lain takder kaitan beside dari aku nih memang fan Big Bang -VIP huhuhuhuh...dush dush dush...tak sedar dah tua dem!

Isnin hari tuh (14 Nov) aku nih kenalah pi meeting kat Jalan Kebun kat Shah Alam nuh, dahlah gila seksa waktu nak melintas jalan lepas habis meeting tuh...gilerlah banyak lori, dahlah jalan bukan highway, memang tak sanggup aku nak nyeberang jalan dia....tapi Alhamdullilah, leh gak melintas,,,akhirnya.

teruskan perjalanan cam biasa balik opis, tapi sampai ja kat total Kesas yang dekat ngan Bukit jalil tuh, ada batu terpelanting dari keta depan lak...ting kuat bunyi dia, ingatkan takder apalah, sekalinya pass ja tol aku tengok dah ada garis kat cermin keta aku...

Boleh tak, tadi kat Shah Alam, jalan dahlah berlubang teruk, lori banyak, takder plak nak terkena batu. Nih jalan highway, takder keta banyak, tapi kena batu pastu crack lagh pulak....lagi sakit hati sebab kena waktu balik dari meeting...tengah dalam urusan kerja (ehehm ehem..ikhlas tak keje nih? huk huk huk ).

Sampai ja kat opis teruslah wat kecoh..heh heh heh, nih harus dilakukan agar dapat simpati dari bos. Bos suruh pi tukar, tapi mana ada duit huhuhuh. Korang tahu tak, harga cermin tuh yang ori (double layer kata depa) adalah RM614 dan aku hanya insured kan cermin keta aku (nasib insuranskan) hanyalah RM 300...adeh mana nak cari lagi rm314 nih...mencinya rasa....

Katanya, kompeni akan bayar balik ker aku wit repair cermin tuh sebab pecah kerana wat tugasan...huhuhuh harap2 betullah, sebab PM aku pun cermin keta dia kena pecah waktu pi meeting kat client site dan bos bayar balik kat dia harga cermin tuh huhuhuhuh.....

Ya Allah, kalau rezeki ada di langitMu, turunkanlah dia, kalau ada di lautanMu, timbulkanlah dia, kalau haram, sucikanlah dia. Ya Allah, murahkanlah rezekiku ini...Amin

Friday, November 18, 2011

Scent of a woman

  

Nih status aku kat fb minggu lepas...betul2 lepas aku habis layan drama nih. Cerita dia sedih, tapi dalam pada masa yang sama (kalu tengok dari sudut positif) ko boleh jadikan cerita nih sebagai antara pembakar semangat kolah.

Sinopsis dia korang leh baca kat dalam gambo kat atas tuh. Senang cakap cerita nih kisah seorang pesakit kanser melalui 6 bulan terakhir dalam hidup dia, so sudah pasti ada ja benda nak buat ko nangis sekali ngan diorang. Tapi kalu korang rasa cerita nih melodrama cam Autumn in My Heart tuh, kisah sakit kanser gok tapi memang sedih sampai habis, korang silap.Kalu dah namanya Kim Sun Ah mana leh cerita nih sedih sepanjang cerita, diakan jenis comical sket, so kira cerita nih 50-50 lah, sedih ada, lawak pun ada.

Bila aku tengok cerita nih, aku memang akan teringatkan arwak Mak Ngah aku. Diakan meninggal sebab kanser payudara. Dalam cerita nih, Kim Sun Ah tak beritahu mak dia yang dia sakit, dia rasa cam tak patut nak beritahu mak dia berita sedih tuh...yealah, cuba korang pikir, tergamak ker korang cakap kat mak korang..." Mak...orang kena kanser, dan Doktor cakap orang ada 6 bulan lagi nak hidup...." SANGGUP? SANGGUP? kalu bagi kat akulah, memang tak tergamaklah, tak terkeluar rasanya patah kata tuh, rasanya nak pandang mata mama aku pun tak sanggup.(mintak jauh ....)

Aku takleh bayangkan camner Mak Ngah aku kabo ker nenek aku news tuh, mesti sesi tuh sangat meruntun jiwa. Waktu balik raya kat kg tahun dulu tuh, balik tuh mama aku inform kat kitorang yang mak ngah kena kanser, tapi kalu korang tengoklah lagak dia,, dia buat cam takder apa pun berlaku, gelak jer...mungkin dia tak mahu org lain bersedih kot pasal diri dia. habis ja tengok drama nih, malam tuh aku mimpikan arwah, nenek aku semua, mungkin terbawak-bawak sangat kot perasaan aku tuh.


Kawan ayang aku, isteri dia pun kena kanser payudara gak, nampaknya cam tengah sakit balik isteri dia, aku tak tanya banyak, sebab kekadang lebih baik buat cam takder apa yang berlaku, agar pihak tu dapat menghadapi hidup cam biasa. Kalau baca status FB dia, kita leh rasa yang dia sebenarnya sangat risaukan pasal isteri dia.

Dalam drama nih, korang leh tengok camner hero dia, sanggup menerima heroin tuh walaupun dia tahu yang diorang takkan dapat bersama selamanya....erti pengorbanan sebuah cinta.


Satu benda yang aku belajo dari cerita nih, hidup kita penuh ngan kemungkinan, kalau kita nak capai sesuatuh tuh, kita kena berusaha untuk mencapainya, kita juga kena hargai orang sekeliling kita, dan pastikan diorang sentiasa bahagia.




Monday, November 14, 2011

karaoke...karok...korok

Ada tak aku cerita yang aku nih suka pi karok?...walaupun mmg dah tersirat lagi tersurat aku nih memeng tak tahu nyanyi....tapi aku tetap menjadi antara pengunjung setia kat tempat tempat nih....dan pasangan aku haruslah adik aku yang masih bujang, ateh...huhuhu.

Dedulu aku selalunya pi ngan geng sekerja aku tapi semua geng aku dah resign so tinggal adik aku a.k.a opis mate aku....Seronoknya benda nih ialah sebab ko kumpul ngan kengkawan ko. Tapi dalam group tuh aku ngan sorang lagi ja yang tak reti nyanyi, yang lain semua tahu apa tu tune, apa tuh nak tinggi rendah, aku main hentam ja, janji aku rasa sedap hahahahah

Semua nih asalnya waktu kat Penanglah, ada event kat sana, so malam tuh pilah karok ngan tetamu yg ada huhuhuhuh....long story short, aku jadi kemaruk pi karok nih huhuhuhuh.

hari nih aku nak review tempat tempat karok yang aku pernah pergi.

1: Superstar -Alamanda


Kat sini antara tempat yang aku sokmo pergi,
Harga:before 6pm- rm18(small room/hour)

Room: kecik ja kalu amik yang kecik, kalu amik yang sederhana harga dia dah lain

Song Selection:kat sini lagu dia agak banyak dan agak uptodate

komen aku: sini mmg selesa, tapi warga putrajaya mmg ramai datang sini, aku tgk siap berbaris lagi....satu jerlah yang aku tak suka, bilik dia sempit, tapi kemas, selesa dan bersihlah.

2: Just K- The Mines

Aku pi sini baru 2 ke 3 kali.

Harga: RM 20/hour


Room: Bilik dia yang kecik sama ngan 2 bilik kecik kat Superstar, alamanda


Song Selection: lagu dia tak banyak pilihan dan tak uptodate

Komen aku: Kat sini memang luas bilik dia, takderlah tersangkut2 kalu nak bergerak, tapi bilik dia nampak tak selesa dan agak kurang bersihlah sikit, mgkn sebab tak cat baru kot.


3: Green Box Megamall Kuantan

Dulu sini antara tempat wajib aku gi bila balik kuantan, tapikan nak pi sini rugi kalu ko pi reramai sebab kiraan harga dia by person per hour.

Harga Happy Hour: Rm6.90/person sejam (kalu ko pi 2 orang tuk 2 jam maknanya - 6.90 * 4 = RM27.6, kalu 4 orang tuk 2 jam - 6.90 * 8 = RM55.20)

Room: Bersih, Kecik, Kemas

Song Selections : Banyak dan uptodate

Komen aku: Kalu nak selesa baiklah pi sini, sound dia pun sedap, komputer menu dia senang nak guna, tapi tulah, kalu ko pi ramai memang tak berbaloilah, selalunya kalu pi ramai aku akan amik by songs murah sikit tapi tulah, tak banyak pilihan lagulah plak.

4: Xanax - Teruntum Kuantan

Sekarang nih aku banyak pi sini

Harga Hepi hour: Rm22/ hour ( beli 1jam percuma 1 jam)

Room: agak luaslah kalu nak banding ngan superstar, tapi taklah sekemas green box, mgkn sebab malap kot.

Song Selections: agak banyaklah

komen aku: Satu yang istimewanya tempat nih, tiap kali azan dia akan announce yang dah masuk waktu sembahang, and surau is provided...huhuhuhu bagus tul....satu lagi sinih pakai open hour, so ko guna dulu nanti kita kira...kalu wit rasa tak cukup, baiklah jejaga waktu karok tuh, jangan sampai ralik sangat. Kat sini, operate pakai remote, so aku nih kekadang pening gak nak main remote tuh huhuhuhu

5: Inbox- Kuantan Parade

Aku baru pi sekali kat sini

Harga hepi hour: RM10/hour

Room: Luas, dan kemas

Song Selections: Limited

Komen aku: aku baru pi sini sekali ja, tempat dia agak selesalah, tapi disebabkan dia sebelah snooker, so cam ralatlah sket nak masuk huhuhuhu. Menu dia pakai remote dan touch screen, tapi software yang dia pakai sangat susah nak difahami dan di handle. Lagu yang dia ada pun tak banyak tapi harga dia kira affordablelah huhuhuhu

Aku banyak pi karok kat Kuantan sebab tuh kampung aku, so waktu keluar cari barang, singgah jap pi karok barang seround dua huhuhuhuh

Tuesday, November 8, 2011

No More Spark

Bila kita kerja, apa sebenarnya yang kita cari atau tengok bila kita pilih sesuatu kerja tuh?

1. Duit
2. Keseronokan Bekerja
3. Environment Kerja

Setakat nih, aku pernah buat macam-macam kerja, sejak dari tingkatan 1 lagi (time cuti sekolah) so kira aku ada banayk lah merasa pelbagai jenis kerja, dari keje kat kedai makan, kilang elektronik sampailah pasaraya. Waktu zaman sekolah memang tak terikat ngan company, yealah kerja part time jerkan. tapi walaupun part time tuh semua telah membentuk siapa aku.

Tingkatan 1: jadi salesgirl Singer
Nih 1st job aku, keje pun dekat ja ngan kawasan umah, Singer time tuh wat cam pameran barang dialah kat ngan umah aku, so aku dapat kerja sana dalam 2 minggu gitulah. Bayaran dia pun kira oklah, rm20 sehari, makan dia bagi. Aku share ngan kawan aku kerja tuh. Tiap hari ngan kalkulator, memang seronoklah bila pikir nak dapat gaji and perkara pertama yang aku buat ngan gaji aku ialah beli shampu...huhuhuhu nampak sangat miskinnya aku time tuh. Yang tak best kerja nih part kena ngemas barang, bukan ringan nak angkut tv tu semua masuk balik dalam kedai, member aku nih jenis lembutlak, lagilah takder harapan nak mintak tolong. jadi terpaksalah aku buat sendiri.

Tingkatan 2: pembantu kedai makan

nih kerja paling tak best kat dunia. Aku tak suka kerja nih sebab aku kena deal ngan orang, kira cam kerja frontlinelah. Aku memang kerja ja cam biasa, tapi hati nih tuhan ja yang tahu. Waktu nih jugak ada mamat negro tuh nak ngorat aku..adeh memang menakutkan tul. Aku jugak tahu yang aku bukan seorang yang boleh kerja frontline time nih.

Tingkatan 3: kerja kilang

kilang nih ada kat kampung aku ja, so kira aboh aku leh amiklah aku balik dari kerja. Yang tak bestnya kerja nih, gaji dikira berdasarkan output. Korang tahulah komponen asas elektronik nih bukannya beso. cuba korang tgk motherboard pc korang, semua barang chenonet ja kat dalam. So aku tak mampu nak kejar output yang disasarkan, almaklumlah, junior lagi main benda nih.
Waktu gaji aku dapat tahu aku dapat rm100. banyak tuh ja untuk sebulan kerja. siap ada sorang akak tuh tanya " bagi ek mak awak awak nak keje segala nih, kalu mak akak tak bagi dah, takut bila pegang duit tak mau sekolah dah" CIS! kalu takat rm100 sebulan, biasiswa aku dapat lagi banyaklah pada tuh. baik aku pi sekolah ja lagi baik

Tingkatan 4: Kedai kain
Kerja nih kena masuk bandar, sama cam kerja kedai makan gak. Nih pun sama kena kerja frontline. Aku duk layan org yang datang kedai, tapi aku biasalh senyum jer memanjang walaupun dalam hati menyumpah. Tapi yang selalu menaikkan kemarahan aku haruslah bos aku Ali, huhuhu sama-sama budak2, dan rekod aku buat ialah ngan blah camtuh ja dari tempat kerja sebab aku bengang ngan ali bongok tuh huhuhuhuh.

Tingkatan 5: A) Pengasuh a.k.a orang gaji

Cikgu aku kena transfer ker Kepong, and dia mintak aku tolong dia jaga anak2 dia. dan tulah first time aku keluar dari bandar Kuantan nih. Tapi tahu jerlah kalu kerja jadi pengasuh nih, ko kena tahan ngan perangai bebudak. Kat sini jugak aku tahu yang aku tak suka budak. Aku tak reti layan budak. Yang paling pelik, budak2 suka kat aku, nak plak waktu aku lum ada anak huhuhuhu. Nih antara alasan yang aku bagi ker Mak Ngah aku bila dia suruh jadi cikgu -tak suka budak-. Dan akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari kerja sebagai pengasuh budak.

B) Pembantu Kedai Kasut

Pass ja aku berjaya lari dari jadi pengasuh, aku pi duk umah Mak Ngah aku kat Gombak. kat sana aku dapat kerja kat kedai kasut. Sini antara tempat kerja yang paling best bagi aku sebab akak-akak situ baik2 semua walaupun memasing memang gila sexy. Kat sini gak aku agak popular sebab adalah beberapa mamat nak berkenalan ngan aku and agak hensem gak. Tapi mak Ngah aku dah pesan jangan berkawan ngan lelaki sebab org KL takleh percaya huhuhuhuhu so semua tuh aku tgk ja. Aktiviti paling aku suka ialah ngendap mamat kerja Public Bank sebelah kedai aku, orgnya dahlah hensem cam pelakon jepun, putih dan tinggilak tuh huhuhuhuhu. Dia naik Proton Saga BCN894* kaler coklat ada sticker ALL BLACK kat depan...hahahah aku memang giler kat dia time tuh.

Kerja kat sinilah, gaji aku paling best, aku kerja 2 minggu ja dah dapat rm550 huhuhuh kalu sebulan mesti RM1kkan? huhuhuhuh. Tapi disebabkan aku tak tahan kena brainwash ngan mak ngah aku, maka aku perlu memblahkan diri aku balik kuantan huhuhuhuh

C) pembantu kedai kain...lagi
Buang yang keruh amik yang jernih, huhuh yo yo ah ja. aku telah kembali kepada bos lama aku Ali, dan aku kerja kat sini selama sebulan, sebab aku nak kumpul wit nak masuk kolej. Nasiblah Ali dah maafkan aku sebab memblahkan diri harituh..eleh padahal dia pun salah gak huhuhuh. Kat sini jugaklah aku telah bertemu ngan jodoh aku, cinta hati aku...<sila muntah>.....huhuhuhhh....

Habis belajar diploma, aku sambung degree pastu amiklak kursus pengangur tuh and aku end up kerja kat Kelana Jaya ngan Calms, pastu aku kena transfer ker Adex....

Kerja kat sini memang seronok, aku ada ramai kawan, semua happening, tapi segalanya berubah dalam tahun 2011 nih, seorang demi sorang kawan2 aku telah memblahkan diri mereka. Adik aku lain ceritalah. Sekarang nih, aku rasa yang aku pun patut memblahkan diri jugak, aku rasa aku dah tak competent cam dulu, aku bukan lagi berada pada tahap paling optimum.

Each day i thought of it, and each time i felt that our spark have already gone. Every moment then i tried my hard to get it back, but it seem useless. I'm sorry, but it seem that i have to leave you for our own sake. Please understand me..........................................................................................................


huhuhuhu dem!

Raya Haji 2011

Raya haji tahun nih kitorang tak sambut sangat sebab memasing tengah sengkek. Aku memang sengkek sokmolah, ayang aku pun sama, angah toksah ceritalah, atehlah nak kawen lagilah teruknya. Disebabkan raya tahun nih jugak jatuh hari Ahad, so automatik, Isnin tuh cutilahkan. Aku cam biasalah, Jumaat tuh aku dah ada kat Kuantan dah heh heh heh, walaupun hujung tahun nih siaplah aku sebab gaji akan dipotong sebanyak 6 hari and growing huhuuhuhuh.

Tahun nih raya jatuh bulan November, maknanya sama bulan ngan besday mama. Kitorg nih bukan jenis yang nyambut besday besday nih, tapi kalu ada wit beli gaklah kek sebab aku kan suka makan huhuhuh, jadi bila ada besday adalah alasan aku nak makan kek huhuhuhu. 

Dari awal tahun lagi aku dah pasang niat nak belikan mama barang kemas, huhuhuh, kesian ker mama takder apa pun. Waktu tuh aku dah kira, kalu kongsi tiga beradik leh dapat gelang kot satu, al maklumlah waktu tuh emas baru rm130/g ja, tapi bila masanya tiba untuk kitorang beli, harga dia terus naik sampai rm180/g huhuhuhuh, so terpaksalah beli apa yang termampu dengan budget yang memang dah sedia senak bila dikira huhuhu. Hasilnya, dapatlah hadiahkan mama sebentuk cincin, oklah tuh dari takder per per kan?. Takat hari nih aboh tak perasan lagi yang kitorang hadiahkan mama cincin, kalu tahu mesti aboh jeles, huhuhu kesian plop ker aboh.

Tahun nih jugak kitorang cipta sejarah raya tanpa ketupat daun kelapa, selalunya walau camner sekalipun aku akan usaha carikan daun kelapa, tapi disebabkan aku memang takder mood bila mengenangkan semua benda yang duk bersarang kat kepala aku nih, maka raya aku hanyalah dalam bilik layan cerita jepun Absolute Boyfriend. yang part bestnya ayang aku layan sekali cerita tuh ngan aku walaupun tak 100%.

 IKLAN: kenapa org sekacak tuh perlu mati? kenapa mesti berakhir begitu? sebab dia robot dia kena mati ker? huhuhuhu TIDAKKkkkkkkk.



Ayang aku memang duk ajak keluar, tapi aku mmg takder mood, cuma petang tuh ja pergilah jugak 2 rumah buat syarat org kata.

Raya memang kurang berseri bila ongkos tiada huhuhuhuhuhu.

Thursday, October 27, 2011

Shaini and his curiousity

Semalam cuti Deepavali, kitorang telah membawa diri ke Hospital Seremban, satu bandar Seremban kitorang tawaf mencari hospital tersebut yang sepatutnya kalu kitorang amik next exit barulah senang jumpa. Dahlah tak pernah pi Seremban, tapi semalam dapatlah kitorang round sana mencari hospital tuh. Nasib baik tak sesat and jalan lengang, kalau tak mesti dah kalut dah.

Tujuan kitorang pi sana sebab nak amik bunga telur yang ditaja sepenuhnya oleh kawan baik adik aku nih. Syarat yang dia bagi kena amik sendiri bunga telur tuh sebab dia pun takder kenderaan nak hantarkan ker rumah kitorang.

Mulanya ingatkan bunga telur tu duk dalam kotak, tapi rupanya dicucuk ker span tv. Tu dah satu hal...bunganya plak jenis besar2 so hanya 50 ja yang muat dalam bonet, yang 50 lagi kena pegang. Nasib baik askar-askarku sekalian sedang nyenyak tido kalu tak memang misi memusnah dah dimulai dari awal lagi.

Disebabkan kitorang nak merayau ke KL, kitorang singgah dulu rumah hantar bebunga tersebut. And nasib baik bebudakj nih dah sampai kl baru terbangun.

Pagi nih anak bujang aku baru perasan yang ada bunga telur kat atas almari bilik mak teh dia. Dengan semangatnya dia pi cari penyapu dan cuba untuk menjolok jatuh bunga tuh...nasib almari tuh tinggi kalau tak tak tahulah apa jadi.

Shaini tak puas hati sebab misi dia tak berjaya, dia pun menggunakan taktik paling hebat sekali...dengan meminta dari mak teh dia bunga telur tersebut...hahahah memang konpom lah takkan dapat. Dia siap tarik baju mak teh dia dan tunjuk ke bunga tuh sambil buat bunyi "huh huh". Aku ngan makteh dia duk gelak ja ngan dia, memang semangatlah dia duk tunjuk ker bunga tuh and mintak makteh dia bagi ker dia...

Sian shai..takper nanti kenduri baru dapat bunga tuh ek...

Friday, October 21, 2011

Astro B.yond Yang Buat Hal

Umah akukan pakai Astro Byond HD...yea aku mmg berlagak sebab pakai astro jenis tuh, sebab syarat utama nak pakai jenis tuh, haruslah mempunya tv plasma or lcd yg leh support HD, dan aku sanggup berjimat cermat nak beli tv tu huhuhuhuh.




Salah satu sebab kenapa aku amik jugak Byond tuh mestilah sebab....heh heh heh mestilah sebab nak tgk cerita korea...dalam astro biasa oun ada gak cerita korea, saluran 391 untuk channel KBS, tapi kat Byond ada saluran 393 untuk SBShd...so sekarang aku ada 2 channel korea heh heh heh.

Yang bestnya tgk saluran HD nih ialah gambo dia yang sangat cerah...semua nampak clear termasuklah pores kat muka pelakon dia. makeup yg selama ni nampak cam biasa ja pun leh nampak cam mekap tebal bila tengok saluran HD. Hanya saluran HD jer yang ada gambo cantik, yang takder HD mmg cam biasa ja gambonya. So kalu korang tak layan saluran yg ada HD tuh, takyahlah membazir wit ambik jenis HD nun.

Satu lagi sebab utama aku nak sangat ker Byond HD nih sebab depa tayangkan cerita Running Man...cerita nih sangat..sangat..sangat..sangat..best...dahlah kelako giler...aku kalu tgk running man nih mmg konpomlah akan gelak. Running Man nih cerita dia jenis variety show. Bukan drama-drama nih semua...kat sini artis berkumpul (ada artis tetap) datang main game...kekadang game dia agak kejam gaklah huhuhuh. tapi best huhuhu...


Nih preview untuk episode 63, kat Malaysia baru episode 50 rasanya huhuhuhu. Orang yang menyebabkan aku jadi addicted ngan Running Man nih haruslah opis mate aku. Memang gigihlah mendonlod episode tuh semua nak tengok punya pasal huhuhuhu.

Tapikan...baru nih astro aku wat perangai...ada ka patut dia pi tutup buka. Kira dalam 1 jam tuh adalah dalam 4 ke 5 kali dia main tutup bukak. bukan lama pun dia tutup, 2 ke 3 saat ja, tapi annoyinglah kalu duk main tutup bukak camtuh huhuhuhu.

Aku pun calllah technician astro, memula dia suruh aku cabut wayar belakang dekoder tuh, pastu pasang balik tgk jadi balik tak problem tuh, benda tu bukan kita leh jangka bila dia nak padam, ngam ngam aku nak letak tepon, dia jadi balik, nasib baik sempat tahan mamat tu dari letak tepon, so dia pun hantarlah technician ker umah aku.

Technician tuh datang umah aku semalam, memula dia tukar adapter ja (benda cam seketul antara wayar kepala plak ker dekoder) dia jugak pesan kalu ada apa masalh report balik sebab dia tak berani nak tukar dekoder sekali ngan adapter. Ngam ngam dia nak berkemas, benda tu jadi balik, nasib baik, kalu tak jenuh aku asyik nak ajak dia datang umah ja nanti huhuhuh.

So dia pun tukarlah dekoder astro tuh, dan dia pesan jangan bukak memana channel dalam masa 2 jam...hampeh tul, giler lama nak tunggu. Sekarang aku kena tgk masalh tuh jadi balik ker tak...semalam aku tak berpeluang menonton tv lagi, tapi nampak cam ada lagi masalahnya huhuhuhuh

Harap semua akan oklah pass ni. Sebab sebelum nih remote astro aku ada masalh, dia tak mau detect kat dekoder, so terpakslah aku pi membeli belah remote tuh kat kedai...bila call tanya diorg suruh aku pi hantar kat customer service, yang paling dekat ngan aku kat Cheras, adeh..camlah aku tahu cheras tuh duk mana, hampeh tul. Pergi cawangan Kuantanlak, tulis dalam tenet Sabtu bukak sekalinya keje sampai Jumaat ja huhuhuhu.

Kenapa aku beria ria nak tukar remote tuh? sebab free, set astro beyond ada warranty lifetime sekali ngan remote dia...harap nanti adalh peluang aku pi tukar remote ori tuh huhuhuhuhuh.



p/s: all pics from google image huuhuh

Thursday, October 20, 2011

My Comfort Zone

Sapa yang tak suka duk dalam comfort zone? huhuhuhu aku paling suka comfort zone, tapi bila kita duk dalam zone tu, kita mudah jadi lalai dan leka. Selalunya bila duk dalam comfort zone tu kita juga akan mudah buat salah. Graf prestasi akan jatuh sebab kita dah hilang rasa keseronokan tu. Rasa bila adrenalin mengalir laju bila cuba selesaikan sesuatu pun semakin kurang.

Perlu ker aku cari cabaran baru di luar sana? Mampu ker aku menghadapi dunia serba baru, serba lain? Boleh ker aku hidup tanpa tunjang yg selalu menyokong aku? huhuhuhu bila memikirkan pasal tu semua, baiklah aku bernian di zone aku sekarang.

Alasan aku untuk keluar dari sini:
1: Kos hidup yg tinggi (ok, my fault!)
2: Nak lari dari mak tiri
3: Nak lari dari kakak tiri

tapi alasan nih cukup tak sesuai sebab akhirnya nanti aku akan jumpa keluarga tiri yang baru, yang mungkin lagi mengerikan dari sekarang....huhuhuuuh

pening jap!

Monday, October 17, 2011

Mampukah Fantasi menjadi realiti?

Antara aktiviti aku waktu lapang ialah menonton tv. Senang cakap aku nih hantu tvlah. Dari aku kecik lagi aku memang cukup suka duk umah tgk semua drama yang ada. Tak kiralah drama apa pun, melayu ker, cina ker, tamil ker, Sepanyol, Jepun Filipina, Thailand, Itali ka dan sekarang Korea plak...semua ku layan, dan kalu aku layan memang aku layan sepenuh hati dan penuh dedikasi sampaikan aku leh paham certain words dari those countries or even etnik. Syarat aku mudah ja, kalu cerita ko sedap, pelakon ko tak kayu, konpomlah aku akan layan tak kisahlah topik ko pasal harta ka, politik ka, apatah lagi kalu cinta.

Waktu  kecik dulu mama aku mesti bising bila aku duk depan tv ja, dia mesti cakap "ha! gantung ja tv tu kat leher.."aku senyap jerlah dengar ma aku cakap gitu, tapi aku tak lari pun dari tv tu. Kalu sekarang mesti aku cakap kat ma yang boleh ja nak gantung tv, belilah henpon yg leh tgk tv tu huhuhuhuhuh. Sekarang nih anak akulak yang jadi hantu tv, tiap hari berebut ngan dia. Aku nak tgk drama korea, dialak nak tengok kartun huhuhu sabojerlah. Tapi disebabkan aku nih asyik duk umah, aku tak banyak bergaul ngan orang, dan kiranya sosial life aku adalah tv tulah...sebab tu aku nih budak baik hhahahahahha.

Semua program kat tv aku tgk, kartun ka, dokumentari ka drama apa tah lagi yea dop. Satu jerlah masalah aku nih, kalu aku tengok drama tv mesti aku nak kaitkan ngan realiti hidup. Bagi aku orang tu takkan wat drama tu kalu dia tak pernah terdengar or atleast have a bit idea what the scenario would be. Dan aku yakin yang walaupun benda tu semua khayalan penulis, pasti ada kalu tak sorang yang pernah alami apa yang penulis tu ceritakan.

Satu masalah aku bila tengok drama cinta nih nak plak cerita korea (sebab aku dah lama tak layan cerita melayu, seth tan pun aku tak kenal huhuhuhuh sori...) aku sering saja feeling bila tgk part lelaki tu tengah nak tunjukkan rasa sayang and cinta dia kat makwe dia. Tiap kali aku tgk scene camtuh aku mesti teringatkan ayang aku huhuhuhu...

Kekadang kita perlukan semua fantasi kisah cinta tu untuk menggembirakan hati kita yang lara...jangan menggunakan scene tuh semua untuk mengingat kisah duka, tapi gunakan ia sebagai distraction rasa gundah tu...sebab hidup di alam fantasi memang sentiasa indah...tapi jangalah sampai giler pulak...kita hanya gunakan method nih utk menceriakan diri bukan untuk menggilakan diri huhuhuhu....

Friday, October 7, 2011

The chaos ver3: Aribab dah tiada dan Iswara

Tarikh:  3 Oct 2011 (Isnin)
Masa : All Day
Lokasi: Putra Mahkota

Ayang akukan pergi team building kat Dusun Eco kat bentong nun, dia ada cerita yang nak naik tempat tuh susah sebab dia daki bukit. Lagi teruk dari panjat bukit BayRoute kat kuantan nun (kat sini leh nampak seluruh bandar kuantan and selalunya jadi tempat org pi wat 'projek'juga laluan alternatif utk ker IM dari Kuantan Parade).

Kondisi Iswara tuh memang dari awal lagi aku dah tahu taklah bagus sangat. And apa yang aku jangka memang betul, balik ja dari Bentong, keta tuh jalan tersedu dari bentong ker Bangi huhuhuhuh tulah antara petanda wang kitorang bakal terbang lagi.

Ayang aku hantarkan keta tuh ke bengkel di Sri Mahkota tuk repair and ayang aku kata memang ngam ngam ja sampai keta tuh dah tak mau gerak dah. Lepas dicek oleh mekanik maka selamatlah rm1.4K kitorang dengan membeli iswara tuh gearbox lain. Dahlah keta tu auto, jadi gear box dia pun mahallah sket. Adeh sabo jerlah.

Waktu kat opis plak, dalam kul 12 gitu tetiba adik aku datang kat aku nangis, ingatkan sedih sebab skandal dia opsss senior dia nak blah, atau sebab stress keje dia banyak dan dia sering dibuli oleh senior dan PM dia, rupanya dia dapat panggilan dari Doktor haiwan tempat kucing dia dihospitalkan yang anak dia (yang nih dia memang jaga cam anak) dah mati, memang meraunglah member.

Aribab tuh dah diwadkan dekat sebulan gak. Asalnya tetiba ja dia jadi cam lembik kaki and tak bleh berjalan. Seperti biasa, tertuduh utama mestilah anak jantan aku huhuhuhuh. So kitorang bawaklah pi klinik, and doktor tahan dia sebab nak wat ujian darah.

hampir tiap petang, balik dari keje kitorang pi tengok dia kat klinik tuh, dia nih siap takleh makan minum lagi, so doktor pun  masukkan dia airlah (bunyi dia memang klako, and aku teringat cerita city hunter sebab lee min ho pun dapatkan rawatan kat klinik haiwan huhuhuuh). Lepas seminggu dia memang nampak cam segar, tapi dia masih takleh makan and minum sendiri lagi.

Yang part paling kesian, bila kitorang panggil dia, dia kenal and nyahut, bila adik aku kata nak balik, dia mesti wat muka sedih and dia ada wat bunyi cam merayu mintak bawak balik, huhuhuh sabo jerlah, tapi kitorang harap lehlah wat balik dia nanti and jaga dia sendiri.

Sebelum balik Kuantan tuh, sekali ja kitorang dapat jumpa dia, pastu tak pergi sebab sibuk and nak balik Kuantan. Cadangnya balik dari Kuantan tuh naklah pi amik dia dari klinik, tapi panggilan telefon tuh sampai dulu sebelum sempat kitorang pi amik dia.

lepas amik ayang aku kat worksyop tuh, kitorang terus pi ker klinik amik dia, Doktor letakkan dia dalam freezer, and staff situ cakap leh bukak balutan plastik ngan paper tuh kalu nak tgk dia. Keadaan dia sebijik cam mayat dibungkus ngan plastik hitam tapi dianya plastik ceria sket kaler oren. Aku waktu tgk dia dalam keadaan beku camtuh memang dah sayu dah hati nih, tapi its for the best. Adik aku cakap rasa cam kat bilik mayat.

Lepas bayar bil dia (RM700) kitorang pun balik, tapi dalam keta memang takder sapalah bercakap, aku pun tak tahu nak cakap apa, semua perasaan ada, walaupun dia bukan kucing aku, tapi aku pun jaga dia dan tgk dia membesar. so sedih tuh tetap terasa.

Disebabkan ayang aku ada kat umah, so aku telah memaksa ayang aku tuk gali lubang, and Aribab kitorang tanam kat tepi umah (nasib umah lot tepi and ada tanah). Malam tuh aku tinggalkan adik aku ngan Lala kat umah, and aku pi Giant shopping barang dapur, aku leh agak ateh mesti nangis teruknya, and aku terjumpa notes yang dikoyak, and kat dalam tuh ada lah tulisan yang aku leh agak apa isinya.

sedangkan kucing mati pun nangis dan sedih camtuh, kalu orang yang disayang aku tak tahulah...harap aku tabah dalam menghadapi semua huhuhuhuh.

The chaos ver2: Avanza remuk....lagi

Tarikh: 1 Oct 2011 (Sabtu)
Masa: 2 PM
Lokasi: Lepas RnR Gambang arah KL

Akukan balik Kuantan lepas shai kena air panas tuh, memula lu mmg aku reluctant nak balik tapi lepas tu rasa cam balik jerlah walaupun lum gaji lagi. Ayang akulak ada team building kat Bentong. sepatutnya pi bentong lebih dekat dari Bangi compare kalu dari Kuantan. Tapi disebabkan kitorang nak pi mencari barang kawen adik aku ateh kat kuantan and plus pulak kalu kat kuantan lehlah aku pi menkarokkan diri sebab bebudak nih mama aku ada leh jaga heh heh heh so kitorang teruskan jugak balik despite tak gaji lagi huhuhuhuhu.

Ayang aku pagi sabtu tuh pi ker bandar kuantan selesaikan beberapa urusan dulu sebelum bertolak ker bentong. Lebih kurang kul 12 lebih dia gerak dari umah Kuantan ker Bentong and cam biasa aku akan pesan kat dia supaya drive elok elok.

Bila ayang aku dah pi tu, aku pun bersiaplah nak pi bando kuantan merayau, tapi sebelum tuh aku duk layan Running Man dulu barang se episod dua, and akhirnya aku melarat sampai hampir kul 3 masih lagi duk kat umah. Tak lama lepas tuh dengar aboh aku balik dari kedai, dia pi kat aku dan cakap nak pakai kereta ker gambang. Dia pun cakap yang ayang aku telefon kata dia cium keta org kat tengah highway.

Akulak cam WHAT? adeh ada jer bendanya. Aku pi cek tepon aku kot dia ada call, tapi takdop pun miss call dari dia. bila aku tepon dia plak tak berangkat, mmg aku rasa cuak gilerlah time tuh. Aku pun cakap kat aboh tunggu jap aku bersiap, aku nak ikut sekali pi tgk dia.

Kendian barulah aku dapat call ayang aku dan tanya dia kat mana, dia kata dia kat tol Sri Jaya, so aku cakap tunggu jap aku sampai (waktu nih baru ja start enjin keta benornya) pastu aku sedar yang keta aku takdop minyak plak, Petronas tepi umah plak tutup sebab tanah dia mendap, 2 bulan lg baru bukak. So terpaksalah aku isi minyak kat entrance highway.

Aku nih cam biasalah kalu dah dapat stereng keta, nak plak dapat highway ditambahkan lagi nak pi kat ayang akukan, aku balunlah bawak 150-160km/j, yang kelakonya, aboh aku terus senyap huhuhuhu gabra kot sebab dia jarang naik keta ngan aku. Dia tak tahu kitorang bawak keta mmg camnih, aku ka, ayang aku ka, adik aku ka main balun ja bawak keta tu huhuuhuh.

Sampai ja kat ayang aku , aku pun terus pi tengok keadaan avanza tuh, adeh kemek lagi, tempat yang sama plak tu. Awal tahun hari tu ayang aku baru ja cium divider kat exit Jabor nun, tapi yealah tu sengsorang nih libatkan orang plak.

So aku tanya apa yang jadi, ayang aku cakap yang pompuan nih nak motong lori, tapi dia bawak slow ja, kebetulan hari plak baru lepas hujan, so adalah lopak air. Dah namanya pun highwaykan, lorongnya ada 2 ja, satu lane laju satu lane pelan, so minah ni kan nak memotong lori tadi, so dia naik lane laju, ayang aku nampaklah dia tengah nak motong so oklahkan, TAPI tetiba si minah nih gi break sebab dia lalu lopak air, ok aku pahamlah sebab ko takutkan lalu laju lopak air, takperlah kalu nak pelankan keta, tapi kata ayang aku minah nih bukan break tuk pelan sikit, tapi break sungguh. Korang paham tak maksud aku?

Break sungguh tuh maknanya break yang sikit ja lagi keta tu terus stop, HELLO, tukan highway, and ko plak kat lane laju, mana ada org break sungguh kat lane laju. org hanya akan pelankan ajer keta, aku tahulah camner, sbb aku pun biasa gak pulun 110 dalam hujan, kalu jumpa lopak tuh, sama ada kita kalih dari lopak, atau pelankan sikit keta kita, tapi kita takkan terus berhenti kat lopak air tuh.

memang gilerlah pompuan tu. So ayang akukan tak budget dia akan terus berhenti kat atas lopak air tuh, apa lagi berciumlah diorg nih, and dia kata ayang aku yang laju, tapi aku rasa kalu ayang aku laju mesti keta dia dah lagi teruk kena, tapi keta dia hanya rosak bumper sikit ja, and keta ayang aku plak pecah tangki air dia huhuhu

Cam biasalah kalu ada eksiden kat highway nih, ulat ulat memang ada banyaklah menunggu, ayang aku diserabutkan lagi ngan kehadiran sorang pakcik nih nak towkan keta kitorang tuh, ayang aku mmg tak maulah sebab mana ada wit nak bayar tu semua. Pakcik tu siap cakap leh claim insurans bagai, yang jadi masalhnya sebab kitorang baru ja claim insurans keta tuh, takut dah takleh claim dah ja. Nasib baik cover note tu ada dalam keta, so kitorang terus call syarikat insurans, and yang kelakonya company pakcik tuh keje takder pun lesen ngan syarikat insurans kitorang.

Lepas semua dah ok kitorang pun baliklah ke kuantan untuk wat polis report lak huhuhuhuh. Yang paling tak tahannya, aku nih dah semangat nak pecut balik, sekalinya terjumpalak ngan geng moto tgh berkonvoi, adeh nasib Sri Jaya tuh dekat ja ngan exit gambang, kalu tak memang aku ngamuk dah dalam keta.

Malam tuh ayang aku balik Bangi naik bas kul 2 pagi. huhuhuh Akulah yg ngantornya ke terminal makmur. Nasib baik kitorang nih kayo ngan keta huhuhu, kat umah ada lagi sebijik keta nunggu.

Kitorang tak tahu apa jadi ngan avanza tuh, tunggu dulu ayang aku balik dari kerja barulah bertanya khabar dia...ada harapan keta nih kena jual..opsss ngajuk lak nanti member huhuhuhu

The chaos ver1: Shaini kena air panas

Tarikh: 29 Sept 2011 (Khamis)
Waktu: Hampir 1 pagi
Lokasi: Dapur umah Bangi

Ayang aku kena pergi kursus di Kerteh Terengganu selama 2 hari iaitu Rabu dan Khamis. Biasalah kalu dia pi kursus tu maknanya lewat malamlah baru sampai Bangi. Bukannya dekat Kerteh tu, ker Kuantan pun dah amik masa sejam lebih.

Dalam kul 11 malam ayang aku sampai umah, waktu aku tgh syok layan cerita korea. yang bebudak berdua nih pulak tak reti nak tido..nak tunggu mama diorang masuk bilik baru nak tido. Bila ayang aku sampai tuh, aku pun terus siapkan susu untuk shaini. Alang alang masak air untuk bancuh susu tu, aku pun dengan rajinnya terfikir nak bancuhkan air untuk ayang aku.

Kiranya nih antara perkara yang jarang aku buat...buat air untuk ayang aku. Most of the time ayang aku buat sendiri air dia (huhuhuh yea saya seorang yang malas). Siap ja bancuh susu Shaini, aku terus buatkan ayang aku air milo. Siap ja air milo tuh, aku terus ke singki untuk basuh tangan yang terkena susu.

Aku letakkan botol susu shaini atas meja, agak dekat jugaklah ngan air milo ayah dia. shaini selalunya pandai amik sendiri botol susu dia kalu dia nak minum.

tetiba aku dengar suara si shaini nih menangis, aku pun teruslah pi tgk sebab aku waktu nih masih lagi kat singki. tgk ayah dia duk ngelap dia, and lantai ada air milo. Aku terus amik dia dan bawak dia ke singki. Memula tu aku ingatkan bahagian badan dia yang terkena air panas, lepas tu bila aku raba badan dia baru aku perasan yg lengan baju dia panas. Bila selak aku tgk tangan dia dah melecur dah, kulit dah melepuh dah, mungkin disebabkan waktu aku pegang dia and tarik lengan baju dia, gelembung tu pecah.

Ayang aku pulak duk cakap suruh letak bedak, yang aku tahu letak garam or kicap, so aku tak mau nak gaduh ngan dia aku pun ikutlah cakap dia letak bedak. Tapi bila fikirkan yang umah aku takder krim utk kena air panas, and anak aku tuh pun kecik lagi, aku terus paksa ayang aku pi klinik.

Nasib baik ada klinik yang bukak 24 jam, kalu tak aku rasa ke spitallah kitorang nih. Kat kliniklak, apa lagi memang kena tegurlah ngan doktor tu sebab letak bedak kat luka anak. Adeh nih ayang akulah nih. pastu doktor tu cakap yang kena lalukan bawah air bila kena benda panas, nasib baik aku wat, kalu tak lagi panjanglah kena bebel.

Si shaini plak dah start ngantuk, and dia pun dah mula nak ngamuk yealah tangan sakit + ngantuk memang hasil dia jeritanlah huhuhuhuhuh. Doktor pesan jangan balut dan jgn bagi dia gigit/hisap jari dia. Ni satu hal lagi...camno nak jaga? budak tu umur setahun kot, mmg tgh buas, tgnlak sapu ubat yg jenis krim tuh, bila dia gerak ja mesti melekat sana sini, last2 ubat tu pun hilang. lum lg cerita kalu termasuk dalam mulut...adehlah susahnya.

Langkah penyelesaian pertama yang aku buat ialah pakai kan dia baju lengan panjang so bila sapu ubat takderlah ubat tu merata ja lekatnya. TAPI masalah plak ngan ubat nih, dia menyebabkan luka tu jadi berair, so bila berair, pakai baju lengan panjang, lekatlah baju tu kat luka. Bila luka kering, baju pun melekat cam gam kat luka. Bila tarik baju tuh, menangislah member sebab sakit.

Jumaat tuh aku balik kuantan,so bisinglah nenek dia tgk tgn cucu dia cam gitu. Mak ngah dia tengok pun terkejut, and kendian dia pun suggest kan satu produk nih and produk nih sangat bagus sbb luka tu kering in just 2 days.

Dah luka tuh kering, satu lak masalh baru, anak aku suka benar usik luka dia dan mengutih luka tuh and apa lagi berdarahlah tangan.

Part yang paling kelako sejak tangan dia luka nih ialah bila dia tahu or sedar yang tangan dia luka. Disebabkan aku pakaikan dia baju lengan panjang 2 hari pertama dia kena air panas, so dia tak sedar sebenarnya tangan dia luka a.k.a buruk.

aku tunjukkanlah kat dia tangan dia and kata tangan dia sakit, bila dia tgk ja tangan dia, muka dia terus berubah. memang muka terkejut tengok tangan dia buruk. Lepas tu dia pun mulalah duk tunjuk tangan dia kat aku sambil buat bunyi huh huh sebab dia lum pandai bercakap lagi and sekarang kalu tanya dia mana tangan sakit dia akan tunjukkan tangan dia yang terkena air panas tuh.

Lepas nih terpaksalah aku lebih berhati hati ngan benda2 bahaya kat umah aku nih. Dulu kakak dia terkena iron, berjalur muka sebab aku lupa tutup iron tuh and dia plak baru pandai merangkak time tuh. Anak anak aku nih memang terer sangat memasingnya.

Pengasuh aku kata kalu terkena benda panas terus curah cuka, nnt sejuklah luka tuh and takkan gelembung. huhuhuh ada sesapa nak cuba?

Monday, September 26, 2011

MAX 24.7 : Cinta 247


OK!, aku tahu ramai giler yang kutuk kumpulan nih dalam youtube so tak perlulah aku mengeluarkan kata kata cacian utk diorang kat sini.

Lagu kumpulan nih aku tak pernah dengar main kat radio lagi (atau lagu nih  main time aku tak pasang radio), hanya dalam youtube ja aku pernah dengar...frankly speaking, lagu nih melody atau musik dia blh pergi jauh, tapi lagu nih dihancurkan oleh lirik dia yang adeh, sangat teruk perlukan improvement.

Komen aku:


Ahli Grup:
Disebabkan kumpulan nih ada ramai like ramai giler so susah aku nak cakap pasal semua ahli dia. Ada sebahagian tuh yang adalah rupa sket tapi ada juga yang kurang huhuhuhuhuhu.


Suara:
Hmmm camner nak judge suara diorang nih ek? Bolehlah kot kalu takat nak nyanyi tuh. Mungkin disebabkan lagu nih banyak auto tune (silalah rujuk google kalu nak tahu benda apa nih sebab aku pun tak tahu sangat huhuuhuh) jadi kredibiliti nyanyian diorang nih bolehlah dipertikaikan dan aku plak mmg tak jumpa video diorg nyanyi live.
Lagi pun aku rasa dalam lagu nih cuma brapa orang ja yang nyanyi...yg lain jadi backup ja huhuhuhuh

Outfit:
Pakaian diorang nih mungkin jenis kasual wear kot...simple tapi kemas kot huhuhuhu

Konsep:
Diorang kata konsep diorang M-Pop<--- definisi nih lum diketahui lagi huhuhuhuh

Video:
Akhirnya sampai gak ker bahagian yang aku suka....JIMAT KOS!(read: teruk murah) ni ja yang aku leh cakap pasal video nih...starting ja ngan bebudak duk menjerit yang nak menggambarkan kekonon depa nih popularlah...tapi rasanya tak perlulah sampai menjerit jerit, cukup ngan pegang board besar pun rasanya dah ok kot...pastu korang perasan tak yang van yang bebudak nih naik blh disewa? huhuhuhu group femes tapi naik van sewa ker? <-- tak cukup prihatin

Sesampai ja ada sorang pengacara nih sambut, adeh giler tak real ok!. Pastu dia cakap ni adalah konsert pertama...cam tak ja..., peminat semua make up cam nak rak...cam pi tgk red carpet ja gaya memasing.
Nota: pi konsert sendiri pun lewat ker? nampak sangat tak punctual.

Pastu diorg mula menari dalam satu bilik yang kecik like so kecik untuk muatkan 12 orang. Dah tahu kumpulan nih ramai orang, carilah tempat yang besar sket cam padang bola ker..leh main bola terus...tolonglah prihatin sket.

Part menarilak...huhuhuh adeh...aku tengok pun rimas...lagi sekali aku cakap..korang tu ramai..RAMAI tahu tak...boleh tak jangan duk rerapat sangat...takleh ker positionkan diorang jejauh sket? oppss lupa...bilik tu sempit kan huhuhuhu. Adeh.

Satu soalan aku, korang belajar step tuh sebelum shoot mv ker? kalu yea aku leh pahamlah kenapa semua cam terabur ja, tapi rasanya korang patut dah tahu semua step menari sebelum shoot lagi dan berlatih bebetul sebelum tuh lagi...sebab ni ja waktu korang leh nampak impressive, kalu mv yg leh di stop pastu rakam balik pun terabur, live mestilah lagi teraburnya huhuhuhuhuh.

Aku rasa semua part yang ada pompuan tuh patut di buang saja...patutnya semua masa tuh digunakan tuk tunjukkan yang korang leh menari  dengan baik (walaupun tak) lagipun scene tu takder pun takder masalah.


Ni contoh MV kalau group korang ramai...depa nih ada 9 orang and nih group yang ada ramai member (beside snsd) so aku tak jumpa yg ada ahli lebih pada nih so accept jerlah apa yang aku jumpa. dalam vid nih  takder budak pompuan pun, hanya fokus pada nyanyian dan tarian ajer (dan fokus pada ahli yang ada rupa). harap korang paham apa aku maksudkan.

Bagi aku lagu dia (MELODI/MUSIK) kumpulan Max 24:7 nih accepatable, tapi sayang lagu sedap tapi lirik dia tak cukup membantu lagu nih...like takkan ko repeat semua yang ko buat dalam seminggu tu mg depan kan? ataupun...sebenarnya ko tackle awek lain ngan cara yang sama? so bolehlah korang ulang jadual mingguan korang tuh....huhuhu dem!

Oklah...korang usaha jerlah lagi mengupgradekan lagu dan tarian korang. Pastikan yang korang punya tarian dah cukup bagus barulah korang rakam MV. Storyline pulak tolonglah buat yang logik sket. pastikan pilih tempat yang besar sket atau wat ja kat padang sekolah memana huhuhuhuhu.

Satu soalan aku...kenapa kebanyakan vid kat malaysia nih cam gelap? tak bayar bil ker? atau sebab vid tuh tak HD sebab tuh gelap? huhuhuh kesian tullah.

Teruskan usaha anda semua!

Nak main game!

Sabtu and Ahad baru nih aku tak pergi memana betul- betul duk umah layan drama Secret garden ja huhuuhu...cerita tuh dah dikira lapuk dah sbb tayangan dia awal tahun baru nih, tapi baru sekarang aku dapat layan huhuhhu

Anak aku yang pompuan tuh dah belajar benda baru---> main game. Asal mula dia main game nih sebab aku nak rebut tv dari dia. Asal bukak tv ja mesti kartun dia pastu dialah yg conquer remote control. Camner aku nak layan korea camnih? huhuuhuhu

So untuk memastikan yang aku dapat tgk drama kesukaan aku, aku telah ajar dia main game dalam notebook <Purble Place> dan dia suka. memula tuh memang susah jugak nak ajar budak umur 3 tahun main komputer...merata ja dia bawak mouse tuh, penat aku nak ajar. Tapi last sekali dia plak yg terer dan siap tahu mana nak cari game tu kat start menu huhuhuhuhuh.

Sekarang nih dia dah tahu main semua game dalam purble place tuh tapi paling dia suka yang main cari matching pictures dan agak tererlah sbb dia blh cari semua padanan gambar yg ada.

Tapi tahu jelah bebudak nih, cepat ja bosannya, baru terer sket dah tak mau main, sibuk nak main benda lain.

Kat umah aku ada 1 netbook (aku punya), 1 notebook(ayang aku punya), 1 Mid tab -ala ala itab (ayang aku punya gak) nilah benda yang aku selalu berebut ngan anak aku

Kalila : Ma, nak main game.

<bagi netbook kat dia tuk main game>
<aku bukak midtab main fb>

kalila: (sambil pegang mid tab) ma nak main game

Aku: mana boleh, ma tgh guna nih.

Kalila: Nak main game

Aku: tak bleh!

Kalila: Nak main game
<malas nak gaduh aku pun bagi, pastu aku amik netbook dia plak>

Kalila : Nak main game

Aku : tukan dah ada

Kalila : nak main game!

Aku: Tak Bleh!

Kalila: (menangis)

situasi nih takkan berakhir sampailah dia puas hati huhuhu

Dan yang memburukkan lagi keadaan bila anak-anak pengasuh dia pun sama-sama berkampung kat umah aku main game. Adeh semua pakat duk lepak umah aku berebut netbook ngan midtab ngan kalila. aku nih mmg penatlah duk dengar kalila nangis nak main game, nak marah anak org huhuhuhuhuh

Aku tak kisah pun nak lepak umah aku, tapi aku bosan sbb tak reti nak balik, pastu bosan bila kalila nangis huhuhuhuhuh nasiblah, aku nih mmg tak reti nak menghalau budak so bertahan jerlah....

Friday, September 23, 2011

Forteen : Berdua Bersatu

 
Bagi aku lagu nih sedap and boleh layan lah...mendayu ja.  Kalu lagu nih keluar kat radio memang aku pasang kuat sound dia tapi....

 Komen aku:

Ahli grup: Cun, ada rupa (taklah sakit sangat mata aku nih tgk)

Suara : Sedap lah didengar

Outfit : Nampaknya diorg nih bawak imej kemas, tapi siap clean cut muka sekali lagi cantik kot huhuhuhu

Konsep : Aku tak tahu the rest lagu dari kumpulan nih tapi aku agak yang diorg nih cam ikut konsep 2AM dari korea dan VIP ikut konsep 2PM huhuhuhh (dari kompeni yg sama)

Video :

Adeh! ni yang aku tak tahan nih tgk video artis kita, camnih ja ka videonya? takat duduk kat kawasan korek tanah mana ntah (cam kat Golf Course IOI hotel ja) pastu prop dia kerusi ngan moto vespa.

Aku rasa pengarah nih nak bawak mood moody or sedih kot, suasana ngan warna pun tak cerah, mendung semacam ja, so konon vespa tu tanda kenangan ah kot.

Satu lagi body movement diorg..Wattehek korang pikir? takat wat camtu ja ka? tahulah  tema lagu nih nak cakap yg ko akan berusaha and terima semuanya walau ada apa yg menghalang pun tapi takkan limited sangat movement dia. Sampai habis video camtuh ja nari nya...kalu camnih kalu main teka lagu mmg leh teka ngan tepatlah.


A: cuba teka lagu apa nih (Sambil tangan ngan kaki wat cam dalam video)
B: Berdua Bersatu!
A: betulllll
B: Yeaaayyy

Cis!

Boleh tak sorang wat proper movement tuk depa nih, sian aku tgk mmg terabur giler ja and cam tak synchronized...and aku rasa nilah signature move utk lagu nih sbb dalam live show pun sama ja geraknya, tapi tolonglah wat formasi sikit huhuhuh barulah nampak kemas.

 Aku rasa kalu video klip nih ada storyline lagi baik kot, atau kalu takat nak stay kat satu tempat, amiklah shot yang cantik sket, nih shot camtuh ja penat giler aku nak tgk. Attitude pun biar nampak convincing sket adeh sabojelah.


Ni sample video 2AM yang hanya wat kat dalam studio. harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan kat sini.


OKlah aku bukannya seorg yang ada background dalam bidang seni nih, takderlah aku nih paham semua terma-terma yang digunapakai tapi aku cakap berdasarkan pendapat aku sebagai salah seorg yang menonton video klip nih dan juga antara pengguna youtube yang tegar.

Aku rasa tak salah kalau aku nak bandingkan video nih ngan video lain, demi mengupgrade sket kualiti video klip kat negara nih.

Monday, September 19, 2011

Music dan aku

Music is a universal language...ecehceh...camnyalah ko tu tahu sangat pasal musikkan...huhuhuh dahlah tune deaf pi karok pun nyanyi kelaut huhuhuhuh...ada aku kesah? laut ka hutan ker? aku bayar tu nak masuk karok.

Kenapa kita mudah sangat nak ikut or hafal kalu benda tuh berlagu? contohnya kalu aku nak hafal bulan islam aku mesti kena ingat dulu satu lagu nasyid tuh barulah aku leh sebut bulan tuh sesatu huhuhuhuh. Mungkin sebab manusia nih suka pada benda yg menghiburkan kot.

Orang selalu tanya aku kenapa aku suka sangat lagu-lagu korea, macamkan kat mesia nih dah takder penyanyi dah..rasanya bukan ker aku ja, ni jugak antara fakta yg diorg guna nak mengatakan yang industri musik kita down sebab semua sibuk duk sokong industri lain huhuhuhu

Senang ja bagi aku, kalu lagu orang tu sedap maksud aku melodi dia yea, aku akan suka ja, tapi kalu melodi cam hampeh buat apa aku nak sokong...tul dop? Biarlah lagu tuh in apa language pun tapi kalu melodi dia sedap, ko tetap akan suka.

Aku konsider tak paham lirik adalah kelebihan kepada artis luar sbb diorg boleh sale diorg punya melodi ajer and kita boleh terus accept tapi kalu musik dalam negara kita dan indon nih plak, disebabkan kita paham apa yang diorg cakap so, penulisan lirik juga sangat penting sebab tu juga akan menjadi antara faktor penilaian kualiti sesuatu lagu tuh (cis..cam terer ja cakap!)

Ada satu lagu tu, kekonon nak ikutlah gaya kpop semua...aku tak peduli pun kalu korang nak ikut cara kpop nun, melodi acceptablelah, tapi bila tang lirik adeh, sakit jap perut aku dengar. Korang ingat catchy ah wat lirik camtuh, yg satu tu dalam lirik dia pi taruk semua hari yang ada dalam seminggu, hari isnin lalala, hari selasa lalalal sampailah hari ahad nun yang satu group lagilak lagilah...haih nantilah aku review by lagu senang sikit nak cerita.

Point aku sebenarnya adalah...boleh tak korang buat lagu yang sedap? kat mesia nih banyak ja lagu yg sedap, antara contoh song writer yang menghasilkan lagu yang baik seperti sixthsense, and yang seangkatan dengannya, lirik yang baik plak altimet huhuhuhuhu, diorang nih punya lagu mungkin mahal sbb A-listkan, tapi kalu pun ko bukan sebagus depa, tapi tolonglah lebih kreatif ya...untuk kebaikan kita bersama jugak. Para produser jugak, tolonglah pilih lagu yang best sikit tuk artis korang, jangan nak ikut selera tekak ngan telinga kau ja.

Aku suka lagu yang best ja huhuhuhuhuhuh.

Thursday, September 15, 2011

Kenapa ada orang suka wat keje lepas opis hour?

OK, nih satu benda yang paling aku pelik ...kenapakah management suka wat keje pass opis hour? kalu dia wat keje sengsorang aku peduli hapa tapi libatkan aku yang aku marah tuh.

Dari kul 9 sampai 5 takder der pulak ko nak sibuk cari, time org duk terkejar-kejar nak baliklah ko nak cari, demolah, reviewlah, meetinglah...hadeh menci tul aku!

Ok kata-kata aku tak relevan kat sini sebab dah namanya keje kan so ko buat jelah keje ko.

Aku tak suka sebab aku nih ada keluarga, bujang takperlah, nak tido sini pun boleh...tapi bukan akulah tido.

Eh ngapa aku emo nih? bukan aku pun yang kena stay...orang lain...takperlah biar aku simpan nak ngamuk tu lain kalilah huhuhuhuh

Nak jadikan role model ker tak?

OK!, hari tu aku ada cerita pasal mamat T.O.Pdari kumpulan Big Bang tuh? huhuhuhu yea mamat yang ensem tuh huhuhuhu.

Aku baru tahu yang dia dulu sebenarnya demuk (lambat tul aku dapat news...org lain dah lama dah tau), huhuhuh gila aku tak percaya yg dia dulu demuk tapi dia sangat comel walaupun dia demuk

Oh No!

Aku nih jahatnya siap cakap yg dia nih mungkin wat pembedahan plastik sebab hidung dia sangat mancung like hidung aku nih mancung sangatlahkan, korang tahu jelah, kat sana bedah plastik tuh cam pi beli nasi lemak kat tepi jalan ja, hampir semua artis depa pernah adjust muka memasing so tak hairanlah kalu aku syak mamat sehensem itu buat pembedahan plastik jugak..yea dop?


Rupanya dia waktu tgh demuk, dia pernah try nak masuk industri nih sekalilah ngan GD, tapi kena reject sebab dia bukanlah 'ideal' type untuk jadi artis (yea rupa paras dan susuk badan penting untuk jadi artis ya...Mesia artis included!) Dah rasa cam cerita Aizatlak huhuhuhuh...asal gemuk pastu kurus.

Disebabkan nak masuk gak dalam industri nih, dia telah menguruskan badan dia, aku tak taulah apa resipi dia tapi dia berjaya turunkan 20kg dalam masa 40 hari huhuhuhu mmg gila determinelah. And the result is Walaa...a new ensem guy is created.

Huuhuhu

Time dia demuk pun dia comel ja (waktu sekolahlah) tapi dah besar sket kuranglah sbb dah naik jerawat pastu dia dahlah tinggi mesti cam duk sebelah giant ja rasa (erk!...entah ada gak yang rasa cam tu duk sebelah aku DEM!)

Tapi sangat berbaloi dia menguruskan badan dia sebab dia telah bertukar menjadi sangat ensem (dah mmg ensem) dan bukan huduh (ya, ada org yg lagi kurus lagi huduh)...dan aku rasa aku tahu kenapa dia sangat komited ngan kerja dia sama ada berlakon atau menyanyi sebab harga yang dia kena bayar sangat tinggi (tak semua orang akan paham)
Aizat sebelum


Korang tgklah Aizat tuh, dulu waktu dia demuk mana laku pun tapi bila dia keluar ngan imej baru, dan dah kurus, barulah semua pandang. Ko berbakat camner pun kalu ko kurang pakej (rupa PLUS good song) korang takkan kemana pun huhuhuhu.
Aizat Selepas


Nih pendapat akulah, aku rasa kalu korang nak jadi penghibur, rupa tu penting lah bagi aku sebab aku nak tatap muka ko, tapi kalu lagu ko sedap bangat and ko takder rupa, silalah upah org ensem jadi model video klip ko, janganlah ko nak menggatal nak tayang muka kat situ, penat aku nak tengok. HA! ni lagi satu isu kat industri mesia nih, video klip cam hampeh ja, cuba korang banding ngan negara lain nun, takyah pi jauh, pi indon tu ja pun dah cukup, nampak sangat video kita nih murahan punya.

Memanglah ada video yang bagus tapi boleh kira ngan jarilah beb. Kalu yea pun nak wat murah, takkanlah tak boleh nak wat story line yang menarik kot? takat ko berdiri kat situ cam kayu wat apa?(applicable for vids in 90's) lum lagi aku cerita video utk karok lagilah aku pening huhuhuhuhu.

T.O.P 

OKlah...aku cuma nak cakap yang T.O.P tuh ___ (sila pilih jawapan A: Ensem B:Kacak C:Good Looking D:Sexy E:semua diatas...ha pilih cepat huhuuuh)