Thursday, September 15, 2011

Nak jadikan role model ker tak?

OK!, hari tu aku ada cerita pasal mamat T.O.Pdari kumpulan Big Bang tuh? huhuhuhu yea mamat yang ensem tuh huhuhuhu.

Aku baru tahu yang dia dulu sebenarnya demuk (lambat tul aku dapat news...org lain dah lama dah tau), huhuhuh gila aku tak percaya yg dia dulu demuk tapi dia sangat comel walaupun dia demuk

Oh No!

Aku nih jahatnya siap cakap yg dia nih mungkin wat pembedahan plastik sebab hidung dia sangat mancung like hidung aku nih mancung sangatlahkan, korang tahu jelah, kat sana bedah plastik tuh cam pi beli nasi lemak kat tepi jalan ja, hampir semua artis depa pernah adjust muka memasing so tak hairanlah kalu aku syak mamat sehensem itu buat pembedahan plastik jugak..yea dop?


Rupanya dia waktu tgh demuk, dia pernah try nak masuk industri nih sekalilah ngan GD, tapi kena reject sebab dia bukanlah 'ideal' type untuk jadi artis (yea rupa paras dan susuk badan penting untuk jadi artis ya...Mesia artis included!) Dah rasa cam cerita Aizatlak huhuhuhuh...asal gemuk pastu kurus.

Disebabkan nak masuk gak dalam industri nih, dia telah menguruskan badan dia, aku tak taulah apa resipi dia tapi dia berjaya turunkan 20kg dalam masa 40 hari huhuhuhu mmg gila determinelah. And the result is Walaa...a new ensem guy is created.

Huuhuhu

Time dia demuk pun dia comel ja (waktu sekolahlah) tapi dah besar sket kuranglah sbb dah naik jerawat pastu dia dahlah tinggi mesti cam duk sebelah giant ja rasa (erk!...entah ada gak yang rasa cam tu duk sebelah aku DEM!)

Tapi sangat berbaloi dia menguruskan badan dia sebab dia telah bertukar menjadi sangat ensem (dah mmg ensem) dan bukan huduh (ya, ada org yg lagi kurus lagi huduh)...dan aku rasa aku tahu kenapa dia sangat komited ngan kerja dia sama ada berlakon atau menyanyi sebab harga yang dia kena bayar sangat tinggi (tak semua orang akan paham)
Aizat sebelum


Korang tgklah Aizat tuh, dulu waktu dia demuk mana laku pun tapi bila dia keluar ngan imej baru, dan dah kurus, barulah semua pandang. Ko berbakat camner pun kalu ko kurang pakej (rupa PLUS good song) korang takkan kemana pun huhuhuhu.
Aizat Selepas


Nih pendapat akulah, aku rasa kalu korang nak jadi penghibur, rupa tu penting lah bagi aku sebab aku nak tatap muka ko, tapi kalu lagu ko sedap bangat and ko takder rupa, silalah upah org ensem jadi model video klip ko, janganlah ko nak menggatal nak tayang muka kat situ, penat aku nak tengok. HA! ni lagi satu isu kat industri mesia nih, video klip cam hampeh ja, cuba korang banding ngan negara lain nun, takyah pi jauh, pi indon tu ja pun dah cukup, nampak sangat video kita nih murahan punya.

Memanglah ada video yang bagus tapi boleh kira ngan jarilah beb. Kalu yea pun nak wat murah, takkanlah tak boleh nak wat story line yang menarik kot? takat ko berdiri kat situ cam kayu wat apa?(applicable for vids in 90's) lum lagi aku cerita video utk karok lagilah aku pening huhuhuhuhu.

T.O.P 

OKlah...aku cuma nak cakap yang T.O.P tuh ___ (sila pilih jawapan A: Ensem B:Kacak C:Good Looking D:Sexy E:semua diatas...ha pilih cepat huhuuuh)

No comments:

Post a Comment