Showing posts with label Shaini. Show all posts
Showing posts with label Shaini. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Shaini and his curiousity

Semalam cuti Deepavali, kitorang telah membawa diri ke Hospital Seremban, satu bandar Seremban kitorang tawaf mencari hospital tersebut yang sepatutnya kalu kitorang amik next exit barulah senang jumpa. Dahlah tak pernah pi Seremban, tapi semalam dapatlah kitorang round sana mencari hospital tuh. Nasib baik tak sesat and jalan lengang, kalau tak mesti dah kalut dah.

Tujuan kitorang pi sana sebab nak amik bunga telur yang ditaja sepenuhnya oleh kawan baik adik aku nih. Syarat yang dia bagi kena amik sendiri bunga telur tuh sebab dia pun takder kenderaan nak hantarkan ker rumah kitorang.

Mulanya ingatkan bunga telur tu duk dalam kotak, tapi rupanya dicucuk ker span tv. Tu dah satu hal...bunganya plak jenis besar2 so hanya 50 ja yang muat dalam bonet, yang 50 lagi kena pegang. Nasib baik askar-askarku sekalian sedang nyenyak tido kalu tak memang misi memusnah dah dimulai dari awal lagi.

Disebabkan kitorang nak merayau ke KL, kitorang singgah dulu rumah hantar bebunga tersebut. And nasib baik bebudakj nih dah sampai kl baru terbangun.

Pagi nih anak bujang aku baru perasan yang ada bunga telur kat atas almari bilik mak teh dia. Dengan semangatnya dia pi cari penyapu dan cuba untuk menjolok jatuh bunga tuh...nasib almari tuh tinggi kalau tak tak tahulah apa jadi.

Shaini tak puas hati sebab misi dia tak berjaya, dia pun menggunakan taktik paling hebat sekali...dengan meminta dari mak teh dia bunga telur tersebut...hahahah memang konpom lah takkan dapat. Dia siap tarik baju mak teh dia dan tunjuk ke bunga tuh sambil buat bunyi "huh huh". Aku ngan makteh dia duk gelak ja ngan dia, memang semangatlah dia duk tunjuk ker bunga tuh and mintak makteh dia bagi ker dia...

Sian shai..takper nanti kenduri baru dapat bunga tuh ek...

Friday, October 7, 2011

The chaos ver1: Shaini kena air panas

Tarikh: 29 Sept 2011 (Khamis)
Waktu: Hampir 1 pagi
Lokasi: Dapur umah Bangi

Ayang aku kena pergi kursus di Kerteh Terengganu selama 2 hari iaitu Rabu dan Khamis. Biasalah kalu dia pi kursus tu maknanya lewat malamlah baru sampai Bangi. Bukannya dekat Kerteh tu, ker Kuantan pun dah amik masa sejam lebih.

Dalam kul 11 malam ayang aku sampai umah, waktu aku tgh syok layan cerita korea. yang bebudak berdua nih pulak tak reti nak tido..nak tunggu mama diorang masuk bilik baru nak tido. Bila ayang aku sampai tuh, aku pun terus siapkan susu untuk shaini. Alang alang masak air untuk bancuh susu tu, aku pun dengan rajinnya terfikir nak bancuhkan air untuk ayang aku.

Kiranya nih antara perkara yang jarang aku buat...buat air untuk ayang aku. Most of the time ayang aku buat sendiri air dia (huhuhuh yea saya seorang yang malas). Siap ja bancuh susu Shaini, aku terus buatkan ayang aku air milo. Siap ja air milo tuh, aku terus ke singki untuk basuh tangan yang terkena susu.

Aku letakkan botol susu shaini atas meja, agak dekat jugaklah ngan air milo ayah dia. shaini selalunya pandai amik sendiri botol susu dia kalu dia nak minum.

tetiba aku dengar suara si shaini nih menangis, aku pun teruslah pi tgk sebab aku waktu nih masih lagi kat singki. tgk ayah dia duk ngelap dia, and lantai ada air milo. Aku terus amik dia dan bawak dia ke singki. Memula tu aku ingatkan bahagian badan dia yang terkena air panas, lepas tu bila aku raba badan dia baru aku perasan yg lengan baju dia panas. Bila selak aku tgk tangan dia dah melecur dah, kulit dah melepuh dah, mungkin disebabkan waktu aku pegang dia and tarik lengan baju dia, gelembung tu pecah.

Ayang aku pulak duk cakap suruh letak bedak, yang aku tahu letak garam or kicap, so aku tak mau nak gaduh ngan dia aku pun ikutlah cakap dia letak bedak. Tapi bila fikirkan yang umah aku takder krim utk kena air panas, and anak aku tuh pun kecik lagi, aku terus paksa ayang aku pi klinik.

Nasib baik ada klinik yang bukak 24 jam, kalu tak aku rasa ke spitallah kitorang nih. Kat kliniklak, apa lagi memang kena tegurlah ngan doktor tu sebab letak bedak kat luka anak. Adeh nih ayang akulah nih. pastu doktor tu cakap yang kena lalukan bawah air bila kena benda panas, nasib baik aku wat, kalu tak lagi panjanglah kena bebel.

Si shaini plak dah start ngantuk, and dia pun dah mula nak ngamuk yealah tangan sakit + ngantuk memang hasil dia jeritanlah huhuhuhuhuh. Doktor pesan jangan balut dan jgn bagi dia gigit/hisap jari dia. Ni satu hal lagi...camno nak jaga? budak tu umur setahun kot, mmg tgh buas, tgnlak sapu ubat yg jenis krim tuh, bila dia gerak ja mesti melekat sana sini, last2 ubat tu pun hilang. lum lg cerita kalu termasuk dalam mulut...adehlah susahnya.

Langkah penyelesaian pertama yang aku buat ialah pakai kan dia baju lengan panjang so bila sapu ubat takderlah ubat tu merata ja lekatnya. TAPI masalah plak ngan ubat nih, dia menyebabkan luka tu jadi berair, so bila berair, pakai baju lengan panjang, lekatlah baju tu kat luka. Bila luka kering, baju pun melekat cam gam kat luka. Bila tarik baju tuh, menangislah member sebab sakit.

Jumaat tuh aku balik kuantan,so bisinglah nenek dia tgk tgn cucu dia cam gitu. Mak ngah dia tengok pun terkejut, and kendian dia pun suggest kan satu produk nih and produk nih sangat bagus sbb luka tu kering in just 2 days.

Dah luka tuh kering, satu lak masalh baru, anak aku suka benar usik luka dia dan mengutih luka tuh and apa lagi berdarahlah tangan.

Part yang paling kelako sejak tangan dia luka nih ialah bila dia tahu or sedar yang tangan dia luka. Disebabkan aku pakaikan dia baju lengan panjang 2 hari pertama dia kena air panas, so dia tak sedar sebenarnya tangan dia luka a.k.a buruk.

aku tunjukkanlah kat dia tangan dia and kata tangan dia sakit, bila dia tgk ja tangan dia, muka dia terus berubah. memang muka terkejut tengok tangan dia buruk. Lepas tu dia pun mulalah duk tunjuk tangan dia kat aku sambil buat bunyi huh huh sebab dia lum pandai bercakap lagi and sekarang kalu tanya dia mana tangan sakit dia akan tunjukkan tangan dia yang terkena air panas tuh.

Lepas nih terpaksalah aku lebih berhati hati ngan benda2 bahaya kat umah aku nih. Dulu kakak dia terkena iron, berjalur muka sebab aku lupa tutup iron tuh and dia plak baru pandai merangkak time tuh. Anak anak aku nih memang terer sangat memasingnya.

Pengasuh aku kata kalu terkena benda panas terus curah cuka, nnt sejuklah luka tuh and takkan gelembung. huhuhuh ada sesapa nak cuba?

Tuesday, June 28, 2011

Hilang sudah gaya Korea anakku....

Semalam, waktu aku amik anak aku dari umah pengasuh....aku telah dikejutkan dengan imej baru anak aku....huhuhuh aku sangatlah terkejut hingga tak mampu nak komen apa.

pengasuh aku telah menggunting 'bang' anak aku, kata dia sbb anak aku duk menggaru telinga, gatal dengan rambut masuk telinga. Yang buat aku konpius, setahu aku anak aku tu mmg akan garu telinga kalu dia ngantuk sangat, termasuk garu kepala dia. Dan apa kaitan bang anak aku ngan rambut masuk telinga? bang tu kat dahi kot huhuhuhu...Tensi tensi.

Rambut anak aku sebelum potong fesyen dia camni patutnya.....
Ni nama dia Lee Jang Woo..                    
.yang ni lak nama dia Kwon Sang Woo huhuhuhu


Lagipun muka Shai comel camni...(huk huk huk puji anak sendiri...) Aku baru berangan nak anak aku wat fesyen rambut cam artis korea, kalu boleh biarlah rambut dia panjang sampai bahu huhuhuhu....


Sekarang rambut anak aku dah pendek...terpaksalah tunggu sampai rambut tu panjang balik....aku rasa aku kena wat rambut anak aku cam fesyen rambut Ji Jang Wooklah huhuhuhu

Ni Fesyen rambut sebelum potong


 Ni Fesyen lepas kena potong
Ensemnyerlah Shai kalu camni huhuhuh....