Tuesday, November 8, 2011

No More Spark

Bila kita kerja, apa sebenarnya yang kita cari atau tengok bila kita pilih sesuatu kerja tuh?

1. Duit
2. Keseronokan Bekerja
3. Environment Kerja

Setakat nih, aku pernah buat macam-macam kerja, sejak dari tingkatan 1 lagi (time cuti sekolah) so kira aku ada banayk lah merasa pelbagai jenis kerja, dari keje kat kedai makan, kilang elektronik sampailah pasaraya. Waktu zaman sekolah memang tak terikat ngan company, yealah kerja part time jerkan. tapi walaupun part time tuh semua telah membentuk siapa aku.

Tingkatan 1: jadi salesgirl Singer
Nih 1st job aku, keje pun dekat ja ngan kawasan umah, Singer time tuh wat cam pameran barang dialah kat ngan umah aku, so aku dapat kerja sana dalam 2 minggu gitulah. Bayaran dia pun kira oklah, rm20 sehari, makan dia bagi. Aku share ngan kawan aku kerja tuh. Tiap hari ngan kalkulator, memang seronoklah bila pikir nak dapat gaji and perkara pertama yang aku buat ngan gaji aku ialah beli shampu...huhuhuhu nampak sangat miskinnya aku time tuh. Yang tak best kerja nih part kena ngemas barang, bukan ringan nak angkut tv tu semua masuk balik dalam kedai, member aku nih jenis lembutlak, lagilah takder harapan nak mintak tolong. jadi terpaksalah aku buat sendiri.

Tingkatan 2: pembantu kedai makan

nih kerja paling tak best kat dunia. Aku tak suka kerja nih sebab aku kena deal ngan orang, kira cam kerja frontlinelah. Aku memang kerja ja cam biasa, tapi hati nih tuhan ja yang tahu. Waktu nih jugak ada mamat negro tuh nak ngorat aku..adeh memang menakutkan tul. Aku jugak tahu yang aku bukan seorang yang boleh kerja frontline time nih.

Tingkatan 3: kerja kilang

kilang nih ada kat kampung aku ja, so kira aboh aku leh amiklah aku balik dari kerja. Yang tak bestnya kerja nih, gaji dikira berdasarkan output. Korang tahulah komponen asas elektronik nih bukannya beso. cuba korang tgk motherboard pc korang, semua barang chenonet ja kat dalam. So aku tak mampu nak kejar output yang disasarkan, almaklumlah, junior lagi main benda nih.
Waktu gaji aku dapat tahu aku dapat rm100. banyak tuh ja untuk sebulan kerja. siap ada sorang akak tuh tanya " bagi ek mak awak awak nak keje segala nih, kalu mak akak tak bagi dah, takut bila pegang duit tak mau sekolah dah" CIS! kalu takat rm100 sebulan, biasiswa aku dapat lagi banyaklah pada tuh. baik aku pi sekolah ja lagi baik

Tingkatan 4: Kedai kain
Kerja nih kena masuk bandar, sama cam kerja kedai makan gak. Nih pun sama kena kerja frontline. Aku duk layan org yang datang kedai, tapi aku biasalh senyum jer memanjang walaupun dalam hati menyumpah. Tapi yang selalu menaikkan kemarahan aku haruslah bos aku Ali, huhuhu sama-sama budak2, dan rekod aku buat ialah ngan blah camtuh ja dari tempat kerja sebab aku bengang ngan ali bongok tuh huhuhuhuh.

Tingkatan 5: A) Pengasuh a.k.a orang gaji

Cikgu aku kena transfer ker Kepong, and dia mintak aku tolong dia jaga anak2 dia. dan tulah first time aku keluar dari bandar Kuantan nih. Tapi tahu jerlah kalu kerja jadi pengasuh nih, ko kena tahan ngan perangai bebudak. Kat sini jugak aku tahu yang aku tak suka budak. Aku tak reti layan budak. Yang paling pelik, budak2 suka kat aku, nak plak waktu aku lum ada anak huhuhuhu. Nih antara alasan yang aku bagi ker Mak Ngah aku bila dia suruh jadi cikgu -tak suka budak-. Dan akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari kerja sebagai pengasuh budak.

B) Pembantu Kedai Kasut

Pass ja aku berjaya lari dari jadi pengasuh, aku pi duk umah Mak Ngah aku kat Gombak. kat sana aku dapat kerja kat kedai kasut. Sini antara tempat kerja yang paling best bagi aku sebab akak-akak situ baik2 semua walaupun memasing memang gila sexy. Kat sini gak aku agak popular sebab adalah beberapa mamat nak berkenalan ngan aku and agak hensem gak. Tapi mak Ngah aku dah pesan jangan berkawan ngan lelaki sebab org KL takleh percaya huhuhuhuhu so semua tuh aku tgk ja. Aktiviti paling aku suka ialah ngendap mamat kerja Public Bank sebelah kedai aku, orgnya dahlah hensem cam pelakon jepun, putih dan tinggilak tuh huhuhuhuhu. Dia naik Proton Saga BCN894* kaler coklat ada sticker ALL BLACK kat depan...hahahah aku memang giler kat dia time tuh.

Kerja kat sinilah, gaji aku paling best, aku kerja 2 minggu ja dah dapat rm550 huhuhuh kalu sebulan mesti RM1kkan? huhuhuhuh. Tapi disebabkan aku tak tahan kena brainwash ngan mak ngah aku, maka aku perlu memblahkan diri aku balik kuantan huhuhuhuh

C) pembantu kedai kain...lagi
Buang yang keruh amik yang jernih, huhuh yo yo ah ja. aku telah kembali kepada bos lama aku Ali, dan aku kerja kat sini selama sebulan, sebab aku nak kumpul wit nak masuk kolej. Nasiblah Ali dah maafkan aku sebab memblahkan diri harituh..eleh padahal dia pun salah gak huhuhuh. Kat sini jugaklah aku telah bertemu ngan jodoh aku, cinta hati aku...<sila muntah>.....huhuhuhhh....

Habis belajar diploma, aku sambung degree pastu amiklak kursus pengangur tuh and aku end up kerja kat Kelana Jaya ngan Calms, pastu aku kena transfer ker Adex....

Kerja kat sini memang seronok, aku ada ramai kawan, semua happening, tapi segalanya berubah dalam tahun 2011 nih, seorang demi sorang kawan2 aku telah memblahkan diri mereka. Adik aku lain ceritalah. Sekarang nih, aku rasa yang aku pun patut memblahkan diri jugak, aku rasa aku dah tak competent cam dulu, aku bukan lagi berada pada tahap paling optimum.

Each day i thought of it, and each time i felt that our spark have already gone. Every moment then i tried my hard to get it back, but it seem useless. I'm sorry, but it seem that i have to leave you for our own sake. Please understand me..........................................................................................................


huhuhuhu dem!

No comments:

Post a Comment