Thursday, April 28, 2011

Bangi-skudai-Bangi versi Fast and Furious

Selasa lepas aku bertolak ke Johor untuk pertama kalinya. Aku mmg pernah ke Johor tapi tak pernahlah pi drive sendiri ke sana. Aku kesana sbb ada seminar kat UTM.

Perjalanan ke johor lebih kurang 300 KM dari umah aku, dan jalan dia mmg lurus betul huhuhuhu mmg takkan sedarlah berapa speed kita drive.

Aku bertolak dalam kul 9.30 dari exit Putra Mahkota dan sampai exit Skudai dalam kul 12.00 huhuhuhu tapi perjalanan dia mmg agak bosanlah sbb tiada apa di kiri kanan jalan just a few constructions repair jalan yg mengganggu kestabilan pecutan kereta aku.

Sepanjang perjalanan aku drive 140km/j lah and aku tak tahu berapa banyak tiket yang akan aku dapat (harap tak adalah) sesekali cecah gaklah 150km/j bila nak potong lori..gilerlah, lori pun bawak lebih dari 120km/j tau (gear ketiga empat lima sepantas kilat impak maksima-lagu kru impak maksima) tapi serieslylah, korang mmg takkan sedar yg korang dah laju gila kecualilah kalu korang ni mmg jenis sangat berhati hati takut kena saman.

Ada gaklah terasa cam Fast and Furious nak plak time balik sbb lagi mencabar, dengan lori, penat, hujan, nak tido sema ada. Yang part fast tu oklah tapi yg tak tahan takut nnt furious sbb dapat saman huhuhuhu dem! melayang duit gue.

Yang aku tak tahannya, aku kena pi Johor selasa tu, pastu prepare lab utk training esoknya, pastu abih jer training terus kena balik opis sbb esoknya adik aku ngan opis mate aku ada meeting (last last kencel sbb opis mate aku tu MC) huhuhuh dahlah waktu training mana boleh duduk, mmg kena berdiri jer sbb nak assist participants, semalamnya dah drive, isnin tu plak baru sampai dari kuantan, so ptg rabu tu aku mmg dah jadi bateri lemah dah, mmg penat giler rasa badan ni. drive pun mata kabur ja...dalam ujan lagilah kaburnya nak buta rasa.

Tapi disebabkan aku ni jenis yang tak makan saman (dengan moto: baik kena saman sbb mmg betul betul pecut dari kena saman sebab terlebih sikit ja laju..rugi dowh!) aku teruskan jua memandu dan akhirnya aku sampai ke Alamanda Putrajaya layan karok 2 jam (anak dah campak ke nenek diaorang dah :p ) tgh malam baru sampai umah. huhuhuhuu

Tapi serieslylah, mmg aku kepenatan minggu ni, ni pun dah bercadang nak cuti esok (walaupun esok cek release) sbb mata aku mmg dah tak boleh bukak....ngantuk tau huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment