Thursday, June 23, 2011

Countdown kinabalu

Nampaknya less than a month lagi tinggal nak naik kinabalu tu...huhuhuhu abihlah aku.....

Aku puas menggoogle internet mencari  apa barang yang perlu di bawa...hasil research aku, aku dapat senarai berikut.


Senarai barang untuk  Ekspidisi Menuju Puncak Kinabalu 22-25Julai 2011


1.      Plastik beg
a.       semua barang yang nak di bawa naik ke puncak perlu di bungkus dengan plastic beg bagi mengelakkan basah kalau hujan.

2.      Sweater 2 helai/wind breaker
a.       Atau apa jua sweater yg tahan utk suhu sehingga -2 darjah celcius

3.      Kasut sukan bertapak getah (kalau boleh)
a.       Untuk memudahkan pendakian di kawasan licin/batu basah.

4.      Head lamp
a.       Untuk memudahkan pergerakan sewaktu pendakian menggunakan tali.

5.      Tongkat
a.       Boleh di beli di gate Timpohon dengan harga RM3
b.      Untuk menampung/membantu ketika pendakian.

6.      Baju hujan
a.       Jenis plastic yang biasa di jual di 7E
b.      Jika windbreaker anda kalis air mungkin ianya tidak perlu.

7.      Stokin tebal /2 helai
a.       Bagi memanaskan badan sewaktu tido/pendakian pagi.

8.      Sarung tangan yg TEBAL dan TIDAK serap air.
a.       Untuk mengelakkan air dari tali yang basah menyerap ke sarung tangan.

9.      Sarung kepala/topi
a.       Untuk memanaskan badan dan mengelakkan muka dari terkena angina sejuk.

10.   Bateri spare
a.       utk alatan seperti camera dan head lamp.

11.  Pouch beg
a.       Untuk menyimpan barangan bagi pendakian pagi.

12.  Sleeping bag
a.       Hanya untuk mereka yang TIDAK tahan sejuk
b.      Selimut disediakan.

13.  Knee/ankle support
a.       Bagi mengelakkan kecederaan di bahagian tersebut

14.   Botol mineral
a.       Air boleh diambil dari setiap pondok perhentian


First Aid kit
  1.        Minyak urut/ Ammeltz Yoko yoko
  2.        Panadol ActiFast/ Panadol /Paracetamol
  3.      Sunscreen cream
  4.        Lip balm
  5.        Plaster luka
  6.      Paket garam rehidrat
  7.        Pil chee kee tek on (pil sakit perut)
  8.       Ubatan pelindung serangga
  9.     Minyak cap kapak
 Aku nak tanya..apa masalahnya dengan nama menuju puncak? masalhnya tempat nak pergi tu pun puncak tertinggi kat Malaysia ni...dan nak pergi pun kebanyakannya tak biasa aktiviti mendaki ni..silap silap awal awal lg dah kena undi keluar huhuhu.

Menuju puncak tu bunyi dia cam bebudak kot...nampak sangat aku tak puas hati kenapa nama aku pilih kena reject...huhuhuhu janji ada penyokong aku tak peduli pun huhuhuhu Biar ah...



huhuhuhuhuh...(makan lasagna mak aji pun best gak ni... huhuhuhu )


No comments:

Post a Comment