Friday, February 11, 2011

Alam mistik dan aku


                Alam mistik….huhuh aku bukan apa, bukanlah aku tak percaya, aku tahu benda ni semua wujud tapi aku kalu boleh tak mahulah berada dalam situasi kena menghadapi makhluk Allah yang ni. Semua rasa pun ada, serun, takut dan semua yang sesuailah.

                Ni pengasuh anak aku kata, anak aku tu ada benda duk kacau sebab dia tak mahu tido. Huhuhu. Aku ni malas and takut nak pikir dalam dalam so aku gunakan cara logic denganmengatakan yang anak aku tu dah sibuk nak bermain jer kejenya. Yealah budak dah nak beso katakan. Aku bukan apa, malam dia tido elok jer. Kalu ngamuk pun sebab dia nak tido ngan nak susu huhuhuh. Cuma satujelah…dia ngan kaka dia suka ngamuk time maghrib nak plok time azan. Kat situ pun dah Nampak yang ada masalah huhuhuh. Pening kepala aku dibuatnya. Memang susah gaklah nak tak bagi diorang nangis. Bukan apa umah aku tu sebelah surau so org pi surau mmg boleh dengarlah budak tu nangis..silap haribulanngan mama dia sekali nangis.

                Bab mistik ni biasalah, aku tak nak tahu kalu depa ada sekeliling aku. Ayang aku tu bukan aku tak tahu, kalu bab mistik ni memang ada jelah crita dia. Dia satu keluarga suka sangat cerita pasal benda ni, aku memang malas nak layanlah. Bukan ajer ayang aku, tapi aku sentiasa dikelilingi oleh orang yang dikatakan boleh ‘rasa’ kehadiran ‘mereka mereka’ ini. Siap ayang aku pernah cakap yang ada benda suka ikut aku.

                Kalu anak aku ngamuk kekadang geram gak aku, aku kata kat dia “mama ni lagi hantu tau, lagi teruk dari benda tu, takyah nak peduli kat dioranglah” ni ayat2 luar kawal akulah (geram tahap tinggi dah ah ni). Ayang aku bukan takat kata aku ada benda ikut, dia kata aku cam ada aura gelap. Cam kena badi gitu huhuhuh benci tul aku. Aku dahlah takut, memalam kalu rasa semacam mmg aku sanggup tak pi tandas ah. Member aku plak boleh iakan. Siap suruh aku mandi bunga apa ntah.

                Tapi satulah yang aku perasan, aku ni kekadang tetiba jer murung. Mmg murung gilerlah. Rasa malas yang sangat teruk. Tak mau cakap ngan org muka masam jer. Ayang aku pernah tegur kata benda tu duk betul2 depan aku time aku murung camtu huhuhuhuh. TIDAKKKKKKK..aku tak mau tahu.

                Aku ni dahlah duk sorang kat umah tu. Aku nak mintak tolong kat sapa kalu jadi apa apa huhuhu.. kat Sarawak hari tu aku tgk cerita khurafat, aku tengok hanya 10% jer cerita tu yang lain semua aku tutup muka jer. Huhuhu pastu buila naik lif sengsorang dah tak berani pandang belakang, laju jer masuk bilik huhuh. Aku ceritalah kat budak cina yang aku kenal kat airport tu. Dia kata dia pun takut gak tapi dia lagi sanggup naik tangga dari lif sebab tangga boleh lari lagi, lif tak boleh…huhuhu memang bernas idea dia….

                Aku harap anak aku takder apa apalah. Harap semua akan ok. Aku kena menginsafkan dirilah ni untuk keaikan anak aku huhuhuh. Chaiyok!


2 comments:

  1. Mmmmm... Ally masuk umah baru kan?
    Before masuk ada tak baca2...

    ReplyDelete
  2. beri salam jerlah..umah tu mmg tepi surau betul huhuhuhu, patutnya kira oklah

    ReplyDelete