Wednesday, February 9, 2011

Aku dan sampah

ya aku akui disini yang aku seorang yang malas mengemas. lihatlah dunia..aku sangat malas mengemas. Huhuhuhu.

kat umah aku tu aku ngemas bila ada mood jer. Mungkin kitorang ni ada 'bela' kot sebab bila kemas jer tak sampai 2 jam dah sepah balik. pening kepala aku tengok. So disebabkan alasan tadi baik aku takyah kemaskan? :EVIL:

Kesian kat ayang aku, pening kepala dia tiap kali balik dari kerja. Dia selalu gak komplen kenapa bersepah so alasan paling logik yang aku leh bagi ialah : "orang penatlah baru balik keje, nak layan anak lagi, takder masa ah". Yea inilah alasan paling kukuh di dunia.


Dulu zaman duduk kat flat aku tak kisah sangat pasal rumah camner keadaanya. Yealah waktu tu duk kat Gombak tu, jiran depan pun aku just say hi and bye je. paling kurang pun aku senyum jer kat diorang. Yealah kalu tak, dikatakan sombong plak nanti.
Tapi sekarang aku dah pindah ker kawasan umah teres. Kawasan aku ni nama jer perumahan tapi suasananya masih lagi ada aura kampung. Pepagi aku boleh tgk satu couple India tu kayuh basikal tua pergi kebun mana entah. (kat KL leh tgk ker?). Dan disebabkan aura kampung tu, so adegan mesyuarat longkang (mesyuarat tingkap cannot be used here) memang adalah. Time operasi waktu aku balik keje. Kalu kenduri kawen lagilah mmg orang akan datang umah menjemput gi umah diorang. (waktu aku duk flat dulu takder gi jemput pun, kalu letak kad kat pos box pun dah kira syukur).

Disebabkan ini, aku rasa umah aku mesti selalu kena kutuk. Mana tak kena kutuk kalu balik jer umah terus aku tutup pintu tingkap cam takder orang kat umah. (Aku biasa duk sorang, kat gombak bahaya bukak pintu oii). Umah aku plak ada pokok bunga jejarum yang besar tambah lagi ngan rumput yang panjang. so kira aku ni antara mereka yang menternak nyamuklah. Huhuhuhu. Sampah toksah ceritalah. Yealah akukan selalu balik kampung, nak ngemas depan anak aku takder sapa nak tolong tengokkan. camner tu? (ya, ini semua adalah alasan).  Time camni mmg aku  nak sangat ada orang gaji tolong kemas umah. mesti senang sikit keje aku.

Hari ni aku ada simpan niat (Ya niat sahaja) nak ngemas umah. Harap harap niat aku tu berjaya di tunaikanlah huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment