Tuesday, January 18, 2011

Cara Buat Kimchi

      Hari ni aku nak tulis resipi kimchi yang selalu aku guna bila aku buat kimchi. Resipi ni aku belajar dari isteri cikgu Korea aku Steven. Aku mmg cukup suka makanan korea, kalu pergi korean town kat ampang nun rasa cam aku sorang jer org melayu kat sana. Bayangkanlah orang kat Korean town tak reti cakap melayu so terpaksalah aku google dulu apa aku nak cari barulah aku beli huhuhuh....
      Memanglah aku belajar korea tapi jangan fikir aku tahu cakap korea. Aku ni kalu takat membaca tahulah maksudnya hampehlah aku tak tahu, tapi kalu takat ayat2 mudah atau perkataan mudah aku tahulah huhuhuh...(terpaksalah teruskan usaha aku melayan astro 391 :evil: ).
      Oklah baik aku teruskan usaha aku untuk menulis resipi ni..so heh heh heh....

bahan-bahan:
1 biji kobis china (ala kobis yang panjang tu - potong kecil2 dlm 2cm x 2cm)
1 biji lobak putih(dihiris halus)
1 ikat sawi (di potong ikut panjang jari telunjuk :p )
1 ikat daun bawang (potong sama saiz ngan sawi)
1 biji halia (kasi sagat itu halia )
1 lawang bawang putih (tul ker lawang? senang cakap 1 biji penuh tu, pun kasi sagat itu barang)
2 biji bawang holland (ala bawang besar yang kaler kuning tu)
sedikit sos ikan (ala yang jenama dari thailand tu, yang ada gambo sotong tu huhuhu)
garam kasar 2 kg (bergantung berapa biji kobis yang anda guna)
sedikit garam halus
serbuk lada (lada kering yg di blender kering - kalu dapat yg dr kedai korea lg baik sbb lada dia beri hasil merah yg cantik dan rasa dia kurang pedas dan pijar)

cara caranya:
  1. sediakan satu bekas besar yang boleh memuatkan semua kobis yang telah anda potong tadi.
  2.  penuhkan separuh bekas tadi dengan air
  3. campurkan kesemua garam kasar tadi ke dalam air (bahagikan secara adil jika anda guna banyak bekas)
  4. rendamkan semua kobis yang telah anda potong tadi kedalam air garam tadi (pastikan kobis tersebut terendam sepenuhnya)
  5. biarkan selama 2 jam atau sehingga kobis tersebut layu. (anda boleh rasa kobis tersebut dan pilih rasa yang anda suka)
  6. sementara menunggu kobis tadi siap direndam...kita bolehlah menyagat bawang putih. holland dan halia tadi
  7. setelah kobis tersebut cukup layu (anda boleh perasan yg sayur kobis td kelihatan seperti di celur) anda boleh bilas ia menggunakan air bersih bagi membuang sisa garam tadi
  8. sediakan satu bekas kosong.
  9. campurkan bahan bahan yang disagat tadi kedalam bekas tersebut (bolehlah ditinggalkan baki sedikit kerana mungkin ada bahan yang tidak tercampur dengan baik- senang cakap kalu ada baki, rasa tak cukup halia lehlah tambah lagi, kalu tak kenalah sagat lagi)
  10. masukkan kobis kedalam bekas gaulan tadi, campurkan serbuk lada (mengikut kesukaan- suka pedas lebih tak suka jangan- nanti leh rasa)
  11. campurkan sedikit sos ikan tadi dan sedikit garam
  12. gunakan jejari anda untuk mengaulkan kesemua bahan tadi.
  13. cubalah rasa untuk tahu rasa yang paling sesuai
  14. setelah berpuas hati dengan rasa campuran tadi bolehlah disimpan kedalam bekas yang tertutup.
  15. simpan kimchi kita tadi di luar peti sejuk selama 2 malam ( kiranya 3 hari 2 malamlah)
  16. selepas tempoh bercuti tersebut, bolehlah anda simpan kimchi anda kedalam peti sejuk....
  17. dah boleh makan kimchi..ummmm cedapnyer....

Kimchi ni kalu akulah, paling sedap makan dengan megi kari. kalu nak makan dengan nasi, paling sedap makan ngan sup soya hancur( cam taucu ja) dari korea nanti aku letaklak resipi sup tu huhuhuh.....

2 comments:

  1. wow... dah cube...tq.. yummy yummy.. tq amik resepi xminta izin. halalkan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.... amik ja...tapi sori sebab no picture...gambo amik tapi tak paste sini...huhuhuhu

      Delete