Saturday, April 7, 2012

out of alll the places in the world why must Korea??Y?

[THIS IS AN ADVERTORIAL POST]

haha, seems a bit over acting there. But seriously this is what most people said to me when i said i want to go to Korea.(y suddenly i felt that it wasn't just me?).

I won't denied that i really into the K-world, i watch almost everything, from music, drama, documentary and sometimes their news (sometimes without subtitles). What make it worst, i didn't know what happen in Malaysia, unless it was posted on the FB hihihihi (my bad)

Did you know that learning Korean is simple? They just like our normal ABC, and to spell something  also as easy as what we do normally minus some ruleslah. Once you memorized those letters, it would be very easy for you to read and write (but not understand what the hell i have i just read - dictionary please!)

For those who are as interested as me to learn Korean, you can sign in to those places that offering Korean language class including Korea Plaza. But sadly i am a working mom, and for sure i cannot attend full time class, and to find a part time courses is a very hard task indeed.

Luckily i found this url : http://apb.uitm.edu.my/ this is an official website for UiTM Shah Alam's Academy of Language Studies. Sorry, but this is the only university in Malaysia that i know allowed non student to attend their courses, other university i'm not sure.

WHY Should we learn Korean? easy! if you know Korean, who knows maybe someday you are lucky enough PLUS rich enough, can afford yourself to travel, and ended up stranded on the land of Korea, at least it will help you a bit especially if you are Muslim. (Sorry to say, but i think Korean people really love pig's meat, halal food is like something exotic there)

And for those who are not lucky enough, learning it will surely help a lot when you are shopping at Korean Town at Ampang.

Now it started to Spring in Korea, best season ever, with lots of flowers especially cherry blossoms. I wish i could be there now enjoying those happy and sweet feeling with the scents of flowers everywhere.

Like always.... hahhaha


kutt.

Tuesday, April 3, 2012

hello to myself..and happy birthday to me also....

ok, agak sedih tajuk tu, tapikan, semenagnya hari nih besday aku, dan sejak adanya fb nih, aku pasti akan dapat ucapan hepi besday dari semua kawan aku yg aktif ngan fb...yealah kan ada reminder tuh, takkan nak wat2 tak nampak kot hahahahhahah....sori gurau.

lagi 15 minit 2 april 2012 akan tamat, maka samalah ngan habisnya sambutan besday aku, tapi hari nih selain dari bunga dari ayang aku aku jugak dapat makan eskrem mcD dari opismate aku...heh heh heh tq dear sebab belanja.

Tadi ada yang tegur, tak pi lunch kat secret recipe ker makan kek? jawapan aku...yilek!, sampai sekarang, sepotong kek pun aku tak merasa, ingatkan lehlah dinner kat luar, atau paling tidak pun pi dating, tapi apakan daya dinner aku malam nih hanyalah lauk kari telur yang aku masak semalam. That's all.

Kenapa jadi camni? sebabnya aku balik ja dari kerja tadi, aku tengok ayang aku dah melepek kat atas katil, sejuk ja, dia kata dia berangin badan, cam orang mabuk pun ada gak aku tengok dia nih...risau gak nih, entah-entah aku ngandung kot huhuhuhuhuh.

Aku pun tak jadi keluar rumah, padahal patutnya kena pi beli susu anak, susu diorg mmg dah tahap kikis dah, takperlah esok pagilah pi beli jap huhuhuhuh.

Aku terfikir, apa kejayaan aku pada umur 29 tahun nih...yang aku leh senaraikan hanyalah aku berjaya dapat
1.2 ANAK yang pintar bangat
2. SEBUAH RUMAH FLAT
3. SENARAI HUTANG YANG PANJANG
4. PENTERNAK LEMAK YANG BERJAYA....

ok yg 2 last tuh ignorekan. Aku tak rasa dari segi materialistiknya aku dah berjaya, tapi yealah rezeki Allah dah tentukan untuk diri memasing yea dop? tapi dari segi kehidupan, aku kira dah berjaya berbanding ngan org lain, tapi tu kehidupan dunialah,alam satu lagi aku rasa aku nih memang fail lagilah (bilalah nak insaf nih?)

jomlah kta dengar lagu nih plop...lagu nih tentang cita-cita... and of cozlah lagu korea...ha ha ha...suka hati akulahkan, blog aku.


p/s: deng,sekali post pada 3 aprillah plop...tok jadi nak feeling huhuhuhuh

Sunday, April 1, 2012

i'm a fan of Ren Nu'est


kumpulan nih baru ja di launch pada february baru nih. heh heh heh, dan aku asyiklah melayan lagu nih sokmo kat opis, dan juga dalam keta ngan volume yang sangat tinggi...



suka plop aku ngan dak rambut kuning tuh, comel betullah orgnya. Mulanya aku nak wat rambut shaini fesyen cam dia, tapi semua reject and adik aku cakap rambut takleh tutup dahi, so terpaksalah aku pi cari style rambut lain.

Dak yang aku suka tuh nama dia Ren, lahir tahun 1995, cam pompuan, tapi halkum besar ja huhuhuhu...

jangan nak kutuk ek, sekgi koranglak yang suka kat dia huhuhuhuhuh.

Perlu ker ko hebahkan?

Ok, sapa yang baca blog aku mesti tahu yang aku suka kutuk atau komplen pasal org yang aku tak suka dan suka buat aku bengang dan marah.

Tapi yang aku tak tahannya, kalu ada org siap sesaja ja pi kabo kat org yg aku kutuk tuh. adakah ko nih dah takder topik nak diborakkan?

OK faktanya, aku memang seriusly kutuk this person A, sebab apa? kalu korang baca korang tahulah, tapi perluker ko pi inform kat org tuh aku kutuk dia?, bukan ker lebih baik ko pi suruh org tu pi bukak blog aku, pastu baca sendiri kenapa aku kutuk dia.

Semua yang aku tulis, berdasarkan apa yang aku rasa waktu tu, dan aku bukan jenis yang reti nak marah direct kat tuan badan, sebab semua tu nanti akan bagi impact masa panjang. Sekarang nih, dah person A nih sibuk nak berenti kerja, alasan sebab sedih dengar this person story kat dia apa aku tulis kat blog. Aku dahlah memang tengah berusaha keras mencari kerja lain, kalu dia blah, camner aku nak blah? Dahlah kompeni kecik, staf tak ramai, kesian plop nanti aku kat bos aku tuh.

This person yang tukang nyampai nih pun, kalu ikutkan sama ja mengutuk person A nih. Apa yang membezakan aku dengan dia ialah aku ada written evidence yang aku kutuk, this personlak hanya cakap ja, and only have witnesses yang dengar.

Teori aku senang ja, kalu aku geram, aku tulis aku geram, kalu aku gumbira aku tulis aku gumbira. Alah, bukan this person nih ja aku kutuk, semua yang buat aku marah pun aku kutuk ja. Lagipun nih blog aku, kalu ko rasa hangat ngan apa yang aku tulis, ko janganlah pi naikkan hit blog aku nih, pilah main jejauh nun.

reminder: ini adalah contoh entry yang ditulis ketika tengah geram....

kutt.

Wednesday, March 21, 2012

Kenangan terindah.

Taman mekar sang mawar,
di sana bertenggek sepasang merpati putih,
memadu kasih, menjalin cinta,
mengorak langkah bersama.

Bersama genggaman erat kemas tanganmu,
terasa diri ini disayangi, dicintai seikhlas hati,
kau milikku, dan aku milikmu.

Tiada yang dapat memisahkan kita,
hanya takdir dari ketentuanNya,
mampu merubah janji yang aku semat di hati,

Sambutlah tanganku kasih,
kita isikan ruang itu,
dengan kasih suci dari hati terikhlas,
moga dengan restuNya, kita tenang disini,
menyemai kasih, membina istana bahagia,
yang dalamnya berseri cinta, bercahaya rindu.

Aku sayangkanmu dan aku tak sanggup kehilanganmu,
sayangilah aku sayang kerna....
Aku mengharap kau menyintaiku untuk selamanya,
dan seumur hidup kita, hanya kita.

written by: cempaka biru
date: june 2003

Dah nak berkulat album nih..almaklumlah dah 10 tahun huhuhu


OK, sekarang sila gelak secara berjemaah ya. Benda nih aku tulis waktu aku baru kawen ngan ayang aku. Kira memang tengah mood orang baru kawen ah nih. Sambil susun gambo kawen terus tulis sajak. Memang terserlah aku takder keje hahhahahaha.

Waktu nih aku tak pakailah kameraman nih segala, amik gambo sendiri sendiri ja, so hasilnya adalah sangat tidak best. very an amateur pictures.

Yang bestnya sajak nih (sajak ker?) dah masuk tahun kesepuluh dah aku tulis huhuhu hebat tak?

so hayatilah benda nih ek.

Monday, March 19, 2012

Korang nih main tenet jer ker kejenya?

Hari nih aku ada meeting ngan senior aku, personal lagi. Aku dah tahu dah, kalu namanya personal mesti sekgi kena hentam ah nih dan ternyata ramalanku benar belaka.

Puncanya? dak IT asyik donlod ngan main YouTube ja. aku tak nafikan pun, memang aku duk donlod pun, setiap minggu mesti ada 1 episode Running Man ngan 1 episode We Got Married -Woojung couple akan aku donlod. Oh, tak lupa juga video klip artis korea yang paling baru huhuhuhuh.

Alah, takat camtuh pun nak kecoh. Pastu yang Youtube selalu tuh memang tipulah, sebab aku dah siap donlod baru replay kat Real Player aku. Nampak sangat ada yang berdengki nih hahahahhahaha.

Aku juga kena hentam sebab dikatakan tak buat kerja, cer cakap kat aku apa kerja yang aku kena buat? Dulu yealah aku wat programming, pastu aku kena tukar wat sales, pastu aku call org, org tak mau angkat, tak mau jumpa, dah tu camner aku nak pi jumpa client? So aku pun buatlah semua kerja yg ada sikit tuh seselow.

Lenkali janganlah pindahkan aku dari benda yang aku memang dah biasa dan tahu buat, dah aku jadi tak tahu nak wat apa ngan tugasan baru yang ada.

hahhahaha..adakah aku tengah bengang? "Benganglah jugak" (sila baca cam dalam hotfm zon bengang ya!)

Tuesday, March 13, 2012

hopelessly devoted to you.


Apa kaitan lagu nih? entahlah aku pun tak tahu.

Tadi dak praktikal tanya aku, aku ok ker? kenapa aku nampak cam letih ja. Aku jawab ok ja walaupun sebenarnya dalam hati aku nih macam-macam benda ada.

Aku rasa nih mesti faktor PMS, ataupun sebab adik aku ateh takdop pi bercuti ker Vietnam, so tinggallah aku sengsorang ngan junior aku tuk berborak dan melayan gosip. Disebabkan rasa sunyi kot, so otak aku mulalah running benda-benda negatif, tambah plak senior aku pepagi lagi dah menyound aku.

Perasaan nak resign nih memang dah lama ada dalam hati aku, tapi aku takleh nak blah camtu ja, aku kena cari tapak dulu sebelum aku meblahkan diri. Kalu dulu aku ada gak rasa kesian kat bos aku, tapi sekarang aku rasa aku dah tak perlu nak rasa kesian lagi. Rasanya dah ramai yg boleh bantu bos aku tuh.

Dulu aku pernahlah rasa nak setia kat sini sampai company aku nih berjaya, tapi nampaknya perjalanan untuk menjadi seorang yang setia nih sangat susah. Hari-hari ada ja benda yang mengikis rasa setia aku nih. Walau nampak sikit, tapi benda nih bersisa dihati, menyebabkan aku rasa tawar hati nak teruskan semua nih.

Kalaulah ayang aku nih mampu, dah lama dah aku anto surat resign, duk umah tenangkan diri jap. Tapi apakan daya, kitorang lum mampu tuk hidup camtu lagi.

Korang pernah tengok cerita korea(ya!, aku suka wat cerita tv nak plak korea jadi contoh) bila pelakon tuh (pompuan selalunya) kalu dia tengah pikir benda atau risau kebenda, dia akan jadi weak sangat sampai siap masuk air segala? pernah tengok? tak pernah pun anggap jerlah korang pernah tengok hahahhaahha.

Camtulah perasaan aku waktu nih, aku rasa lemah sangat, rasa cam nak nangis. Rasa nak baring ja. Fikiran aku banyak menerawang ke tempat lain. Tapi semua nih takleh nak tunjuk kat orang, yealah, nanti org kata emo plop huhuhuh.

Bilalah rasa blues ganu kita nih nak tamat agaknya. Aku dah tak sabar nak bangun pagi-pagi dengan semangat pergi kerja. Nih tiap hari bangun ngan moto nak balik ja. Silap hari bulan nak cuti ja. huhuhuh aku memang dah series nih. Kang cerita kena gelak ja, orang lain tak paham nak pahamkan buang masa, so lu telan sendiri jerlah.

oklah blah dulu, nak teriak dah nih!