Friday, July 15, 2011

Kenapa saya suka tgk cerita korea

Korang pernah tgk iklan ONE HD yg ada kat dalam astro Beyond tu? aku trylah cari kat youtube tapi tak jumpa huhuhuh...antara dialog iklan tu

" 3 Perkara yang menyebabkan anda menonton cerita dari korea, sebab PERTAMA, Pelakon lelakinya yang kacak dan bergaya, menyebabkan anda terpaku untuk terus menonton aksinya, KEDUA, Pelakon wanitanya yang comel dan manja, membuatkan anda rasa ingin menangis bersama mereka dan KETIGA, jalan ceritanya menyebabkan anda terus terpaut kepadanya "
Teks ni aku olah sketlah, sbb iklan tu dah tak keluar dah dan aku pun tak ingat sepenuhnyalah ayat dia, tapi tiga benda tu mmg dia sebutlah.

Aku ni antara mereka yang agak fanatik sikitlah ngan korea ni semua, tapi yealah, aku senang ja, kalu cerita tu tak best hensem camner pun aku tak tgk gak, tapi kalu jalan cerita dan olahan dia best, haruslah aku tunggu dan sembunyikan remote dari tangan anak aku (Anak aku kawal TV, dia suka tgk BBTV).

Kenapa aku suka sangat korea ni? aku bukan takat suka pelakon dia, malah culture dia jugak. Aku ni siap pi belajar bahasa korea lagi, tapi tak habislah, takat boleh mengeja ja. Kalau takat masak kimchi tu, nothinglah <--- sila baca dengan nada mengada. Malah, sebahagian menu kat umah aku adalah menu korea, dengan gigihnya aku google tau.

Aku paling suka tgk drama korea sbb pelakon dia pandai main perasaan, kalau dia marah atau benci mmg kita pun akan rasa sama. Kalau cerita teknik fotografi lagilah. Gambar yang dia amik, scene dan persekitaran semuanya cam logik ja (adalah yg tak logik kekadangnya) dan cantik ja. Make up lagilah, padahal nipis ja makeup dia buat dan yang paling penting haruslah jalan penceritaan.

Kat Malaysia ni ada ja cerita yang jalan cerita dia menarik tapi yealah cerita korporat dan dengki mendengki tu lagi banyaklah dan cara diorang bercerita tu cam ada benda kurang atau kekadang terlalu series.

Cerita favourite aku? Hohoho haruslah cerita cinta huhuuhh, nak plak yang ala ala fairy tale dan haruslah berakhir ngan happy ending. Aku mmg tak paham kenapa ada org suka tgk cerita or baca novel yg sad ending, wat penat jer aku rasa. tujuan kita untuk berhibur tenangkan hati bukan nak tambahkan  stress lagi.

Aku paling suka scene bila lelaki tu rasa kesian ker pompuan tu or dia rasa cam tak tau nak luahkan perasaan dia camner ker pompuan tu. Cara diorang pandang pompuan tu menyebabkan aku rasa cam huhuhuh caringnya mamat ni, tiap kali scene camtu aku mesti rasa cam tgh dengar lagu kristal nak plak part ni "rasa nak ku dakapkan kau dalam pelukanku..." aku mmg sukalah, tgk ekspresi muka camtu huuhuhuhu.

Aku pernah tgk sekali ja (yang jelas) ekspresi tu pada muka ayang aku, tu pun waktu aku masuk spital pastu kena bedah sikit. Aku 1st kes tapi aku last keluar, and patutnya benda tu 2 jam ja, tapi aku masuk kul 8 pagi habis jumaat baru aku keluar dari dewan, ada exsiden sikit. Aku boleh tgklah muka ayang aku, mama aku mmg tgh risau. Tapi yang paling penting adalah riak muka dan pandangan mata ayang aku pada aku, huhuhuhu waktu aku mmg dapat rasa yang dia sayang kat aku huk huk huk, terlebih sudah.

Aku akan terus menonton cerita korea huhuhuh walaupun ayang aku kata suruh kurangkan....err ada sesapa nak order kimchi?

2 comments: