Thursday, July 28, 2011

Aku dan Kinabalu

Seperti yang semua tahu, trip aku mendaki kinabalu ialah pada Sabtu dan Ahad lepas (23 & 24 Julai 2011) dan semua rasa aku sampai tak puncak?

Apa? Aku tak tak sampai? wah sesuka hati korang jer ek? See the leglah....huhuhuhuh errrr aku mmg tak sampai pun. DEM!

Aku akan ceritai dari mula perjalanan ke Sabah lagi, malam tu aku tak boleh tido, tak tahu apa yg tak kena, tapi mmg aku tak ngantuk langsung. So pagi tu aku telah minum kopi London aku yg mahal tu, dan mata aku pun kembali segar. Tapi, jantung aku tak keruan, aku jadi kalut ajer.

Bolehlah aku siap tak perasan tiket bas transit aku ker LCCT, dah kena marah ngan konduktor bas tu...dahlah dia garang giler...pastu baslak bawak alahai, slow cam benda ja...nyampah aku. Nasib sempat check in beg huhuhuh.

Kitorang berjumpa ngan team yang lain kat balai berlepas, lepas borak kejap pisah balik huhuhuh. Dalam flight lak aku duk ngan opismate aku, abg. Din, jadi kitorang duk layan borak sepanjang 2 jam atas flight tu. Sampai jer terus kumpul ngan ngan team mates lain. disebabkan kitorang ramai, so kitorang naik 2 van, jadi team aku satu van, team satu lagi 1 van.

Kalu dah namanya Akukan, takkan boleh nak senyap ja dalam van tu. Tambah pulak ada abg. Din sekali kat dalam, apa lagi duk layan borak lagi utk 2 jam setengah lagi...kiranya aku ni boleh bercakap tanpa henti selama 5 jamlah huhuhuuh.
 Ni kat Zen garden
 Ni pemandangan pagi kat Zen garden. Tu nampak tu Gunung Kinabalu....
Ni dari airport ke Zen Garden...muka ceria jer

Kitorang sampai Zen Garden dalam kul 5 petang, kul 6 kitorang dah pi turun dinner (ni termasuk dalam pakej yang aku amiklah) malam tu operasi borak lagi tapi sesi ngumpatlak ngan kawan aku. Kitorang leh ngumpat sbb aku amik 6 bilik, jadi setiap bilik leh masuk 2 org walaupun katil tu muat tuk 3 org huhuhuhuh.

Pagi esok pass sarapan kitorang bertolak ker Park, tapi sesi pendaftaran amik masa terlalu lama menyebabkan kitorang start climb kul 10 pagi sedangkan org lain start kul 8 pagi huhuhuuh.

Pagi tu cuaca cerah sangat, tapi macam biasalah, ingatkan cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

 Setelah 2 jam menunggu tuk diproses akhirnya sampai kat gate nih kul 10 pagi
 Pemandangan Puncak kinabalu dari kaki gunungnya.
 Ni marking perjalanan, kalu jumpa balik air terjun nih maknanya dah sampai ah gate balik.

Aku mmg tak sangka, yang waktu KM1 lagi aku dah pancit, huhuhuh mmg memalukanlah. kawan aku siap bg memacam teknik nak kurangkan penat. Dia siap cakap lagi, bernafas tu, amik nafas ikut hidung hembus ikut mulut tapi jgn kuat. Jalan tu tgk bawah ja jgn tgk atas nnt rasa cam susah. pastu naik tangga tu naik 1 shot ja pastu terus amik nafas...huuhuhuh tapi aku tetap cam hampeh gak penatnya.

Lepas aku berenti kat KM1, semua teammates aku dah tinggalkan aku. huhuhu jadi tinggallah aku ngan member aku yang sorang nih...

 Pondok tempat aku berenti and passkan beg galas aku ker Guide kitorg
 Contoh pondok penuh
Contoh muka yang penat

Tengah hari tu dalam kul 1 sekalinya hujan Daa...giler ah, cecepat aku amik baju hujan aku pastu bg ker member aku satu. Tapi sayangnya yang aku punya rupanya jenis mudah koyak, huhuhuh baru masuk tangan dah koyak rabak dah. Jadi terpaksalah aku bermandi hujan di perjalanan menuju Kinabalu.

Cuaca dia cukup sejuk, sampaikan jari aku tak terasa dah apa yg aku pegang. Kuku semua bertukar jadi biru.

 Tgk apa jadi kat baju hujan aku...bukan aku yg salah ek...baju tuh yg murah....
 Nampak kelabu tuh? tulah adegan air hujan yg turun tanpa henti sampai malam
 Dalam hujan pun sanggup berehenti rehat...janji duk sekejap huhuhuhuhuh

Pastu....

Guide: "kamu mahu tidur di Layang-Layang?"

situasi Aku : masih ingin sampai Laban Rata... , semangat masih kuat...tapi langkah dah mula 2 tapak berhenti 2 tapak berhenti...
Setelah seketika...

Aku: "Boleh tidur sana?"

Guide: " Kalu ada pekerja, kalu tiada, kamu kena terus naik Laban"

Aku: hmmm

Guide: "Ok, Richard (Guide satu lagi) kata ada pekerja di sana, bolehlah kamu tinggal disana"

Akhirnya sampai jugak Layang layang...aku dah tekadkan hati nak tggl kat sini jer...No regret at all...ni yg terbaik aku leh buat dalam keadaan sekarang...kalu aku teruskan aku akan sampai Laban malam, and aku tak mahu sampai sana malam...

Aku pun cakap ker kawan aku yg aku nak sampai sini jer, and aku takkan menyesal...aku suruh dia teruskan kalu dia nak, tapi dia senyap ja.

Kitorang pun masuklah dalam pondok tu, ada 2 pekerja lelaki kat situ, kiranya diorg nih cam ranger park ah.

Lepas dah beritahu yg nak tumpang situ, Guide kitorgtanya menyesal tak tinggal sini. member aku pun tanya guide tu agaknya kalu teruskan kul brapa sampai pastu guide tu cakap kul 8 malam kalu ikut cara kitorg tadi...Giler ah 8 malam kat sana dah sama cam 9 lebih kat sini...dahlah hujan, baju basah, sejuk...aku mmg tak maulah.

last2 kawan aku pun tak teruskan, aku mmg cakap direct yg aku takkan menyesal...bagi aku ni semua keje giler.

Petang tuh kitorang borak ah ngan abg2 tuh, pastu diorg caj sleeping bag rm10 1 beg, aku amik 2 sbb cuaca malam tuh mmg sangat sejukkkk sampai perut aku mengigil...korang bayangkan tahap sejuk dia sampai aku leh ajak member aku tuh tido sekali satu katil...huhuhuhuh lemak kitorg pun takleh cover tau kesejukkan tuh...

Aku asyik pi kat bilik hetaer jer, bilik dimana baju aku abg tu tolong keringkan...oh lupa nak cakap kat situ juga ada air panas..kat laban sana kata member aku yg lain takder heater, takder air panas...huhuhuhuh siap diorg cakap mana aci lagi huhuhuh...so maknanya kat sini diorg semua tak mandilah tuh huhuuhuh entah gosok gigi pun tak...

Lupa nak cakap, hanya kes KECEMASAN sahaja leh tido layang-layang, kalu korang larat, baik korang teruskan jer...aku waktu tuh dah mmg mengalah giler dah...


Pondok layang layang...ni adalah KM 4, ada lagi 2 KM sebelum ke Laban Rata....

perjalanan turun kitorang mulakan jam 9 pagi, tapi pagi tu kitorg hanya bersarapan meggi yg saja aku bawak untuk kecemasan dan akhirnya berguna jua.

Aku sampai KM 2.5 baru mula terasa penatnya, dan sepanjang perjalanan semua org yg mendaki naik menegur kami dan bertanya sama ada kami sampai puncak atau tak..dan jawapan aku tak atau rendah sikit atau terus jujur sahaja, senang, tak payah cerita banyak...

Tapi kaki aku mmg lembiklah menuruni anak tangga sejauh 4 km tuh, nak pulak kitorg mmg berjalan berdua aja lagilah bosannya tapi at least cuaca sangat cerah and aku masih bertenaga hinggalah sampai ker KM1 dimana ada 1 km jer lagi nak sampai Timpohon Gate.

Sebagai pembakar semangat, kawan aku asyik cakap yg kitorg dah dekat ngan air terjun, hinggalah aku geram sangat dan aku pun marah dia " dekat, dekat, tak sampai sampai gak.." huhuhuhh..dan akhirnya kitorg sampai sungguh kat airterjun tu dan aku mmg gila dah lembik...korang ingat kuasa meggi boleh pi jauh ker?!

Kawan aku cakap yg dah boleh nampak Gate dari tempat dia berdiri, tapi aku mmg dah lembik gila, rasa cam nak suruh org tarik ja aku naik ke atas. Pakcik yg jaga gate tu nampak kitorg dan dia dah siap bukak  pintu gate, tapi nak melangkah 20 anak tangga terakhir tu mmg rasa cam benda ja...aku mmg berpaut pada tongkat akulah nak bawak diri.

Ada makcik tu siap cakap tak nak panjat..mungkin sebab tgk muka aku kot. Dalam pada kaki aku nih lembik and dah tak sabar nak duduk, leh aku nampak kedai tu jual coke. So aku terus mintak kawan aku yg aku tgk masih selamba ja cam takder apa yg berlaku pi beli 100 plus ngan coke satu huhuhuhu...mmg nikmatlah dapat minum air tu.

lepas tu kitorg pergi naik van yg disediakan utk ke park. Kaki mmg tak tahulah nak cakap apa. Jam waktu tu baru ja kul 1.30 ptg, kalaulah kitorg sampai layang2 pada waktu tu jugak, mesti aku dah naik sampai atas. Mmg kelebihan masa penting dalam wat benda gila nih.

Sampai ja, aku terus pi Balsam cafe menantikan team yg lain. Digi plak kat situ hampir-hampirlah jer...tensi betul. Lepas dapat news yg team mates lain jauh lagi, kitorg pun duk melepak kat situ sampai 5 ptg, sampai dah takder sesapa dah kat cafe tuh.

muka boring tunggu diorg

 Akhirnya diorg sampai naik bas terakhir yg ada
 sesi merilekkan diri...ni bos yg belanja ya.

Dah nak fly balik, tapi terjumpa team mates lain yg lain flight.

Nak balik tu boleh tak tetiba jer perut aku tak sedap and aku rasa loya, last2 aku pun mmg asyik muntah2 jer sebelum naik flight...yg last muntah tu mmg habislah lunch aku kat 1Borneo..rugi tul.

Naik kapal terbang perut aku start sakit plak...aduyai..bukan ada air kat atas nih oiii, so aku terpaksa menahan diri aku utk 2 jam setengah lagi, and aku mmg bantai tidolah and tak mahu berborak ngan sesapa sbb aku kena fokus...

Sunyi jadinya flight tu sbb aku tido huhuuhu..

Esoknya aku pi klinik, kena sedas utk diarhea, pastu apa lagi MClah huhuhuh, tapi tak guna gak sbb takleh pi memana kerana aku mmg terus tertido sampai petang, terjaga pun sbb adik aku call srh amik dia kat opis huhuhuhhu......

soalannya sekarang...Sanggup ker aku wat keje gila ni lagi MAC nih? 2nd attempt bersama ngan teammates yg kurang 500M nak sampai puncak tapi patah balik? GILA ah kalu aku pi ikut diorg.

No comments:

Post a Comment