Tuesday, July 12, 2011

Meniti hari menuju puncak kinabalu

Cam tak percaya ja, lagi 10 hari aku akan fly ke Sabah untuk memanjat gunung kinabalu (esoknya pi meeting..DEM!)...korang rasa aku dah sedia ker? hahahah haruslah tidak sebabnya aku nih bukan wat intense training pun. Aku yakin balik nnt aku akan demam urat and MC seminggu.

Yang paling tak tahannya, 25hb tu yealah meeting kat Sabah, yang 26hb tu Lunch & Learn kat opis akulak....huhuhuh aku dah tak tahu nak pikir apa bila dgr jadual aku semalam.


Aku kesian ker salah sorang ahli group aku sbb dia tetiba ada seminar so dia tak dapat joinlah mendaki ni...dahlah lg 2 mg ja, and dia dah wat persediaan gegila dah, sekali kena attend seminar, sikit lagi wit dia nak burn semua tapi nasib baik ada replacement so taklah rugi sangat hhuhuhuhu.

Oklah, kita berbalik ker topik asal kita. Kat desktop skrin aku sekarang dah pakai pic baru iaitu pic ni

aku tak ingat aku amik kat blog mana. huuuhh..giler semangat tak aku? Dalam pada semangat tu aku pun telah pergi mencari barang yg patut dibawa ngan salah sorang yg akan ikut mendaki nnt. Kitorg pun pilah JJ Balakong kekonon nak tgk regalah...sekalinya rega sweater ja dah separuh pakej. beratus tuh...aduyai mana leh camni leh miskin aku semata nak panjat kinabalu ja.

Esoknya bersempena ngan Bersih 2.0 (huhuhuh konpom takder org kat putrajaya) aku telah menshoppingkan diri aku dengan menggunakan wit ayang aku. huhuuh haruslah sbb aku dah beli kamera baru, yang patutnya dia yg beli.

hasilnya:


yeay dapat kasut baru... korang tgk harga dia...dan jgn lupa tgk saiz dia....


Ni plak gambo glove..tapi jenis yang serap air. kalu yang tak serap air rega dia haruslah lagi mahal pada ni


 Ni harga T-shirt dia...kalu ikut aku, haruslah pakai t-shirt biasa ajer tapi ayang aku bising nnt nampak punggung...dah lah aset aku ni sedia beso huhuhuhuhu....so aku pun pilihlah fesyen muslimah ni



Nampak yang star tu? ha tu namanya heat pad. fungsi dia ialah utk memanaskan sementara badan kita. benda tu sebelum dipanaskan cair ja, dah dipanaskan baru jadi beku camtu. Hg dia RM10 dan boleh didapati kat kedai traveller..ala kedai tuk pi luar negara tu. panas dia tahanlah dalam 30 minit gitu.

 Ni plak seluar trek. bukan niat aku nak beli banyak tapi aku ni takder seluar trek, aku ada selai ja, pastu waktu pi cari ni susah tul nak dapat saiz aku. so aku pun sambarlah 3 lai terus, cukup utk aku pakai selama seluar tu mampu bertahan.

Semua sekali beli benda ni dalam rm300 gilerlah, nak naik kinabalu ja aku dah berabih gila (korang jgn ikut aku, kalu korang leh cut kos lagi, cut ja, takyah ngak beli benda tak patut cam aku ni) Harga yang aku kena bayar, huhuhuh pass ni kenalah pi bersenam, ayang aku sebenarnya dah bagi signage suruh pi jogging, kasi turun sikit berat badan aku tu...

dia siap kata aku dah bertambah gemuk dah huhuhuhuh...abihlah aku kalu camni.....

Harap dengan semangat yang masih bersisa aku leh tawan paling kurang pun laban rata....

Fighting!

No comments:

Post a Comment