Sunday, August 7, 2011

Shaini yang demam

Jumaat hari tu after work (aku balik awal sbb anak aku duk menangis kat umah pengasuh) aku balik kuantan. Disebabkan aku balik awal so aku decide baik aku masak bekal berbuka puasa, walaupun cadangan asalnya nak berbuka di kedai kat Gombak jer.

Disebabkan kerajinan aku, jadi aku telah masak rendang dendeng (nak habiskan stok bekalan makanan) dan ikan masin asam. Aku jugak goreng ikan tetapi inanya tidak laku huhuhu. Disebabkan aku dah budget yg mama aku mesti tak masak lauk banyak, jadi aku telah masak ikan masin asam dengan kadar yg sampai utk sahur (dan tulah lauk sahur kitorg..heheh..aku just nak cakap aku pandai masak ja  < - - - sila rasakan yg aku perasan)
 ikan masin asam

 adegan berbuka di highway

ikan goreng

Hari sabtu tu kitorg pun mulalah pergi operasi shopping barang dapur dan juga barang nak buat kuih raya. Dalam masa yg sama aku mmg berniat nak bawak anak aku pergi jumpa Doktor pakar kanak kanak sbb dia dah seminggu demam, tetapi malangnya semua klinik yg aku pergi sama ada tutup atau tiada ING dan ada satu tu tiada Doktor.

Yang tu aku pelik. Kalau dah takder doktor apasal ko bukak? Org datang nak jumpa doktor. Bukan nak jumpa pembantu. Aku mmg rasa cukup pelik.

Malam tu waktu berbuka, anak aku panas balik, dia mmg dah bernafas cam lelah dah. So aku pi tgk klinik bias kat kg aku, nasib bukak walaupun malam. So bila pergi sana aku pun cakaplah yg anak aku cam lelah. Pastu doktor tu cakap anak aku punya jangkitan bukan takat tekak dan hidung dah, dah sampai paru paru sbb tu dia cam semput. So doktor tu pun bagi rawatan sedut and siap pesan kalau anak aku nafas kuat sangat terus pergi ke spital huhuhuhuh....menakutkan tul.
Balik dari klinik, aku terus bg ubat ker anak aku. Kakak dia dulu pun selalu gak kena sedut nih waktu umur cam dia tapi bezanya diorg ialah kakak dia tak pernah dapat ubaat lelah, tapi adik dapat huhuhu.

Shaini yg demam baru tertido balik dari jenjalan.

  Acara kena pakai mask
  Acara kena pakai mask lagi
   Acara kena pakai mask lagi
  Acara kena pakai mask lagi...nampak ja cam baik tapi gelupur mintak lepas.

Aku simpulkan yg anak aku tak boleh makan tembikai sebab aku rasa permulaan dia start demam lepas aku bg dia makan tembikai hari tu tambah lagi dia mmg kuat mengutip huhhuhu....

Harap2 lepas nih dia dah tak demam lagi at least tak seteruk sekarang...



No comments:

Post a Comment