Thursday, July 21, 2011

Esok nak fly ke Sabah!!!! habislah aku

Sekejap jer rasanya masa berlalu, sedar tak sedar dah nak hujung Julai, dan maknanya Ramadhan pun dah makin menghampiri, lebih dari tu haruslah tarikh aku nak mendaki Kinabalu makin dekat juga iaitu kira kira ...hmm...dalam.. 1 HARI! saja lagi....APA! 1 hari lagi...huhuhuhuh habislah aku

Aku yakin yang aku akan rasa menyesal tak berlatih bersungguh sungguh  sebelum mendaki kinabalu tapi itu semua sudah terlambat..tak guna mnyesal lagi... tak ada gunanya lagi ( sila guna nada johan rajalawak) huhuhuhuh....

Apa yang merisaukan aku sekarang ialah diri aku. Tetiba ja, nak sakit kepala nak demam...BP naik plak, aduyai.. dah makan ubat pun masih lum hilang lagi....ni mesti kes penatlah ni.

Mana taknya, Isnin kul 4 pagi dah bertolak ke Bangi dari Kuantan, malam tu kul 2 pagi baru tido, malam Selasalak sama gak kul 2 baru tido, Malam Rabu pun sama, lepas balik dari karok  ehhem ehheem, sila sedia maklum yg anak2 berada dirumah nenda mereka, kul 10 habis.

Balik umah ngemas semua barang nak pergi kinabalu, kul 2 barulah tido, bangun pagi ni...ha, berat ja kepala...tulah antara tanda darah nak naik, ngan nak muntahnya lagi...huhuuh, harap esok dah oklah, sbb Sabtu dah nak panjat kinabalu......

Aku yakin yang aku nnt akan memalukan team aku, bila baru naik sikit anak tangga aku dah pancit huhuhu, yang ada pada aku hanyalah semangat dan satu soalan saja..." KENAPA AKU NI? GILA KER APA? KENAPA AKU KAT SINI?"...oppsss dah jadi dua nampaknya soalan aku huhuhu....

Dalam hati aku ni kosong ajer...risau pun ada sikit, yakin pun ada sikit, semangat pun ada juga, aku rasa cam aku leh terbang dan boleh sampai puncak yang aku pasti itu semua fantasi aku, kerana realiti tak mungkin semudah itu.... (nak amik exam pun otak aku kosong camni gak...)

huhuhuhuh...FIGHTING!...Mesti boleh punya....



Aku datang dari jauh...aku datang mencari mu... Kinabalu! aku cabar kau!

No comments:

Post a Comment