Saturday, January 28, 2012

Camner nak keluar negara bagi pemegang PR?

Aku kan nak bawak aboh aku balik kg dia cari sedara mara, tapi sekalinya tak boleh upanya aboh aku nak keluar bercuti camtuh ja, ada banyak prosedur yang kena buat huhuhuhu dan memang makan masa yang lama.

Yealah, mana pernah terfikir yang kitorang mampu nak pi keluar dari malaysia nih, nak balik kampung pun rasa seengkek sangat ni kan plop nak balik kampung kat indon nun. sebab tuh tak pernah amik tahu pasal imegresen nih segala.

so.....

Anda pemegang kad PR(penduduk tetap)?

Anda ingin keluar dari Malaysia? atau ke Sabah dan Serawak?

Anda tiada Passport?

Anda tiada/ hilang permit masuk?

maka entry ini layak untuk anda....



1.Pastikan anda membuat laporan polis tentang kehilangan permit masuk anda.

2. Pastikan anda membuat surat akuan sumpah dari mana-mana pejabat akuan sumpah tentang kehilangan permit masuk anda tadi.

3. Pastikan anda membuat cabutan diri anda yang terkini di Jabatan Pendaftaran Negara ( tak pasti cawangan boleh tak)

4. Pastikan anda memohon passport bervisa dari kedutaan anda. Peringatan: Bagi mereka yang baru pertama kali memohon passport  tersebut, akan ada sesi temuduga dijalankan pada tarikh yang akan diberikan oleh kedutaan. Sila pastikan juga anda mengenalpasti masa permohonan boleh dibuat. ( Kedutaan Indonesia: Borang hanya diedarkan dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi sahaja)

5. Setelah anda mendapatkan passport bervisa anda dari kedutaan, sila pastikan anda sediakan salinan passport tersebut.

6. Pastikan anda membawa semua dokumen di atas ketika memohon pelepasan keluar dari Malaysia di pejabat imegresen berhampiran. Waktu pemprosesan adalah 24 jam.


huhuhuhuhu jangan buat lambat2 nanti jadi cam kitorang...dah kena gi lagi indon sana huhuuuh......

2 comments:

  1. kalo kena g lagi, aku nk ikut... tp time tiket rm10 lah huhuhu... book utk syuk n sharhan sekali t aku bayar... :)

    ReplyDelete
  2. Permit masuk saya hilang, bolehkah saya tuntut duit deposit dr imigresen sbb saya dah dpt ic merah?

    ReplyDelete