All this while. sebab utama kenapa aku stay kat opis aku, haruslah environment. Dan aku yakin kalu kita suka kerja kita, kita akan stay kat kompeni tuh. Aku memang cukup sayangkan opis aku, aku dah duk kat sini hampir 4 tahun, walaupun ada ja yang stay lagi lama dari aku (kompeni aku sebelum nih- masih dalam bangunan yang sama), tapi sedikit demi sedikit aku dah mula tawar hati.
Seriesly kalau boleh aku nak stay, tapi setiap kali aku harus melalui proses yang sama, kenal kawan baru, rapat then org tu blah, the processes come and go and it slowly make me feel that i should go too. Ada kawan aku pergi sebab better offer, dan ada jugak yang pergi sebab hati dah mulai tawar.
Ya aku tahu, biasalah tuh kalu kena marah, tapi sedikit sebanyak benda tuh akan merosakkan mood ko kat tempat kerja. Setakat hari nih, aku sebolehnya mengelakkan diri dari kena marah, tapi yealah, ko memang takkan dapat puaskan hati sesiapa.
Aku pun ada ego gak, aku pun tahu gak rasa nak menang, aku pun tahu gak rasa tak suka diperintah. tapi yealah, kalu dah namanya oarang bawahan, sampai bila pun camtu gak.
Selama 4 tahun aku kerja nih apa yang aku dapat? hmmm entahlah, aku rasa takder apa yang aku boleh banggakan.Takperlah, nak mengharap kan gaji yang mahal memang tak dapatlah. Kompeni kecik, baru nak bertatih. Sales pun lum dapat lagi, memang hidup akan senak lah sket. Bila memikirkan tuh aku rasa aku memang tak patut berperasaan begini, tapi...akukan manusia, aku pun ada keinginan gak huhuuhuh.
Bab nih aku leh tolerate lagi, tapi aku dah mula rasa yang aku sikit demi sikit mulai hilang apa yang aku suka. My passion towards my work. Its not like i don't like my work, it's just that slowly i was being moved away from what i love...do programming.
Sekarang aku buat kerja yang paling aku tak suka dalam hidup aku...SALES...dari dulu lagi aku dah tetapkan dalam hati yang aku tak mahu kerja frontline. aku nak kerja kat belakang. kerja yang tak memerlukan aku pergi keluar jumpa orang, break the ice segala. Memanglah sekarang aku bukannya full sales, dan hanyalah pre-sales, but i know that it just the phase, just the propaganda to make me a sales person without i even realize it. It just like training without u know that u attend 1.
Baru nih aku kena siapkan satu mini software untuk kompeni aku, the normal thing that i love to do. And when i do it, i know that i just too good with it, and i really miss to do it. Memang terasa betul, hati aku puas bila aku berjaya buat benda tuh, memang cukup menyeronokkan aku. Aku sanggup bertapa kat opis, hanya nak siapkan benda tuh, malah kat umah pun aku sanggup buat.
Kalaulah aku boleh keluar dari kepompong nih, dan buat apa yang aku suka, tapi apakan daya, aku bukanlah orang yang sangat berkebolehan hingga ada yang berkejaran nak hire aku, aku nih hanya orang biasa ja. Atau mungkin memang dah tertulis disinilah rezeki aku yang sebanarnya.
C-Drama: Ace Troops. Review kali kedua.
1 day ago
No comments:
Post a Comment