Tuesday, August 16, 2011

Apabila tenet takder kat opis….


Aku terdiam disini,
Duduk seribu bahasa, di ruang yg sunyi
Hanya lantunan suara lunak T.O.P, GD dan ahli Big Bang lain yg berkumandang
Memecah hening hari…..

Hari ini terasa masa merangkak dengan lemahnya,
Terasa jauh untuk sampai dinihari,
Dan terasa jua ada mata yg memerhati…
Mungkin mata itu merasa bosan, Seperti bosannya aku tika ini,
Munkin kerna kebosanan itu juga,
Mata itu cuba mencari salah, cuba berserkap jarang,
AHHH persetankan mata itu,
Biarkan dia terus dengan telahan dia…
Yang penting tika ini adalah AKU!
Aduh…
Walau lagu –lagu bertemakan suasana riang raya sedang asyik berkumandang,
Namun aku tak mampu meletak focus ku disini…
Tak mampu…apatah lagi bila bateri henpon ku telah memberi amaran kekeringan,
Lalu dia pun mematikan dirinya…
Menambahkan lagi senak kebosananku ini…
INTERNET!!!! Dimana kau…aku bosan tanpa kau disini…
Aku bosan tidak dapat melayar MukaBuku ku.
Bosan tidak dapat mengupdate blog aku,
Bosan tidak dapat membaca blog kegemaranku…
ARGHHHHHHHHHH….AKU MAHU INTERNET!

Cempaka biru,
15 Aug 2011 -4.15pm

p/s: errr lupa tambah...bosan tak dapat siapkan keje ku....PENIPU! hahahha akulah org plg hepi takyah buat keje benornya huhuhuhu

No comments:

Post a Comment