Saturday, December 17, 2011

Ofis event- all day fun....or not?

Semalam aku telah menjahankam satu opis aku ngan mengarrangekan event pada hari bekerja. Disebabkan company aku nih kecik dan wit pun tak banyak, tapi staff semua nak bergumbira di hujung tahun (tanpa perlu pergi meeting cam tahun lepas yang jahanam) bos suruh aku arrangekan permainan bowling. Tapi apa gunanya kalu takat main bowling, so aku pun suggestkan pi karaoke beramai ramai.

Apa motif aku pilih karaoke? satu, mestilah sebab aku gian nak karok, dua, sebab ni antara benda yang ko leh berinteraksi beramai ramai, sambil gelakkan orang lain nyanyi sumbang.

The plan went on okay pagi tu, bila kitorang duk main bowling dari yang asalnya patut main 1 frame ja sorang end up dekat jadi 3 frames. Aku cam biasalah, mula game memang strike, tapi pastu terus cuci longkang, dan markah aku pun hanya around 70-80 ja, so hadiah Pemain terbaik memang konpom tak dapatlah.

Tapi kitorang ada satu lagi hadiah iaitu pencuci longkang terbaik, tapi sayangnya markah aku takleh lawan untuk dapat hadiah tu bila markah pencuci longkang dalam range 40-50 markah, tapi adik aku adalah calon 2 terakhir untuk hadiah tu, so aku leh merasa gaklah hadiah tu nanti kalu dia menang heh heh heh.

Waktu adik aku baling bola, akulah paling kuat sorak "Longkang, longkang" walaupun sepatutnya aku suruh dia strike huhuuhuh, adik aku berjaya menjaga reputasi dia dengan terus mencuci longkang, tapi pesaing dia tak mau kalah, waktu tu markah diorang seri, so kalu dia pun cuci longkang gak, hadiah diorang leh share, tapi sayangnya, waktu bola tu patutnya masuk longkang, sekali bolehlah plop bola tu melencong kena pin, so kitarang bersoraklah sebab hamper tu kitorang punya heh heh heh.

Habis main bowling, yang lelaki pergi sembahyang Jumaat, yang pompuan lak pi makan kat Nando's, ni first time aku makan kat Nando's, best gak upanya makanan dia, tapi katanya harga dia mahal, sayangnya aku makan sikit ja sebab susah nak kejar diorang nih yang makan agak laju gak  memasing.(Except PM akulah sebab dia nih duk diet)

Pass makan patutnya terus ke sesi yang aku  tunggu tunggu, KAROK, disebabkan patutnya kitorang ada 8 orang, berkarok selama 3 jam adalah jumlah yang wajar, tapi gila hampeh bila akhirnya yang tinggal aku, adik aku, dan 2 orang lagi opis mate aku, yang lain semua blah pi tengok wayang. Aku memang tak puas hati pasal ni.

Memasing ada alasan diorang, yang sorang nih pi angkut suami dia, so suami tak karok takkan dia nak karok, yang sorang angkut anak isteri tapi dia karok gaklah walaupun agak kesian aku tengok isteri dan anak dia huhuhuhuh yang sorang ni lagi aku geram sebab dialah mastermindnya mengajak pi tengok wayang.

Aku tahu, tak semua orang ada citarasa yang sama, aku suka karok, diorang mungkin tak suka, tapi kalu diorang konpomkan waktu main bowling diorang nak pi tengok wayang kan senang. Lehlah aku amik sejam jer karok pastu aku chow balik umah ja tido nih tak, dah bayar dah tuk 3 jam, pastu amik bilik tuk 8 orang sekalinya semua pakat blah, aku sebagai organizer agak merasa kecewa dengan tindakan diorang nih.

Lenkali jangan suruh aku organize event kalu memasing dah memang ada plan sendiri. Kan senang waktu aku blast emel tuh atau paling tak waktu main bowling memasing cakap ja niat korang, senang sket aku nak wat kontingensi plan dan menjawab ngan bos kenapa tak mau masuk opis petang tuh.

Anyhow, lenkali kalu aku kena arrange lagi event, maka event yang aku pilih hanyalah main bowling sahaja...tak payah dah aktiviti lain
.
menci

No comments:

Post a Comment