Saturday, May 18, 2013

jiwa lara...

hahahhaha...tajuk tak bleh blah...sebenornya bukan apa...aku tengah sakit hati ngan opis aku. Seriesly nilah kompeni yang asyik buat aku nangis ja...baru keje setahun aku dah nangis berapa kali dah kat opis nun...

Akukan tengah siapkan satu projek ni. Projek tu asalanya dari jepun. Orang sana dah tak mahu guna system tu..tapi orang kat sini nak guna jugak..so department aku ngan bangga dan yakinnya take over projek tu.

Projek yang kalau owner dia pun rasa sampah,pastu ko teruskan kompomlah ada sesuatu pasal projek tukan? sesuatu yang sampai user pun reluctant nak guna even though diorang yang request. dan sekarang akulah yang tengah layan sampah tu.

OK, aku pasal projek tu aku tak kisah sangat...setakat nak suh aku buat amendment pada system based on user request ...tu memang kerja aku dah...tapi yang jadi problemnya, aku nak Tanya sapa pasal logic system tu?

Memang diorang ada provide dokumen, tapi takat dokumen on cara nak guna, apa nak setup..kenapa nak setup tak cerita. Apa logic column column data tu dipilih takder. Kenapa sampai kena ada dua data import pun tak cerita..dah tu camner aku nak buat kerja?

ko baca jerlah coding tu..bukan susah pun...AMBOI...senangnya cakap...memanglah boleh baca coding, tapi bila result takder apa apa aku nak jawab apa? bila user tanya kenapa data display camni. kenapa sheet ni camni aku nak cakap apa? benda tu semua takderlah dalam user manual.

Ala tanyalah owner projek...haihhh ni lagi susah.. dahlah owner dia kat jepun...walaupun dia owner, tapi dia hanyalah end user, yang tahu pass klik data keluar, tapi kenapa system tu design sekian cara, kenapa ada banyak query dalam system, apa connection antara database manalah dia tahu. Soklan sema hantar by email..nak tunggu jawapan makan tahun..haih pening aku.

dalam bebanyak isu ni, satu isu yang lagi aku sakit hati. Aku buat benda ni sengsorang. Ala, sengsorang pun nak kecoh ker? tu yang masalahnya..sengsorang ni maksudnya aku sorang ja yang tahu apa coding dalam system tu. Apa query yang ada, camner benda ni nak run...takat tahu tapi tak paham apa barang.

Nak tanya leader?  hmmmm diorang mana tahu pasal programming. HOD aku bukan programming literate. Leader aku tahu basic ja, aku nak tanya apa coding tu cakap pun dia tak paham gak..so camner aku nak discuss? opis mate aku pun masih baru dalam coding ni dan skop kerja dia kat sini tak buat coding langsung..lagilah harunya.

ni semua isu sampingan...tapi yang aku sakit hati bila org mempertikaikan kerja aku. memang benda dah siap..tapi banya benda yang aku tak tahu kenapa system tu keluar result camtu...banyak benda yang aku kena teka apa yang jadi. Aku nak balik rumah pun ketua aku tak bagi..tak cukup ker aku tunjuk yang aku dah berusaha nak siapkan benda ni?

yang aku perasan department aku ni kurang empati...semua simpati yang ditunjuk oleh bos aku banyak fake dari ikhlas. aku malas nak amik pusing sebab kalu aku dah mula menilai aku tahu nanti akan ada masalah lain plak.

seriesly aku nak cari kerja yang leader aku lelaki dan tahu apa staff dia buat dan boleh bantu staff dia kalau tak paham codings... arghhh I hate my job!


I want to stop trying....

No comments:

Post a Comment