Tuesday, January 29, 2013

ibu mertuaku...

Semua kawan kawan aku dulu takut nak ada mak mertua siap ada yang wish nak cari yang yatim piatu ja sampai tahap tu takutnya diorang.

Aku sempat merasa ada mak mertua pun sekejap ja..dalam beberapa tahun ja ker tak sampai sebab mak meninggal pass tu. So aku tak sempatlah nak merasa adegan pukul anak sindir menantu ni.

Aku tahu semua mak nak yang terbaik tuk anak diorang nak plak tuk anak lelaki sebab nanti anak lelakilah yang bertanggungjawab pada diorang so diorang naklah menantu yang baik tuk jaga diorang nanti.

Semua mak baik kat anak diorang kira the best momlah tapi tak semestinya diorang adalah  mak mertua terbaik nak plak kepada menantu pompuan sebab menantu lelaki keje dia tak perlu masuk dapur dan tolong kemas rumah.

Aku takyah bagi contoh jauhlah...nenek aku bukan seorang mak mertua yang bestlah dari sudut pandang aku. Aku leh nampak yang dia agak bias nak plak ngan calon menantu bukan pilihan hati dia.

Mama aku jugak ada ciri ni. Anak mama aku iaitu aku dan adik beradik yang lain tak apa kurang rajin tapi ciri calon menantu pompuan mestilah tahu kemas rumah dan rajin ...wahhhh so bias gitu... memang makan hatilah sapa jadi adik ipar pompuan aku nanti.

Tapi mama aku bukanlah jenis yang tahu marah orang depan depan tapi kalu mama dah ngamuk semua dia akan ungkit sampai lubang cacing sebesar zarah sekalipunlah. Adakah aku akan ikut jejak mama?

Sekarang aku masih muda kot..so fikiran aku lebih bersandarkan logik akal dari perasaan mungkin nanti bila tiba anak aku datang tunjuk calon isteri dia aku pun akan start keluarkan check list aku huhuhu.

Bagi aku tak salah nak protective tapi kalu dah salah tetap salah regardless ko anak or menantu but if you judge it with unstable emotion of coz the result will be different depending on what is your variables....

Aku harap aku jadi mak mertua yang disayangi oleh menantu sampai diorang tak mo balik umah dan diorang juga adalah menantu yang baik dan tahu tuk tak menyusahkan orang lain....

Nota: kul 1 tulis blog camno nk bgn kul 6 ni....


No comments:

Post a Comment