Tuesday, January 29, 2013

ibu mertuaku...

Semua kawan kawan aku dulu takut nak ada mak mertua siap ada yang wish nak cari yang yatim piatu ja sampai tahap tu takutnya diorang.

Aku sempat merasa ada mak mertua pun sekejap ja..dalam beberapa tahun ja ker tak sampai sebab mak meninggal pass tu. So aku tak sempatlah nak merasa adegan pukul anak sindir menantu ni.

Aku tahu semua mak nak yang terbaik tuk anak diorang nak plak tuk anak lelaki sebab nanti anak lelakilah yang bertanggungjawab pada diorang so diorang naklah menantu yang baik tuk jaga diorang nanti.

Semua mak baik kat anak diorang kira the best momlah tapi tak semestinya diorang adalah  mak mertua terbaik nak plak kepada menantu pompuan sebab menantu lelaki keje dia tak perlu masuk dapur dan tolong kemas rumah.

Aku takyah bagi contoh jauhlah...nenek aku bukan seorang mak mertua yang bestlah dari sudut pandang aku. Aku leh nampak yang dia agak bias nak plak ngan calon menantu bukan pilihan hati dia.

Mama aku jugak ada ciri ni. Anak mama aku iaitu aku dan adik beradik yang lain tak apa kurang rajin tapi ciri calon menantu pompuan mestilah tahu kemas rumah dan rajin ...wahhhh so bias gitu... memang makan hatilah sapa jadi adik ipar pompuan aku nanti.

Tapi mama aku bukanlah jenis yang tahu marah orang depan depan tapi kalu mama dah ngamuk semua dia akan ungkit sampai lubang cacing sebesar zarah sekalipunlah. Adakah aku akan ikut jejak mama?

Sekarang aku masih muda kot..so fikiran aku lebih bersandarkan logik akal dari perasaan mungkin nanti bila tiba anak aku datang tunjuk calon isteri dia aku pun akan start keluarkan check list aku huhuhu.

Bagi aku tak salah nak protective tapi kalu dah salah tetap salah regardless ko anak or menantu but if you judge it with unstable emotion of coz the result will be different depending on what is your variables....

Aku harap aku jadi mak mertua yang disayangi oleh menantu sampai diorang tak mo balik umah dan diorang juga adalah menantu yang baik dan tahu tuk tak menyusahkan orang lain....

Nota: kul 1 tulis blog camno nk bgn kul 6 ni....


Monday, January 21, 2013

cara masak tteokboki....hari gila korea sedunia

Hari ni aku buat perangai gila korea aku balik...dari minggu lepas lagi dah benornya nak buat perangai ni tapi malas nak keluar umah.

Akhirnya hari ni lewat jam 3 aku berjaya keluar dari umah ngan ayang aku terus menghala ke Ampang tuk pergi korean town kat sana....sini mmg dah jadi spot aku kalu cari barang nak masak resipi korea.

Sampai ja terus serbu masuk kedai runcit ni...selalu aku pergi kedai yang lagi satu tapi kali no malaslah plop so aku masuk Phil Mart ja.

Antara barang yang aku beli...


Yang panjang tunama dia tteokboki....salah eja kalu buat tak tahu sudah...so balik ja aku terus mulakan operasi memasak benda ni.

Senang cakap nilah benda paling senang kat dunia hahaha....bg yang nak tahu camner benda ni dihasilkan..sila refer vid ni:


Rasa benda ni kenyal gitu dan agak kenyanglah makan dia ni. So jom kita belajar cara nak masak dia.. 

Bahan bahan:

1. Tteokboki (malas kalu pilah beli kat Korean town nun)
2. Fish cake
3. Ikan bilis ( yg ni tuk buat stok kuah dia..aku balun ja letak ni dan..)
4. Stok ikan bilis 
5. 2 sudu Gochujang (chili paste)
6. 2 sudu Gula
7. Garam( dalam recipe tak tulis tapi aku balunlah secubit wat syarat)







Tu gambo bahan bahan..now cara nak buat. Assume korang dah siap potong kecik kecik tteokboki ngan fishcake.

1. Didih air ngan ikan bilis dan stok ikan bilis
2. Siap didih masukkan 2 sudu gochujang ngan 2 sudu gula...
3. Kacau dan biar merenih ( refer pic. Bawah. Sila ignore keadaan dapur dan kuali itu ya)


4. Campak masuk semua bahan lain (tteokboki dan fish cake) ..renih sampai pekat...tahap kepekatan berhantung pada selera.

5. Letak garam sikit tuk bagi rasa.

6. Didihkan lagi..(refer pic. Bawah..time ni ah feeling cam drama korea dah huk huk huk)


7. Dah pekat kalu maknanya dah siaplah benda ni...kalu rajin garnishlah ngan daun bawang..malas kalu cam aku bantai taruk dalam pinggan camtu ja.



Nasib baik ayang aku jenis tak takut nak cuba apa jer yang isteri dia masak..kalu tka memang makan hatilah aku...

Kenyang makan benda ni sampaikan ayang aku kata takyah masak dinner....haih baru ja nak masak sotong pedas korea...kena simpan tuk esoklah plak. Nanti nak masak jajangmyun plak...ala mee yg selalu diorg order dalam drama korea tu...huk huk huk...

Nanti aku share lagi ek...mohlah kita cuba..

P/s: semua bahan aku dah google halal ker tak. Kalu aku salah aku minta maaf awal awal.



Thursday, January 17, 2013

cantik ke ko?

Cantik ke orang yang tengah baca entry aku ni? Cantik ker orang yang tulis entry ni? Wahh kalau korang tanya aku kompomlah aku kata aku cantik hahhaha takkan nak tunggu korang cakap..mesti korang tak cakap punya..ala..janganlah malu dan segan..aku takkan bangga dirinya...

Waktu aku keje opis lama yang ada dalam opis tu sapa ja..ada 2 ke 3 ketul orang ja so subjek cantik ker tak adalah tidak ada dalam silibus kecuali kalu bos nak hire new staff barulah ianya aku jadikan isu.

Penting tu cantik dan hensem barulah ada motivasi nak pergi kerja..tapi kalu takat muka je tapi perangai haprak hampeh dan teruk baiklah ko pi simpan ja muka ko tu hahahha.

Kat kilang ni ramai orang,dah kalu namanya kilang kompomlahkan. So sebab ramai orang jadi isu buat perbandingan tu memang akan wujudlah. Orang ni kata dia ni cantik org ni plak kata org ni biasa ja so memasing ada pendapat sendiri.

Sebab tu cantik tu subjektif. Mungkin pada kita  orang tu cantik pada orang lain tak. Setiap orang ada aura dia sendiri. Kekadang kita pelik kenapa orang hemsem dapat orang tak cantik. Apalah yang org tu ada sampai yang hemsem nak kat dia.

Bagi aku orang yg popular tu dia ada vibe. Ada sesuatu yang attract orang nak tengok dia 2 kali. Takat ni aku ada ramai kawan pompuan yang cantik dan aku selalu jadi pemerhati umumlah. Aku mana ada vibe tu.

Yang aku nampak orang lelaki suka ke pompuan yang cam ignore diorang. Jalan buat tak nampak. Senang cakap cam sombonglah. Lelaki tend nak tengok 2 kali kalu jumpa pompuan camni.

Apalah agaknya rasa jadi popular siap boleh reject2 orang lagi..mesti seronokkan diperhatikan. Tapi kalu tanya mesti diorang kata rimas. Haih diorang tak rasa camner jadi tak popular ni. Nak cari pakwe pun susah..kesiannyalah.

Iklan:

Lokasi: Chatime The Mines

Aku: yanggg

Ayang aku: hmm

Aku: apa perasaan ayang...

Ayang aku: (pandang aku)

Aku: dapat isteri cantik cam orang?

Ayang aku: gelak gelak gelak.

Cis. Tak cantik ker aku ni? Saja jer tau.

Monday, January 14, 2013

sayang...

Apa sebenarnya cinta? Apa beza antara suka sayang cinta dan kasih? Kenapa cinta tu boleh pudar? Kenapa orang dengan mudah lupakan orang yang dulu paling dia cinta? Kenapa orang leh ngan mudah kata dia jatuh cinta or sayang orang tu?...haih..ni masalahnya sebab aku tak leh nampak dari kaca mata diorang apa itu cinta.

Aku akui yang aku bukan orang yang mudah jatuh cinta tapi aku mudah jatuh suka..sayang pun aku agak susah nak definisikan nikan pulak cinta.

Bagi aku sayanglah yang paling kekal..sampai bila bila pun kita akan sayang..macam kita sayang parents kita..anak anak kita...sayang tu takkan pudar..sebabtu bila kita ada kasih kita akan ada sayang.

Cinta tu bagi aku satu rasa yang sangat fragile...waktu kita cintakan orang tu memang kita akan sayang dia sepenuhnya tapi most of time nafsu yang banyak main peranan dan bila rasa tu makin kurang..kita mulalah kata tak cinta..mulalah lupakan semua rasa sayang yang dulu.

Takat ni aku susah nak jumpa orang atau couple yang masih mencintai seperti waktu awal2 dulu...waktu yang semua takper..tak pandai masak tak pandai kemas umah semua ok tapi yealahkan sapa tahan camtu...

Aku tak paham macam mana orang mudah kata dia cinta or sayang orang tu padahal dia baru kenal orang tu..kalu dia kata dia suka aku pahamlah tapi ko baru kenal sehari ko dah sayang orang tu..bagi aku sangat pelik.

Tapi bila kita cinta patutnya kita terima orang tu seadanya. Kita berusaha untuk paham perbezaan antara kita. Dan bila cinta jugak kita letakkan kebahagiaan orang tu dalam cartateratas kita.

Tapi ni bukan dunia sempurna. Dunia yang manusia boleh maafkan orang lain dengan mudah. Dunia tanpa ada rasa dendam. Dunia ni manusia lebih pentingkan diri. Pentingkan rasa dirinya sendiri dan puasnya diri sendiri tanpa pikir perasaan orang lain.

We do need to be selfish to be happy but is it worth the price? Is it the true happiness?

Yang penting kita kena cari cinta Illahi dulu. Lepas tu restu keluarga dalam mencari cinta InsyaAllah semua akan mudah. Jangan lupa untuk ikhlaskan hati dalam apa saja tindakan.

Love yo!

jom makan...

Hari minggu camni aku memang slow motion sikit..bangun pun lewat ja...bebudak dah bangun aku masih lagi dalam mood landing...dahlah semalam takleh tido..mimpi memang dah mimpi..siap ada banyak mimpi tapi takleh lena...aku memang cukup sakit hati kalu hujung minggu aku takleh tido...dah kena tunggu next sabtu...haih there goes my motivation to go to work...

Disebabkan selera anak aku susah nak dijangka..so aku bercadang nak masak ayam goreng dan kari ayam...walhal cadangan asal nak masak bawal 3 rasa tapi pikir balik esoklah plop.

Nasi putih pun aku terpaksa tukar jadi nasi minyak..satunya sebab aku memang suka nasi minyak dan aku tak pernah sangka yang akhirnya aku kena masak sendiri nasi ni sebab sini takder nasi minyak. Y?Y?Y? Kenapa takder nasi minyak kat sini..kalu kat kuantan aku leh makan setiap hari huhuhu sedihnya saya..

ehem! Saya masak sebab anak saya memilih makan. Sebab tu dia makin kurus dan mama dia makin ehem ehem semangat kesukanan.

Nilah hasilnya nasi minyak saya. Sorilah gambo ni nampok cam tak senonoh sebab aku lupa nak amik gambo time dia dalam keadaan sempurna..ni gambo aku dah menyiapkan diri aku sebanyak beberapa suap.


Tu cerita sarapan dan lunch juga dinner aku...siap masak dan makan, operasi lipat dan jemur kain...haih benda paling aku tak suka sebab nanti kaki aku sakit duduk lama sangat. Sejak makin gemuk ni aku memang mudah sakit kaki.

..lepas jatuh dari tangga kinabalu lagilah kaki aku ni makin ngada. Tapi salah aku gak..orang lain dah lama pergi ngurut atau ke spital tapi aku buat bodo ja padahal lama lagi nak pakai kaki tu.

Pass ni salahkan kaki ngapa aku tak pi exercise..deng! hahaha padahal ko tu yang malas...sian wahai kaki...kena pi cari tukang urut dah ni....

Dah bosan duk umah operasi merayau ke Nilai 3..saja ja cuci mata..dah takder apa dah nak beli kat sana hihihi padahalnya poket dah nak kering ni sebab shopping banyak sangat tambah plak budak masuk sekolah.

Kat nilai ni ada jual karpet getah yang aku beli kat sarawak..giler mahal rm20 satu and takleh less...cis aku beli kat sarawak nun baru rm16.50 sebab makcik tu tak mau bagi dskaun..pass pujuk dia bagi aku diskaun 50sen Ja dari rm17. Haih.

Alang alang dah keluar terus lajak ker warta Bandar Baru Bangi..saja ja kekonon nak cari seluar panjang ayang aku. Dah sampai sini, ayang aku teringinlak nak minum. Cari kedai mamak yang biasa pergi rupanya dah tukar jadi chinese muslim restaurant.


Ayang aku bangsa tak suka masuk tempat yang cam ada kelas ni. Dia suka kedai mamak ngan gerai ja. Isteri dia yang cantik lagi rupawan nilah yang gedik sangat suka gi makan kedai yang camtu.

Lepas berdiri depan muka kedai tu selama hampir 5 minit memikirkan nak masuk ker tak, last last ayang aku masuk jugak. Aku dah tau dah kedai camni harga makanan dia kompom over rm5 punya...habislah jap lagi.

Pass baca menu kitorang amik set dim sum yang murah..rm6.80 tuk 4 ketul..uhuk uhuk ayang aku memang dah cuak dah time ni..hihihi sungguh berjimat sekali beliau.



Sorilah gambo jadi tak cantik bila upload..ada lagging sikit. Berbalik kat cerita tadi, aku nikan jenis suka makan so aku pun order benda lain. Aku order dumpling soup. Harga dia rm15 tuk regular. Aku tekad dah time ni takperlah aku bayar jer semua makanan ni hihihi nanti aku pow balik dari ayang aku di kendian hari.



Aku ingat rm15 tuk sorang makan. Kiranya bowl size dia tu sesuailah tuk makan berdua. Ada dalam 5 ketul dumpling yang dalam setiap satu adalah dalam 3 ekor udang. Bagi aku ianya worth the price atlest it look like it does.

Air plak aku order air limau kasturi yang diblend. Sedap wooo pekat ja rasa dia tuk bebudak aku order air ribena spesel, pun best gak sebab ribena tu jadi ais blended. Ayang aku amik teh cina jer uhuk uhuk uhuk.


Adik dan keta ketanya...kalu tak angkut keta dia kompom berperang aku kat situ...



Bagi aku tempat ni worth nak pergi. Tempat dia selesa dan makansn dia nampak best. Lenkali nak try benda lain pulak hihihi. Err ada sesapa nak belanja saya tak?

Saturday, January 12, 2013

kalila yang garang..

Kalila ni banyak ikut perangai aku..almaklumlahdah nama pun duk ngan mama ja..ayah jarang jumpa..

Satu perangai yang dia ikut ialah garang...bagi aku kakak kena garang kalu tak adik adik tak nak dengar cakap..tapi aku tetap kena buli gak ngan adik adik aku...begitu juga ngan kalila huk huk huk. .

Hari ni kalila pakaikan adik dia seluar sebab kekononnya nak keluar berjalan yang akhirnya menjadi acara tido sedunia...so aku biarkan ja..tapi memang garanglah dia suh adik dia masukkan kaki dalam seluar...






camnilah orang...

Aku baru ni terperangkap ngan permainan aku sendiri...nilah jadinya kalu pandai sangat nak berkawan ngan orangkan...

Ceritanya ada kawan aku dia ada pakwe tapi dululah..dulu aku tengok kemain hepi jer dia..tapi jodoh tak panjang kot so clashlh diorang ni...

Dah clash ...clash jerlah apa yang susahnya???... susahnya aku sebab X dia duk cari aku...aku nak berkawan oklah...takkan aku nak cakap kasar ngan orang tak kenal camtu ja...tapi bila pikir mmg aku patut buat camtu...sebab kekadang aku rasa dipergunakan dan dengan rela membiar diri diperlaku begitu.

Yang aku tak faham..camni ker orang yang putus cinta? Gila dan cuba juga mencari sebab dan alasan kenapa dia ditinggalkan dan dalam masa yang sama dia sebenarnya dah ada skema jawapan yang dia nak tapi bila jawapan yang kita bagi tak sama ngan skema dia bengang.

Aku rasa mungkin dia ada terlalu banyak masa nak pikir semua ni..aku bukan orang yang jenis boleh pikir masalah panjang panjang aku bosan....so aku tak paham camner dia leh ada masa nak pikir lagi pasal orang yang dah tak nak kat dia...

Ooo lupa dia cintakan x awek dia sepenuh hati..so dia takleh terima awek dia buang dia..awek dia ada orang lain...damn you! So ko kata ko cinta dia bukan ko patut biar dia bahagia ker? Bukan gembira dia adalah gembiranya ko? Bukan kalu ko ikhlas ngan dia ko akan redha ja?

Kalu ni baru clash 2 hari aku pahamlah..ni nak makan tahun dah wei...dah terlalu lama dah kisah ni ko dah patut duk umah jaga apa yang ko ada daripada ko waste konya masa pikir benda ni..

Aku nak cakap direct ja...takder der minah tu nak balik ker ko..kalu dia nak balik dah lama dia makan pujuk rayu ko..dia dah jumpa cinta baru dia..ko kejor dia pun just waste your precious time jerlah...

Lagi satu yang aku bengang..ko cari aku nak tanya pasal bekas awek ko..ko kena ingat tu kawan aku yang kita tengah cerita. Walaupun aku paham ko sakit hati kena tinggal tapi tak perlulah ko cerita semua yang ngarut..aku tak pernah nak amik tahu pasal hal peribadi atau keluarga kawan aku...bagi aku tu hal personal dia..dia nak cerita dia cerita kalu tak habis kat situ ja..

Aku bengang ngan ko sebab kalu ko tak percaya ngan apa aku cakap ko takyah cari aku..aku cakap secara  jujur ja srmua benda..ada benda yg aku tak boleh aku tak cakap..cukuplah ko tahu yang basic...memang bunyi cam aku betpaling tadah dari kawan aku tapi aku kesian tengok ko camtu..cam org hilang arah...aku tak tahu camner cara ko kena dump adakah out of no where dapat msg mintak putus or anything like that its just something i do out of favour.

Tapi bila ko tuduh aku tipu ko tu yang aku bengang..aku siap cagarkan hubungan aku ngan  kawan aku dengan berkawan ngan ko tapi ko tuduh aku camtu..it is so obvious that ive been used damn it!

Yea aku yang salah sebab masuk campur dalam urusan diorang...aku patut letak boudaries dalam soal kawan...aku memang nak tahu apa yang sebenarnya berlaku tapi bila aku pikir balik baik aku takyah tahu takder apa kebaikan pun yang akan aku dapat.

Kepada kawan aku..sorry jer yang mampu aku ucapkan sebab masuk campur..kepada pihak satu lagi..pleaselah..just move on...i can understand that you being hurt..your ego have been crashed out but you need to remember that there someone else waiting for you and maybe what just happen between you and her is some paycheck for something that you have done to others before.

Just remember that what's go around come around but please don't wish for others people doomed coz it may come back to you ...

P/s: Acara merempan pada hari ini...ni baru aku bengang lum aku ngamuk lagi...dah jom dengar lagu loser bak kata kawan aku. .


Wednesday, January 9, 2013

tulah..pandai sangat..

Korang nak tahu? Tak nak tahu pun aku nak cakap gak...hahahah..nikan blog aku suka akulah kan? Tul dop??? Betulll..

Hari semalam aku telah hampir menjahanamkan hidup aku dengan melakukan perkara yang tak sepatutnya...huhuhuhu..apakah yang sangat deng itu? Aku telah dengan rela hati dan seikhlas hati merestart iis kat production server...

Haiwan apakah iis itu? Yea adik adik sekalian...iis nilah tempatnya semua website berkumpul..matinya iis maka matilah juga semua site...tapi kalu dia nak mati pun biaq pi dialahkan...

Yang jadi masalahnya dia mati di production server..server dimana semua orang akses website dari sini dan buat kerja memasing...iis mati maka takleh buat keje..bila takleh buat keje maka kita akan rehat..bila bos tanya kenapa rehat kita cakap web down..bila bos tanya kenapa kita cakap tanyalah dak ess bila bos diorang datang tanya kitapun kenalah marah lepas tu sambung lagi ngan kena marah oleh leader plak..deng darab sejuta tull..


Tapi aku takderlah sampai tahap hod cari sebab nasib aku time benda ni jadi diorang semua tengah meeting...kalu diikutkan benda ni takkan ada isu sebab kejap ja restart iis tu..Tapiinya bolehlah plak ada servis tak nak run...haih betul

Setelah mencuba sebanyak beberapa kali restart servis tersebut dan sebanyak mungkin ayat Kursi..akhirnya berjaya juga..syukur sesangat.

Dahlah time tu orang jaga server takder...haih i will survive tul...

I learn this the hard way..hari ni siap nak pi keje pun takut siap rasa nak MC tapi we need to face the reality...biar selesai sekarang jangan nanti jadi bahan kendian huhuhu

Janganlah ada next time....

Saturday, January 5, 2013

kalila yang dah nyanyuk? huhuhu

Waktu kejadian:Sabtu 5/1/2013  5 petang
Tempat kejadian: Ruang tamu

Situasi:
Aku: pegang remote dan alih siaran ke 393
Kalila: sedang tonton Baby Tv

Skrip:
Aku: mama nak tengok korealah (sambil alih siaran)

Kalila: nak tengok baby tv

Aku: japlah mama plak tengon tv( siap alih siaran kemudian remote letak di lantai)

Kalila: Nak tengok Baby Tvlah mama.(sambil cari remote)

Aku: ala bagilah mama tengok jap

Kalila: ala..nak tengok Baby Tv (remote kat tangan tapi kepala masih tepusing pusing cari remote)

Kalila: mama mana remote..nak remote( sebelah tanganpegang remote,sebelah lagi meraba cari remote)

Aku: mana mama tahu...( mata pandang tangan dia yang tgh pegang remote)

Kalila: nak remote ( masih mencari remote yang ada kat tangan dia)

Aku: hahhaha entahlah mana..(gelakkankan dia)

Kalila: mana remote..( terpandang tangan dia yang ada remote ambil senyum..)

Aku: haih..muda muda lagi dah nyanyuk ker?..(sambil peluk kepala dia)

Kalila: (menangis)

Hahahaha apa nak jadilah ngan anak aku ni...

sabtu ku yang...

Dah agak lama rasanya aku tak duk kat umah diam diam pada cuti cuti camni...cuti panjang baru ni aku duk sibuk pi jenjalan dan balik kampung...so nilah baru nak rasa duk nian kat umah....

Semalam aku dapat call dari tuan umah aku inform yang kitorang dah 2 bulan tak bayar sewa umah...so dem...camnerlah aku leh lupa nak bayar sewa umah ni...

Lepas di fikir aku rasa alasan terbaik sebab takder notebook...aku dah biasa bayar online..dulu kat opis bebas sekarang dah kena control mgkn sbb tu kot aku terlupa nak bayar.

Bukan tak mau guna atm..tapi kitorang dah kena dulu wit tak reg masuk akaun...slip ilang so burn bodo jer wit sewa tu...moralnya jangan lupa bayar sewa umah...

Dah namanya duk umah...kenalah memasak tuk bebudak..niat hati nak buat bubur nasi. Dalam tu nak letak sayur cam carrot, brocolli, baby corn ngan shitaki mushroom. Letak ayam sket kan sedap...

Aku pun rendamlah beras tu dulu...pastu baru letak air masak kat dapur...lepas sekisn lama aku start terbau sesuatu...deng tul..dah berasap dapur aku bubur aku hangit...habis periuk aku itam...huhuhu dahlah tu ja periuk aku ada...

Lepas buang nasi hangit tu...aku pun cucilah periuk tu...tapi korang tahu jerlah camner rupa periuk tu..ngan kerak tebalnya..aku dahlah takder berus dawai...akhirnya aku pun guna cara yang di ajar oleh kawan mama aku..gunakan sudu tuk cuci kerak nasi..

Ni rupa tengah cuci..halfway


Ni rupa pass dah siap tapi cara orang yang malaslah...

Korang guna ja sudu tuk kikis kerak tu yea....tapi lagi baik klu elakkan dari kejadian ni berlaku huhuhu

Dahlah..jom layan lagu ni...

Dak gag concert kbs...best woo rancangan ni...

Wednesday, January 2, 2013

jangan ikut saya...

hahahaha..ni saja ja nak cerita pasal opis mate aku yang baru...orgnya mmg cunlah..ngan kurus putih..almaklumlah keturunan cina...

dia ni kira popularlah kat tempat keje aku..nak plak kitorang ni kira frontlinelah sebab banyak berurusan ngan orang ramai sbb antara keje kitorang adalah jaga komputer and I.T related services...

aku suka cara dia sbb tak sombong..tapi first impression mmg cam berlagak ja tapi dia baik ja...dan dia tahan di bawak bergurau...aku rimas ngan orang yang tak tahan nak bawak gurau..usik sikit nak angin...takyah layanlah orang camni...

dia ni bakal bertunang....patutnya dia dah bertunang tapi sbb tak sempat nak buat oersiapan so dia cancel jadi merisik ja...

zaman sekarang ngan zaman aku sangat berbexa...kalu dulu nak bertunang janji ada wakil nak cakap ngan hantaran serta makan tuk tetamu kira dah lengkap dah...pakaian pun pakai yang paling cantik dalam almari serta make up sikit dah settle...

zaman sekarang kalu tak ada baju khas..pelaminwalau simple serta kameramana adalah maknanya takleh bertunang...aku tengok adik adik aku semua mmg camni bila bertunang...banyak duit tul diorang ni.

berbalik ker cerita aku tadi...sejak nak bertunang ni aku tengok dia makin berselera...kitorang makan hanya waktu rehat sahaja dan dia memang suka makan berat...

tiap kali dia nak makan berat or rasa ngidam sesuatu aku selalu usik dia...ha makan banyak..nak jadi cam akak ker? ni living proff tau....hahahah nilah antara yang aku suka cakap kat dia...

bukan apa..nak gemuk tu sangatlah senang tapi nak kecik balik adeh seksa wooo so sebelum terlambat baiklah aku pesan awal awal...

ayang aku pun aku tengok dah start pandai komen dah..nampaknya terpaksalah aku berusaha kuruskan badan camni...life start at 40 dah bermula ni...huhuhu

harap tahun ni aku berjaya turun 10 kg...fighting!!

Sarawak.. ladies only day 3 final

hari ni hari akhir kat Kuching ni...aku takleh tido lena sebab perut duk wat perangai...alahai..apasallah ko ni perut oii..janganlah ko sakit cam kat sabah dulu..jenuh woo dalam flight tahan sakit...

nasib baik pass makan ubat sakit perut leadaan kembali lega..kira taklah seteruk malam tadi...

hari ni pass sarapan kitorang gi parkson..jalan kaki sudah..sbb apa gi sana? nak pi cari beglah...dah beg yg ada tak cukup nak isi barang..aku dah leh bayangkan rm yg bakal terbang jap lagi...

akhirnya selepas habis buat lawatan tapak..aku pun sambarlah beg f.timber kat parkson sbb beg ni ja yang mampu beli sbb ada sales.

beg pakaian aku tu dah tak tahulah berapa kali dah kena bukak katup adjust camner nak save luggage...paling tidak pun ke tahap paling minimum sekali...akhirnya beg cantik aku ni jadi tempat letak ikan masin sebanyak 11ekor huhuhu...



nilah hasil akhir.. gila seksa nak angkut keluar dari hotel...nasib aku pakai agen kalu aku pi sendiri kompom darah aku naik...hahah shopping pandai pastu susah sendiri....hujuhu

acara menimbang bermula...nasib kitorang gi awal...lepas buat matematik ompo. lah sudah kena jugak bayar...extra luggage aku ja dah 4kg..nasib rate dia rm35 so savelah dari rate asal aku...berbayarlah aku kat kaunter tu rm140..fuhhh kaya sungguhlah aku ni...

seslesai hal luggage...sekalinya beg blh naik 2 sahaja..masalahnya kitorang ada 5 barang...pikir punya pikir last last kawan aku pi cdangkan suh sumbat henbag aku dalam beg ikan aku tadi..waaa habislah Gucci i...hahahaah guccilah sangatkan..perasan lebih...

tapi beg aku sangatlah berat...nak angkut kek lapis lagi beg lagi...tapi aku usahakan jugaklah...tapi penat angkut beg so aku pun agak moodylah jap..sorrylah yeak..

hasil angkut hand luggage aku..rupanya sempat dapat lebam kat pergelangan taangan... waaa kesiannya saya....ayanggg tgklah tangan org ni...waktu tunjuk tangan katvayang aku kompom dah hilang dah lebam sbb dia balik lambat lagi....



huhuhu... sampai ja semenanjung..selepas hampir sejam tunggu adik aku  amik aku kat epot...aku sampai umah...siap unpack semua barang aku terus start enjin balik kuantan...weee

mama akulah wat teman borak sepanjang jalan...sampai aku lupa yang LPT dah ada AES...waaa habislah saya...

tamat.