Thursday, September 27, 2012

Curang???!

Apa ni cerita pasal curang-curang ni? Mesti tengah curanglah tu? Hahahahah adakah? Korang ingat ada ker orang nak tackle aku ngan saiz camni? Dahlah pakai Avanza...kalu MYVi oklah lagi.. kira logiklah kalu org tu tertipu sebab Avanza = keluarga, MyVi = single...


Hahahhaha...tapi memang ada yang tertipu atau sengaja menipu...untuk sejarah hari ini( padahal dah beberapa hari dah) ada org tampal no tepon dia kat side mirror aku dan dia siap lipat sekali side mirror tu... akulak memati ingat dia dah kasi calar akunyer keta, so aku yg innocent lagi nonsense juga naïf ni pun call lah tanya dia langgar keta akukah... sekali dial eh cakap dia nak kawan ngan aku...hahahahah gilos tul..

Aku pun cakaplah yang aku dah kawen..tapi dia tetap nak berkawan gak...pastu dia doklah sms aku... sesungguhnya mamat ni sangat pelik, aku tak kenal pun dia, aku tanya gaklah dia sapa  sebab bukan semua orang boleh masuk parking lot kilang aku...tapi aku bangga sebab laku juga rupanya aku ni lagi hahahahahhaha (dush dush dush)
Tapi seriously..bukan susah pun nak curang..ada kes org tu bukan dari awal memang ada niat jahat nak menduakan kekasih atau suami dia, tapi benda tu dating tak disangka.

 Ala orang perempuan, apalah yang susah sangat nak tackle, kita ni jenis main kat hati ja, kalu dah hari-hari jumpa, lepastu duklah tanya khabar, bergurau senda bersama, lelama berbekaslah kat hati.
Teori asal dia senang ja, berkawan, kat sinilah teguh ker tak hati dalam mengasingkan apa itu berkawan ngan menumpang kasih... berkawan sepatutnya tak salah, yang salah bila lelama kita takleh beza dah yang org tu had dia kawan hanya di pejabat saja atau atas urusan kerja...

 Memanglah boleh nak bersosial (boleh ker?) tapi percayalah, kalau dah start keluar takat berdua ja ngan ‘kawan’ tersebut, memang tak lamalah tu...
Aku cakap ni bukanlah nak tunjuk pandai..tapi aku nak ingatkan diri aku, bila kita mula kenal seseorang tu, kita mula rapat ngan dia, tipulah kalu tak timbul dalam hati nak bandingkan orang tu ngan suami / pakwe kita (pakwe oklah lagi sbb leh reject) time nilah kita akan kalah. Kalau bukan sebab harta, rupa atau pangkat mesti kita akan bandingkan ngan kasih saying dan tahap keprihatinan org tu pada kita.

 Aku senang ja, dari dulu aku dah cakap kat ayang aku (sejak dari bercinta lagi) kalu aku nak curang aku nak orang tu mesti lebih baik dari ayang aku, lebih hensem(hensemkah?), lebih tinggi, lebih tegap,lebih kaya, lebih baik, semua perkataan yang lebih-lebih aku amik kira kat sini (positive sahaja)... barulah berbaloi... so kengkawan semua..silalah pikir dalam2 sebelum nak curang
Ingat berkawan ada batasnya, kawan atas urusan kerja tu ok, tapi kalu siap mintak perhatian, sakit pening semua orang tu jaga memang tak lamalah tu....

 

 

No comments:

Post a Comment