Tuesday, July 17, 2012

Kinabalu:RM RM RM

Sekarang aku nak cerita pasal kos nak pi panjat Kinabalu... Kos nih berdasarkan trip aku yang 1-4 julai 2012 baru nih...walaupun harga mungkin berubah, tapi rasanya taklah lari jauh sangat kot...kan?????

Tarikh: 1-4 Julai 2012

Hotel:
  1.  Sutera Santuary Lodges - Kinabalu Park
  2.  Tune Hotel - 1 Borneo
Flight: Air Asia

Jumlah Peserta: 7 Orang ( All Malaysian)

Laluan: Timpohon-Puncak-Timpohon


ITEMSRM
Sutera Sanctuary Lodges (2 Nights - park & Laban)475.00
Tune Hotel (Depend on sales)25.00
Caj Masuk Kinabalu Park3.00
Permit Memanjat30.00
Insurans7.00
Shuttle bas(di Kinabalu park- pergi balik)8.00
Mountain Guide43.00
Sijil (Warna- MESTI sampai Sayat-Sayat)10.00
Shuttle Van ( Airport - Kinabalu park- Tune Hotel)72.00
Porter (Angkat beg)8.00 / kg
Flight (Air Asia- on sales)286.00

 ** yang aku kalerkan KELABU mestilah diselesaikan/ dibayar paling kurang 6 bulan sebelum pergi panjat, sebab ni bayaran booking tempat ko kat sana, kalu tak buat booking memang susahlah korang nak dapat panjat yea.

Yang lain semua bayar kat sana kecuali Tune Hotel ngan Flight...kalu tak beli tiket flight camner korang nak pi sana..tul dop?

Lupa nak cakap yang semua nih termasuk:

  1. Dinner (malam pertama)
  2. Breakfast (Pagi kedua - panjat day)
  3. Packed Lunch (bawak waktu panjat)
  4. Dinner (waktu sampai Laban Rata)
  5. Supper- 2AM (Sebelum ke puncak - tapi kalu korang duk Gunting Lagadan, silalah bawak megi yea...takder der korang nak pi bawah dalam 200 meter hanya tuk makan mee goreng)
  6. Breakfast (Turun dari puncak)
  7. Lunch (kat bawah- tempat memula berkumpul)
Makan lepas tu kena bayar sendiri dah...tapi kalu dah sampai Sabah sayanglah kalu tak makan makanan laut diorg..yea dop?

Kat sini kalu beg korang ringan, dapatlah korang jimat tapi kalu beg korang berat...cam beg aku huhuhuh memang habislah korang... aku malas nak tulis sewa tongkat semua sebab benda tu dah masuk bab persiapan huhuhuh.


yang pastinya duit memang kena ada kalu nak pergi sini...kos kalu ko tetiba gelap mata a.k.a pengsan, pening sebab tak tahan ngan tempat tinggi dan semua tu menyebabkan korang kena angkut ngan guide (NOT rescue) silalah siapkan poket anda...lainlah kalu anda semua bawak orang yang sanggup dan kuat tuk memapah anda dan dirinya sendiri.


Kalu nak tengok guana rupa hotel kat Kinabalu park, tengok kat entry aku yg kat bawah sket....gambo kat laban aku takdop sebab aku tak sampai huk huk huk.......


okie...sekarang silalah mulakan kiraan matematik korang....



No comments:

Post a Comment