Tuesday, April 3, 2012

hello to myself..and happy birthday to me also....

ok, agak sedih tajuk tu, tapikan, semenagnya hari nih besday aku, dan sejak adanya fb nih, aku pasti akan dapat ucapan hepi besday dari semua kawan aku yg aktif ngan fb...yealah kan ada reminder tuh, takkan nak wat2 tak nampak kot hahahahhahah....sori gurau.

lagi 15 minit 2 april 2012 akan tamat, maka samalah ngan habisnya sambutan besday aku, tapi hari nih selain dari bunga dari ayang aku aku jugak dapat makan eskrem mcD dari opismate aku...heh heh heh tq dear sebab belanja.

Tadi ada yang tegur, tak pi lunch kat secret recipe ker makan kek? jawapan aku...yilek!, sampai sekarang, sepotong kek pun aku tak merasa, ingatkan lehlah dinner kat luar, atau paling tidak pun pi dating, tapi apakan daya dinner aku malam nih hanyalah lauk kari telur yang aku masak semalam. That's all.

Kenapa jadi camni? sebabnya aku balik ja dari kerja tadi, aku tengok ayang aku dah melepek kat atas katil, sejuk ja, dia kata dia berangin badan, cam orang mabuk pun ada gak aku tengok dia nih...risau gak nih, entah-entah aku ngandung kot huhuhuhuhuh.

Aku pun tak jadi keluar rumah, padahal patutnya kena pi beli susu anak, susu diorg mmg dah tahap kikis dah, takperlah esok pagilah pi beli jap huhuhuhuh.

Aku terfikir, apa kejayaan aku pada umur 29 tahun nih...yang aku leh senaraikan hanyalah aku berjaya dapat
1.2 ANAK yang pintar bangat
2. SEBUAH RUMAH FLAT
3. SENARAI HUTANG YANG PANJANG
4. PENTERNAK LEMAK YANG BERJAYA....

ok yg 2 last tuh ignorekan. Aku tak rasa dari segi materialistiknya aku dah berjaya, tapi yealah rezeki Allah dah tentukan untuk diri memasing yea dop? tapi dari segi kehidupan, aku kira dah berjaya berbanding ngan org lain, tapi tu kehidupan dunialah,alam satu lagi aku rasa aku nih memang fail lagilah (bilalah nak insaf nih?)

jomlah kta dengar lagu nih plop...lagu nih tentang cita-cita... and of cozlah lagu korea...ha ha ha...suka hati akulahkan, blog aku.


p/s: deng,sekali post pada 3 aprillah plop...tok jadi nak feeling huhuhuhuh

No comments:

Post a Comment