Wednesday, March 7, 2012

Rezeki....

Kata orang kalu mimpi air ngan ikan nak dapat rezeki. Setakat yang aku tengok teori nih memang menjadi ker adik aku ateh. Tiap kali dia mimpi air ker ikan ker mesti dia akan dapat benda, contohnya cam naik gaji ker, duit claim dapat ker, benda2 camtulah.

Nak dijadikan cerita, baru-baru nih aku pun ada mimpi ikan dan air gak. Takderlah tsunami cam adik aku tuh, just cam banjir gitu ja. Aku cam kat kampung mama akulah. Yang paling tak tahan, siap mimpi ikan yang mahal2 tuh. ikan yang jenis jual kat kedai ikan bakar tuh. Dalam otak aku pun time tuh running pasal makan ja. Dahlah camtuh, siap ada sotong, leh plak menari-nari berpusing camtuh ja depan aku.

Ikan-ikan ngan sotong tuh semua, ko boleh siap tangkap pakai tangan ja tuh, betapa ada banyaknya ikan tersebut. Bila difikir balik, kalu sungguhlah memang petanda rezeki, mesti besar betul rezeki tu. Entah-entah aku nak ngandung kembar kot? rezeki gak tuh huhuhu.

Aku memang adalah sikit berangan pasal mimpi tuh, manalah tahu dapat bonus ker, naik gaji ker (yang nih konpom tak dapatlah, kecuali kalu aku tukar kerja) tapi apakan daya huhuhuhu lum ada rezeki lagi.

Tup-tup, hari nih aku dapat khabar adik aku angah, Puan dia offer kerja kat company lagi satu (Big bos sama ja ngan sekarang) dengan gaji 2.5k, sekarang gaji dia 1.5k, pergh giler best. Dahlah duk kat kuantan, anak mama jaga. Takyah pikir pasal tol segala. Gi kerja naik moto suami hantar, ada lesen tak reti-reti lagi nak drive keta (opss lupa, suami dia sayang keta dia, nanti hancur dapat kat adik aku huhuhuhu).

Aku pun terfikir, mungkin yang aku mimpi tuh bukan rezeki tuk aku, tapi rezeki tuk orang lain. Biasalah, akukan kakak yang baik, sentiasa ingat kat adik-adik..(read: perasan) hoh hoh hoh. siapalah agaknya yang akan mimpikan rezeki tuk aku huhuhuh. Nak harapkan tetiba dapat harta dari belah aboh aku, dah konpom dan siap cop sahih lagi benar, memang takder harta, so nak senang kalu kenalah kerja sendiri.

Eh, kalu adik aku tuh dah gaji setara ngan kitorang, maknanya dia pun layaklah contribute cam kitorang. Bayar wit keta aboh, bagi elaun adik yang tengah belajar, selama nih berjaya loloskan diri sebab gaji dia paling sikit , heh heh heh...angah ko jangan nak ngelat ek..ko sokmo main ngelat kalu bab duit nih, aku dah tau dah apa jap lagi alasan ko nak bagi ker aku huhuhuhu.


" Ya Allah ya tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan ku, Kau murahkanlah rezekiku, Kau halalkanlah rezekiku, Amin ya rabbalAlamanin"

1 comment:

  1. gelok aku baca! hahaha! kalo aku terima kerja tu, kompom x boleh nk ngelat dah HAHAHA... banyak duit lebih boleh la aku nk bagi sumbangan.... huhuhuhu....

    ReplyDelete