Sinopsis dia korang leh baca kat dalam gambo kat atas tuh. Senang cakap cerita nih kisah seorang pesakit kanser melalui 6 bulan terakhir dalam hidup dia, so sudah pasti ada ja benda nak buat ko nangis sekali ngan diorang. Tapi kalu korang rasa cerita nih melodrama cam Autumn in My Heart tuh, kisah sakit kanser gok tapi memang sedih sampai habis, korang silap.Kalu dah namanya Kim Sun Ah mana leh cerita nih sedih sepanjang cerita, diakan jenis comical sket, so kira cerita nih 50-50 lah, sedih ada, lawak pun ada.
Bila aku tengok cerita nih, aku memang akan teringatkan arwak Mak Ngah aku. Diakan meninggal sebab kanser payudara. Dalam cerita nih, Kim Sun Ah tak beritahu mak dia yang dia sakit, dia rasa cam tak patut nak beritahu mak dia berita sedih tuh...yealah, cuba korang pikir, tergamak ker korang cakap kat mak korang..." Mak...orang kena kanser, dan Doktor cakap orang ada 6 bulan lagi nak hidup...." SANGGUP? SANGGUP? kalu bagi kat akulah, memang tak tergamaklah, tak terkeluar rasanya patah kata tuh, rasanya nak pandang mata mama aku pun tak sanggup.(mintak jauh ....)
Aku takleh bayangkan camner Mak Ngah aku kabo ker nenek aku news tuh, mesti sesi tuh sangat meruntun jiwa. Waktu balik raya kat kg tahun dulu tuh, balik tuh mama aku inform kat kitorang yang mak ngah kena kanser, tapi kalu korang tengoklah lagak dia,, dia buat cam takder apa pun berlaku, gelak jer...mungkin dia tak mahu org lain bersedih kot pasal diri dia. habis ja tengok drama nih, malam tuh aku mimpikan arwah, nenek aku semua, mungkin terbawak-bawak sangat kot perasaan aku tuh.
Kawan ayang aku, isteri dia pun kena kanser payudara gak, nampaknya cam tengah sakit balik isteri dia, aku tak tanya banyak, sebab kekadang lebih baik buat cam takder apa yang berlaku, agar pihak tu dapat menghadapi hidup cam biasa. Kalau baca status FB dia, kita leh rasa yang dia sebenarnya sangat risaukan pasal isteri dia.
Dalam drama nih, korang leh tengok camner hero dia, sanggup menerima heroin tuh walaupun dia tahu yang diorang takkan dapat bersama selamanya....erti pengorbanan sebuah cinta.
Satu benda yang aku belajo dari cerita nih, hidup kita penuh ngan kemungkinan, kalau kita nak capai sesuatuh tuh, kita kena berusaha untuk mencapainya, kita juga kena hargai orang sekeliling kita, dan pastikan diorang sentiasa bahagia.
No comments:
Post a Comment