Tarikh: 3 Oct 2011 (Isnin)
Masa : All Day
Lokasi: Putra Mahkota
Ayang akukan pergi team building kat Dusun Eco kat bentong nun, dia ada cerita yang nak naik tempat tuh susah sebab dia daki bukit. Lagi teruk dari panjat bukit BayRoute kat kuantan nun (kat sini leh nampak seluruh bandar kuantan and selalunya jadi tempat org pi wat 'projek'juga laluan alternatif utk ker IM dari Kuantan Parade).
Kondisi Iswara tuh memang dari awal lagi aku dah tahu taklah bagus sangat. And apa yang aku jangka memang betul, balik ja dari Bentong, keta tuh jalan tersedu dari bentong ker Bangi huhuhuhuh tulah antara petanda wang kitorang bakal terbang lagi.
Ayang aku hantarkan keta tuh ke bengkel di Sri Mahkota tuk repair and ayang aku kata memang ngam ngam ja sampai keta tuh dah tak mau gerak dah. Lepas dicek oleh mekanik maka selamatlah rm1.4K kitorang dengan membeli iswara tuh gearbox lain. Dahlah keta tu auto, jadi gear box dia pun mahallah sket. Adeh sabo jerlah.
Waktu kat opis plak, dalam kul 12 gitu tetiba adik aku datang kat aku nangis, ingatkan sedih sebab skandal dia opsss senior dia nak blah, atau sebab stress keje dia banyak dan dia sering dibuli oleh senior dan PM dia, rupanya dia dapat panggilan dari Doktor haiwan tempat kucing dia dihospitalkan yang anak dia (yang nih dia memang jaga cam anak) dah mati, memang meraunglah member.
Aribab tuh dah diwadkan dekat sebulan gak. Asalnya tetiba ja dia jadi cam lembik kaki and tak bleh berjalan. Seperti biasa, tertuduh utama mestilah anak jantan aku huhuhuhuh. So kitorang bawaklah pi klinik, and doktor tahan dia sebab nak wat ujian darah.
hampir tiap petang, balik dari keje kitorang pi tengok dia kat klinik tuh, dia nih siap takleh makan minum lagi, so doktor pun masukkan dia airlah (bunyi dia memang klako, and aku teringat cerita city hunter sebab lee min ho pun dapatkan rawatan kat klinik haiwan huhuhuuh). Lepas seminggu dia memang nampak cam segar, tapi dia masih takleh makan and minum sendiri lagi.
Yang part paling kesian, bila kitorang panggil dia, dia kenal and nyahut, bila adik aku kata nak balik, dia mesti wat muka sedih and dia ada wat bunyi cam merayu mintak bawak balik, huhuhuh sabo jerlah, tapi kitorang harap lehlah wat balik dia nanti and jaga dia sendiri.
Sebelum balik Kuantan tuh, sekali ja kitorang dapat jumpa dia, pastu tak pergi sebab sibuk and nak balik Kuantan. Cadangnya balik dari Kuantan tuh naklah pi amik dia dari klinik, tapi panggilan telefon tuh sampai dulu sebelum sempat kitorang pi amik dia.
lepas amik ayang aku kat worksyop tuh, kitorang terus pi ker klinik amik dia, Doktor letakkan dia dalam freezer, and staff situ cakap leh bukak balutan plastik ngan paper tuh kalu nak tgk dia. Keadaan dia sebijik cam mayat dibungkus ngan plastik hitam tapi dianya plastik ceria sket kaler oren. Aku waktu tgk dia dalam keadaan beku camtuh memang dah sayu dah hati nih, tapi its for the best. Adik aku cakap rasa cam kat bilik mayat.
Lepas bayar bil dia (RM700) kitorang pun balik, tapi dalam keta memang takder sapalah bercakap, aku pun tak tahu nak cakap apa, semua perasaan ada, walaupun dia bukan kucing aku, tapi aku pun jaga dia dan tgk dia membesar. so sedih tuh tetap terasa.
Disebabkan ayang aku ada kat umah, so aku telah memaksa ayang aku tuk gali lubang, and Aribab kitorang tanam kat tepi umah (nasib umah lot tepi and ada tanah). Malam tuh aku tinggalkan adik aku ngan Lala kat umah, and aku pi Giant shopping barang dapur, aku leh agak ateh mesti nangis teruknya, and aku terjumpa notes yang dikoyak, and kat dalam tuh ada lah tulisan yang aku leh agak apa isinya.
sedangkan kucing mati pun nangis dan sedih camtuh, kalu orang yang disayang aku tak tahulah...harap aku tabah dalam menghadapi semua huhuhuhuh.
C-Drama: Ace Troops. Review kali kedua.
2 days ago
No comments:
Post a Comment