Isnin baru ni aku pergilah ker london sana...hmmmm setelah hampir 3 bulan tak pergi hasilnya....ya aku telah bertambah 10KG...apa lagi mengamuklah budak London yang jaga aku tu...nama dia Sylvia....dan dan gak waktu tu dia promote aku guna detox pulak, kekonon tak bounce balik. Aku yang naif nipun (padahal bodoh) ikut jelah cakap dia huhuhuu....
Lepas abih sesi menstimkan badan, aku pun masuklah bilik yg disediakan, dia suruh bertiarap, aku pun ikut jelah, kali ni dia guna bahan yang cam ada bau minyak urut campur gamat sket, sekali dia start mengurut kaki aku, ha, terjerit jerit aku, mmg aku tak tahan ah.
Dia urut kaki pastu cari point tekan, tapi mmg ah, orgnya kecik ja, tapi kuatnya sabo jelah, aku mmg dah gelupur dah time tu, rasa nak beranak taklah sesakit ni huhuhuhu. Hasilnya, betis aku kiri kanan lebam, lengan lebam, perut kat kawasan rahim lebam. Memang series ah aku serik nak buat lagi huhuhuhuh. lepas sesi kena bakar, aku mmg berpeluh gilerlah, turun dari katil tu aku mmg dah nak pitam dah.
Perasaan dia sama cam ko gi exercise tak makan, or ko overdo the exercise....nak muntah, nak baring, nak pitam sema ada. Aku nak mandi pun asyik tertangguh, berapa kali aku duk duduk dalam bilik mandi dia taklarat nak berdiri dah...tapi aku berjaya gaklah mengharungi rasa nak pitam tu. After mandi kena masuk bilik lain, patutnya guna mesin pulak, tapi masa tak cukup so dia terus wat treatment lain iaitu...tutup balik point yg dia bukak tadi. Aku cam WhatTheHek?!....mampus ah aku..dan aku teruskanlah aktiviti menjerit aku untuk kali kedua plak.
Nak balik plak dan dan dia promote ntah apa ntah...tapi serieslah, kalu ko bukan jenis yg tahan baik ko gi sana bawak duit utk parking or naik lrt ja, kalu tak ko akan end up beli ntah apa apa ngan dia, kalu dia tak berjaya pengaruh ko, dia bawaklak bos dia, ntah apa apa ja.....
Opsss lupa nak cakap that day of treatment aku turun 2.7KG ha ko 2.7KG camtuja.....huhuhuhuu sanggupkah anda semua mengharungi semua itu? huhuhuhu aku pun kekadang rasa tak sanggup.....
Jumaat ni aku ada lagi treatment tapi kali ni aku nak pi yg kat Mineslak sbb dekat ngan umah and aku leh curi masa lunch pi sana jap...bilalah agaknya diorg ni nak bukak cawangan kata Alamanda, lagi dekat ngan umah aku huhuhuhuhu......
Aku terpaksa habiskan sema treatment ni before gi Kinabalu(bukan kota kinabalu ek tapi gunung kinabalu...dem), so aku dah takleh escape dah huhuhuh, tapi satu jer yg aku pelik, diorg tak kasi aku ke gym sbb nnt ada muscle..ni ideologi apa plak ni...bukan ker kalu ko bersenam lagi cepat ker berat ko turun? Dem!
Luahan hati ramai isteri di dunia
4 hours ago
No comments:
Post a Comment