Rasa cam nak nangis ada, rasa cam nak berenti keje ada, nilah yang peritnya jadi ibu berkerjaya yang jauh dari mak ayah dan suami.
Aku nak pergi outstation pun dah jadi masalah besar sekarang ni. bukannya apa sebab takder sapa yg boleh jaga anak anak aku. cam aku cakap sebelum nilah, nak bg pengasuh lama jaga mmg peliklah sbb aku pun dah lama tak kontek dia tetiba out of nowhere aku nak pi jumpa dia sbb nak mintak tlg jagakan anak. Tak ker tu namanya nyusahkan org lain?
Kawan aku kat johor bg cadangan suruh mak dia jagakan anak anak aku. Yang ni lagilah peliknya sbb aku pun dah hampir 8 tahun tak jumpa dia tetiba nak mntk tlglak haihhhh...walaupun dia insist jugak yg mak dia blh tlg tapi ianya sungguh tak patut sekali.
Aku ingat nak bg mama aku jagakan, tapi yealah mama aku pun tgh sibuk jaga cucu dia yg lagi sorang si sharhan tu. Waktu aku ada kat umah punmama aku kalut nak jaga 3 cucu inikan pulak aku takder nak tolong dia huhuhuh dah camner. Tapi ttp tulah cara terbaik sekali sbb tu nenek dia walaupun in the end akan menyusahkan mama aku tapi takperlah kot..."Ma, nnt org tambah elaun ek....org mintak ngan menantu ma nanti...tak kira..." (harap menjadilah trick ni sbb mama aku ni agak kemataduitan sikit <----ada ciri ciri derhaka?
Tapi yealah cuba fikir, aku ke kuantan jumaat malam, sampai dalam midnight atau kul 1 sabtu. Ptg ahad terus balik Bangi. Isnin keje cam biasa. Selasa pepagi terus bertolak ke johor (google maps cakap 3 jam) aku tak pernah pi johor lagi nak plak drive sendiri. Rabu petang around kul 5-6pm aku gerak balik KL. mungkin dalam kul 10 aku sampai KL pastu terus ke kuantan pastu terus balik kl semula sbb esok adik aku meeting. (Tapi gila siallah, aku dah cakap aku kena angkut adik aku ni sbb nak kena tlg assist anak aku dlm keta, tapi leh tak PM aku cakap jgn sbb dia nak suruh adik aku ni settlekan keje, ni yang aku geram ni, ko dahlah nak kenduri kawen, tapi series mmg ada harapan aku tak gi kenduri dia, khamis tu aku akan masuk opis ptg ja, aku tak kira)
Aku mmg gila sakit hati bila pikir part tu, nak mintak tlg adik beradik pun takleh, sbb satu opis, nak tggl kat pengasuh takleh sbb dia ada anak nak kena jaga, aduhlah aku mmg peninglah pikir pasal ni semua, kalu camnilah ceritanya mmg aku kena ada org gaji, ikut suka hati mak bapak akulah nak outstation bila takder masalah lgsg time ni.
Aku harap semuanya akan settle nnt, aduh kan bagus kalu tarikh event tu time ayang aku ada kat darat takderlah masalh sangat....
hari ni dapat cakap ngan ayang aku, tak pepasal aku teriak kat opis, sedih hati aku pikir pasal benda ni, ni pun ada lagi rasa nak nangis...padanlah mata aku duk berkelip kelip seminggu ni, aku dah agak dah aku akan nangis nya kalu mata berkelip kelip ni...bos aku cakap bagus utk kurangkan tension dan juga besihkan soket mata tapi dia bkan tuju kat akulah dia tuju kat org lain huhuhuh
No comments:
Post a Comment