“kenangan yang lama menjelma, ingatanku padamu menyala-nyala” huhuhuhu. Hari tu balik dari kemaman lepas buat laporan polis pasal avanzaku yang eksiden tu, aku pun gatallah mengajak ayang aku singgah Cherating (sebenarnya tak berenti pun just jalan kat kawasan cherating tu jer).
Memang dah lama giler ah tak pergi sana. Last sekali aku pergi sana waktu geng diploma aku wat reunion. Tulah 1st time aku drive malam sendiri tanpa ayang aku. Tapi aku tak keseoranganlah sebab kengkawan aku tumpang umah aku untuk reunion tu. Reunion tu pun dalam 2003 atau 2004 memang dah lama giler gaklah.
Sebelum reunion tu, kitorg pernah wat event bbq @ pre-reunion (tak abih dip lagi time tu) kat Cherating jugak. Bezanya time tu kitorg bermalam kat satu chalet kat cherating nilah. Kitorang amik 3 bilik. Satu untuk group lelaki dalam 10 org, 2 lagi untuk budak pompuan dalam 8 orang. Aku ngan 4 org lagi kawan aku naik keta kancilku yang comel itu manakala budak lelaki konvoy moto and baki girls lain naik bas dan menapak pi chalet.
Petang tu kitorang main bola kat pantai and aku ni memang tangan jenis belok tak bedung kata orang jadi bola tu tak pernah lurus aku baling jadi bebudak yang lain semua tak mau bagi aku dah bola tu..cedey…tu jugalah 1st time aku bukak tudung depan public (aku mmg pakai tudung kalu aku keluar lebih dari 100 meter dari kawasan umah aku). Hohoho memang rasa janggal tapi kengkawan aku yang lain bukak tudung jadi aku pun wat giler follow jugalah. Bukan tu jer keje giler yang aku wat hari tu.
Malam tu kitorang ada wat bakar bakar ikan. Ikan ditaja oleh ayah kawan aku Yati yang merupakan seorang nelayan. Memula kekonon nak wat unggun api tepi pantai. Sekali hujan daa jadi terpaksalah kitorang clearkan satu kedai makan yang tutup waktu tu untuk dijadikan tempat kitorang bakar ikan ikan tersebut. Disebabkan ikan tu FREE, kitorang tak habis pun makan ikan tu semua. Membazir betullah.
Sebelum kitorang wat BBQ tu, aku telah menelefon seorang kawan lelaki aku yang berada di kemaman. Aku beritahu dia aku ada event kat cherating. Mamat ni nama dia BOB, aku kenal dia pun secara tak sengaja bila dia tersalah call aku, dia kata dia nak call mak dia. Yang buat aku ingat sangat camner kitorang leh kenal sebab waktu tu aku keluar ngan sorang senior kolej aku. Dia nak jumpa aku sebab dia nak bagi hadiah besday aku. Hadiah dia sekeping kertas hiasan dinding yang ada sajak yang memang leh cairlah hati aku ni membacanya tapi waktu tu aku dah bertunang ngan ayang aku. Nasib baik iman aku masih kuat kalu tak memang leh tergugat gaklah.
Berbalik kat cerita tadi, lepas bob letak phone, senior aku pun cakap yang bob tu mesti akan call balik and yes he did. Kitorang pun jadi kawan and aku rasa aku dah kabo kat dia yang aku dah bertunang. Aku kelihatan sangat gatal dalam cerita ni tapi yealah aku kan baru umur 18 tahun time tu, masih budak lagilah. Selama aku kat sekolah menengah takder sapa yang minat kat aku (tipulah takder tapi semua bukan schoolmate lah) tetiba masuk kolej ada ramai nak ngoratlak huhuhuh. Nasiblah moto aku First come First Serve so ayang aku nak kat aku dulu so aku kena pilih dialah lagipun dia sangat baik dan lebih menjaminkan masa depan banding ngan orang lain. Lagipun memang jodoh aku ngan ayang aku, semuanya berjalan dengan sangat lancar dari kenal bertunang ngan kawen, tak sampai setahun pun semua tu terjadi huhuhuhu.
Next… aku ngan bob ni kawan dalam phone jer, so aku tak pernah jumpa dia. Memang selalu gaklah dia call aku huhuhuh. Peluang dah ada di depan mata. Nilah peluang terbaik untuk aku kenal bob ni. So aku pun tepon dia and ajak dia jumpa kat cherating and yes he did came. Err ada aku cakap yang aku dah nikah time tu? Aku rasa aku baru nikah dalam sebulan dua gitulah. Aku ingat lagi, dia terus pi chalet kitorang. Dia naik keta saga aeroback. Orangnya kecik jer, tak sesuai ngan nama dia pun. Quite good looking tapi aku tak rasa dia seorang yang tinggi. And yang tak tahannya aku jumpa dia dibawah lampu jalan dalam samar malam and aku tak pakai cerminmata time tu. Jadi maknanya aku kurang dapat lihat dia dengan jelaslah. Huhuhuhu. Dia ajak aku minum tapi aku tak mau. Yealah ko giler, aku ni dahlah bini orang takkan nak pi minum ngan dia berdua errr dia tak tau aku dah nikah time tu huhuhu :evil:. Aku pun katalah takper tak mau. Dia insist and aku pun terus menolak. Kesian kat dia.
Aku rasa after that meeting dia lagi suka kat aku. Huhuhu and aku terus rahsiakan status aku dari dia. Aku jugak kenalkan dia ker adik aku and kawan aku (kira cam sesaja suruh diorang kenallah ni). And dia tak minat sangat nak kawan ngan diorang. Tapi dia pernah belanja adik aku makan ah mungkin dia sengaja nak kenal umah akukat mana kot huhuhu.
One day dia call adik aku and adik aku terberitahu dia aku dah nikah. Aku memang nak kabo ker dia tapi bukan pada waktu tu tulah (cam dramalah plok) . after aku tahu adik aku kabo ker dia hal sebenar puas gaklah aku call dia nak mintak maaf ngan nak explain kat dia. Teori aku waktu tu ialah dia dah tahu aku dah bertunang so takkan dia nak kat aku gak tul tak? So takperlah aku kawan ngan dia. Lama gaklah aku tunggu dia call balik. Akhirnya dia call tapi suara dia memang lainlah, aku suspect dia nangis (ahahha, giler perassaan aku, takkanlah dia nak nangis sebab aku kot? ) aku yakin dia dalam keta waktu tu sebab aku leh dengar bunyi signal keta tik tik tik. Nampaknya dia dalam keta and mungkin berenti tepi jalan mungkin dia keluar cari ketenangan kot?. Kesiankan kat dia?
Kitorang masih lagi kawan lepas tu tapi tak semesra dululah. Tak lama lepas tu majlis sanding aku. Aku dengan takder perasaanya menjemput dia datang majlis aku. Huhuhu. Tapi dia tak datanglah. Esoknya aku call Tanya kenapa dia tak datang, dia kata dia eksiden. Huhuhu kesiannya dia eksiden. Dia kata dia dah nak gi dah kenduri aku tu. Tapi bunyi cam alasan jerkan?
Kitorang terus kawan, but months after that dia beritahu dia nakke indon berubat sebab eksiden tu. Then dia kata dia hilang ingatan. Dia dah banyak lupa. Huuhuhuh, aku rasa cam drama kerajaan jer. Aku tak leh kata dia tipu dia hilang ingatan dan aku jugak takleh kata betul sebab aku tak jumpa dia face to face.
Dia memang antara orang yang memberi kesan dalam hidup akulah sebab dia memang antara kawan lelaki yang agak close ngan aku. Sebab tu aku selalu gak teringatkan dia. Yealah. After dia kata dia hilang ingatan aku pun dah tak contact dia. Dia lagilah takleh contact aku, kata dah hilang ingatankan? Lagipun nombor tepon aku dah berubah. Ayang aku tukarkan nombor tepon aku. Jeles kot huhuhu.
Aku ni kalu kawan ngan orang biar sampai habis. Aku tak minat sangat nak terputus hubungan kecuali atas kes kes terpencil sahaja. Ada gak aku harap aku dapat jumpa dia balik. Mungkin agak tak baik bunyinya, mungkin akan mengundang kejelesan dihati ayang aku. Tapi alasan yang aku boleh bagi hanyalah aku nak berkawan balik ngan dia tu jer huhuhu.Anyway, I LOVE YOU SUAMIKU FOREVER
hahahahha ilang ingatan?? wahahahahaha.. mengapa aku rasa macam sukar utk dipercayai, siap nak berubat kat indon tu... g la berubat jauh sket, kat london ke, ireland ke, mesir ke... :P ter'over reacted' plop... klu dia ilang ingatan musti la dia dah tak kenal dah langsung... huu~ fikir yang baik2 dah la.. Moga dia bertemu dengan orang yang lebih baik dari akucempakabiru... :D
ReplyDeletetahu takper..biarkan dia bawa hati yang kecewa hohohho ayat org perasan cun
ReplyDelete