Monday, January 31, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit

                Hmmm, aku baru jer baca blog manja kucen pasal isu politik dia ngan miss Y. Aku suka cara dia tangani isu ni, iaitu dengan tidak melayan kerenah miss Y. Sekarang ni kalu diperhatikan ramai jer org yg suka bercerai berai paling tidak pun suka bergaduh pakwe makwe. kalu takat pakwe makwe takperlah  kalu nak berpisah 100 kali pun tapi bila dah kawen 3 kali attempt jer yang ada dan aku tak mahu berada pada mana mana attempt tu sekalipun.
                Bila kita kahwen ni, mmglah seronok tapi bak kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kalu setakat berselisih pendapat tu mmg lumrahlah tu belum masuk saja cari pasal nak gaduh. contoh mudah saja cari pasal nak gaduh:

isteri: Bang, cantiklah baju tu, nak boleh?
suami: baju awak kan banyak lagi, tak bolehlah takder budget.
isteri: awak mmg kedekut, baru mintak baju sehelai pun tak boleh, bencilah (pastu tarik muka)
suami: (buat bodo)
ni kalu suami jenis tak tahan konpom akan mula berdebat. waktu macam ni baiklah jangan dilayan kerenah isteri nak gaduh tu, tukar jelah topik lain.
                Aku pun selalu jer buat adegan cari pasal ni, huhuhuhu, tapi cam biasalah mmg aku akan ngajuk gaklah. Dalam keta konpom masam, cakap konpom high pitch punyer. Tapi tak selalulah aku buat camtu. Ayang aku tu dahlah keje jauh, jaranglak jumpa takkan nak abihkan masa 2 minggu tu ngan gaduh jer.
                Aku pun selalu gak sakit hati ngan ayang aku tu. Yealah asyik nak ikut cakap dia jer bosan gak. Semua tak boleh.  Yang paling tak tahan dia ni cam jeles jer  bila aku asyik bercerita pasal lelaki lain. Huhuhu masalhnyer mmglah dia patut jeles tapi isteri dia ni bukannya Miss Universe, badan slim cam zaman anak dara nun. Badan ku ini sangatlah besar hingga setiap kali naik lif aku takut lift tu berbunyi :sedey:  huhuhu, tulah senang hati sangat. (ni ayanglah punya pasal asyik bagi makan jer :p gurau jer ).
                Satu yang aku respect ayang aku, dia takkan bawak sesuatu isu sampai melarat. Kalu dia rasa aku taknak ngalah dia mesti akan cakap “ayang pikirlah sendiri, ayang dah beso”  huhuhu, sedih sebab maksudnya lu buat lu tanggunglah sendiri. Kalau bab shopping, ni part dia bayar lah, dia mesti  tanya “perlu ker ?” kalu aku nak beli apa apa. Huhuhuhu.
                Bila dah kawen ni kita sebagai pompuan (akulah tu) kena banyak mengalah, pendek kata kita kena banyak memberi dari merasa. Ingat syurga tu bawah tapak kaki suami. Kalau rasa tak puas hati janganlah terus terkam nak ngamuk.

Satu cara aku tangani masalah bila aku tak puas hati ialah bila aku tengah marah atau waktu kitorg tgh bertekak salah sorang jer yang boleh meluahkan perasaan tak puas hati. Janganlah dua dua nak bertekak serentak tu mengundang bahaya sebab keduanya tengah tak stabil. Aku jenis kalu tak puas hati kena cakap gak kat org tu yang aku tak puas hati. Tetapi selalunya kalu ngan ayang aku bila aku dah sejuk barulah aku cakap yang aku bengang ngan dia.

Tapi bab pukul or cubit tangan dia mmg aku akan buatlah sebab aku dah lama simpan geram tu, tapi yealah dah coolkan jadi taklah teruk sangat aku pukul ayang aku. Hohoho.
                Kalu takat hal kecik tu takyahlah nak melarat nak gaduh, esok pagi lupakan jelah semua tu, walau camner sakit pun hati lupakan jer kalu rasa nak idup bahagia. Kalu nak discuss biarlah pi tempat yang tenang. Contohnya dalam keta ker. Luahkan jer apa yang tak puas hati tu tapi salah sorang  jer yg boleh high pitch time ni sorang lagi kena dengar jer. Lepas dua dua dah lega baru bincang balik. Selalunya kalu akulah konpom aku akan rasa cam tah apa apa jer  sebab aku ngamuk huhuhu.
                Motif aku: komunikasi, demokrasi, toleransi antara keys item yang kena ada dalam hubungan 2 hala. huhuhuhu

2 comments:

  1. sangat comel baca topik pergaduhan encik manja kucen ^_^ ... somehow cik Y sangat comel dalam mempertahankan pegangan dia.. tapi... kan kerajaan dah habaq yang "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA" yang encik manja kucen gitau tu awat ? huhuhu dan tapi lagi,tak patutlah cik Y nak kata encik manja kucen sampai macam tu hanya kerana dia menyokong BN.. menegakkan pendirian biarlah dengan hikmah, bukan dengan emosi... by the way, did i mention cik Y sangat comel bila dia marah2 encik manja kucen mcm tu? hahaha [sah2 encik manja kucen belasah dengan kasut ble baca komen ni... :P]

    ReplyDelete
  2. saye terharu...

    eh.. kat sini pon ada posting aruzyma rupenye..

    ReplyDelete