Friday, April 18, 2014

Kisah Itu

Kisah itu, bagai panah yang menyambar hati ini,
Kisah itu, hatiku beku bagai hilang rasa ini,
kisah itu, membuat manik jernih laju jatuh berguguran,
kisah itu, mebuat air mata ini terlalu tiada harga,

kisah itu, kisah semalam,

kisah itu, kisah yang terlalu duka,
kisah itu, kisah membuka mata,
kisah itu, aku harap ia berlalu dari hati dan fikiran ini,

kisah itu, kisah pedih,

demi airmata semalam, sesungguhnya aku yang bersalah.

by cempaka biru: 18Apr2014 2:45PM - SONY

Wednesday, April 9, 2014

memoir of korea

aku nak start cerita pasal korea ni...baik korang sema bersedia....hahahahahahah...
kawan aku baru ja balik dari korea...baru minggu lepas ja dia balik...yang bestnya...sepatutnya time dia pergi cherry blossom lum berbunga banyak lagi...tapi tuah dia...dia pergi semua tengah cantik.
yang paling best time kat jeju...dia cakap sepatutnya bunga yg kaler kuning hanya akan keluar lepas sakura...tapi ni dia pi dah berbunga...memang untunglah..dua dua dapat rasa...sakura pun dapat bunga kuning tu pun dapat. *sila abaikan bila aku guna sakura sebab aku malas taip panjang*
kat jeju aku suggest dia pakai taxi driver yang sama time aku pi dulu...taxi driver ni bagus orangnya...berjurus ja. taklah sombong...gentleman gitu. kalu sesapa nak pi jeju..seyes aku cadangkan dia..mmg tak rugi.
disebabkan kawan aku baru balik dari sana...mood trowback pun bermula...geram ja nk upload balik gambo kat korea nun...
korang tunggulah..kalu aku ada masa aku wat entry pasal korea...almaklumlah..notebook aku anak aku control...henpon pun susah aku nak dapat pegang.