Friday, July 26, 2013

undilah saya jadi ketua anda

tadi aku cerita pasal opis aku yang tengah entah pe pe tu....sekarang aku nak fokus kepada ketua aku.

ketua aku ni orgnya:
1. tegas
2.mikro managament.(sampai lubang cacing dia nak tahu...klu boleh lagi dalam dari lubang tu)
3. business and economic background
4. bagus dalam pengurusan.
5. no i.t background
6. suka bertanya
7. suka membebel kalu dia tak suka dengan benda tu
8. suka ngadu@complain pada orang lain
9. once she hate you...she will always try to make you suffer
10. kekadang baik tapi selalu berbaur sindiran huhuhuhu
11. entahlah..

aku kalau boleh tak nak jadi ketua camni...aku berdoa dan berharap aku akan jadi ketua yang disayangi dan disenangi oleh ahli aku. bagi aku seorang ketua patut:

1. paham dan arif apa tugasan anak buah
2. kalau takleh bantu buat, tolong googlekan link pun dah ok ( better dari bebelkan)
3. if you want to scold them for doing wrong, you should lead them back to the right path
4. never condemn your members initiative in solving the issue, it is better than the members ignore the issues.
5. everything is about team...not about saving your own self
6. be with them all the time, support them...
7. always pertahankan anak buah...jangan sampai org perlekehkan...
8. be their friend...earn the respect

hahahhaha...aku memang weng....

saya rasa saya nak resign...

aku rasa cam nak resign ja.....geram geram rasa nak resign...haih..sabo sabo...ingat sikit opis tu takder orang boleh take over lagi....ni apasal tetiba takder angin rakder ribut aku nak resign ni?...haaa.. meh aku ceritain...

sapa baca blog aku kan mesti pernah baca pasal bos dan ketua aku bukan dari field I.T sama macam aku...so tak perlah aku maafkanlah diorang kena uruskan benda out of diorang punya field...tahniah dan syabas kerana berani mencuba..tetapi masalahnya bila ayam dan itik cuba berbicara ni banyak benda ke laut dari sepatutnya jadi lebih terang.

aku dan kawan aku diberi tugasan untuk search dan cuba boleh tak sharepoint content database dari environment lain masuk environment kitorang. so ..hasil search maka aku jumpalah cara...jadi kita perlulah cuba hasil google kita...

selepas cuba..server kitorang pun cakaplah yang database tu tak sama jenis...yang deatination guna version lebih rendah dari source. Dia juga cakap suh update. so aku pun updatelah...namun fail di hujung cerita...

sehari suntuk kitorang cari cara nak selesaikan isu ni...waktu ni x ngaku lagi ngan bos dan leader...baru nak serah leher sekali leader aku balik awal...so direct ngaku ngan bosapa yang jadi...bos aku tenang ja jawab suh selesaikan...ok tak kena marah...

hari ni plak aku cuti...so kawan aku lah kena ngadap leader aku...sekali kena bambu kenapa buat update tu...dan marah marah siap dia kata rasa nak bunuh orang hari ni...yang tu ok lagi..pastu dia bolehlah pulak suruh kawan aku yang tak tahu apa apa ni buat image production dan siapkan hyperV. apa gile ke..ingat boleh siap satu hari ke nak buat hyper V dari asas...baiklah pi cari jalan selesaikan error update tu.

time nilah aku rasa cam nak resign...walaupun yang mengadap kawan aku tapi aku sebagai senior dia sangat terasa bahangnya. ni aku tengah cuti ni pun tak tenteram hidup.

yang aku bengang sebab dia tak tahu apa apa. zero..kosong langsung. cadangan dia bagi tu dia main petik ja tapi dia tak tahu sampah apa dia cakap dan apa capability team dia. setakat kata kata saya percaya kepada kemampuan team saya tu semua hanyalah bullshit. dia tak berdiri di atas realiti.

dia kena tahu yang kitorang hanyalah hidup berpandukan pakcik google. kalu pakcik tu cakap buat cam gini...cam ginilah yang kitorang buat. aku bukan mintak banyak..ko tak tahu nak tolong so ko buat cara tak tahu..jangan nak memandai ja. kalu idea ko tu memang boleh dilaksanakan lain...ni takder sapa pun yang noleh buat.

baiklah ko pi cari sesapa tuk settlekan isu update tu atau tolong google apa apa link yang boleh tolong kitorang...ni ko pi tambahkan lagi kerja kitorang. tak perlulah nak jaga kredibiliti sangat time camni..ngaku je kat jepun yang kita tengah ada isu so tak dapat bagi result pada masa dijanjikan. kan senang. susah kalu orang yang duk jaga ass sendiri.

ok..aku tak puasa hari ni so aku leh merempan.

sekian

Tuesday, July 23, 2013

sedapnyalah bufet....

haih..tekak aku ngalahkan org puasa...padahal tgh bercuti umum...tapi korang jgn pikir akusedap ja melantak ek...lagi dua jam nak berbuka aku setitik air atau sebutir nasi pun lum masuk lagi tai dalam perut...dah serupa puasa dah aku ni...huhuhuhu

aku benornya jeles tengok rezeki orang dapat gi bufet ramadan...selalu waktu opis dulu memang aku dapat merasa bufet sebab bos aku akan belanja staff dia makan berbuka...despite bajet rm50 seorang tapi tetap belanjakan?...

so disebabkan takder sapa nak belanja aku makan..jadi aku pun naklah belanja diri aku sendiri makan...tapi adalah sangat tak best ko spent rm50 tapi ko pergi  makan sorang diri..maka haruslah kita ajak kengkawan kita pergi sekali....

malangnya kengkawan aku ada yang nak ikut..tapi bila ajak yang lain semua reluctant dan tak mahu pergi sebab mahal...nak mengharap department bayar?..hampeh..walaupun tiap kali meeting duk crita macam mana nak habiskan duit..tapi bila buat majlis semua kena bayar sendiri...tajuk alasan yang bagi adalah fair.

serius aku tak paham kenapakah perlu camtu sekali tahap fair diorang...antara contoh yang diberi...tak fairlah orang yang bayar tak pergi tapi duit dia kena guna untuk bayar makanan...watdehek....dah ko tak pi...kitorang nak buat camner...pastu kalu pi pun kena bayar sendiri...baik takyah pi...

nak mengharap kedatangan 100% peratus...pernah ke ada majlis yg org datang 100%??....ok ok..dah aku tak suka kenapa tak cakap je?...ni masalahnya bila orang yang pegang duit..time suruh decide dia punya tune cam kalu ko cakap ngarut kat sini matilah ko kejap lagi...dan sudah terang lagi bersuluh orang tu hanya nak pastikan dia tak rugi sesen pun duit yang dia laburkan..dah guana?

aku rindu zaman leh pi makan makan....hahahha...nampak sangat betul apa ayang aku cakap...aku hilang keseronokan kerja kat sini...duit ada tapi tak boleh buat apa apa...dalam otak running pasal kerja ja....aku patut cari kerja yang bebas sedikit...errr ada sesapa nak hire aku tak?...

ok layan lagu raya plak..merempan takkan habisnya...


Friday, July 12, 2013

salam ramadhan semua

salam ramadhan buat semua...syukur sebab masih ada umur dan rezeki tuk menyambut bulan puasa lagi..oh sungguh skema ayat ku itu..


tahun ni aku tak tahulah kenapa sejak dari rejab lagi aku dah terasa rasa rindunya aku kat ramadhan...rasa cam tak sabonyalah nak masuk bulan posa...oh..sebab nak raya cepat kot..hihiji nehi nehi babuji...

aku memang seikhlasnya rindu puasa tahun ni...rasa cam cepatlah cepatlah sampai ramadhan dan akhirnya sampai jua bulan yang aku tunggu.

aku rasa faktor ada anak kecik juga menjadi punca aku rindu..sebab anak aku dah beso dah pandai dah...senang cakap dah boleh ajar puasa dah...kejap ja beso anak aku tu...ingat lagi aku menangis dukung dia balik umah nak berbuka dengan dah azan kat luar...aku sangat sensitif waktu tu. siap nangis segala.

sekarang pun aku masih nangis bila tiap kali aku kena bergegas amik anak tapi aku kena stay siapkan kerja dan orang yang aku harapkan pulak setiap kali tu juga bila call langsung tak membantu keadaan. hahahhaah aku tengah sakit hati sekarang ni.

bulan puasa camnilah aku rasa aku tak patut kerja..aku patut duk kat umah uruskan umah.kerja cam nak mati pun takde gunanya takde sapa hargai pun. its always a fight of your own jangan harap orang lain bantu.

kan bagus kalau aku dapat tenangkan fikiran..layan cerita syurgamu ramadhan ke..eh bukan patut beramal ibadah ke? oh sungguh tak insaf disitu.

oklah..selamat puasa senua.