Saturday, May 18, 2013

jiwa lara...

hahahhaha...tajuk tak bleh blah...sebenornya bukan apa...aku tengah sakit hati ngan opis aku. Seriesly nilah kompeni yang asyik buat aku nangis ja...baru keje setahun aku dah nangis berapa kali dah kat opis nun...

Akukan tengah siapkan satu projek ni. Projek tu asalanya dari jepun. Orang sana dah tak mahu guna system tu..tapi orang kat sini nak guna jugak..so department aku ngan bangga dan yakinnya take over projek tu.

Projek yang kalau owner dia pun rasa sampah,pastu ko teruskan kompomlah ada sesuatu pasal projek tukan? sesuatu yang sampai user pun reluctant nak guna even though diorang yang request. dan sekarang akulah yang tengah layan sampah tu.

OK, aku pasal projek tu aku tak kisah sangat...setakat nak suh aku buat amendment pada system based on user request ...tu memang kerja aku dah...tapi yang jadi problemnya, aku nak Tanya sapa pasal logic system tu?

Memang diorang ada provide dokumen, tapi takat dokumen on cara nak guna, apa nak setup..kenapa nak setup tak cerita. Apa logic column column data tu dipilih takder. Kenapa sampai kena ada dua data import pun tak cerita..dah tu camner aku nak buat kerja?

ko baca jerlah coding tu..bukan susah pun...AMBOI...senangnya cakap...memanglah boleh baca coding, tapi bila result takder apa apa aku nak jawab apa? bila user tanya kenapa data display camni. kenapa sheet ni camni aku nak cakap apa? benda tu semua takderlah dalam user manual.

Ala tanyalah owner projek...haihhh ni lagi susah.. dahlah owner dia kat jepun...walaupun dia owner, tapi dia hanyalah end user, yang tahu pass klik data keluar, tapi kenapa system tu design sekian cara, kenapa ada banyak query dalam system, apa connection antara database manalah dia tahu. Soklan sema hantar by email..nak tunggu jawapan makan tahun..haih pening aku.

dalam bebanyak isu ni, satu isu yang lagi aku sakit hati. Aku buat benda ni sengsorang. Ala, sengsorang pun nak kecoh ker? tu yang masalahnya..sengsorang ni maksudnya aku sorang ja yang tahu apa coding dalam system tu. Apa query yang ada, camner benda ni nak run...takat tahu tapi tak paham apa barang.

Nak tanya leader?  hmmmm diorang mana tahu pasal programming. HOD aku bukan programming literate. Leader aku tahu basic ja, aku nak tanya apa coding tu cakap pun dia tak paham gak..so camner aku nak discuss? opis mate aku pun masih baru dalam coding ni dan skop kerja dia kat sini tak buat coding langsung..lagilah harunya.

ni semua isu sampingan...tapi yang aku sakit hati bila org mempertikaikan kerja aku. memang benda dah siap..tapi banya benda yang aku tak tahu kenapa system tu keluar result camtu...banyak benda yang aku kena teka apa yang jadi. Aku nak balik rumah pun ketua aku tak bagi..tak cukup ker aku tunjuk yang aku dah berusaha nak siapkan benda ni?

yang aku perasan department aku ni kurang empati...semua simpati yang ditunjuk oleh bos aku banyak fake dari ikhlas. aku malas nak amik pusing sebab kalu aku dah mula menilai aku tahu nanti akan ada masalah lain plak.

seriesly aku nak cari kerja yang leader aku lelaki dan tahu apa staff dia buat dan boleh bantu staff dia kalau tak paham codings... arghhh I hate my job!


I want to stop trying....

Saturday, May 4, 2013

ko apahal?

hahahahaha...tajuk cam bengang ja....taklah mana ada bengang..rasa kelako ja ngan perangai sesetengah orang ni...

dulu aku pernah cerita pasal dak opis aku yang minat pada satu mamat kat div lain kat sini. so aku ni kan kaki nyibuk..so aku telah menfrenkan diri aku ngan mamat tu. aku tak minat ek dia...aku hanya cuba untuk jadi bridge antara mereka.

tak dinafikan mamat tu hensem..ada aura bad boy gitu...so lagilah seronok nak berkawan ngan dia...hohohoho bunyi cam ada niat lain di situ...so bila dia accept friend request mestilah best...disebabkan aku ni jenis mesra alam tak bertempat so aku rajinlah chatting ngan dia tengah malam sambil cek line dia ni available ker tak.....bukan untuk akulah..untuk kawan aku..

hasil stalk kitorang...aku mendapati yang mamat ni selalu di tag oleh sorang minah ni...bergambo bersamalah..makan bersamalah...balik kampung pun bersama...so dari hasil risikan kitorang dapati yang minah ni isteri orang ngan 1 anak...despite she still look young cam anak dara.

aku memang perasan yang mamat ni rapat giler ngan minah ni siap makan sekali segala...so aku tak pedulilah. .bukan pakwe aku atau lelaki yang aku suka....tapi rupa rupanya..dalam aku tak peduli tu ada orang yang peduli rupanya...

baru ni aku kluar makan ngan dak satu div budak tu..dalam duk bercerita tu pastu terkeluarlah crita yang ada orang menyatakan keconcernnan diorang pasal aku duk usha mamat tu. aku hanya tengok ja kot..takder niat tersembunyi pun..beside bukan mamat tu yang aku nak tengok sangat. .orang lain huhuhu

yang jadi klako tu..minah tu dah kawen kot..yang diaa gabra sangat aku pandang mamat tu apahal? bukan mamat tu suami dia pun..opis mate ja....oh aku tau..kalu dalam drama tv mamat tu mesti pernah selamatkan dia dari bahaya...aku rasa mesti mamat tu pernah derma buah pinggang or hati kat dia...tapi tu cam extreme sangat.. hmmm pernah derma darah kot.

doktor:kami kekurangan darah jenis ni
mamat tu: doktor amiklah darah saya...saya rela bagi..yang penting doktor selamatkan dia..

ptuiii giler drama dowh...aku sebenarnya rasa teruja sebab ni first time aku dengar pasal orang amik tahu pasal aku...adakah beliau cemburu dengan aku? hahahahah memang peliklah kalu nak cemburu. ..dahlah aku tak cun..isteri orang pastu mamat tu plak bukan pakwe aku atau dia...memang ngarut tul...

kalaulah minah tu terbaca post ni dan dia perasan aku kutuk dia..sorrylah beb..gua tak brapa paham ja apa motifnya ko nak perhatikan aku oandang jer tak mamat tu..aku pandang semua lelaki yang bagi aku menarik perhatian aku kot..nothing more than that...hahahahah


Wednesday, May 1, 2013

hari mengabihkan wit bonus...

Isnin hari tu wit bonus aku dah kluar...so aku benornya nak pilah bawak adik aku shopping ...nak pi alamanda dah biasa...mines pun sama..so aku pun cadangkanlah pi paradigm mall sebab orang kata best.

nak pi paradigm mall tak susah sebab bangunan tu betul betul sebelah kelana jaya medical centre dan juga kelana square lokasi opis lama aku dulu sebelum pindah UPM. yang jadi problemnya jem...tahu jerlah kalu dah hujan lebat time habis waktu keje mmg maksudnya jalan akan sesak teruklah... so journey yg patutnya less than 1 hour jd lebih dari dua jam huhuhu.

masuk paradigm betul betul kul 8..so sesampai terus nak pi bank amik duit..sekalinya atm tu tak kluarkan duit...aku dah cuak dah ni. call maybank tak berangkat... sejam tau aku call customer serviice dia tapi tak tahu apa yg busy sangat tak berangkat. dah kul 9 barulah dapat org bank. lepas dah kompom wit ok barulah senang hati..tapi sejam waste camtu sbb tak dapat call diorang.

so end up kitorang hanya pi makan kat old town cafe ja...haih sabojerlah. sian adik aku dahlah susah nak dapat keluar jenjalan ni.

esoknya patut aku tak gi memana..pastu kawan aku pi pancing aku ajak pi alamanda...patutnya aku pi kelas tapi disebabkan kerja sekolah tak siap so aku tak mo gi kelas huhuhuhu...hasilnya aku shopping kat etude house barangan muka huhuhu dan dinner kat sushi king.




hari ni plak aku patutnya pi kluar ngan opis mate aku..pastu kansel sbb dia ada janji. so aku bantai tido lajak sampai tengah hari. kawan aku ajak makan plak. so aku pun kluarlah makan...ingatkan lepas tu nak pi shopping.

sekalinya pass makan rupanya dia dah ada janji ngan pakwe dia...so aku yang dah masuk warta terus keluar balik hantar dia balik..pakwe dia dah ngajuk haih susah tul.. so lepas hantar dia balik aku ingat nak terus balik...sekalinya lupa lotion aku dah habis...so pilah warta balik...

jemlah kat warta hari ni...nasib aku baik ja dapat parking...kalu tak aku memang dah cancel dah...dahlah sorang diri. duk jalan sengsorang tu aku lehlah termasuk dalam kedai kain ni...dah tak pepasal aku sambar 4 helai kain gaun..2 helai seluar beso dan 3 helai blouse... aku mmg dah gilerlah...

sebab tu aku tak suka jalan sengsorang..aku memang akan shopping ikut sedap aku ja...huhuhuhu...balik ni kompom ayang aku ngamuk....

keluar dari warta aku terus nak balik...tapi gilerlah ramai orang kat bangi ni...nak kluar warta ja amik masa dekat sejam...perghh memang tak paham tul aku....

tapi hari ni aku sangat bosan...aku patutnya duk umah dendiam makan megi dari aku kluar umah pi makan nasi...klu aku tak kluar mesti aku dah tido berapa round hari ni....