Thursday, June 14, 2012

The Wake Up Call

Sepanjang 2 minggu ni ada pelbagai episode cerita yang berlaku kat aku dan antara perkara yang paling memberi kesan ialah bila aku gagal Medical Check up.

Aku sebenarnya kurang puas hatilah waktu medical check up tu di conduct. Ada kat patut toilet dia sikit punya jauh, dahlah jauh pastu kena pi pastu balik ker klinik pastu pi balik bersihkan botol pastu balik semula ke klinik..gila pancit aku. Sampai ja kat klinik terus nak cek BP aku..ko giler?! kekonpomlah mencanak naik member tu.

Pass tu masuk bilik doktor, lagilah dengan gabranya mencanak naik lagi. So dengan kegagalan nih, maka aku perlu submit report dari doktor pakar plop...nasib baiklah ada insurans jadi lehlah aku menggunakan kelebihan yang ada tu kalu tak mampus aku nak membayar...nak pi kerajaan? nak tunggu appointment pun makan bulan nikan pulop nak dapatkan report huhuhuh.

So semalam aku berkampung kat KPJ Kajang.... yang bestnya pi private ialah layanan dari staff dia memang baguslah almaklumlah ko bayar mahal nak mampus kot huhuhuhuh. Semalam kena wat X-Ray, Blood Test, Urine Test, ECG adeh mengenangkan semua test nih buat aku terfikir yang dah tiba masa patutnya tuk aku jaga balik diri aku huhuhuhu.

Mungkin peluang yang diberi untuk aku wat Medical Checkup tu pun sebenarnya satu petanda kat aku supaya aku ingat yang aku nih dah makin mebesar huhuhuhu.

Yang paling memberi ingatan kat aku, waktu aku pi makan kat food court kat Merang Terengganu, bila kerusi aku duduk tetiba lembik kaki sampai aku terjatuh kat lantai. Memang memalukan gilerlah, nak salahkan kerusi sapa nak percaya tul dop? memang balik tu aku meraung ah dalam bilik sebab rasa malu sesangat..yg bagusnya, benda nih jadi ngam2 pass aku habis makan huhuhuhuhuhu.

Minggu depan aku kena pi lagi KPJ, adehlah nak wat apa lagilah kali ni... harap report aku nanti tak teruk sangat, kalu tak memang harapan aku akan hancur jerlah.

Dalam pada isu Bp ni, menyebabkan aku lupa yang aku nak kena panjat Kinabalu lagi 16 hari... adehlah memang tak dapatlah kalu camni keadaannya huhuhuhuhuuh...ada sesapa nak ganti tak?