Wednesday, March 21, 2012

Kenangan terindah.

Taman mekar sang mawar,
di sana bertenggek sepasang merpati putih,
memadu kasih, menjalin cinta,
mengorak langkah bersama.

Bersama genggaman erat kemas tanganmu,
terasa diri ini disayangi, dicintai seikhlas hati,
kau milikku, dan aku milikmu.

Tiada yang dapat memisahkan kita,
hanya takdir dari ketentuanNya,
mampu merubah janji yang aku semat di hati,

Sambutlah tanganku kasih,
kita isikan ruang itu,
dengan kasih suci dari hati terikhlas,
moga dengan restuNya, kita tenang disini,
menyemai kasih, membina istana bahagia,
yang dalamnya berseri cinta, bercahaya rindu.

Aku sayangkanmu dan aku tak sanggup kehilanganmu,
sayangilah aku sayang kerna....
Aku mengharap kau menyintaiku untuk selamanya,
dan seumur hidup kita, hanya kita.

written by: cempaka biru
date: june 2003

Dah nak berkulat album nih..almaklumlah dah 10 tahun huhuhu


OK, sekarang sila gelak secara berjemaah ya. Benda nih aku tulis waktu aku baru kawen ngan ayang aku. Kira memang tengah mood orang baru kawen ah nih. Sambil susun gambo kawen terus tulis sajak. Memang terserlah aku takder keje hahhahahaha.

Waktu nih aku tak pakailah kameraman nih segala, amik gambo sendiri sendiri ja, so hasilnya adalah sangat tidak best. very an amateur pictures.

Yang bestnya sajak nih (sajak ker?) dah masuk tahun kesepuluh dah aku tulis huhuhu hebat tak?

so hayatilah benda nih ek.

Monday, March 19, 2012

Korang nih main tenet jer ker kejenya?

Hari nih aku ada meeting ngan senior aku, personal lagi. Aku dah tahu dah, kalu namanya personal mesti sekgi kena hentam ah nih dan ternyata ramalanku benar belaka.

Puncanya? dak IT asyik donlod ngan main YouTube ja. aku tak nafikan pun, memang aku duk donlod pun, setiap minggu mesti ada 1 episode Running Man ngan 1 episode We Got Married -Woojung couple akan aku donlod. Oh, tak lupa juga video klip artis korea yang paling baru huhuhuhuh.

Alah, takat camtuh pun nak kecoh. Pastu yang Youtube selalu tuh memang tipulah, sebab aku dah siap donlod baru replay kat Real Player aku. Nampak sangat ada yang berdengki nih hahahahhahaha.

Aku juga kena hentam sebab dikatakan tak buat kerja, cer cakap kat aku apa kerja yang aku kena buat? Dulu yealah aku wat programming, pastu aku kena tukar wat sales, pastu aku call org, org tak mau angkat, tak mau jumpa, dah tu camner aku nak pi jumpa client? So aku pun buatlah semua kerja yg ada sikit tuh seselow.

Lenkali janganlah pindahkan aku dari benda yang aku memang dah biasa dan tahu buat, dah aku jadi tak tahu nak wat apa ngan tugasan baru yang ada.

hahhahaha..adakah aku tengah bengang? "Benganglah jugak" (sila baca cam dalam hotfm zon bengang ya!)

Tuesday, March 13, 2012

hopelessly devoted to you.


Apa kaitan lagu nih? entahlah aku pun tak tahu.

Tadi dak praktikal tanya aku, aku ok ker? kenapa aku nampak cam letih ja. Aku jawab ok ja walaupun sebenarnya dalam hati aku nih macam-macam benda ada.

Aku rasa nih mesti faktor PMS, ataupun sebab adik aku ateh takdop pi bercuti ker Vietnam, so tinggallah aku sengsorang ngan junior aku tuk berborak dan melayan gosip. Disebabkan rasa sunyi kot, so otak aku mulalah running benda-benda negatif, tambah plak senior aku pepagi lagi dah menyound aku.

Perasaan nak resign nih memang dah lama ada dalam hati aku, tapi aku takleh nak blah camtu ja, aku kena cari tapak dulu sebelum aku meblahkan diri. Kalu dulu aku ada gak rasa kesian kat bos aku, tapi sekarang aku rasa aku dah tak perlu nak rasa kesian lagi. Rasanya dah ramai yg boleh bantu bos aku tuh.

Dulu aku pernahlah rasa nak setia kat sini sampai company aku nih berjaya, tapi nampaknya perjalanan untuk menjadi seorang yang setia nih sangat susah. Hari-hari ada ja benda yang mengikis rasa setia aku nih. Walau nampak sikit, tapi benda nih bersisa dihati, menyebabkan aku rasa tawar hati nak teruskan semua nih.

Kalaulah ayang aku nih mampu, dah lama dah aku anto surat resign, duk umah tenangkan diri jap. Tapi apakan daya, kitorang lum mampu tuk hidup camtu lagi.

Korang pernah tengok cerita korea(ya!, aku suka wat cerita tv nak plak korea jadi contoh) bila pelakon tuh (pompuan selalunya) kalu dia tengah pikir benda atau risau kebenda, dia akan jadi weak sangat sampai siap masuk air segala? pernah tengok? tak pernah pun anggap jerlah korang pernah tengok hahahhaahha.

Camtulah perasaan aku waktu nih, aku rasa lemah sangat, rasa cam nak nangis. Rasa nak baring ja. Fikiran aku banyak menerawang ke tempat lain. Tapi semua nih takleh nak tunjuk kat orang, yealah, nanti org kata emo plop huhuhuh.

Bilalah rasa blues ganu kita nih nak tamat agaknya. Aku dah tak sabar nak bangun pagi-pagi dengan semangat pergi kerja. Nih tiap hari bangun ngan moto nak balik ja. Silap hari bulan nak cuti ja. huhuhuh aku memang dah series nih. Kang cerita kena gelak ja, orang lain tak paham nak pahamkan buang masa, so lu telan sendiri jerlah.

oklah blah dulu, nak teriak dah nih!

Wednesday, March 7, 2012

Rezeki....

Kata orang kalu mimpi air ngan ikan nak dapat rezeki. Setakat yang aku tengok teori nih memang menjadi ker adik aku ateh. Tiap kali dia mimpi air ker ikan ker mesti dia akan dapat benda, contohnya cam naik gaji ker, duit claim dapat ker, benda2 camtulah.

Nak dijadikan cerita, baru-baru nih aku pun ada mimpi ikan dan air gak. Takderlah tsunami cam adik aku tuh, just cam banjir gitu ja. Aku cam kat kampung mama akulah. Yang paling tak tahan, siap mimpi ikan yang mahal2 tuh. ikan yang jenis jual kat kedai ikan bakar tuh. Dalam otak aku pun time tuh running pasal makan ja. Dahlah camtuh, siap ada sotong, leh plak menari-nari berpusing camtuh ja depan aku.

Ikan-ikan ngan sotong tuh semua, ko boleh siap tangkap pakai tangan ja tuh, betapa ada banyaknya ikan tersebut. Bila difikir balik, kalu sungguhlah memang petanda rezeki, mesti besar betul rezeki tu. Entah-entah aku nak ngandung kembar kot? rezeki gak tuh huhuhu.

Aku memang adalah sikit berangan pasal mimpi tuh, manalah tahu dapat bonus ker, naik gaji ker (yang nih konpom tak dapatlah, kecuali kalu aku tukar kerja) tapi apakan daya huhuhuhu lum ada rezeki lagi.

Tup-tup, hari nih aku dapat khabar adik aku angah, Puan dia offer kerja kat company lagi satu (Big bos sama ja ngan sekarang) dengan gaji 2.5k, sekarang gaji dia 1.5k, pergh giler best. Dahlah duk kat kuantan, anak mama jaga. Takyah pikir pasal tol segala. Gi kerja naik moto suami hantar, ada lesen tak reti-reti lagi nak drive keta (opss lupa, suami dia sayang keta dia, nanti hancur dapat kat adik aku huhuhuhu).

Aku pun terfikir, mungkin yang aku mimpi tuh bukan rezeki tuk aku, tapi rezeki tuk orang lain. Biasalah, akukan kakak yang baik, sentiasa ingat kat adik-adik..(read: perasan) hoh hoh hoh. siapalah agaknya yang akan mimpikan rezeki tuk aku huhuhuh. Nak harapkan tetiba dapat harta dari belah aboh aku, dah konpom dan siap cop sahih lagi benar, memang takder harta, so nak senang kalu kenalah kerja sendiri.

Eh, kalu adik aku tuh dah gaji setara ngan kitorang, maknanya dia pun layaklah contribute cam kitorang. Bayar wit keta aboh, bagi elaun adik yang tengah belajar, selama nih berjaya loloskan diri sebab gaji dia paling sikit , heh heh heh...angah ko jangan nak ngelat ek..ko sokmo main ngelat kalu bab duit nih, aku dah tau dah apa jap lagi alasan ko nak bagi ker aku huhuhuhu.


" Ya Allah ya tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan ku, Kau murahkanlah rezekiku, Kau halalkanlah rezekiku, Amin ya rabbalAlamanin"

Thursday, March 1, 2012

When your presence no more needed

Have you ever felt,
the lost and empty feeling build inside you,
where there is nowhere you can go,
nothing you can do.

Have you ever felt,
you are no more needed,
you were treated like a statue,
useless like a stone.

Have you ever felt,
that you wish you are not here,
you wish that you will be needed again,
like it was before,
you wish that you can leave here,
but none want you there.

I wish i could cry my eyes out,
scream till i have no voice,
i wish that i can do something about this feeling inside me.
but there's nothing i can do,
there's no one i can tell

in the end...i cry inside.
alone