Saturday, January 28, 2012

Camner nak keluar negara bagi pemegang PR?

Aku kan nak bawak aboh aku balik kg dia cari sedara mara, tapi sekalinya tak boleh upanya aboh aku nak keluar bercuti camtuh ja, ada banyak prosedur yang kena buat huhuhuhu dan memang makan masa yang lama.

Yealah, mana pernah terfikir yang kitorang mampu nak pi keluar dari malaysia nih, nak balik kampung pun rasa seengkek sangat ni kan plop nak balik kampung kat indon nun. sebab tuh tak pernah amik tahu pasal imegresen nih segala.

so.....

Anda pemegang kad PR(penduduk tetap)?

Anda ingin keluar dari Malaysia? atau ke Sabah dan Serawak?

Anda tiada Passport?

Anda tiada/ hilang permit masuk?

maka entry ini layak untuk anda....



1.Pastikan anda membuat laporan polis tentang kehilangan permit masuk anda.

2. Pastikan anda membuat surat akuan sumpah dari mana-mana pejabat akuan sumpah tentang kehilangan permit masuk anda tadi.

3. Pastikan anda membuat cabutan diri anda yang terkini di Jabatan Pendaftaran Negara ( tak pasti cawangan boleh tak)

4. Pastikan anda memohon passport bervisa dari kedutaan anda. Peringatan: Bagi mereka yang baru pertama kali memohon passport  tersebut, akan ada sesi temuduga dijalankan pada tarikh yang akan diberikan oleh kedutaan. Sila pastikan juga anda mengenalpasti masa permohonan boleh dibuat. ( Kedutaan Indonesia: Borang hanya diedarkan dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi sahaja)

5. Setelah anda mendapatkan passport bervisa anda dari kedutaan, sila pastikan anda sediakan salinan passport tersebut.

6. Pastikan anda membawa semua dokumen di atas ketika memohon pelepasan keluar dari Malaysia di pejabat imegresen berhampiran. Waktu pemprosesan adalah 24 jam.


huhuhuhuhu jangan buat lambat2 nanti jadi cam kitorang...dah kena gi lagi indon sana huhuuuh......

Minggu minggu yang sibuk

2-3 minggu nih aku agak sibuk, bukan takat ngan urursan peribadi tapi jugak keje. Akukan nak pi bukittinggi indonesia bulan depan, tapi yang tak tahannya, passport baru nak bekejar buat...memang saja suka lengahkan masalh aku nih.

6 hb jan baru nih, aku bawak si shai pi klinik, ingat nak cucuk bulanan dia yang dah tertangguh lama, pastu lehlah cek bengkak kat leher dia sekali, tapi dokter tak bagi cucuk lagi, kasi tengok bengkak kat leher dia dulu turun ker tak lepas makan antibiotik. Pastu kena jumpa balik dokternya mg depan. tuk nih ja aku dah masuk opis time lunch, so dah selamat dah separuh hari aku.

13 hb jan(Jumaat) aku pi lagi sekali pagi tuh bawak shaini ker klinik tuk follow up, tapi DR tuh srh pu kpj kajanglak cek ngan pakar kanak kanak kat sana...memang cuak jer rasa. kalu boleh nak pi terus bila keluar dari klinik tuh, tapi petang tuh aku ada meeting ngan klien dan ayang aku tak mungkin akan angkut budak tuh pi sengsorang dia. Tu pun dah sepagi dah aku tak masuk opis. Masuk ja opis cek emel rupanya client cancelkan meeting tuh, so apa lagi petang tuh pass jumaat terus ja blah dari opis pi spital. Next appointment lagi 2 minggu plop huhuhuhuh tapi nasiblah sabtu.

14 jan(Sabtu) Adik aku angah datang umah pagi nih sebab dia nak naik flight pi bercuti kat Langkawi selama 3 hari dan dia akan balik pada hari kitorang ada meeting kat PD. Aku siap mintak dia poskan mama sekali sebab aku tak yakin makcik aku leh jaga bebudak 2 orang nih memalam buta, kat hotellak tuh. OKlah gak timing tuh sebab mama aku takyah jaga cucu dia lg satu tuh sebab dah pi langkawi ikut mak ayah dia bercuti huhuhuhh. Lepas bawak mama tour LCCT ngan bagi adik aku angah, real life training on how to take a flight at LCCT (dia tak biasa naik benda nih) aku pi ajak ayang aku tour KLIA lak...aku nih memang gila tgk kapal terbang, aku cukup suka tengok dia take off ngan landing, cam comel ja rasa huhuhuh (ker ada memori daun pisang? ingat kekasih lama ntah hahahahh)

15 hb jan (Ahad), ada kick off sales meeting untuk projek TS 16949 - ISO management system kitorang kat PD. Nak di jadikan cerita, aku dah plan cantik dah ngan ayang aku nak bawak bebudak mandi pantai, main banana, dan apa juga aktiviti yang membantulah semasa bercuti, sekalinya bolehlah ayang aku pi accept training kat kerteh on the same day of aku meeting, tu yang rosak segala plan yang ada tuh. Lepas check in hotel, kitorang terus pi beli barang tuk makan. disebabkan wit aku ciput bulan lepas, so haruslah pandai berjimat cermat bila bercuti nih huhuhuhuh. Kesian mama aku. 
PM aku dah remind kitorang yang dinner akan start kul 6pm. Aku ingatkan makan kat hotel, rupanya makan kat restoren. bolehlah tahan masak dia...bolehlah..tapi aku balun habis gak ketam berlada (orang lain tak makan pun, aku ngan adik aku ateh ja yag pulun makan sampai habis...hahahah ada aku kesah!?) Sayangnya ikan stim bos aku awal2 habiskan, dia makan separuh sorang diri ja huhuhuh....aku dapat rasa kuah jerlah. Agak banyak gak lauk yang tak habis, akulah yang angkut makanan tuh balik buat tambah lauk tuk nasi bungkus dinner mama aku.

Meeting kitorang start dekat kul 9 malam walaupun patutnya kul 8 dah mula, tapi biasalah, semua jenis lemak ja huhuhuuh. tapi yang tak tahannya, kul 12 baru habis, walaupun kul 10 tuh bos aku dah suruh aku balik dulu, tapi aku kata takperlah aku stay ja sampai habis. masuk ja kul 11, suami PM aku dah mula mesej, cam biasalah, ayat bunyi cam paham ja isteri keje, tapi maknan disebalik tuh lu pikirlah sendiri. Pm aku dah mula hilang mood waktu kul 11 tuh, so meeting pun dah mula ngarut ja, dan banyak iklan dah. Akhirnya kul 12 kitorang berjaya memblahkan diri, kesian ker anak aku sebab mama diorang takder.

16 hb Jan (Isnin) hari nih angah balik dari Langkawi. aku nya meeting pun full day hari tuh jugak. Petang tuh kitorang minbtak tolong adik ipar aku no 2 tuk amik angahlah, dan adik aku ateh pun tak habiskan meeting hari tuh, dalam kul 4 lebih dia dah blah dah ngan suami dia. ( Kitorang tinggalkan suami masing2 waktu pi meeting nih walaupun apartmen yg bos kitorang sewakan tuh besar, tapi akhirnya yg tido hanya 2 orang ja. )

Waktu lunch aku tak join sebab aku kena hantarkan makanan ker mama aku kat hotel ( aku sewa hotel lain dari tempat meeting) siap anto makanan dan rilek jap kat hotel sambil bagi makanan ker ikan, kul 2 aku pi balik hotel tmpt meeting. Sekalinya diorang semua takder lagi, semua rilek ja baru sudah makan. Sementara tunggu diorang, aku pun lepaklah melayan panoraman indah di tepian pantai...laut yang membiru tuh memang sangat cantik. memang geramlah rasanya nak terjun mandi...tapi meeting habis petang, tu pun esoknya aku bercuti sebab aku fikir mana nak campak bebudak nih ngan mama aku waktu aku tgh meeting, baiklah aku extend sehari lagi.

Rupanya bos aku bungkuskan baki makanan tuh ker aku, selamatlah makan malam aku malam nih (memang konpom edisi jimat giler) dan aku dapat tahu dari adik aku, bos aku yang pompuan duk suruh adik aku cakap kat aku supaya kuruskan badan, huhuhuh aku rasa aku dah kurus dah.... ha? tak ek? huhuhuh dem!

Habis meeting aku terus balik hotel. Anak dara aku tidolah plop, ingat nak ajak pi pantai, mama aku ngan mak sedara aku duk berjalan keliling hotel ngan anak jantan aku. tapi yang tak tahannya, berkain batik ngan bert-shirt ja...adehlah, dah rupa cam pembantu umah ja mama aku nih, padahalnya datang bercuti, kat hotellak tuh. Untuk menghilangkan rasa kempunan adik aku yang bongsu sebab tak dapat buat apa2 selain dari bergaduh ngan abang dia kat hotel nun, aku suruh dia pi tukar baju pakai t-shirt ngan seluar panjang, sebab nak mandi kolam. Biarlah rules kata kena berpakaian renang pun, ada aku kisah?, kalu kena halau blah jerlah huhuhuhu. Anak jantan aku pun aku bawak pi mandi kolam gak, tapi dalamlah air kolam tuh, bayangkan setinggi pinggang adik aku yg darjah 4, abis anak dara aku yang baru nak masuk 4 tahun tuh camno nak main? anak aku yg lelaki nih jenis berani sket, terlepas ja dari tangan, jalu ja tuju part dalam. Aku bagi main part kat tangga ja, dia nak lebih plop, dihalang pandai ngamuk, gelupur segala. So bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, en. Husaini dipersilakan tuk blah balik hotel, silalah anda mengamuk disana, ditemani oleh nenek anda ya.

17 hb Jan (Selasa) Pepagi lagi mama aku dah bangun, aku pun terbangun sebab dengar mama aku dah kecoh ready nak balik. Sekalinya kepala aku sakit lah plop pagi tuh, nak makan ubat, tak berani sebab aku tak makan apa apa lagi. Aku bertolak dari PD dalam kul 9 lebih, kul 10 tepat aku sampai kat umah aku kat Taman Bangi Indah, ingat nak masuk opis, tapi sakit kepalalah plop, siap aku takleh nak bawak keta ngan betul, berapa kali aku rasa aku duk nak tersalah langgar divider, takleh fokus.

Tengah hari tuh mama balik kuantan ngan angah, so aku pun sambunglah tido sepetang tuh, aku bangun pun sebab untuk masak ja.

18 hb Jan (Rabu) pagi nih aku patutnya aku ada meeting kat Meru tapi ditunda keesokan harinya. So aku duk opis siapkan apa yang aku patut buat.

19 hb Jan (Khamis) pagi tuh aku ada meeting kat Meru, balik dari meeting, lepas drop off adik aku kat opis, aku terus pi imegresen, sebab aku baru teringat yg aku nak pi indon lagi 3 minggu ja. Aku, ayang aku, ngan aboh akunya passport lum buat lagi. Pi yang kajang, sekalinya nombor dah habis, adeh ramainya orang kat imegresen nih. Try plop pi Putrajaya, sama gak, no dah habis...takper kita cuba lagi besok

20 hb Jan( Jumaat), sebelum tinggaklan umah( dah jadi rutin baru aku) haruslah siapkan dahulu makan tengah hari mak sedara aku dan anak2 aku. so dalam kul 10 gaklah baru aku leh pi ke putrajaya untuk buat passport tuh. Orang agak ramai, tapi taklah teruk sangat bagi aku. Yang tak tahannya, no giliran aku betul2 kena time orang sembahyang jumaat, ayang aku dah pi masjid dah, so hanya aku sorang jalah yang berjaya buat passport pada hari tersebut. Aku tanya kaunter boleh tak ayang aku buat walaupun no dah lepas, dia pi sembahyang kot bukan pi memain, dia kata boleh, so takperlah. 

pastu aku pun tanyalah kalu PR nak wat passport camner, dia pun kata, tak boleh! kena pergi ker HQ apply. masa nak approve tuh tak tahu berapa lama amik. huhu aku dah cuak dah bila dia kata benda tuh lambat approve, nak pi lagi 3 minggu ja.

Tak lama pass ayang aku abih jumaat, aku pun dapatlah passport aku...weeee aku dah ada passport, dalam otak dah terbayang dah korea nih huhuhuhuhuh. 

patutnya ayang aku pi ja tanya kaunter untuk proses borang dia, tapi disebabkan aku tak mau apply cuti, so aku cakap aku nak balik opis dulu...aku siap tepon adik aku tanya leh tak anto aku balik, dia kata ok ja, tapi sampainya aku kat pintu opis, dah siap bergrilled dan bermangga dah. bos aku dari dalam keta dia tanya kenapa ku datang opis, aku cakaplah aku ada kerja nak buat. Aku tunggu adik aku sampai, tepon punya tepon, rupanya dia kat sunway nun...adehlah, so apa lagi kita balik umah tidolah jawabnya.

21, 22, 23, 24 hb Jan (Sabtu - Selasa) duk umah sampai lebam layan cerita korea huhhhuhuh

25 Jan (Rabu) masuk opis pada kul 11 pagi, dan ayang akulak berkampung kat imegresen dari aku masih tido sampailah aku balik dari kerja, barulah dia dapat passport dia, betapa ramainya manusia apply passport, dan menunujukkan rakyat malaysia nih semua kaya2 dan mampu pi luar dari mesi.

Opis waktu CNY mmg sunyilah, so aku pun siapkanlah kerja yang patut, disebabkan ateh hari nih balik dari kuantan, so aku pun kirimkan aboh sekali sebab nak wat passport dia

26 Jan (Khamis) pagi tuh aku pi meeting kat shah alam, dan ateh aku assignkan bawak aboh pi imegresen. Balik dari meeting aku dapat tahu kena pi kedutaan indonesia dulu apply passport dari sana. Adehlah, mana aku nak cari nih. lepas tepon sana sini tanya guide baru tahu kat mana kedutaan, tu pun dah sesat jauh dah. Aku tak masuk opis dah petang tuh, yealah aku bukan tahu jalan nak pi sana, so kenalah ikut nak tahu jalan. dan seperti dijangka, esoknya kena pi lagi kedutaan. ( Kenapalah aboh aku bukan warga negara lain?)

Malam tuh aku tepon adik aku yang lelaki kat kuantan, mintak turun sini temankan aboh aku. Ateh mmg dah busy dah, akulak ada meeting petang tuh so terpaksalh guna cara lain. nasib baik Kemaman cuti Jumaat, so adik aku konpom takder kelas dan kebetulan pulak dia tak kerja malam tuh, so dia naik bas paling awal dari kuantan terus datang Kajang huhuhu.

27 jan ( Jumaat) Aboh aku seawal kul 5 pagi dah bangun dah. Sebab apa? sebab borang mula edar kul 6.00 pagi sampai kul 9 pagi sahaja. Adehlah giler awal. Bas adik aku kul 6.30 baru sampai kajang, so aku pun siapkan dulu bihun goreng ngan lauk tengah hari sebelum anto diorang ke kedutaan. Tapi mmg nasib baik aku suruh adik aku datang, kalu tak jenuh gak nak risaukan pasal aboh aku kat sana sengsorang, aku memang tak percaya kat dia. 

Dalam tengah hari tuh adik aku call.. " Aboh kena pi interview dulu 29 Feb nih!" adeh sudah konpom lagi jelas, aboh memang tak jadi ikut kitorang kali nih, so terpaksalah pi honeymoon ja kali nih huhuhuh

FUHHHHHH penat aku cerita semua sekali jadual aku.... motif entry yang sangat panjang dan membosankan nih adalah aku anak cakap.....AKU TAK SIAP LAGI KERJA!!!!!!! adehlah....habislah aku huhuhuhuhuhu

dem!

Tuesday, January 17, 2012

when you lost your passion

All this while. sebab utama kenapa aku stay kat opis aku, haruslah environment. Dan aku yakin kalu kita suka kerja kita, kita akan stay kat kompeni tuh. Aku memang cukup sayangkan opis aku, aku dah duk kat sini hampir 4 tahun, walaupun ada ja yang stay lagi lama dari aku (kompeni aku sebelum nih- masih dalam bangunan yang sama), tapi sedikit demi sedikit aku dah mula tawar hati.

Seriesly kalau boleh aku nak stay, tapi setiap kali aku harus melalui proses yang sama, kenal kawan baru, rapat then org tu blah, the processes come and go and it slowly make me feel that i should go too. Ada kawan aku pergi sebab better offer, dan ada jugak yang pergi sebab hati dah mulai tawar.

Ya aku tahu, biasalah tuh kalu kena marah, tapi sedikit sebanyak benda tuh akan merosakkan mood ko kat tempat kerja. Setakat hari nih, aku sebolehnya mengelakkan diri dari kena marah, tapi yealah, ko memang takkan dapat puaskan hati sesiapa.

Aku pun ada ego gak, aku pun tahu gak rasa nak menang, aku pun tahu gak rasa tak suka diperintah. tapi yealah, kalu dah namanya oarang bawahan, sampai bila pun camtu gak.

Selama 4 tahun aku kerja nih apa yang aku dapat? hmmm entahlah, aku rasa takder apa yang aku boleh banggakan.Takperlah, nak mengharap kan gaji yang mahal memang tak dapatlah. Kompeni kecik, baru nak bertatih. Sales pun lum dapat lagi, memang hidup akan senak lah sket. Bila memikirkan tuh aku rasa aku memang tak patut berperasaan begini, tapi...akukan manusia, aku pun ada keinginan gak huhuuhuh.

Bab nih aku leh tolerate lagi, tapi aku dah mula rasa yang aku sikit demi sikit mulai hilang apa yang aku suka. My passion towards my work. Its not like i don't like my work, it's just that slowly i was being moved away from what i love...do programming.

Sekarang aku buat kerja yang paling aku tak suka dalam hidup aku...SALES...dari dulu lagi aku dah tetapkan dalam hati yang aku tak mahu kerja frontline. aku nak kerja kat belakang. kerja yang tak memerlukan aku pergi keluar jumpa orang, break the ice segala. Memanglah sekarang aku bukannya full sales, dan hanyalah pre-sales, but i know that it just the phase, just the propaganda to make me a sales person without i even realize it. It just like training without u know that u attend 1.

Baru nih aku kena siapkan satu mini software untuk kompeni aku, the normal thing that i love to do. And when i do it, i know that i just too good with it, and i really miss to do it. Memang terasa betul, hati aku puas bila aku berjaya buat benda tuh, memang cukup menyeronokkan aku. Aku sanggup bertapa kat opis, hanya nak siapkan benda tuh, malah kat umah pun aku sanggup buat.

Kalaulah aku boleh keluar dari kepompong nih, dan buat apa yang aku suka, tapi apakan daya, aku bukanlah orang yang sangat berkebolehan hingga ada yang berkejaran nak hire aku, aku nih hanya orang biasa ja. Atau mungkin memang dah tertulis disinilah rezeki aku yang sebanarnya.

Wednesday, January 4, 2012

Siti Nurhaliza - Falling In Love

Korang mesti dah dengar lagu siti yang omputih tuh kan? huhuhuh aku nih bukanlah peminat kipas mati siti, aku hanya dengar lagu dia yang sedap ja, so aku tak mau peduli pasal benda lain pasal kehidupan peribadi dia, lagipun aku lebih minat nak tahu pasal gosip artis korea ja huhuhuhuhuh.

Cam biasa, hari nih aku nak review pasal video klip dato' Siti nih...pendapat aku...CHEAP! sorrylah, bukan niat aku nak kutuk tapi aku hanya bagi pendapat. Mungkin disebabkan aku dah biasa tengok video berkualiti HD, ada jalan cerita, teknik pengambaran yang baik, sebab tuh video nih jadi cam nothing to be impress off.

The Video :


Konsep Video: Flash Mop + Non stop Shoot

Komen aku:


Penyanyi: Sapa tak kenal Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi paling berjaya kat Malaysia nih, so takyahlah aku terangkan dah.

Suara:
Memang ah sedap lunak merdu.

Outfit:
bergantung pada konsep album dia

Konsep:
Pop

Video:

Cheap, like very cheap. Video nih patutnya bagus, yealah tukan Dato' Siti, dia mampu tuk keluarkan modal tuk hasilkan video yang paling kurang pun melepasi standard aku. Tapi sayangnya, dari awal video lagi dah membantutkan perasaan aku untuk menilai video nih tanpa bias.


Walaupun ramai yang mempertikaikan sebutan Inggeris Dato' Siti, tapi aku tak kisahkan pun pasal tuh, yang penting lagu tuh sedap, artis korea yang sebutan inggeris depa berbaur korea pun aku leh accept,, nikan pulak kalu takat berbau melayu jati. Yang penting tak terabur.Tapi kalu leh improve lagi, adalah lagi baik, yea dop?

Idea nak buat Flash Mop tuh memang bagus, tapi nih dah tak rupa flash mop dah, tapi rupa mop ja. Aku nak komen start up video tuh, bila kamera fokus ker muka dato' siti. Aku rasa, kalu dia buat entrance dari tepi lagi nampak cantik. Biar kamera tuh run ke belakang sket, pastu tetiba CT masuk depan kamera, muka tuh biar nampak berkarisma sket, kata penyanyi terbaik negara.



Nih barulah betul Flash Mop

Pastu leh terus ngan dancers yang ada, tuk wat flash mop tuh. TAPIkan...awatlah dancer yang pompuan sorang tuh cam terlebih sudah ja? Aku tahulah ko semangat sebab dapat masuk dalam MV CT tapikan, ko tuh just dancer kat belakang, pengarah patut beri fokus pada CT , tapi disebabkan ke'ASYIK'kan penari tuh duk wat flash mop, tetiba dia jadi fokus (pada mata akulah).

Pakaian CT tuh, awatlah pilih kaler tuh? aku tahulah baju tuh mahal, boleh nampak elegan. TAPIIIII, baju tuh nampak CT terlalu gelap. Jadi hilang lagi fokus pada diri beliau, tadi dah kena curi ngan awek sorang tuh. Dancers yang baju biru tuh lagi menyerlahlah dari Dato CT.

Disebabkan video nih di shoot tanpa cut, and dato CT kena exercise round fountain tuh, maka amatlah jelas di hujung video tuh, beliau sedikit pancit huhuhuhuu. Kesian aku rasa, dahlah kena nari pastu berjalan keliling fountain tuh, tetiba mengingatkan aku pada video Faizal AF4 kot, yg duk drive merc keliling bulatan kat KT nun, kesian tullah.

Cam aku cakap, idea tuh ada, tapi tak diplan bebetul, jalan cerita pun yilek, atau mungkin jalan cerita dia ialah Ct tetiba ja muncul di tempat awam, dan peminat dia terus serbu dia, mungkin jugak.

Nih aku nak bagi contoh video yang takder cut punya tapi ada jalan cerita yang baik bagi aku.


Korang nampak apa yang aku nak cakap nih? nih aku bagi the making plop

Video nih semua ada dalam youtube, korang pi cari sendiri.

Kat mesia nih bukan takder video yang baik, tapi apakan daya video lagu yang ada jalan cerita, dan teknik kamera yang baik  mesti ada unsur 18 SX yang sememangnya unacceptable tuk rakyat Malaysia nih.

Korang judgelah sendirir, tapi bagi aku video tuh leh buat lebih baik, and aku waktu dengar lagu tuh pun dah bermain dalam otak aku camner video tuh should be, but, what a waste....

1st day sekolah bukak tuk sesi 2012

hahhahah...tuh anak org lainlah ngan adik-asik aku yang pi masuk sekolah, anak aku lum lagi walaupun dia dah layak masuk sekolah. Zaman sekarang kan orang masukkan anak waktu umur 4 tahun, dan anak aku tahun nih 4 tahunlah.

Si Kalila tuh dah pandai ABC dan 123 tapikan...nak cakap berak kencing tak mau. Aku pun tak tahu camner nak ajar, tapi aku yakin semuanya disebabkan dia masih pakai pampers, kalu dia dah tak pakai pampers mesti dia dah pandai pi toilet sendiri.

Akukan kerja, so anak-anak aku kat umah pengasuh, aku pun tak tahu masa bila aku nak ajar anak aku tuh pi toilet. Sabtu ahad jerlah yang ada. Takkanlah aku nak cakap kat pengasuh diorang nih "kak tolong ajar anak saya pi toilet ek?" huhuhuhuh. Tapikan, pengasuh anak aku yang dulu memang ajar pi toilet bebudak nih. Kawan lala dulu tuh, siap dah tak pakai pampers dah, and dah tahu pi toilet dah. Anak aku? hampeh.

Misi aku tahun nih adalah memastikan yang Kalila tahu pi toilet dan basuh berak kencing sendiri...so tahun depan leh pi sekolah dah...takyah memenuhkan umah dan berebut ngan semua orang TV huhuhuhuh.

Fighting!