Thursday, October 27, 2011

Shaini and his curiousity

Semalam cuti Deepavali, kitorang telah membawa diri ke Hospital Seremban, satu bandar Seremban kitorang tawaf mencari hospital tersebut yang sepatutnya kalu kitorang amik next exit barulah senang jumpa. Dahlah tak pernah pi Seremban, tapi semalam dapatlah kitorang round sana mencari hospital tuh. Nasib baik tak sesat and jalan lengang, kalau tak mesti dah kalut dah.

Tujuan kitorang pi sana sebab nak amik bunga telur yang ditaja sepenuhnya oleh kawan baik adik aku nih. Syarat yang dia bagi kena amik sendiri bunga telur tuh sebab dia pun takder kenderaan nak hantarkan ker rumah kitorang.

Mulanya ingatkan bunga telur tu duk dalam kotak, tapi rupanya dicucuk ker span tv. Tu dah satu hal...bunganya plak jenis besar2 so hanya 50 ja yang muat dalam bonet, yang 50 lagi kena pegang. Nasib baik askar-askarku sekalian sedang nyenyak tido kalu tak memang misi memusnah dah dimulai dari awal lagi.

Disebabkan kitorang nak merayau ke KL, kitorang singgah dulu rumah hantar bebunga tersebut. And nasib baik bebudakj nih dah sampai kl baru terbangun.

Pagi nih anak bujang aku baru perasan yang ada bunga telur kat atas almari bilik mak teh dia. Dengan semangatnya dia pi cari penyapu dan cuba untuk menjolok jatuh bunga tuh...nasib almari tuh tinggi kalau tak tak tahulah apa jadi.

Shaini tak puas hati sebab misi dia tak berjaya, dia pun menggunakan taktik paling hebat sekali...dengan meminta dari mak teh dia bunga telur tersebut...hahahah memang konpom lah takkan dapat. Dia siap tarik baju mak teh dia dan tunjuk ke bunga tuh sambil buat bunyi "huh huh". Aku ngan makteh dia duk gelak ja ngan dia, memang semangatlah dia duk tunjuk ker bunga tuh and mintak makteh dia bagi ker dia...

Sian shai..takper nanti kenduri baru dapat bunga tuh ek...

Friday, October 21, 2011

Astro B.yond Yang Buat Hal

Umah akukan pakai Astro Byond HD...yea aku mmg berlagak sebab pakai astro jenis tuh, sebab syarat utama nak pakai jenis tuh, haruslah mempunya tv plasma or lcd yg leh support HD, dan aku sanggup berjimat cermat nak beli tv tu huhuhuhuh.




Salah satu sebab kenapa aku amik jugak Byond tuh mestilah sebab....heh heh heh mestilah sebab nak tgk cerita korea...dalam astro biasa oun ada gak cerita korea, saluran 391 untuk channel KBS, tapi kat Byond ada saluran 393 untuk SBShd...so sekarang aku ada 2 channel korea heh heh heh.

Yang bestnya tgk saluran HD nih ialah gambo dia yang sangat cerah...semua nampak clear termasuklah pores kat muka pelakon dia. makeup yg selama ni nampak cam biasa ja pun leh nampak cam mekap tebal bila tengok saluran HD. Hanya saluran HD jer yang ada gambo cantik, yang takder HD mmg cam biasa ja gambonya. So kalu korang tak layan saluran yg ada HD tuh, takyahlah membazir wit ambik jenis HD nun.

Satu lagi sebab utama aku nak sangat ker Byond HD nih sebab depa tayangkan cerita Running Man...cerita nih sangat..sangat..sangat..sangat..best...dahlah kelako giler...aku kalu tgk running man nih mmg konpomlah akan gelak. Running Man nih cerita dia jenis variety show. Bukan drama-drama nih semua...kat sini artis berkumpul (ada artis tetap) datang main game...kekadang game dia agak kejam gaklah huhuhuh. tapi best huhuhu...


Nih preview untuk episode 63, kat Malaysia baru episode 50 rasanya huhuhuhu. Orang yang menyebabkan aku jadi addicted ngan Running Man nih haruslah opis mate aku. Memang gigihlah mendonlod episode tuh semua nak tengok punya pasal huhuhuhu.

Tapikan...baru nih astro aku wat perangai...ada ka patut dia pi tutup buka. Kira dalam 1 jam tuh adalah dalam 4 ke 5 kali dia main tutup bukak. bukan lama pun dia tutup, 2 ke 3 saat ja, tapi annoyinglah kalu duk main tutup bukak camtuh huhuhuhu.

Aku pun calllah technician astro, memula dia suruh aku cabut wayar belakang dekoder tuh, pastu pasang balik tgk jadi balik tak problem tuh, benda tu bukan kita leh jangka bila dia nak padam, ngam ngam aku nak letak tepon, dia jadi balik, nasib baik sempat tahan mamat tu dari letak tepon, so dia pun hantarlah technician ker umah aku.

Technician tuh datang umah aku semalam, memula dia tukar adapter ja (benda cam seketul antara wayar kepala plak ker dekoder) dia jugak pesan kalu ada apa masalh report balik sebab dia tak berani nak tukar dekoder sekali ngan adapter. Ngam ngam dia nak berkemas, benda tu jadi balik, nasib baik, kalu tak jenuh aku asyik nak ajak dia datang umah ja nanti huhuhuh.

So dia pun tukarlah dekoder astro tuh, dan dia pesan jangan bukak memana channel dalam masa 2 jam...hampeh tul, giler lama nak tunggu. Sekarang aku kena tgk masalh tuh jadi balik ker tak...semalam aku tak berpeluang menonton tv lagi, tapi nampak cam ada lagi masalahnya huhuhuhuh

Harap semua akan oklah pass ni. Sebab sebelum nih remote astro aku ada masalh, dia tak mau detect kat dekoder, so terpakslah aku pi membeli belah remote tuh kat kedai...bila call tanya diorg suruh aku pi hantar kat customer service, yang paling dekat ngan aku kat Cheras, adeh..camlah aku tahu cheras tuh duk mana, hampeh tul. Pergi cawangan Kuantanlak, tulis dalam tenet Sabtu bukak sekalinya keje sampai Jumaat ja huhuhuhu.

Kenapa aku beria ria nak tukar remote tuh? sebab free, set astro beyond ada warranty lifetime sekali ngan remote dia...harap nanti adalh peluang aku pi tukar remote ori tuh huhuhuhuhuh.



p/s: all pics from google image huuhuh

Thursday, October 20, 2011

My Comfort Zone

Sapa yang tak suka duk dalam comfort zone? huhuhuhu aku paling suka comfort zone, tapi bila kita duk dalam zone tu, kita mudah jadi lalai dan leka. Selalunya bila duk dalam comfort zone tu kita juga akan mudah buat salah. Graf prestasi akan jatuh sebab kita dah hilang rasa keseronokan tu. Rasa bila adrenalin mengalir laju bila cuba selesaikan sesuatu pun semakin kurang.

Perlu ker aku cari cabaran baru di luar sana? Mampu ker aku menghadapi dunia serba baru, serba lain? Boleh ker aku hidup tanpa tunjang yg selalu menyokong aku? huhuhuhu bila memikirkan pasal tu semua, baiklah aku bernian di zone aku sekarang.

Alasan aku untuk keluar dari sini:
1: Kos hidup yg tinggi (ok, my fault!)
2: Nak lari dari mak tiri
3: Nak lari dari kakak tiri

tapi alasan nih cukup tak sesuai sebab akhirnya nanti aku akan jumpa keluarga tiri yang baru, yang mungkin lagi mengerikan dari sekarang....huhuhuuuh

pening jap!

Monday, October 17, 2011

Mampukah Fantasi menjadi realiti?

Antara aktiviti aku waktu lapang ialah menonton tv. Senang cakap aku nih hantu tvlah. Dari aku kecik lagi aku memang cukup suka duk umah tgk semua drama yang ada. Tak kiralah drama apa pun, melayu ker, cina ker, tamil ker, Sepanyol, Jepun Filipina, Thailand, Itali ka dan sekarang Korea plak...semua ku layan, dan kalu aku layan memang aku layan sepenuh hati dan penuh dedikasi sampaikan aku leh paham certain words dari those countries or even etnik. Syarat aku mudah ja, kalu cerita ko sedap, pelakon ko tak kayu, konpomlah aku akan layan tak kisahlah topik ko pasal harta ka, politik ka, apatah lagi kalu cinta.

Waktu  kecik dulu mama aku mesti bising bila aku duk depan tv ja, dia mesti cakap "ha! gantung ja tv tu kat leher.."aku senyap jerlah dengar ma aku cakap gitu, tapi aku tak lari pun dari tv tu. Kalu sekarang mesti aku cakap kat ma yang boleh ja nak gantung tv, belilah henpon yg leh tgk tv tu huhuhuhuhuh. Sekarang nih anak akulak yang jadi hantu tv, tiap hari berebut ngan dia. Aku nak tgk drama korea, dialak nak tengok kartun huhuhu sabojerlah. Tapi disebabkan aku nih asyik duk umah, aku tak banyak bergaul ngan orang, dan kiranya sosial life aku adalah tv tulah...sebab tu aku nih budak baik hhahahahahha.

Semua program kat tv aku tgk, kartun ka, dokumentari ka drama apa tah lagi yea dop. Satu jerlah masalah aku nih, kalu aku tengok drama tv mesti aku nak kaitkan ngan realiti hidup. Bagi aku orang tu takkan wat drama tu kalu dia tak pernah terdengar or atleast have a bit idea what the scenario would be. Dan aku yakin yang walaupun benda tu semua khayalan penulis, pasti ada kalu tak sorang yang pernah alami apa yang penulis tu ceritakan.

Satu masalah aku bila tengok drama cinta nih nak plak cerita korea (sebab aku dah lama tak layan cerita melayu, seth tan pun aku tak kenal huhuhuhuh sori...) aku sering saja feeling bila tgk part lelaki tu tengah nak tunjukkan rasa sayang and cinta dia kat makwe dia. Tiap kali aku tgk scene camtuh aku mesti teringatkan ayang aku huhuhuhu...

Kekadang kita perlukan semua fantasi kisah cinta tu untuk menggembirakan hati kita yang lara...jangan menggunakan scene tuh semua untuk mengingat kisah duka, tapi gunakan ia sebagai distraction rasa gundah tu...sebab hidup di alam fantasi memang sentiasa indah...tapi jangalah sampai giler pulak...kita hanya gunakan method nih utk menceriakan diri bukan untuk menggilakan diri huhuhuhu....

Friday, October 7, 2011

The chaos ver3: Aribab dah tiada dan Iswara

Tarikh:  3 Oct 2011 (Isnin)
Masa : All Day
Lokasi: Putra Mahkota

Ayang akukan pergi team building kat Dusun Eco kat bentong nun, dia ada cerita yang nak naik tempat tuh susah sebab dia daki bukit. Lagi teruk dari panjat bukit BayRoute kat kuantan nun (kat sini leh nampak seluruh bandar kuantan and selalunya jadi tempat org pi wat 'projek'juga laluan alternatif utk ker IM dari Kuantan Parade).

Kondisi Iswara tuh memang dari awal lagi aku dah tahu taklah bagus sangat. And apa yang aku jangka memang betul, balik ja dari Bentong, keta tuh jalan tersedu dari bentong ker Bangi huhuhuhuh tulah antara petanda wang kitorang bakal terbang lagi.

Ayang aku hantarkan keta tuh ke bengkel di Sri Mahkota tuk repair and ayang aku kata memang ngam ngam ja sampai keta tuh dah tak mau gerak dah. Lepas dicek oleh mekanik maka selamatlah rm1.4K kitorang dengan membeli iswara tuh gearbox lain. Dahlah keta tu auto, jadi gear box dia pun mahallah sket. Adeh sabo jerlah.

Waktu kat opis plak, dalam kul 12 gitu tetiba adik aku datang kat aku nangis, ingatkan sedih sebab skandal dia opsss senior dia nak blah, atau sebab stress keje dia banyak dan dia sering dibuli oleh senior dan PM dia, rupanya dia dapat panggilan dari Doktor haiwan tempat kucing dia dihospitalkan yang anak dia (yang nih dia memang jaga cam anak) dah mati, memang meraunglah member.

Aribab tuh dah diwadkan dekat sebulan gak. Asalnya tetiba ja dia jadi cam lembik kaki and tak bleh berjalan. Seperti biasa, tertuduh utama mestilah anak jantan aku huhuhuhuh. So kitorang bawaklah pi klinik, and doktor tahan dia sebab nak wat ujian darah.

hampir tiap petang, balik dari keje kitorang pi tengok dia kat klinik tuh, dia nih siap takleh makan minum lagi, so doktor pun  masukkan dia airlah (bunyi dia memang klako, and aku teringat cerita city hunter sebab lee min ho pun dapatkan rawatan kat klinik haiwan huhuhuuh). Lepas seminggu dia memang nampak cam segar, tapi dia masih takleh makan and minum sendiri lagi.

Yang part paling kesian, bila kitorang panggil dia, dia kenal and nyahut, bila adik aku kata nak balik, dia mesti wat muka sedih and dia ada wat bunyi cam merayu mintak bawak balik, huhuhuh sabo jerlah, tapi kitorang harap lehlah wat balik dia nanti and jaga dia sendiri.

Sebelum balik Kuantan tuh, sekali ja kitorang dapat jumpa dia, pastu tak pergi sebab sibuk and nak balik Kuantan. Cadangnya balik dari Kuantan tuh naklah pi amik dia dari klinik, tapi panggilan telefon tuh sampai dulu sebelum sempat kitorang pi amik dia.

lepas amik ayang aku kat worksyop tuh, kitorang terus pi ker klinik amik dia, Doktor letakkan dia dalam freezer, and staff situ cakap leh bukak balutan plastik ngan paper tuh kalu nak tgk dia. Keadaan dia sebijik cam mayat dibungkus ngan plastik hitam tapi dianya plastik ceria sket kaler oren. Aku waktu tgk dia dalam keadaan beku camtuh memang dah sayu dah hati nih, tapi its for the best. Adik aku cakap rasa cam kat bilik mayat.

Lepas bayar bil dia (RM700) kitorang pun balik, tapi dalam keta memang takder sapalah bercakap, aku pun tak tahu nak cakap apa, semua perasaan ada, walaupun dia bukan kucing aku, tapi aku pun jaga dia dan tgk dia membesar. so sedih tuh tetap terasa.

Disebabkan ayang aku ada kat umah, so aku telah memaksa ayang aku tuk gali lubang, and Aribab kitorang tanam kat tepi umah (nasib umah lot tepi and ada tanah). Malam tuh aku tinggalkan adik aku ngan Lala kat umah, and aku pi Giant shopping barang dapur, aku leh agak ateh mesti nangis teruknya, and aku terjumpa notes yang dikoyak, and kat dalam tuh ada lah tulisan yang aku leh agak apa isinya.

sedangkan kucing mati pun nangis dan sedih camtuh, kalu orang yang disayang aku tak tahulah...harap aku tabah dalam menghadapi semua huhuhuhuh.

The chaos ver2: Avanza remuk....lagi

Tarikh: 1 Oct 2011 (Sabtu)
Masa: 2 PM
Lokasi: Lepas RnR Gambang arah KL

Akukan balik Kuantan lepas shai kena air panas tuh, memula lu mmg aku reluctant nak balik tapi lepas tu rasa cam balik jerlah walaupun lum gaji lagi. Ayang akulak ada team building kat Bentong. sepatutnya pi bentong lebih dekat dari Bangi compare kalu dari Kuantan. Tapi disebabkan kitorang nak pi mencari barang kawen adik aku ateh kat kuantan and plus pulak kalu kat kuantan lehlah aku pi menkarokkan diri sebab bebudak nih mama aku ada leh jaga heh heh heh so kitorang teruskan jugak balik despite tak gaji lagi huhuhuhuhu.

Ayang aku pagi sabtu tuh pi ker bandar kuantan selesaikan beberapa urusan dulu sebelum bertolak ker bentong. Lebih kurang kul 12 lebih dia gerak dari umah Kuantan ker Bentong and cam biasa aku akan pesan kat dia supaya drive elok elok.

Bila ayang aku dah pi tu, aku pun bersiaplah nak pi bando kuantan merayau, tapi sebelum tuh aku duk layan Running Man dulu barang se episod dua, and akhirnya aku melarat sampai hampir kul 3 masih lagi duk kat umah. Tak lama lepas tuh dengar aboh aku balik dari kedai, dia pi kat aku dan cakap nak pakai kereta ker gambang. Dia pun cakap yang ayang aku telefon kata dia cium keta org kat tengah highway.

Akulak cam WHAT? adeh ada jer bendanya. Aku pi cek tepon aku kot dia ada call, tapi takdop pun miss call dari dia. bila aku tepon dia plak tak berangkat, mmg aku rasa cuak gilerlah time tuh. Aku pun cakap kat aboh tunggu jap aku bersiap, aku nak ikut sekali pi tgk dia.

Kendian barulah aku dapat call ayang aku dan tanya dia kat mana, dia kata dia kat tol Sri Jaya, so aku cakap tunggu jap aku sampai (waktu nih baru ja start enjin keta benornya) pastu aku sedar yang keta aku takdop minyak plak, Petronas tepi umah plak tutup sebab tanah dia mendap, 2 bulan lg baru bukak. So terpaksalah aku isi minyak kat entrance highway.

Aku nih cam biasalah kalu dah dapat stereng keta, nak plak dapat highway ditambahkan lagi nak pi kat ayang akukan, aku balunlah bawak 150-160km/j, yang kelakonya, aboh aku terus senyap huhuhuhu gabra kot sebab dia jarang naik keta ngan aku. Dia tak tahu kitorang bawak keta mmg camnih, aku ka, ayang aku ka, adik aku ka main balun ja bawak keta tu huhuuhuh.

Sampai ja kat ayang aku , aku pun terus pi tengok keadaan avanza tuh, adeh kemek lagi, tempat yang sama plak tu. Awal tahun hari tu ayang aku baru ja cium divider kat exit Jabor nun, tapi yealah tu sengsorang nih libatkan orang plak.

So aku tanya apa yang jadi, ayang aku cakap yang pompuan nih nak motong lori, tapi dia bawak slow ja, kebetulan hari plak baru lepas hujan, so adalah lopak air. Dah namanya pun highwaykan, lorongnya ada 2 ja, satu lane laju satu lane pelan, so minah ni kan nak memotong lori tadi, so dia naik lane laju, ayang aku nampaklah dia tengah nak motong so oklahkan, TAPI tetiba si minah nih gi break sebab dia lalu lopak air, ok aku pahamlah sebab ko takutkan lalu laju lopak air, takperlah kalu nak pelankan keta, tapi kata ayang aku minah nih bukan break tuk pelan sikit, tapi break sungguh. Korang paham tak maksud aku?

Break sungguh tuh maknanya break yang sikit ja lagi keta tu terus stop, HELLO, tukan highway, and ko plak kat lane laju, mana ada org break sungguh kat lane laju. org hanya akan pelankan ajer keta, aku tahulah camner, sbb aku pun biasa gak pulun 110 dalam hujan, kalu jumpa lopak tuh, sama ada kita kalih dari lopak, atau pelankan sikit keta kita, tapi kita takkan terus berhenti kat lopak air tuh.

memang gilerlah pompuan tu. So ayang akukan tak budget dia akan terus berhenti kat atas lopak air tuh, apa lagi berciumlah diorg nih, and dia kata ayang aku yang laju, tapi aku rasa kalu ayang aku laju mesti keta dia dah lagi teruk kena, tapi keta dia hanya rosak bumper sikit ja, and keta ayang aku plak pecah tangki air dia huhuhu

Cam biasalah kalu ada eksiden kat highway nih, ulat ulat memang ada banyaklah menunggu, ayang aku diserabutkan lagi ngan kehadiran sorang pakcik nih nak towkan keta kitorang tuh, ayang aku mmg tak maulah sebab mana ada wit nak bayar tu semua. Pakcik tu siap cakap leh claim insurans bagai, yang jadi masalhnya sebab kitorang baru ja claim insurans keta tuh, takut dah takleh claim dah ja. Nasib baik cover note tu ada dalam keta, so kitorang terus call syarikat insurans, and yang kelakonya company pakcik tuh keje takder pun lesen ngan syarikat insurans kitorang.

Lepas semua dah ok kitorang pun baliklah ke kuantan untuk wat polis report lak huhuhuhuh. Yang paling tak tahannya, aku nih dah semangat nak pecut balik, sekalinya terjumpalak ngan geng moto tgh berkonvoi, adeh nasib Sri Jaya tuh dekat ja ngan exit gambang, kalu tak memang aku ngamuk dah dalam keta.

Malam tuh ayang aku balik Bangi naik bas kul 2 pagi. huhuhuh Akulah yg ngantornya ke terminal makmur. Nasib baik kitorang nih kayo ngan keta huhuhu, kat umah ada lagi sebijik keta nunggu.

Kitorang tak tahu apa jadi ngan avanza tuh, tunggu dulu ayang aku balik dari kerja barulah bertanya khabar dia...ada harapan keta nih kena jual..opsss ngajuk lak nanti member huhuhuhu

The chaos ver1: Shaini kena air panas

Tarikh: 29 Sept 2011 (Khamis)
Waktu: Hampir 1 pagi
Lokasi: Dapur umah Bangi

Ayang aku kena pergi kursus di Kerteh Terengganu selama 2 hari iaitu Rabu dan Khamis. Biasalah kalu dia pi kursus tu maknanya lewat malamlah baru sampai Bangi. Bukannya dekat Kerteh tu, ker Kuantan pun dah amik masa sejam lebih.

Dalam kul 11 malam ayang aku sampai umah, waktu aku tgh syok layan cerita korea. yang bebudak berdua nih pulak tak reti nak tido..nak tunggu mama diorang masuk bilik baru nak tido. Bila ayang aku sampai tuh, aku pun terus siapkan susu untuk shaini. Alang alang masak air untuk bancuh susu tu, aku pun dengan rajinnya terfikir nak bancuhkan air untuk ayang aku.

Kiranya nih antara perkara yang jarang aku buat...buat air untuk ayang aku. Most of the time ayang aku buat sendiri air dia (huhuhuh yea saya seorang yang malas). Siap ja bancuh susu Shaini, aku terus buatkan ayang aku air milo. Siap ja air milo tuh, aku terus ke singki untuk basuh tangan yang terkena susu.

Aku letakkan botol susu shaini atas meja, agak dekat jugaklah ngan air milo ayah dia. shaini selalunya pandai amik sendiri botol susu dia kalu dia nak minum.

tetiba aku dengar suara si shaini nih menangis, aku pun teruslah pi tgk sebab aku waktu nih masih lagi kat singki. tgk ayah dia duk ngelap dia, and lantai ada air milo. Aku terus amik dia dan bawak dia ke singki. Memula tu aku ingatkan bahagian badan dia yang terkena air panas, lepas tu bila aku raba badan dia baru aku perasan yg lengan baju dia panas. Bila selak aku tgk tangan dia dah melecur dah, kulit dah melepuh dah, mungkin disebabkan waktu aku pegang dia and tarik lengan baju dia, gelembung tu pecah.

Ayang aku pulak duk cakap suruh letak bedak, yang aku tahu letak garam or kicap, so aku tak mau nak gaduh ngan dia aku pun ikutlah cakap dia letak bedak. Tapi bila fikirkan yang umah aku takder krim utk kena air panas, and anak aku tuh pun kecik lagi, aku terus paksa ayang aku pi klinik.

Nasib baik ada klinik yang bukak 24 jam, kalu tak aku rasa ke spitallah kitorang nih. Kat kliniklak, apa lagi memang kena tegurlah ngan doktor tu sebab letak bedak kat luka anak. Adeh nih ayang akulah nih. pastu doktor tu cakap yang kena lalukan bawah air bila kena benda panas, nasib baik aku wat, kalu tak lagi panjanglah kena bebel.

Si shaini plak dah start ngantuk, and dia pun dah mula nak ngamuk yealah tangan sakit + ngantuk memang hasil dia jeritanlah huhuhuhuhuh. Doktor pesan jangan balut dan jgn bagi dia gigit/hisap jari dia. Ni satu hal lagi...camno nak jaga? budak tu umur setahun kot, mmg tgh buas, tgnlak sapu ubat yg jenis krim tuh, bila dia gerak ja mesti melekat sana sini, last2 ubat tu pun hilang. lum lg cerita kalu termasuk dalam mulut...adehlah susahnya.

Langkah penyelesaian pertama yang aku buat ialah pakai kan dia baju lengan panjang so bila sapu ubat takderlah ubat tu merata ja lekatnya. TAPI masalah plak ngan ubat nih, dia menyebabkan luka tu jadi berair, so bila berair, pakai baju lengan panjang, lekatlah baju tu kat luka. Bila luka kering, baju pun melekat cam gam kat luka. Bila tarik baju tuh, menangislah member sebab sakit.

Jumaat tuh aku balik kuantan,so bisinglah nenek dia tgk tgn cucu dia cam gitu. Mak ngah dia tengok pun terkejut, and kendian dia pun suggest kan satu produk nih and produk nih sangat bagus sbb luka tu kering in just 2 days.

Dah luka tuh kering, satu lak masalh baru, anak aku suka benar usik luka dia dan mengutih luka tuh and apa lagi berdarahlah tangan.

Part yang paling kelako sejak tangan dia luka nih ialah bila dia tahu or sedar yang tangan dia luka. Disebabkan aku pakaikan dia baju lengan panjang 2 hari pertama dia kena air panas, so dia tak sedar sebenarnya tangan dia luka a.k.a buruk.

aku tunjukkanlah kat dia tangan dia and kata tangan dia sakit, bila dia tgk ja tangan dia, muka dia terus berubah. memang muka terkejut tengok tangan dia buruk. Lepas tu dia pun mulalah duk tunjuk tangan dia kat aku sambil buat bunyi huh huh sebab dia lum pandai bercakap lagi and sekarang kalu tanya dia mana tangan sakit dia akan tunjukkan tangan dia yang terkena air panas tuh.

Lepas nih terpaksalah aku lebih berhati hati ngan benda2 bahaya kat umah aku nih. Dulu kakak dia terkena iron, berjalur muka sebab aku lupa tutup iron tuh and dia plak baru pandai merangkak time tuh. Anak anak aku nih memang terer sangat memasingnya.

Pengasuh aku kata kalu terkena benda panas terus curah cuka, nnt sejuklah luka tuh and takkan gelembung. huhuhuh ada sesapa nak cuba?